BAB 34

Romantic Comedy Completed 88973

Maya Ariana sedang sedap baring atas katil, melayari mimpinya yang sudah jauh sampai ke Hogwarts School . Dia yang ternampak Daniel Radcliffe baru sahaja hendak melangkah ke arahnya apabila lagu

nyanyian Daniel Padilla dan Kathryn Bernado berkumandang.

"Got to believe in magic

Tell me how two people find each other

In a world that's full of strangers

You've got to believe in magic

Somethin' stronger than the moon above

'Cause it's magic when two people fall in love"

Tiba-tiba bayangan Daniel Radcliffe pon terlenyap. Habis sudah mimpinya tertangguh. Dia mencapai phone di atas meja sebelahnya. Siapalah yang berani kacau tidur aku ni!! Jeritnya sambil melihat nama pemanggil. Hanya tertera nombor. Bermaksud dia tidak menyimpan nama pemilik nombor tersebut.

"Hello?" Sapanya terlebih dahulu.

Diam. Senyap. Tiada suara kedengaran. Selepas beberapa ketika terdengar bunyi telefon dimatikan.

Maya Ariana hanya memandang pelik. Lantas dia bangun menuju ke bilik air. Dia membasuh mukanya. Phonenya berdering sekali lagi.

"Hello??"

Tiada sahutan. Sekali lagi nombor yang sama terpancar. Maya Ariana mengabaikannya. Membiarkan phonenya berdering. Untuk kali yang seterusnya,dia mengangkat tanpa melihat nama yang terpapar di skrin.

"Kau nak apa lagi!!"

"Maya,awak kenapa? Ada orang ganggu awak ke?" Arash Shah pelik menerima balasan seperti itu dari Maya Ariana.

"Hehe..sorry..Kenapa awak call?" Maya Ariana segera mengubah balik suara ke normal.

"Saya nak pergi Istanbul minggu depan. So saya nak luangkan masa dengan awak minggu ni. Saya nak ingatkan awak semula siapa Airil Shah pada awak. Awak tak boleh ingat saya sahaja. Sebab satu hari nanti...." Arash Shah diam.

"Apa awak cakap ni?! Okay,saya akan terima Airil dalam hidup saya tapi awak tak boleh tinggalkan saya tau. Awak dah janjikan dulu?" Maya Ariana mula rasa sedih. Air mata yang mengalir disapu cepat.

"Ya..saya takkan tinggalkan awak. Saya takkan buat awak sedih." Arash Shah tergelak kecil di hujung talian. Selepas menamatkan perbualan,nombor tadi tertera sekali lagi. Maya Ariana menyambut panggilan tersebut dengan rasa meluat kerana risau dikenakan sekali lagi.

"Jauhkan diri kau dari Airil atau orang yang kau sayang takkan selamat!"

Maya Ariana meletakkan phonenya dengan hati yang berdebar-debar. Arash! Ya Allah,jangan apa-apa berlaku pada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience