Completed
88973
"Aku dah fade up Adham. Aku rasa macam..arghh aku tak tahu nak cakap camne but..Huh.." Airil Shah mengeluh lemah. Dia dah penat melalui semuanya. Semua yang terjadi seolah-olah tidak berpihak padanya.
"Apa yang kau fade up nya? Maya kan dah dapat terima kau. So kau tak yah risau la bro." Adham memberi nasihat. Dah berapa banyak nasihat yang diberikan sampai tak terkira dah.
"Dia memang dah dapat terima aku but dia pun takkan pernah lupa yang abang Arash tu cinta pertama dia."
"Well, well guess whose heart is broken now?" Julia memunculkan diri. Dan semestinya kehadirannya tak disenangi mereka. "I dah cakap yang You sepatutnya terima I but You sombong. You terlalu mencipta alasan Airil. First, you cakap you cintakan Ana. Then after her death you cakap you tak nak terima sesiapa dah. I boleh terima waktu tu sebab itu apa yang you cakap. After that you married Maya and you said you love her. See apa yang jadi sekarang. Hanya I je yang cintakan you! Kenapa you tak boleh terima I?" Air mata Julia mengalir. Dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.
"Sorry Julia,but I don't love you. Andai aku boleh putarkan masa memang aku takkan kahwin dengan Maya. But sekarang ni dia dah jadi wife aku and soon she will be mother for my child. So aku harap kau lupakan jela aku Julia. Soal Maya aku boleh uruskan." Airil Shah dengan yakin membalas. Padahal tadi dia yang kata dah fade up.
"Fine. But I akan selalu tunggu you. Because one day you will come to me too." Julia mengesat air matanya lalu berlalu dari situ. Punat phone didail untuk disambungkan kepada pemilik nombor yang didailnya.
*************************************
Maya Ariana sedang membersihkan ruang tamu apabila telefonnya berdering. Dia yang sedang keasyikan tidak mendengar bunyi phonenya yang berada di tingkat atas. Arash Shah pula yang sedang lalu di depan bilik adiknya mendengar bunyi panggilan masuk. Dia memasuki bilik Airil Shah dan mencapai phone milik Maya Ariana.
"Maya Ariana, this is the last warning for you . Lepaskan Airil! You should beware yang I sanggup lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan Airil semula! Just let him go. You never love him. Dia layak untuk mendapatkan cinta from someone yang cintakan dia. And the person is not you! Ingat Maya,kalau I tak mampu miliki dia,same goes to you!" Telefon dimatikan. Arash Shah terkebil-kebil. Kenapa Maya tak pernah memberitahu yang dia terima panggilan ugutan?!
Arash Shah segera turun ke bawah mencari Maya Ariana. Kat ruang tamu tak ada,dapur pon tak ada. Mana je nak cari dia ni? Bunyi pintu rumah dibuka. Arash Shah kembali semula ke ruang tamu. Harapannya agar Maya Ariana yang muncul meleset. Airil Shah pasti baru pulang dari bertemu Adham. Lalu Arash Shah memanggil adiknya itu masuk ke dalam bilik.
"Dah kenapa ni abang Rash. Tetiba je heret tangan Airil. Ada apa-apa berlaku ke?" Airil Shah menyoal tingkah abangnya.
"Airil, Maya ada bagitau sesuatu tak? Rahsia maybe? Like someone ugut dia?" Arash Shah memang jenis yang straight to the point ke sampai tak boleh nak cover dulu ke? Huh..
Airil Shah memandang dengan pandangan pelik. Aipp..Maya tak pernah pulak bagitau aku yang dia kena ugut. Banyak samgat rahsia yang dia tak bagitau aku rupanya.
"Ala..abang Rash tak payah risau la. Maya kata maybe ada orang salah number kot. Ala biasala tu. Dah la..abang Rash tak payah risau sangat la."
**************************************
"Maya, saya nak cakap gan awak kejap." Airil Shah bersila di atas katil. Maya Ariana yang baru sahaja masuk bilik terus duduk menghadap suaminya.
"Ada tak rahsia yang awak sembunyikan daripada saya selain rahsia yang awak pernah bercinta dengan abang Arash?" Airil Shah menyoal. Maya Ariana terkesima. 'Takkanlah Airil tahu pasal kunci tu? Eh,tak mungkin.'
Maya Ariana mengeleng. Aduh,dosa la pulak tipu suami. Haishh.." Then kenapa awak tak bagitau yang awak terima ugutan? Ke awak pun lupa macam mana awak boleh terima ugutan?" Maya Ariana menundukkan kepala. "Saya minta maaf. Tapi kalau saya layan sangat ugutan tu lagi menjadi-jadilah. Tu yang saya diamkan je. Lagipun awak dah jadi suami saya and I'm your wife."
Airil Shah menarik Maya Ariana ke dalam pelukannya. "You know right that I love you. Dan saya tak nak perkara buruk berlaku kat awak. Biar saya je yang tanggung semuanya. Asalkan saya tahu awak akan sentiasa bahagia di sisi saya."
Maya Ariana membalas pelukan Airil Shah. Dia bersama dengan seseorang yang mencintainya jadi dia tahu dia takkan pernah terluka. Tapi dia tetap menginginkan penjelasan akan perpisahannya dengan Arash Shah pada suatu ketika dahulu.
Share this novel