NURLISA menatap teleponnya lama, tiada satu pun message atau whattapp daripada Syed Arman, hanya missed call semasa teleponnya tidak aktif. Dia menjadi hairan dengan tingkah laku Syed Arman, apa yang dia mahu sebenarnya. Nurlisa berkira kira di dalam hatinya. Hari ini adalah hari Rabu, meeting adalah hari Jumaat, bermakna esok dia harus ke banglo besar yang bertaraf rumah agam itu. Terlalu banyak kenangan di rumah itu, sesungguhnya melihat rumah itu pasti membuatkan dia tidak keruan, dia bimbang jiwanya akan bermaharajalela. Keseluruhan di dalam rumah itu adalah kenangan manis kepadanya, walaupun pernah Syed Arman berlaku kasar kepadanya. Di rumah itulah dia ...