Bab 15

Romance Series 5904

PUAN seri Rahimah tak senang duduk di sebelah suaminya saat dalam perjalanan untuk menemui Haris

Sebelum dia dan suaminya berangkat tadi. Datin Sofia ada menghubungi'nya memberitahu tentang keadaan Zara selepas mengetahui Haris sudah berkahwin. Hatinya di selubungi perasaan bersalah yang teramat kerana dialah yang bersungguh-sungguh ingin mengahwinkan Zara dengan Haris

Puan seri Rahimah berdengus berberapa kali membuatkan Tan seri yunus menjeling geram

"Boleh tak awak duduk diam-diam. Serabut kepala sayala,"

"Saya kesihankan Zara bang,"

"Kenapa pulak dengan anak sofia tu?,"

"Sofia call saya, dia cakap Zara mengamuk teruk,"

Tan seri yunus mengeluh panjang "Awak pun satu, nak jumpa anak pun berteman. kalau awak pergi sendiri semua tu tak belaku,"

"Itula yang buat saya rasa bersalah sangat bang,"

"Alaa biarkan je. esok lusa okayla tu,"

"Kalau Zara tu tak okay jugak bang. macam mana?,"

"Awak tanya saya pulak, manala saya tu,"

Puan seri Rahimah berdengus pelan sambil melontarkan pandangannya di luar jendela kereta

SUHAILA leka memandang ke luar tingkap. Bintang-bintang yang bertaburan di langit menjadi peneman dirinya yang sepi di kala Haris dan Asri masih di surau

Selesai solat imsyak tadi. Suhaila terus berdiri di tepi tingkap menunggu kepulangan suami dan anaknya

"Hahaha..," tiba-tiba Kedengaran suara gelak ketawa di luar. Suhaila segera menjenguk. Bibirnya tersenyum riang sebaik melihat Haris dan Asri berjalan berdampingan masuk ke halaman rumah

Tanpa membuang masa Suhaila bergegas meluru ke pintu yang masih tertutup rapat. Pintu di buka. Sebaik Haris melihatnya. Suaminya itu terus melambai

"Kuat betul abang ketawa,"

"Asri nie. Saya saja biarkan dia berjalan. Tak habis-habis dia suruh saya dukung. Katanya penat sangat. padahal saya turunkan dia kat depan tu je,"

Suhaila ketawa kecil lalu memandang anaknya "Alaa.. Asri penat ke?,"

Asri mengangguk-agguk "Aboh tak muh dukung," Asri memuncungkan bibir

"Amboi doh pandai merajuk anok ma nie,"

Haris ketawa kemudian mengankat anak tirinya itu "Sekali sekala Asri kenala jalan. Mana boleh asyik kena dukung je, Asrikan dah besar,"

"Asri penat,"

"Sembahyang pung penat,"

"Dia tak sembahyang pun. Dari mahgrid tadi sampai ke imsyak belari ke sana-sini dengan budak-budak sebaya dia,"

"Oh patutlaa..," Pada masa yang sama anak mata Suhaila teralih pada sebuah kereta tiba-tiba saja masuk ke dalam halaman rumah "Eh abang," Suhaila cepat-cepat mengambil Asri dari Haris

Haris memusingkan badan "Itu kereta ayah abang," Haris memarling memandang isterinya semula "Su bawa Asri masuk ke rumah,"

"Ayoh abang ke tu,"

"Haah, tapi Su jangan risau ya. pergila masuk,"

Suhaila bergegas masuk ke dalam rumah dengan raut wajah yang bimbang jika kedatangan ayah haris bertujuan mahu memisahkan mereka berdua

Kereta yang di naiki kedua ibu bapa Haris berhenti betul-betul di hadapan rumah. Haris berdiri sambil memerhati pemandu peribadi ayahnya bergegas keluar untuk membuka pintu penumpang

Tan seri Yunus berbaju batik keluar terlebih dahulu. Bibir menyengih sebaik melihat kelibat anak bongsu'nya

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam," Jawab Haris seakan nak tak nak

"Haris macam tak suka je Papa datang?,"

"Papa'kan dah halau Haris. tak perlula nak susahkan diri tu datang jumpa Haris,"

"Papa datang sini pun lepas Mama haris bagitahu Papa, Haris dah kawin. Tentula Papa terkejut,"

"Dengan siapa Haris kawin. Tak perlula Papa perduli. Haris pun dah selesa hidup macam nie,"

"Haris marah sangat ke pada Papa?,"

"Haris tak marah Papa. Cuma geram je,"

Tan seri Yunus ketawa kecil mendengar jawapan anaknya itu "Tak akan nak biarkan Papa dengan Mama Haris berdiri je kat luar nie. Tak sudi ke nak jemput kami masuk?,"

"Masukla Papa, Mama,"

"Sebenarnya Papa tak kisah pun dengan siapa Haris kawin. Papa terima je. cuma Papa harap, perkahwinan Haris nie boleh buat Haris berubah. Cukup-cukupla berhibur, berparti kat luar tu," Jelas Tan seri Yunus sambil melangkah masuk ke dalam rumah

"Haris tak akan ulang semua tu lagi. Haris dah ada tanggungjawab sekarang,"

"Alhamdulillah. Itula Papa nak dengar,"

"Dudukla Papa, Mama,"

Tan seri Yunus memerhati sekeliling sebelum mengheyakkan punggungnya di atas kerusi

"Mana isteri kamu? Tak sudi sambut Papa dengan Mama ke?,"

"Kejap," Haris menoleh memandang pintu bilik "Su,"

"Ya bang,"

"Mari sini, jumpa Papa dengan Mama abang,"

Pintu bilik di buka. Pelan-pelan Suhaila melangkah keluar sambil mendukung Asri kala itu tampak begitu jelas raut wajahnya pucat

"Papa. kenalkan ini isteri Haris Suhaila,"

"Apa kabor pokcik,"

"Pokcik?,"

Suhaila terpingga-pingga. Haris pula tersenyum

"Kalau dah kawin dengan Haris, kenala panggil Papa,"

"Su mintok maaf Papa,"

"Tak apala," Dahi Tan seri yunus berkerut memandang Asri yang sedang di dukung Suhaila "Boleh bagi anak tu pada Papa sekejap,"

"Buleh," Suhaila segera menurunkan Asri ke bawah "Gie salam Atok dengan nenek,"

Asri yang masih lengkap berpakaian baju melayu terus menurut. Pelan-pelan kaki kecilnya melangkah menghampiri Tan seri Yunus

"Ala.. comelnya," Ucap Tan seri Yunus ketika Asri menghulurkan tangan namun tangan itu tidak di sambut malah tubuh Asri di angkat Datuk'nya lalu di dudukan diatas riba

Kepala Tan seri Yunus sampai memering ke kanan kemudian ke kiri ketika memerhati wajah Asri "Memang samala," Tan seri Yunus menoleh memandang isterinya

"Kan saya dah cakap kat abang. Bukan setakat sama memang sebiji sama,"

Tan seri Yunus tersenyum puas kemudian jarinya mencuit-cuit perut Asri. Membuatkan kanak-kanak itu ketawa geli dan pada masa yang sama, Puan seri Rahimah diam-diam tersenyum bahagia ketika memerhati cucunya itu ketawa

"Biar saya pegang dia bang," Pinta Puan seri Rahimah pelan namun sayang permintaannya itu tidak di dengari Suaminya

"Berapa umur Asri?,"

"Tiga tahung," lembut suara Asri menjawab

"Alaa.. cerdiknya," sekali lagi Tan seri Yunus mencuit-cuit perut cucunya itu. Asri terus ketawa. Setelah puas bergurau senda dengan cucunya. Tan seri Yunus mendongak

"Apa kata korang berdua duduk. Sakit tengkuk Papa nie nak mendongak,"

Haris menyuruh Suhaila duduk di sebelah kirinya namun sebelum Suhaila melabuhkan punggung, dia terlebih dahulu mengambil Asri dari ayah mertuanya itu, bimbang jika Asri membuatkan ayah mertuanya tidak selesa

Tan seri Yunus tidak melarang tapi berbeza pula dengan reaksi Puan seri Rahimah tampak seakan geram bila suaminya membiarkan Suhaila mengambil Asri

Entah kenapa pada saat itu, naluri keibuannya teringin sangat mahu memeluk tubuh cucunya itu
"Tadi Saya suruh abang bagi budak tu pada saya," Bisik puan seri Rahimah pelan

"Mana saya dengar,"

"Tak dengar konon. Hish geram betulla saya," Rungut puan seri Rahimah pelan namun tidak endahkan suaminya

"Suhaila orang mana?,"

"Ambo orang kelantan,"

"Belah mana?,"

"Sungai golok,"

"Oo sungai golok.. dekat sempadan thailand'kan,"

"Haah,"

"Patutla muka tu macam orang belah sana.. Cantik,"

Wajah Suhaila lantas kemerahan selepas di puji ayah mertuanya

"Dengar sini Haris. Macam Papa cakap tadi. Papa tak kisah siapa pilihan Haris, dengan siapa Haris kawin. Tapi masalahnya sekarang. Papa cuma nak tahu macam mana Haris boleh ada anak?,"

"Panjangnya ceritanya Papa,"

"Itu Haris jangan risau, Papa banyak masa sekarang nie. Cerita cepat,"

Haris memandang isterinya dulu sebelum memulakan cerita. Sebuah cerita rekaan yang sudah lama tersimpan di dalam kotak fikirannya setelah bersetuju menjadikan Suhaila sebagai isterinya

"Suhaila nie dulu Papa, dia berkerja sebagai tukang masak dekat UUM,"

"Tempat Haris kuliah dulu,"

Haris mengangguk "Waktu tu umur suhaila baru 18 tahun,"

"Mudanya.. kenapa tak sambung belajar,"

"Ambo orang susah," Jawab Suhaila ringkas

"Oo.. ya. ya Papa paham. Hah sambung,"

"Masa tu, Haris selalu makan kat gerai Suhaila berkerja. Entah macam mana Haris rasa masakan Suhaila sedap sangat.. itu yang buatkan Haris jatuh cinta dengan dia Papa,"

"Haris terus pikat Suhaila ke?,"

"Pada mulanya memangla macam tu. Tapi bukan senang nak pikat Suhaila nie Papa. Dia tak pernah layan Haris. pandang Haris pun tak. Tapi Haris tak give up, setiap hari Haris pergi jumpa dia, cuba pikat hati dia. Hish ambil masa berbulan-bulan juga. Sampaila satu masa. akhirnya dia terima jugak perasaan Haris,"

"Berapa lama korang berdua bercinta?,"

"Tak sampai setahun Papa, lepas saja Suhaila tahu kalau Haris nie anak orang kaya.. terus dia tinggalkan Haris,"

"Haris cari tak?,"

"Cari, tapi Haris tak jumpa,"

"Tak akanla Haris tak tahu kat mana kampung Suhaila,"

Haris terdiam

"Ambo lari ke Bangkok," Jawab Suhaila terpaksa mengikut jalan cerita rekaan suaminya

"Ooo patutla tak jumpa. Jauh betul larinya," Tan seri Yunus ketawa

"Lepas Papa halau je Haris.. Haris terus pergi kelantan cari dia semula, nasib baik jumpa,"

"Lain kali haris janganla melampau sangat. Setiap malam Haris.. setiap malam Haris berhibur. Kalau guna duit Haris sendiri, itu Papa tak kisah.. tapi setiap bulan berpuluh ribu duit syarikat Haris guna,"

Haris memandang Ayahnya dan pada masa yang sama otaknya ligat berfikir mencari alasan yang tepat mengapa dia bertingkah seperti itu

"Papa tahu tak. Setiap malam Haris tak pernah dapat tidur lena sebab Haris selalu memikirkan Suhaila. Haris tak mampu nak lupakan dia Papa. Sebab itulah Haris berhibur setiap malam,"

"Bukan sebab Haris marah Papa. sebab Papa tak bagi Haris jadi Ustaz,"

"Itu pun ya.. tapi kecewa Haris tu lebih kepada Suhaila," Jawab Haris bersahaja

"Okay fine, Papa dah faham. Korang berdua pun dah berkahwin. Haris pun Alhamdullilah akan berubah. So papa nak Haris dengan Suhaila pindah kat rumah Papa,"

Haris mengeleng tidak bersetuju "Haris minta maaf Papa. Haris dengan Suhaila dah buat keputusan nak menetap je kat sini,"

"Okay no problem. Tapi Papa nak Haris kerja semula dengan Papa, sebab sekarang nie pun Haris dah ada tanggungJawab. tanggungJawab sebagai suami, sebagai papa,"

"Haris bukannya tak nak...," Haris tampak serba salah mahu menurut kehendak ayahnya

"Harisss. Papa mengaku, Papa sebenarnya menyesal pecat Haris, Halau Haris. Tapi Haris kena faham, Papa terpaksa. Lepas Haris pergi, Macam-macam kerugian Papa alami. Ratusan juta Papa rugi Haris,"

Haris dan Suhaila saling memandang. Dari tatapan Haris, seolah-olah ingin mendapatkan pendapat dari isterinya

"Abang kerja jela semula dengan Papa," Ucap Suhaila pada Haris seakan tahu isi yang mahu di luahkan di dalam hati suaminya kala itu

Haris mengangguk dengan senyuman sebagai tanda terima kasih, lalu memandang semula Ayahnya

"Baikla Papa,"

"PAK!," Tan seri Yunus sampai menepuk tangannya, saking gembiranya dengan jawapan anaknya

"Tapi Papa.. boleh tak Haris start hari selasa,"

"Boleh Haris.. no problem. Tapi Papa dah ambil keputusan. Sabtu depan ayah akan buat majlis perkahwinan Haris dengan Suhaila. Papa nak buat majlis besar-besaran,"

"Eh Tak usah Papa,"

"Apa yang tak usah? Ini keputusan Papa okay. Semua anak-anak Papa layak ada majlis perkahwinan sendiri, termasuk Haris dengan Suhaila. Faham,"

Haris mengangguk pelan. Nak tak nak dia terpaksa akur juga dengan kehendak Ayahnya

"Okaylaa.. Dah nak larut malam. Elokla Papa balik," Tan seri Yunus bangun dari duduk "Come Haris peluk Papa dulu,"

Haris yang sudah berdiri terus memeluk ayahnya. Belakangnya di tepuk lalu di gosok-gosok.

"Jumpa selasa nanti,"

"Baik Papa,"

Berbeda pula dengan reaksi Puan seri Rahimah. Wanita itu langsung tidak bercakap. Entah dengar atau pun tak di kala suaminya berbicara dengan Haris. Sejak tadi tempuannya hanya pada Asri

"Mama nak dukung Asri?,"

Puan seri Rahimah tersentak kemudian mengangguk dalam keadaan teragak-agak dan masa itu Suhaila sudah pun menghulurkan Asri kepadanya. Sebaik sahaja Puan seri Rahimah mengambil Asri dari menantunya

Terukir sebuah senyuman yang indah saking bahagianya saat mendukung cucunya itu sampai fikirannya membayangkan kanak-kanak yang di dukungnya itu adalah Haris

"Asri suka tak nenek?,"

Asri mengangguk lalu merangkul leher neneknya. membuatkan Puan seri Rahimah terkejut.

"Kalau nenek nak bawa Asri jalan-jalan. Asri nak iku tak?,"

"Nak,"

Air mata Puan Seri Rahimah berjatuhan lalu di kesat.

Kepada pembaca
"JUST IMAGINE. ketika segenap kasih sayang di curahkan kepada Asri nanti.. tiba-tiba puan seri Rahimah dapat tahu menantunya sebenarnya kena rogol. tanpa mengetahui perogolnya itu anaknya sendiri. Apa akan di lakukan Puan seri Rahimah pada Asri dan suhaila,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience