Completed
88973
"Aku harap menjadilah idea si Adham ni. Airil Shah,kau boleh buat,fighting!!" Airil Shah sedang memandu menuju ke butik aunty Zara. Rancangan yang dirancang oleh Adham harap-haraplah berjaya. Sebaik sahaja masuk ke butik aunty Zara ramai gadis-gadis mendekatkan diri dengan Airil Shah . Ada yang dah siap untuk berselfie. Maya Ariana yang mula meluat dengan scene tersebut terus memeluk erat Airil Shah. "Sayang,kenapa you lambat sangat? I merajuk nanti." Maya Ariana buat muka menggoda. Peminat Airil Shah pula terus bergerak ke kaunter pembayaran. Hish,dorang ni kan..kalau nak romantik balik la rumah.
Dalam kereta Maya Ariana dan Airil Shah diam membisu. Hanya lagu di radio yang menemani.
"Geurae wolf, naega wolf,awuu ah saranghaeyo~~~"
Perghh..isteri aku nyanyi lagu korea!! "Daripada awak nyanyi lagu korea tu baik awak nyanyi lagu saya. Tak adalah saya jealous kang." Airil Shah membebel. Aduh,aku ni penyanyi gak takkan dia tak pandang aku?
"Saya tak tahu lagu awaklah. Dahlah saya nak date gan pakwe saya. Hmpphh." Maya Ariana memakai earphonenye. Jarinya ligat mencari lagu dalam file music. Airil Shah yang dari tadi fokus memandu terus memberhentikan kereta. Woi, ada anak orang lah dalam kereta ni! Nak berhenti mengejut pon agak-agaklah. Dibuatnya malaikat maut datang sini,sian mama gan papa tak sempat menimang cucu. Eh,apa kau cakap ni Maya, istighfar banyak-banyak.
"Awak tak tahu lagu saya? Hai..nak cakap saya ni 'teman lelaki upahan' awak,tak adalah pulak. Ke saya ni 'suami yang kubenci' bagi awak? And awak nak date gan sape tu? Tak boleh ke kalau awak jaga perasaan saya gak. Saya dah lupakan Ana pon,kenapa awak masih berkeras hati lagi?"
Wow! Dia guna tajuk novel tu..Eh,dia kan tak layan novel,ah lantaklah. Tapi,dia marah plus merajuk tu..Huh,Maya kenapa kau selalu perangai macam ni? "Saya minta maaf. Okay,saya tak date gan Zayn Malik lagi dah. Saya mintak clash gan dia nanti. Apa lagu awak? Awak nyanyi dulu nanti saya ikut." Maya Ariana memohon maaf. Lembut bicaranya membuatkan Airil Shah tersenyum sendirian. Dia memeluk Maya Ariana. Kini Maya Ariana di dalam pelukannya. "Eh,nanti JAIS datang. Kat rumah tak apa. Hehe.." Cepat-cepat Maya Ariana menolak tubuh Airil Shah. Aduh Maya,since when kau benar-benar jatuh dengan Airil?
Share this novel