Completed
88973
'What? My childish princess? Kalau aku childish then Ana tu apa? Lovely princess pulak? ' Maya Ariana menggenggam jari-jarinya. Aunty Zara membawa Ana ke bahagian 'wedding dress' apabila dipinta oleh Airil Shah. Kini hanya tinggal Airil Shah dan Maya Ariana berduaan.
"Apa awak buat kat sini dengan Ana?" Maya Ariana menyoal Airil Shah namun tidak langsung dia memandang suaminya itu . Airil Shah mendekati isterinya. "La,saya nak beli wedding dress for Ana la. Takkanla nak makan kat sini kot. Cuba fikir logik sikit sayang." Ketawa Airil Shah dengan pertanyaan daripada Maya Ariana sambil dia mencubit lembut pipi gebu Maya Ariana.
Maya Ariana menepis tangan Airil Shah. "Wedding dress? For your second wedding? Then who I am to you?! Oh, how can I forgot. She's your first love not me."
Ternganga Airil Shah dibuatnya. 'Kenapa pulak dengan Maya ni? ' Belum sempat Airil Shah bersuara,Maya Ariana berlalu pergi mengambil Hafreez Shah yang sudah terjaga selepas lama terlelap daripada salah seorang pekerja aunty Zara. Aunty Zara curi-curi memandang Maya Ariana dan Airil Shah silih berganti.
***************************************
Sesampainya di rumah, Maya Ariana segera mengemas pakaiannya dan pakaian milik si kecil Hafreez Shah. Bagasi yang padat dengan pakaian-pakaian tersebut diletakkan di tepi. Si kecil Hafreez Shah hanya melihat apa yang dilakukan oleh Maya Ariana. Maya Ariana segera turun ke bawah sambil mendukung Hafreez Shah. Diletaknya Hafreez Shah di ruang tamu sementara dia menyediakan makan malam bersama-sama dengan Datin Qaisara.
Seusai habis menyediakan makan malam,pintu diketuk. Maya Ariana segera membuka pintu. Kelihatan Airil Shah yang baru sahaja pulang. Maya Ariana menyambut kepulangan suaminya dengan muka manis apabila rasa diperhatikan oleh Datin Qaisara. Airil Shah hanya memerhati Maya Ariana yang berdiam diri sahaja semasa berada di meja makan malah langsung tidak memandangnya. Walau berapa banyak kali dia mencuba mencapai tangan Maya Ariana tetap akan ditepis.
"Erm,mummy, Maya nak balik lawat mama dan papa seminggu ni. Esok pagi Maya gerak." Maya Ariana bersuara selepas lama hanya diam membisu. "Oh tak apa. Kalau Maya nak lawat mama dengan papa Maya,mummy tak kisah pun. Airil ikut sekali kan?" Datin Qaisara tersenyum ke arah Maya Ariana dan Airil Shah. "Err,Airil tak ikut sebab Airil kan semakin busy so Maya tak nak ganggu Airil." Maya Ariana menundukkan matanya. Tidak sanggup membalas pandangan ibu mertuanya.
"Kalau macam tu Airil cuti seminggu ni. Kerja kat pejabat tu serahkan pada Adham. Mummy tak benarkan Maya pergi keluar tanpa Airil di sisi. Faham?" Dengan tegas Datin Qaisara bersuara. "No,mummy. Airil banyak sangat kerja. Takkanlah nak suruh Adham buat semua kerja? Have a pity on him." Maya Ariana mengeluh mendengar kata-kata Airil Shah. Bukan mengeluh kerana Airil banyak kerja yang perlu dilakukan. Tapi dia mengeluh kerana dia tahu apa yang bakal berlaku selanjutnya. "Have a pity on him? Yes I am but you should have pity on your wife tu. Mummy dengan daddy tak pernah ajar Airil dan arwah abang Arash bersikap pentingkan diri sendiri. Get it?!"
*dalam bilik*
"No! Saya tak benarkan awak balik rumah. I'm your husband. Awak kena dengar cakap saya. Listen here,I will tell you the truth. So please listen to me."
"Now awak mengharapkan saya untuk percayakan awak? Saya nampak depan mata saya! Awak nak jujur apa lagi?" Maya Ariana menahan tangis sambil duduk di atas katil.Airil Shah menarik Maya Ariana ke dalam pelukannya setelah dia mengambil tempat di sebelah Maya Ariana. 'Sayang,you're my wife. What type of husband I am kalau saya menduakan awak.' Airil Shah membisik dalam hatinya. Tubuh Maya Ariana didakapnya lebih erat sehingga tangisan si isteri tidak lagi kedengaran. Airil Shah melihat Maya Ariana dan membaringkannya ke atas katil. "Haih,boleh pula dia tidur dalam keadaan macam ni? " Airil Shah tersengih lalu membaringkan tubuhnya bersebelahan Maya Ariana yang terlena dalam pelukan suaminya.
***************************************
"Aku terima nikahnya Ana Batrisyia binti Fathul Rizal dengan mas kahwin..............."
Hanya sekali lafaz,kini Ana telah pun bergelar isteri setelah lama si jejaka menanti sebuah jawapan. Deraian air mata Ana jelas terpancar membasahi pipi mulusnya itu. Seusai acara pembatalan air sembahyang Ana berlari mendapatkan Airil Shah.
"Airil thanks for everything." Ana begitu terharu sehingga deraian air matanya masih kelihatan. "Hehe. No problem lah. Lagipun kau berhak dapat kebahagiaan yang selama ini kau cari." Airil Shah tersenyum. "Better kau jangan dekat sangat dengan Airil,Ana. Tak pasal-pasal cemburu pula Mr. Istikharah kau tu." Adham memuncungkan bibir ke arah Nasrullah a.k.a Nasr. Dari jauh Airil Shah dan Adham memandang Nasr yang juga merupakan kawan mereka bertiga. Nasr dan Ana tidak pernah bersefahaman ketika di bangku sekolah dengan Nasr yang selalu membuli Ana,dan Airil yang setia menjadi perisai buat Ana. Memang lumrah kehidupan,jangan terlalu membenci kelak haih,faham-faham sahajalah.
"Eh,tak mungkinlah Nasr cemburu. Dia pun faham yang Airil dah ada keluarga sendiri. Takkanlah dia nak cemburu tak bertempat." Ana menangkis. Dia memandang Nasr yang kini menjadi teman hidupnya. Tidak dia menyangka segala angan-angannya diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Kini dia benar-benar yakin dengan hikmah yang diterima.
"Eh,mula-mula memang la macam tu. Lama-lama nanti macam si Maya. Cemburu sangat sampai dia ingat Airil nak kahwin dengan kau." Adham tergelak kecil. Airil Shah pula tersenyum mencari kelibat Maya Ariana.
"Hey Airil! Dari tadi aku tengok kau cari seseorang je. Kau cari isteri kau ke? Takkan nak tinggal kejap pun risau?" Nasr mendatangi mereka. Adham pula segera mengusik. "Kau tak tahu ujian yang diorang tempuh Nasr. Sekarang inilah masa untuk Airil tebus balik."
"Eh,sorry la Airil. Aku tak ..."
"Chill la bro. Aku okay la sekarang ni. Just I need a favor."
**************************************
"Maya,sudah-sudahlah tu merajuknya. Kalau kau merajuk sampai bila hubungan korang nak baik?" Airin mempercepatkan langkah untuk menyamai langkah Maya Ariana.
"Bukannya Airil tak sengaja pun. Dia kan dekat China sekarang. Takkanlah dia nak terbang tinggalkan kerja dia kat situ." Alya pula bersuara.
"Okay. Aku maafkan dia sebab dia ada dekat China sekarang tapi, dia tak wish aku lagi. Dia ingat ke tak hari ni birthday aku?!" Jerit Maya Ariana geram.
"Eleh,korang berdua sama je. Suka main tarik tali. Hari ini kau merajuk. Esok lusa dia merajuk pula. Eh,tak fahamlah dengan korang ni." Suara Adham menarik perhatian mereka bertiga.
"Adham,bukan kau dengan Airil kat China ke?" Soal Maya Ariana. Ada kesangsian di situ.
"Oh haah. Tapi aku balik semalam. Airil pagi tadi sepatutnya dah sampai. Tapi tak tahulah kalau penerbangan dia ditangguhkan.So,where's he? Kejap! Jangan cakap Airil tak balik lagi." Adham memandang Maya Ariana. Hanya gelenggan yang diterima. Saat itu juga,phone Maya Ariana berdering. Tertera nama Airil Shah.
"Airil,awak kat mana ni?"
"Err,Maya,this is Ana. Sorry,Ana dengan Nasr jemput Airil tadi kat airport. But we got an accident on our way to send Airil back. And now Airil injured. Tapi dia tak nak pergi hospital. Dia nak Maya datang rumah baru korang sekarang. Dia nak celebrate your birthday. So please hurry."
Panggilan dimatikan. Semua mata tertumpu pada Maya Ariana. Airin cepat-cepat bertanya apa yang terjadi. Maya Ariana menceritakan semula apa yang Ana katakan tadi. Lantas,enjin kereta dihidupkan. Alya membawa Maya dengan keretanya manakala Airin pergi bersama Adham.
Sesampainya di rumah tersebut,Ana telah menunggu di depan pagar dengan muka kerisauan. Maya Ariana pula segera melangkah masuk ke dalam. Dilihatnya Airil Shah tersenyum saat ternampak kelibatnya. Air mata Maya Ariana yang dari tadi ditahan akhirnya jatuh.
"Airil,kita pergi hospital dulu ya. Awak cedera tu. "
"No! I want to celebrate your birthday." Airil Shah menggelengkan kepalanya lagak anak kecil.
"Tapi awak,just look at yourself!"
"Awak risaukan saya ke, Maya?" Airil Shah mendekati Maya Ariana lantas dia menarik isterinya itu dalam dakapannya. Maya Ariana hanya diam membisu. Risaukah dia? Kalau cakap risau, kantoilah yang dia amat mencintai suaminya itu. Tapi kalau cakap tak risau pula,sampai bila dia nak bermain dengan ego dia?
"Aww,sweetnya tengok korang. Nampaknya rancangan kita berjaya!" Teriak Alya. Dan saat itu juga Maya Ariana menolak tubuh Airil Shah. "Apa maksud semua ni?" Maya Ariana menyoal. Dipandangnya wajah setiap seorang di situ. "Sampai hati awak Airil. Awak tahu tak saya mati-mati risaukan awak bila Ana kata awak tak nak pergi hospital. Awak tahu tak yang saya takut sangat kalau awak tinggalkan saya macam Arash tinggalkan saya? But,awak boleh main-main lagi?"
Airil Shah menarik semula Maya Ariana tetapi Maya Ariana terus memukul Airil Shah. Airil Shah menyapu deraian air mata Maya Ariana lalu memberi isyarat kepada rakan-rakannya untuk beredar seketika.
Maya Ariana cuba untuk beredar dari situ tetapi ditahan oleh Airil Shah. Tangan Maya Ariana digenggamnya erat. Kali ini tak akan sesekali dia melepaskan tangan sang puteri. "Dear,I'm so sorry. Saya tak maksudkan untuk melukakan hati awak. Untuk buat awak risau. Saya cuma nak celebrate birthday awak dengan something special. Saya tahu kalau saya tak buat macam ni,awak takkan datang. Sebab saya tahu awak masih marahkan saya pasal Ana walaupun hakikatnya Ana kahwin dengan Nasr.Hehe." Tergelak kecil Airil Shah di akhir ayatnya.
"Janganlah ingatkan benda tu!" Maya Ariana merengek. "Saya minta maaf sebab...... " Airil Shah meletakkan jarinya di atas bibir Maya Ariana sebagai tanda untuk dia berhenti berbicara.
"Kita lupakan semua tu. Actually..Maya Ariana binti Dato' Idham, sudikah awak menjadi peneman hidup buat Airil Shah bin Dato' Amran, dan bersamanya di saat susah dan senang dan akan terus mencintainya until Jannah? Maaf kalau saya tak romantik at least ayat kali ini better la dari dulu kan?" Airil Shah menghulurkan tangannya dengan harapan Maya Ariana akan menyambutnya semula.
"Airil Shah bin Dato' Amran,sudikah awak memaafkan Maya Ariana binti Dato' Idham atas segala kekhilafannya selama ini? Andai jawapannya adalah 'ya' maka jawapan yang akan saya berikan untuk soalan awak tadi jua 'ya'. "
Belum sempat Airil Shah menjawab, tepukan meriah oleh Adham,Airin,Alya,Ana dan Nasr kedengaran. Senyuman terukir pada wajah Airil Shah dan Maya Ariana. Airil Shah membawa Maya Ariana ke luar.
"Sebenarnya,abang ada satu soalan untuk sayang. Asal muka pelik tu? Takkanlah nak guna saya-awak lagi? Apa mummy gan daddy cakap nanti."
"Yalah. Hah,apa soalan dia?"
"Sejak bila sayang suka abang?"
"Hurmmm,eh,saya lah yang kena tanya awak.. Hehe. Saya yang sepatutnya tanya abang bila abang suka saya sebab abang yang lamar saya."
"I fall in love with you at first met. Tapi,masa itukan tak sedar lagi. Okay,now your turn."
Airil Shah memandang Maya Ariana. Menanti pula jawapan dari pihak sebelah.
"Sebenarnya....saya tak suka awak pun." Maya Ariana menjelir lidahnya lalu segera berlari meninggalkan Airil Shah. Namun,Airil Shah sempat mengejar Maya Ariana lalu dia menggeletek isterinya itu.
"Airil,okay,stop it. Kalau tak,jangan harap boleh masuk rumah." Ugut Maya Ariana.
Airil Shah tertawa lalu mencubit pipi gebu Maya Ariana sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Maya Ariana tersenyum.
' Ya Allah,aku benar-benar bersyukur dengan nikmatMu ini. Peliharalah rumah tangga kami. Semoga hubungan kami kekal until Jannah. Tapi, hurmm..sejak bila aku suka dia?'
****************tamat*****************
Share this novel