BAB 14

Romantic Comedy Completed 88973

Maya Ariana mengambil handphonenya,membelek gambar yang ditangkap bersama Airil Shah. 'Saat kau ucap kata cinta, aku menafi seribu bahasa. Di saat hati aku mula terpaut,kenapa hanya sebuah harapan yang kau beri padaku?'

"Airil Shah,tak mungkin hati ini akan memilih kau andai itu adalah kenyataan. Dulu aku fikir yang kau hanya ingin sekadar bermain and memang betulkan semua itu?" Sebutir mutiara jatuh dari mata sang pencinta. Amboii,ayatnya..ahaks.. okay,sambung balik. Segera Maya Ariana teringat semula segala yang didengarinya.

"Airil,kau sure ke dengan keputusan kau? First,kau cakap kau tak nak take over the company but lastly kau join gak syarikat tu. Then kau lamar Maya. Kau nak elakkan diri daripada Julia atau kau cuba untuk lupakan Ana? " Adham menyoal. Sengaja membiarkan temannya bercelaru. 'Airil perlu tahu apa yang dia buat sekarang ni. Aku bukannya tak support dia.'

"Aku tak tahu kenapa perasaan aku bila aku dekat dengan Maya sama dengan perasaan aku bila dekat dengan Ana." Airil Shah menjawab. Memandang ke langit pun tetap tidak akan ditemui jawapan. Perancangan Allah lebih baik,maka dia reda segalanya. Tidak mudah untuk kembali ke awal setelah segalanya bermula.

"Airil, Ana gan Maya,both are different person. You should aware that! Beside, Ana dah lama tinggalkan dunia ni. Aku rasa Ana tak akan suka kalau nampak kau macam ni. "

Segala yang didengari pasti akan melukakan hatinya. Siapa Ana? Siapa Julia? Kenapa di saat aku mampu menerima dia, muncul seseorang yang mampu menghalangnya? Ya Allah,andai diri ini tak mampu memilikinya,mengapa harus dia yang Kau hadirkan kepada diri ini?

"Maya,ada orang datang nak merisik kamu. Maya tak nak ikut tengok ke? Nanti apa kata family dia? Lagipun mama dan papa tak tahu apa keputusan Maya." Lembut Datin Syarifah memanggil lembut anaknya. Tidak pernah Maya Ariana mengurung diri dalam bilik selama ini. Hati ibu tergerak memikirkan apakah yang berlaku.

"Maya dah tak kisah. Cakap sahaja yang Maya setuju. Lagipun, Arash bukannya ada kat sini untuk halang ." Setelah lama menghilang,mana mungkin Maya Ariana mampu untuk menunggu Arash. Sedangkan Arash tidak pernah menemukan Maya Ariana dengan keluarganya. Hanya kata-kata indah ,hanya kata-kata maaf sebagai perutusan mereka. Kenangan dan memori bersama Arash tidak mampu di'delete'kan begitu sahaja. Tapi, cintanya mula terpaut pada Airil Shah,jejaka idaman Malaya. 'Maya,kau kena buat perkara yang betul.'

"Puteri saya kata dia tak kisah. Dia terima sahaja sesiapa yang datang. Jadi kira semua dah setuju la kan?" Dato' Idham menyambung urusan yang tertangguh sebentar tadi. "Kalau itu yang dikatakan pihak perempuan,kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan urusan ini." Bapa kepada pihak lelaki pula membalas.

"Wait! Batalkan semua ini. Maya hanya cintakan Airil,Maya tak nak orang lain."

Tetiba Maya Ariana muncul menghalang segala-gala yang indah. "Kau nak batalkan semua ini,tapi kau suka aku?! Macam mana resolusi semua ini ye? Ada sesiapa yang ingin beri jawapan?" Suara lelaki dari arah belakang mengejutkan Maya Ariana. Ditolehnya dan dilihat Airil Shah sedang tersenyum sinis. Aduhh,mana aku tahu dia yang datang. Segera Maya Ariana bersalam dengan Datin Qaisara a.k.a bakal mak mertuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience