BAB 31

Romantic Comedy Completed 88973

"Assalamualaikum....Mama,papa. Maya ni!!! Bukalah pintu wahai ayahanda dan bonda ku yang tercinta." Maya Ariana berteriak di luar pagar. Tidak lama kemudian,pagar pon terbuka. Dato' Idham dan Datin Syarifah terkejut melihat Maya Ariana datang bersendirian.

"Mana Airil?" Soal Datin Syarifah. 'Memang tanggungjawab seorang ibu ke tanya soalan macam ni?' bisik hati Maya Ariana.

"Siapa Airil? Maya tak kenal and Maya tak nak kenal pon. Maya masuk bilik jap ye." Selepas bersalaman dengan mama papanya,Maya Ariana bergerak ke biliknya. Segera dia merebahkan badan ke katil. "Arghh..lama tak tidur atas katil aku!!!" Maya Ariana ternampak sebuah kotak di atas almari. Dengan berbantukan kerusi dia berjaya mencapai kotak tersebut.

'Kotak Cinta Kita'

Maya Ariana cuba untuk membukanya tetapi ia berkunci! Maya Ariana memanjat semula kerusi dan mencari di sekitar kawasan tadi. Namun segalanya hampa. Maya Ariana ligat berfikir cara untuk membuka kotak tersebut. "Eh,takkanlah aku nak pecah guna hammer kot. Rosak nanti. Tapi, mesti Arash tau pasal kotak ni kan. Tanya Arash la.." Selepas penat mengomel sendirian,Maya Ariana pon melelapkan mata.

***************************************

Airil Shah membelek fail di atas mejanya entah untuk kali ke berapa. Phonenya pula dari tadi memainkan lagu Me and My Broken Heart menandakan ada panggilan masuk namun tidak diendahkan jua. Pintu bilik ditolak kuat mengejutkan Airil Shah ke dalam dunia nyata.

"Kau dah kenapa rempuh masuk bilik aku? Cuba bagi salam dulu. Mentang-mentang keturunan orang Korea kau lupa pulak wawasan orang melayu." Marah Airil Shah pada Adham. Aku baru nak tenangkan fikiran dia pulak muncul.

"Eh,aku dah bagi salam la. Kau yang tak dengar. Kau dah kenapa? Eh,bukan hari ni kau kena lunch gan Maya ke?"

"Banyak mulut la kau ni!! Aku lunch gan kau jela. Maya kat rumah dia. Lantak dialah. Penat aku berusaha dia still nak dengan abang Arash."

"Hi Airil,jom lunch sama-sama nak tak? I belanja." Entah macam mana pulak boleh muncul si Julia ni. Airil Shah hanya mengeluh. "Kau makan dengan Adham jela. Aku takde selera lepas kau datang." Jawab Airil Shah lalu meninggalkan mereka di biliknya.

Julia memandang Adham meminta penjelasan. "Maaflah ye.Kau pergi la makan gan orang lain. Aku pon takde selera dah."

***************************************

"Seronoklah kau Maya,dapat gak kahwin gan Arash setelah lama menanti. Akhirnya pernantian kau tak sia-sia." Usik Alya. Maya Ariana tersenyum. Dia tidak sangka selepas lama menunggu akhirnya dapat juga dia disatukan dengan cinta hatinya.

"Sudahlah tu bersembang. Akad nikah nak berlangsung dah ni." Airin mengingatkan.

"Aku terima nikahnya Maya Ariana....."

"STOPPP!!!!"

Arash Shah tidak sempat menyempurnakan lafaz akad apabila seseorang datang menganggu. Semua mata memandang pemilik suara tersebut. Airil Shah!!! Dia nak jadi wedding breaker ke apa?

"Apa masalah awak? Tak boleh ke awak biarkan saya kahwin dengan Arash?" Jerit Maya Ariana. Ah,lantaklah tok kadi cakap apa.

"Saya suami awak mestilah saya tak bagi awak kahwin gan orang lain. Jom ikut saya balik." Airil Shah menarik tangan Maya Ariana dengan kasar. Dia tidak langsung mengendahkan tangisan Maya Ariana.

"Maya,kenapa jerit ni?"Datin Syarifah mengejutkan anaknya. Maya Ariana terjaga lalu memeluk Datin Syarifah. 'Mimpi rupanya.' bisik Maya Ariana. Ya Allah,Kau bantulah aku untuk mengingat kembali ingatan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience