BAB 36

Romantic Comedy Completed 88973

"Betul ke keputusan aku untuk pergi Istanbul? Tapi,kalau aku still duduk sini ,hanya akan melukakan hati aku. Tapi,kalau aku pergi,family aku gan Maya mesti takkan pernah tahu rahsia tersebut. And one day kalau rahsia terbongkar mesti dorang sedih sangat. Salah ke kalau aku nak rahsiakannya? " Arash Shah duduk di balkoni. Dalam genggamannya ada segugus kunci. Dikeluarkannya satu kunci dari kunci-kunci tersebut.

*flashback*

"Maya, jom kita beli sebuah kotak and kita letak our memory kat situ. Lagipun awak nak balik Malaysia dah kan?"

*flashback*

"Awak tulis la surat untuk kita baca 5-10 years later. Sesuatu yang awak rahsiakan dari saya."

"Arash,saya tak pernah rahsiakan apa-apa dari awak. Awak kot yang hide something from me. Kan? Sampai hati!"

"Haha..tak semua rahsia perlu diceritakan. Hehe..Ala,nanti awak tahulah. Tapi,saya takkan tinggalkan awak,saya takkan lupakan awak. Awak jangan risau la."

"Okay,saya percayakan awak."

"Okay,kotak ni awak pegang but saya pegang kunci. Kalau awak nak bukak,awak kena jumpa saya."

"Arash!!! Main-main pulak."

*end of flashback*

"Abang Arash." Airil Shah menepuk bahu Arash Shah. Arash Shah memandang adiknya yang mengambil tempat di sebelah. "Kenapa?" Soalnya.

Airil Shah mendiamkan diri. Patut ke tanya? Itu semua kisah silam,aku dah kahwin pon dengan Maya. "Err,tak ada apalah. Airil keluar dulu. Sorry ganggu." Airil Shah menolak kerusi ke belakang. Arash Shah mengeluh lalu menahan Airil Shah sebelum sempat dia keluar.

"Airil,kau jaga Maya elok-elok tau. Aku tak nak dengar dia cedera or nangis sebab kecuaian kau. Aku boleh maafkan peristiwa dulu but this is last warning. Jaga Maya elok-elok." Airil Shah terus keluar selepas Arash Shah habis bicara.

'Ana,walau aku cuba melupakan kau dan menerima Maya,aku tetap tak mampu miliki cinta Maya. Kenapa masa yang kita ada antara kita hanya sedikit? Kenapa aku tak dapat miliki kau? Patutkah aku lepaskan Maya demi abang Arash? Arghh!!!'

*flashback*

"Maya,kalau satu hari nanti saya terpaksa tinggalkan awak,awak cari saya kat Istanbul tau. Saya ada kat sana."

"Awak nak tinggalkan saya ke?"

"Taklah. Kan saya cakap kalau 'terpaksa' . Bahasa Malaysia awak dapat berapa hah? B ke? Lambat sangat faham. Haih..macam mana la saya boleh suka awak?" Arash Shah gelak terbahak-bahak. Maya Ariana mengoyak kertas yang digenggamnya di hadapan Arash Shah. Terkesima Arash Shah di situ.

"Kenapa awak koyak surat cinta saya? Huwaa.."

"Biarlah,dorang tak tahu ke yang awak suka someone? Yang terhegeh-hegeh lagi tu dah kenapa!"

"La..awak cemburu ke? Perghh..Maya Ariana cemburu.."

*end of flashback*

Maya Ariana ketawa sendirian. Dia masih belum pulang ke pangkuan Datin Qaisara. Dia memegang kotak yang menyimpan kenangannya bersama Arash Shah. Apa yang dirahsiakan oleh Arash? Hatinya meronta untuk mengetahui. Istanbul sudah memanggil Arash,aku perlu halangnya! Tekad Maya Ariana.

"Maya,kawan kamu datang ni." Panggil Datin Syarifah. Ketukan di pintu menyedarkan Maya Ariana.

'Siapa pulak yang datang? Airin gan Alya ke?' Maya Ariana menuju ke ruang tamu. 'Wait! Siapa tu? Aku kawan gan dia ke?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience