Completed
88973
"Airil!! Ya Allah,mana pulak la suami aku ni. Dah la suka hati tinggalkan Riz sorang-sorang kat dalam bilik. Sampai hati ayahanda Riz buat Riz macam ni kan?" Maya Ariana memandang Hafreez Shah yang sedang didukungnya.
"Mummy, Airil pergi mana?" Maya Ariana menyoal Datin Qaisara sebaik sahaja melihat ibu mertuanya itu. Datin Qaisara mengambil alih mendukung Hafreez Shah. "Airil pergi jumpa Adham. Benda penting katanya."
*************************************
"Adham,kau cakap la betul-betul. Tak mungkinlah! Nonsense!"
"Okay,maybe aku yang salah nampak. Kita lupakan jela. Kita cakap benda lain la."
Airil Shah bermain dengan sudu untuk hidangannya tadi. Mendengar berita bahawa Ana masih hidup memang harapannya. Tapi itu dulu. Semasa Maya Ariana tidak pernah muncul dalam hidupnya, di saat Maya Ariana belum menjadi teman hidupnya. Tetapi, kenapa waktu dia dah berjaya lupakan Ana,perkara begini boleh berlaku?!
"Airil?!" Adham memanggilnya sambil memandang ke arah satu tempat. Airil Shah mengalihkan pandangannya ke tempat tersebut. Macam kenal je orang tu. Bisik hati Airil Shah. "Tu.. ?" "Uncle Rizal?" Adham melengkapkan ayat Airil Shah. "Haah,uncle Rizal." Adham mengangguk. Mereka berdua bersama-sama menuju ke arah Encik Rizal.
"Uncle." Adham menyapa terlebih dahulu. Encik Rizal mengukir senyuman tapi sekejap sahaja apabila melihat kelibat Airil Shah. Encik Rizal tidak langsung memandang Airil Shah. Pada waktu itu juga,seorang gadis datang menghampiri mereka.
"Ana??!!" Jerit Airil Shah dan Adham serentak. Gadis yang bernama Ana memandang mereka dengan raut yang terkejut. "Guys!!!" Ana menjerit keriangan. "Airil, dah lama saya tunggu awak datang cari saya tapi kenapa awak tak jenguk saya? Akhirnya kita dapat bersama juga. " Soalan Ana mengusarkan hati Encik Rizal. Airil Shah dan Adham pula dalam kebingungan. Apa yang berlaku sebenarnya?
"Err,Ana balik dulu gan ibu ye." Encik Rizal tahu,dia tak mungkin boleh berdiam diri lagi. Dia mengajak Airil Shah dan Adham duduk seketika. "Mula-mula sekali,uncle minta maaf. Airil tahu kan yang uncle tak pernah merestui hubungan Airil dengan Ana?" Sepi seketika. Ya,memang Encik Rizal dan isterinya tidak pernah bersetuju dengan hubungan Ana dan Airil. Walaupun sedaya upaya mereka memujuk Ana,Ana tetap berkeras hati. Justeru itu, mereka membiarkan Ana berkawan dengan Airil tetapi Ana pula hanya mengikut kata hati sendiri.
"Selepas kemalangan yang menimpa,uncle rasa itu adalah masa yang terbaik untuk Ana melupakan kamu dan begitu juga sebaliknya. Jadi,uncle dan family berhijrah ke Singapura dan menetap di sana selama beberapa tahun. Bahkan uncle terpaksa menipu Ana. Setiap hari Ana suruh uncle call Airil datang ke Singapura. Dan setiap hari juga uncle berikan alasan. Uncle tahu uncle salah. Uncle salah pada Ana dan juga Airil. Jadi,kali ini uncle dah buat keputusan. Uncle akan lakukan apa sahaja demi kebahagiaan Ana. Uncle restui hubungan kamu berdua."
Airil Shah mengeluh. "Uncle,dari dulu saya berteka teki apa salah saya sampai uncle buat kami macam ni. Ana selalu mengadu yang uncle tak restui kami. Tapi,tahniah. Rancangan uncle berjaya. Saya berjaya lupakan Ana. Tapi maafkan saya, uncle. Untuk saya menerima Ana pada kali ini adalah mustahil. Saya dah berkahwin dan saya dah ada anak. Saya cintakan isteri dan anak saya. Saya tak mungkin boleh terima Ana. Saya minta diri dulu."
Encik Rizal mengeluh. Apa yang patut dilakukannya? "Tapi,Ana takkan mampu terima kenyataan ini! Airil,tolong jangan buat Ana macam ni. Uncle merayu." Airil Shah tersengih. "Saya bukan nak biadab dengan uncle tapi uncle yang mencipta masalah ini. Uncle selesaikan la sendiri. Patutlah lepas insiden tu kami tak pernah dengar berita pasal Ana. Uncle mungkin boleh menipu Ana lagi sebab Ana sentiasa percayakan uncle." Selepas Airil Shah pergi,Adham pula meminta keizinan. "Maafkan lah Airil,uncle. Mungkin betul kata uncle selama ini,Airil dan Ana hanya layak berkawan. Kalau Airil boleh move-on,kenapa tidak Ana?"
**************************************
Malam itu,selera makan Airil Shah berkurangan. Dia teringatkan Ana. 'Macam ni ke yang dialami oleh Maya dulu? Saat abang Arash tiba-tiba datang semula dalam hidupnya? Dan aku hanya salahkan Maya. Huh,mungkin ini balasan untuk aku.' Ketika itu juga phonenya berbunyi. "Hello?"
"Airil! Ni Ana. Saya nak jumpa awak esok. Boleh kan?"
"Macam mana awak dapat nombor saya?"
"Hehe..adalah. Esok okay."
"Eh,Ana!!" Ana mematikan telefon sebelum sempat Airil Shah memanggilnya. Pintu bilik dibuka. Maya Ariana memandang Airil Shah. "Awak on the phone dengan siapa?" Airil Shah mengambil Hafreez Shah dan meletakkannya atas katil. "Erm,just my partnership. Riz,hari ni mood umi okay tak? Sebab esok papa nak keluar. Riz cakap kat mummy yang daddy nak keluar esok tau. Goodnight my prince."
Maya Ariana mengerling tajam. Dia dan Airil Shah suka menvariasikan panggilan. Hanya menanti panggilan pertama dari Hafreez Shah sendiri. "Airil,awak mana boleh pergi mana-mana esok. Kita kan dah janji nak jalan-jalan dengan Riz. Please spend time with him." Airil Shah membuka matanya. Mengukir senyuman kepada Maya Ariana lalu menyambung semula tidurnya. Phone milik Maya Ariana berdering. Lantas diambilnya dan menjawab panggilan tersebut di luar bilik.
"Maya,there's something that I shall tell you." Suara yang tidak ingin didengarinya lagi kini muncul semula.
"Apa lagi yang awak nak?" Maya Ariana menjawab lemah. Malas baginya untuk melayan kerenah Julia.
"Ana dah kembali. Maksud saya,dia masih hidup. Dia tak pernah mati. Selama ni dia ada kat Singapura.I cuma nak bagi peringatan kat you. I takut kalau Airil kembali pada Ana semula."
"Enough Julia. Awak ingat saya boleh percayakan awak selepas apa yang awak lakukan? Saya dah maafkan awak dan saya dah cakap, awak jangan kembali semula dalam hidup kami. Awak sendiri dah janjikan."
"Ya. Tapi ni lain Maya. Awak sendiri pernah jatuh cinta semula dengan Arash,kenapa awak fikir Airil tak mungkin akan jatuh cinta semula pada Ana? Apatah lagi Ana masih hidup."
"Saya percayakan Airil! Dia suami saya dan saya tahu dia takkan menduakan saya. Dia pun dah lupakan Ana dan dia tiada sebab untuk kembali semula pada Ana!" Selepas menamatkan perbualan,Maya Ariana masuk semula ke dalam bilik. Dia menatap wajah lena Airil Shah. Hatinya tahu tidak mungkin Airil Shah akan kembali semula pada Ana. Tak mungkin begitu mudah dia mempercayai kata-kata Julia.
***************************************
"Sayaannggg. Awak kat mana?" Airil Shah memanggil Maya Ariana namun tidak disahut. Dah dicarinya dalam bilik malah di dapur pun tidak juga ditemui. Kembalinya semula di ruang tamu,dia mendapati Hafreez Shah sangat gembira bermain dengan Mr.Adr. "Sayang,I nak pergi keluar kejap tau." Airil Shah mengapai tangan Maya Ariana.
"Aip,aip. Sejak bila panggil 'sayang' hah? Keluarlah. Tapi, jangan balik rumah dah."
"Aik,takkan merajuk? Okay,malam ni kita keluar bawak Riz ye?" Airil Shah menyalami kedua ibu bapanya sebelum bergerak menuju destinasi. Maya Ariana cuba berfikir positif dengan kelakuan Airil Shah yang penuh rahsia sejak kebelakangan ini. Maya Ariana mengejar Mr. Adr yang berlari ke dalam biliknya setelah diketuk kepalanya dengan tidak sengaja oleh si kecil Hafreez Shah.
Mr.Adr melompat ke atas kerusi yang berhadapan dengan meja solek. Pada waktu itu juga,Maya Ariana terlihat satu kotak yang sungguh aneh. Dibukanya dengan penuh curiga dan didapati ada kunci di dalamnya. Maya Ariana kebingungan. Kunci apa ni? Tatkala itu juga,dia teringatkan sesuatu. Segera dia mengambil sebuah kotak yang disimpannya di bawah katil. Dia cuba untuk membukanya tapi dalam masa yang sama dia berharap itu bukanlah kunci yang dicarinya. Namun, apa yang terjadi seterusnya membuatkan hatinya berbelah bahagi. Kunci itu berjaya membuka kotak tersebut. Kunci itu yang dicarinya. Dikeluarkan semua gambar dan surat-surat di dalam kotak itu. Dibaca satu per satu,air matanya mengalir deras.
'Tapi kenapa Airil simpan kunci ni? Kenapa dia tak bagi aku?'
Share this novel