BAB 2

Romantic Comedy Completed 88973

"Maya Ariana!!"

Jeritan Datin Syarifah pastinya berjaya mengejutkan anak daranya dari tidur yang lena.

"Sayang ooii,kalau nak kejut anak dara awak itu,tak payahlah jerit-jerit. Nanti apa kata jiran pagi-pagi dah bising." Dato' Idham mencelah.

"Abang,mana ada pagi. Sudah tengahari abangnya. Itulah,saya dah cakap jangan tidur lepas subuh. Tapi dia degil. Apa guna belajar kat London kalau cakap saya pun tak nak dengar. It's useless." Datin Syarifah mengeluh.

"Mama, bukan Maya tak nak dengar cakap mama,tapi Maya penat. Nak peluk mama."

Maya Ariana segera menuju ke arah Datin Syarifah. Dato' Idham hanya tergelak kecil melihat gelagat permaisuri dan puterinya. Queen?? Princess?? He is a king right?

"Maya, Aunty Zara ask you to work with her." Datin Syarifah risau sekiranya Maya tidak berjaya untuk mendapatkan kerja di Malaysia apatah lagi memang sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada era ini.

"Okay, I'll meet her later. Mama, Maya nak keluar petang ini." Maya menghirup jus oren sunquick yang dikeluarkannya dari peti sejuk. Sejuknya!!

" Maya, papa bukannya apa tapi agak-agaknya bila kami dapat bermain dengan cucu kami." Maya tersedak dengan pertanyaan Dato' Idham. Huh,nasib baik tak tersembur. Kalau tersembur tadi maafkan Maya papa. Your fault not mine.

"Abang, Maya baru je nak mula bekerja. Tunggulah dulu. Dia pun baru balik dari London. Maya, mama tak nak bermenantukan lelaki bermata biru. Lelaki Malaysia banyak lagi so jangan cari yang jauh-jauh."

Alamak, mama dah bagi warning tak nak lelaki mata biru. Tak apa mama, anak kesayangan mama ini tak akan mengecewakan mama. Tapi, ada ke orang nak kat aku??

Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, Maya segera menyarungkan beg tangannya. Hurmm, nak pergi mana ye?? Maya, kau tak tahu kau nak pergi mana? Cuba cari kat Internet kejap.

"Okay, dah jumpa. Pergi Paradigm kat Kelana Jaya jelah. Dekat situ tak mungkin ada artis kan."

Maya tiba-tiba teringat akan jejaka idaman Malaya ( katanya ), Airil Shah. Siapa Airil Shah? Aku seorang je ke yang tak kenal dia? Tapi, apa aku kisah siapa pun dia asalkan aku tak perlu ada kena mengena dengan hidup dia dan dia pun macam itu juga.

Share this novel

test_account
2022-06-22 22:46:37 

test_account

test_account
2022-06-22 22:45:33 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience