Completed
88973
"Eh,awak tidurlah sana. Pergi tidur dengan Arash. Saya tak nak tidur dengan awak." Maya Ariana menolak badan Airil Shah perlahan-lahan.
"Ala,dua tiga hari ni saya selalu tidur kat sofa. Habis nyamuk gigit." Airil Shah menunjukkan bekas gigitan nyamuk di tangannya. Saja nak bermanja dengan isteri. Ahakss..
"Yelah. Tapi..bantal ni kat tengah-tengah. Kalau awak cuba buat something,saya saman awak." Maya Ariana melihat Airil Shah. 'Betul ke dia suami aku? Aku isteri dia? Bila aku kahwin? Tapi tadi dia cakap dia pon tak suka aku. Arash mungkir janji ke? Airil Shah,siapa awak sebenarnya?'
**************************************
Julia segera menuju ke bilik Airil Shah. "Mana encik Airil?" Soalnya apabila mendapati bilik tersebut kosong.
"Encik Airil sedang bermesyuarat. Maaf,tapi encik Airil tak nak jumpa sesiapa. Cik ada buat appointment ke?" Setiausaha Airil Shah menjawab.
Sementara itu di bilik mesyuarat, fikiran Airil Shah melayang ke tempat lain. Dia teringat kejadian pada pagi tadi.
*flashback*
Alarm phone Airil Shah berbunyi menandakan pukul 6 pagi. Airil Shah segera mencapai phone dan mematikan alarm. Dia mencapai bantal di tengah lalu memeluk erat. 'Awat rasa lain je bantal ni?' Airil Shah membuka matanya. 'Wait,Maya!! Alamak!!' Maya Ariana pon membuka mata apabila merasa ada sesuatu yang tak kena.
"Arhhhh!!!!!"
Jeritan Maya Ariana mengejutkan seisi rumah. Arash Shah yang duduk di bilik bersebelahan segera memasuki bilik adiknya. Maya Ariana terus berlari ke arah Arash Shah.
"Arash,dia peluk saya." Ujar Maya Ariana. Dato' Amran dan Datin Qaisara yang baru datang hanya tersengih. 'Maya,bila ingatan awak nak pulih? Sampai bila baru awak mampu terima saya?' Bisik Airil Shah.
*end of flashback*
"Airil Shah bin Dato' Amran!!" Jeritan Dato' Amran menyedarkan Airil Shah. 'Alamak,lama sangat ke aku termenung?' Semua mata memandang Airil Shah. Susah nak tengok Dato' Amran marah. Macam sekali setahun je baru dapat.
"Baiklah,kita tangguh mesyuarat kita. Airil Shah,wait here."
Selepas menjalani kaunseling dengan Dato' Amran,Airil Shah memasuki biliknya.
"Airil!" Panggilan dari Julia mengejutkannya. Bila pulak dia masuk?
"I dengar Maya accident and she lost her memory. Betul ke?" Julia menunjukkan rasa prihatin. Haih..prihatin la sangat. Airil Shah hanya mengangguk. Malas nak menjawab.
"Kalaulah I tahu siapa yang bertanggungjawab atas semua ni,nahaslah dia. Eh,entah-entah Arash yang langgar Maya? Sebab you kan rampas Maya daripada Arash,so maybe dia nak dapatkan semula Maya."
Airil Shah yang dari tadi mendengar mula berfikir. Betul ke abang Arash yang langgar Maya? Tak mungkin abang Arash sanggup buat macam tu. Tapi tak mustahil jugak. Aku dah rampas Maya,mestilah abang Arash marah.
Share this novel