sambungan Bab 12

Romance Series 5904

Haris tersenyum menguntum. Raut wajahnya tampak berbeza setelah memotong rambut. Sebaik sahaja melihat Suhaila sedang berdiri di ruang tamu rumah. Terus sahaja tangannya melambai

Suhaila membalas senyuman itu entah kenapa hatinya semakin terpaut dengan kekacakan Haris. Suhaila ingin membalas lambaian itu namun tangannya teragak-agak

"AWAK..,"

"Ya Abe,"

"Awak nampak tak lelaki handsome duduk kat sana tu,"

Suhaila memandang ke arah seorang lelaki sedang melambai namun wajah lelaki itu tidak begitu jelas

"Su?, Su,"

Suhaila tersentak dari ingatannya sendiri. Kelopak matanya membulat memandang Haris

"Ya..,"

"Jauh Su mengelamun?,"

Suhaila terpinga-pinga "Mana ada.. Su nak masuk bilik ambil pakaian,"

Haris terangguk-angguk sambil memerhati Suhaila masuk ke dalam bilik

Masuk sahaja di dalam bilik Suhaila duduk sebentar di atas birai katil. Anak matanya menatap kosong cuba mengingat kembali wajah lelaki yang melambai padanya. Dahi berkerut teruk namun usahanya tidak membuahkan hasil. Wajah lelaki itu tetap samar

"Tak akan itu Abe Haris.. Hiss ngarut je'la ambo nie," Suhaila tergeleng-geleng

Waktu mahgrid mula menjelang. Para penghuni rumah melakukan solat jemaah di ruang tamu di imamkan Haris. Suhaila terpaksa solat mengunakan kerusi kerana lututnya masih belum pulih sepenuhnya'kan

Setiap bacaan di lantunkan Haris kedengaran sungguh merdu namun suhaila tampak seolah-olah tidak kusyuk dengan solatnya. Otaknya masih cuba mengingat wajah lelaki itu

Usahanya itu masih berterusan ketika di meja makan saat mereka semua menikmati makan malam bersama. Suhaila sekadar mencuit-cuit nasi di pinggan dan tingkahnya itu di sedari Haris

"Kenapa Su?,"

"Hah?," Suhaila terpinga-pinga memandang Haris

"Kenapa cuit-cuit nasi tu.. makanlaa,"

Suhaila berpura-pura tersenyum lalu menikmati hindangannya. Haris masih lagi menatap suhaila. Dia dapat mengagak jika ibu muda itu seakan ada memikirkan sesuatu

Setelah selesai makan malam. Suhaila duduk di dalam bilik menemani isteri ustaz taib berbual. Perkerjaan dapur di uruskan Ustaz taib dan Haris. Setelah masuk waktu Asar, Ustaz taib mengajak Haris solat berjemaah di surau.

Jam 9 malam Haris berjalan bersama ustaz taib sambil mendukung Asri. Mereka berdua berbual sepanjang perjalanan sehinggalah langkah mereka hampir menghampiri halaman rumah

"Itu Apul?," Kata Haris sebaik melihat Saiful sedang berdiri di tepi kereta jenis Suv

"Assalamualaikum Apul," Ucap Haris

"Waalaikummussalam.., Assalamualaikum Ustaz," Ucap Saiful kembali sebaik melihat Ustaz taib

"Waalaikummussalam, Bila sampai?,"

"Baru je lagi, Solat kat surau ke?,"

"Haah.. Saiful dah makan? lauk ada lagi kat rumah,"

"Eh dah ustaz. Saya datang nie pun sebab nak jumpa Haris,"

"Kalau gitu, Ustaz masuk dulu. Saiful berborakla dengan Haris,"

"Terima kasih Ustaz,"

"Sama-sama,"

Saiful dan Haris sama-sama memandang ustaz taib masuk terlebih dahulu ke dalam rumah

"Amboi.. manjanya Asri dengan pakcik Haris,"

"Aboh,"

"Hah? Aboh,"

"Dia panggil aku Aboh,"

"Cepatnya dia panggil kau Aboh,"

Haris tersengih-sengih sambil mengusap-ngusap belakang Asri

"Weii.. Mana wheelchair, mana tongkat.. cakap je nak hantar. Sampai sekarang kau tak hantar-hantar,"

Saiful tersengih-sengih sambil mengaru-garu rambutnya "Sorry'la Haris. Kerja aku bertimbun kat office,"

"Alasan..,"

"Weii congratulations,"

"Kau dah tahu ke?,"

"Azman bagitahu aku," Saiful sengaja memetik nama Azman

"Esok aku dengan dia pergi kursus kawin,"

"Bila kau daftar?,"

"Ustaz yang tolong,"

"Ooo.., naik apa esok?,"

"Grab'laa.. naik apa lagi,"

"Apa kata kau pakai kereta aku,"

"Boleh ke?,"

"Tentulaa boleh. Aku'kan ada dua kereta,"

"Thanks Apul.. nanti bolehla aku bawa Su dengan Asri nie jalan-jalan,"

"Tapi Haris.. Kau tak risau ke kalau ayah kau dapat tahu kau berkahwin. Kau sendiri'kan tahu perangai ayah kau macam mana,"

"Apa aku Perduli.. dia dah pecat aku, dia dah halau aku.. Suka hati akula dengan siapa aku nak kahwin,"

"Eloklaa macam tu Haris.. aku harap lepas kau kawin nanti.. kau jangan lagi buat perangai lama,"

"In Sya Allah.. Tapi aku berani bersumpah Apul.. lepas aku kawin dengan suhaila, aku tak akan jejakkan kaki aku lagi tempat-tempat macam tu,"

"Alhamdulillah.. itu yang aku nak dengar. Tapi aku tak sangka Haris.. Suhaila sanggup kawin dengan kau,"

Kali ini Haris terdiam tidak terus menjawab.. Raut wajahnya tiba-tiba berubah muram. Hatinya kala itu agak berat mahu berterus terang kepada saiful jika Suhaila adalah gadis yang di pekosanya ketika di Bangkok

"Kenapa Haris?,"

Haris mengeluh berat. bibirnya berpura-pura tersenyum "Nanti jela aku beritahu kau,"

"Comon'la Haris.. dengan aku pun nak berahsia,"

"Bukan sekarang Apul.. in Sya Allah aku beritahu kau lepas aku dah menikah nanti,"

"Okayla.. So apa kata kau hantar aku. Nanti kau bawa jelah kereta nie balik.. Oh ya aku lupa.. belakang bonet ada wheelchair dengan tongkat,"

"Kau bawa Asri masuk dalam kereta dulu.. Aku nak try ajak suhaila sekali,"

Saiful segera mengambil Asri dari dukungan Haris sebelum sahabat baiknya itu bergegas ke pintu rumah

"Hah Haris. Saiful dah balik ke?," Tanya Ustaz taib sebaik melihat Haris masuk ke dalam rumah

"Belum.. Saya nak hantar Apul balik ustaz, sebab dia bagi saya guna kereta dia. Esok bolehla kita pergi sama-sama tempat kursus tu,"

"Elokla tu,"

Haris tersengih-sengih "Saya ingat nak ajak suhaila temankan saya.. bole ke ustaz,"

"Boleh.. Tapi jangan buat yang bukan-bukan,"

"Hiss takdela Ustaz, Asri pun ikut,"

"Pergila tanya dia,"

Haris bergegas menapak menuju ke pintu bilik berhampiran dengan dapur

"Su. Su.,"

"Ya abang,"

"Keluar kejap,"

Pintu bilik di buka dari dalam "Kenapa abang?,"

"Su nak temankan abang tak hantar saiful balik. Dia bagi abang guna kereta dia,"

Suhaila menunduk melihat pakaiannya, hanya ber' t-shirt lengan panjang bersarungkan kain batik "Pakai macam nie boleh ke bang?,"

"Takde masalah, asalkan tertutup semua. Su boleh jalan'kan,"

"Boleh..,"

"Okay jom,"

Dalam perjalanan menghantar Saiful pulang. Asri duduk di riba Haris. mereka bertiga rancak berbual. Ada saja topik yang di bualkan lebih-lebih lagi topik berkaitan dengan diri Haris

Suhaila ketika itu lebih banyak mendengar berbanding bercakap.. Hanya apabila saiful bertanya barulah dia mengeluarkan suara

Setelah menempuh perjalanan selama setengah jam barula kereta di pandu Saiful berhenti di luar pagar sebuah rumah mewah. Oleh kerana di luar agak gelap. Suhaila tidak dapat melihat dengan jelas rumah sahabat baik Haris itu

"Saya balik dulu ya Suhaila, selamat malam,"

"Selamat malam,"

Enjin kereta di biarkan hidup. Saiful dan Haris sama-sama keluar dari kereta. Suhaila memerhati dari balik jendela kereta. Haris dan saiful berbicara sebentar sebelum Haris masuk semula ke dalam kereta

Suhaila sempat membalas lambaian saiful saat kereta di pandu Haris bergerak meninggalkan tempat itu

Anak mata Haris melirik pada cermin dia atas, ingin melihat Suhaila yang sedang duduk di belakang

"Su..,"

"Ya bang?,"

"Abang perasan Su asyik termenung je. Su ada apa-apa masalah ke?,"

"Eh takde bang,"

"Habis tu, Su termenung pasal apa?,"

"Su teringatkang pasal malam tu,"

"Malam tu?,"

"Malam sebelum Su kena rogol. Su teringat kalu Abe tu ada tegur Su sebab Abe tu nak tunjuk kawan dia.. Su ada tengok kawan Abe tu tapi Su tak boleh ingat muka dia,"

Dada Haris kala itu berdebar-debar cemas bimbang jika Suhaila boleh mengingati wajahnya "Kenapa tiba-tiba je Su boleh teringat semua tu?,"

"Entahla bang.. Su teringat semua tu, waktu abang lambai pada Su petang tadi. Sebab malam tu pung jantang tu ada melambai pada Su,"

"Su fikir abang ke yang rogol Su?,"

"Mula-mula Su fikir gitu,"

"Hah?," Haris memaling kepalanya kerana terkejut

"Takdelaa bang.. Su fikir benda ngarut je tu,"

"Tak akanlaa abang yang rogol Su?,"

"Ya Su tahu..,"

"Abang'kan dah cakap.. kalau boleh, Su lupakan semua tu. Tak lama lagi kita nak menikah. abang nak bantu Su dengan Asri bina hidup baru tapi kalau Su asyik teringat je pasal tu.. abang bimbang akan menganggu rumah tangga kita nanti,"

"Su minta maaf ya bang. Su janji Su akan lupakan semua tu,"

"Janji ya,"

Suhaila bersungguh-sungguh mengangguk "Su janji,"

HARI DEMI HARI TERUS BERLALU dengan pantas.. HARIS keluar dari bilik lengkap berpakaian baju melayu dengan sampin dan songkok tersarung kemas di kepala tampak segak seperti pendekar dulu kala

Saiful bersama Ustaz taib memandangnya penuh kagum. Tidak berapa lama kemudian giliran Suhaila pula keluar dari bilik berjubah muslimah moden tampak bergitu anggun dan cantik

Dan kala itu mata pasangan bakal pengantin itu saling bertentangan sambil hati masing-masing saling puji-memuji

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience