Bab 7

Romance Series 5904

Haris berdiri di luar rumah sambil menghubungi Saiful. Sudah tiga hari Saiful tidak datang ke rumah padahal dia sudah menunggu kawan baiknya itu menghantar wheelchair untuk kegunaan Suhaila namun tak kunjung-kunjung tiba sampai ke hari ini

Suhaila yang sedang duduk di ruang tamu menoleh memandang Haris

"Hiss mana pulak si apul nie?," Bisik Haris sambil melangkah masuk semula ke dalam rumah

"Abe Apul jawab tak?,"

"Tak..,"

"Tak apala Abe. luntut Ambo pung doh baik sikit. Jalang pung doh buleh,"

"Tapi belum pulih sepenuhnya'kan,"

Suhaila mengangguk anak matanya terus memandang Haris ketika itu sedang berjalan menghampirinya

"Bengkak lagi tak lutut tu?,"

"Bengkak dah takde cuma sakit je bila nak berdiri,"

Haris melabuhkan punggung di sebelah Suhaila sambil melihat Asri leka bermain-main dengan mainan

Suhaila terlihat masih terus memandang Haris seakan ada di dalam benak fikirannya satu pertanyaan yang mahu di tanya namun dia tidak berani meluahkannya

Haris menoleh. Cepat-cepat suhaila mengalihkan pandangan. Haris perasan suhaila memandangnya

"Hah.. kenapa tu?,"

Suhaila tersipu-sipu malu "Takde apa-apa Abe,"

"Suhaila lapar'kan?,"

"Eh tak..," Suhaila mengeleng "Sebenornya ambo ada nok tanyo pada abe?,"

"Tanya je tak payah nak malu-malu,"

"Bukang malu," Semakin memerah wajah Suhaila

"Yalaa tu.. Hah. apa Suhaila nak tanya?,"

"Abe tok keje ke?,"

"Tak.. saya seorang penganggur," Haris ketawa sebaik menjawab

"Kalu abe tok keje macang mana abe nok bayor rumah, nok bayor bil, nok makang,"

Haris ketawa lagi sambil memandang suhaila ketika itu tampak kebingungan

"Sebelum nie Saya kerja.. baru-baru nie je saya kena pecat lepas tu kena halau dari rumah..,"

"Ngapa Abe..?,"

"Sebab saya suka berhibur, suka berparti. main perempuan sana sini," Jawab Haris dengan penuh bangga

"Wehh.. tok baik hidup gitu abe, kita nie kang orang islam,"

"Habis tu sekarang nie?,"

Suhaila terkedu dengan jawapan Haris lantas wajahnya mengalih ke bawah kerana malu.

Haris mengeluh pelan sebaik melihat reaksi Suhaila

"Suhaila nak dengar satu cerita tak?,"

"Cerita apa abe," Jawab suhaila sambil mengankat wajahnya semula

"Cerito seorang remaja yang mempunyai impian ingin menjadi seorang ustaz,"

"Cerito pasal abe ke?,"

Haris mengangguk-agguk "Dari saya sekolah rendah sampai saya sekolah menengah, impian saya cuma satu je saya nak jadi seorang ustaz, tapi sayang, saya di lahirkan dari keluarga yang sibuk mengumpul harta dunia. Ayah saya seorang Tan seri suhaila. Ada bisnes sendiri dan saya pulak satu-satunya anak lelaki,"

"Abe Anak sulung?,"

"Tak.. saya anak yang paling bongsu. Saya ada dua orang kakak. Dua-dua dah kawin. Yang sulung berkahwin atas pilihan keluarga, yang satu lagi kawin orang biasa je. Tapi ayah saya tak berapa suka sangat dengan suami kakak saya yang nombor dua,"

"ngapa?,"

"Tak sama darjat," Haris ketawa kecil

"Kalu gitu ayah Abe tu kaya betulla,"

"Hiss kaya sangat.., kilang ada dua,"

"Wehh kayanya," Wajah Suhaila tampak teruja "Habis tu kenapa Abe tok jadi ustaz?,"

"Ayah saya cakap.. Bisnes yang dia bina dari hasil titik peluh dia, bukan untuk di wariskan kepada seorang ustaz tapi pada seorang yang tahu tentang bisnes. Kalau ayah saya tahu dari dulu impian saya nak jadi ustaz, ayah saya tak akan suruh saya belajar,"

"Bukang ke jadi ustaz tu bagus,"

"Untuk keluarga biasa mungkinlaa, tapi bukan untuk keluarga kaya,"

"Habis tu sekarang kenapa abe kena pecat?,"

"Saya masih marah pada ayah saya sebab halang impian saya tu, dia pernah cakap, dia tak kisah kalau saya nak menghabiskan duit dia tapi bukan menghabiskan duit dia dengan pekara yang sia-sia atau merugikan dia maksudnya kehidupan saya nie sejak di lahirkan dah di tentukan oleh ayah saya, so nak tak nak saya terpaksa ikut kehendak ayah saya, hidup seperti anak orang kaya.. yang suka berhibur, suka berparti, suka menghabiskan duit," Haris terdiam. Reaksi wajahnya tiba-tiba berubah seolah-olah teringatkan sesuatu

"Ngapa nie abe?,"

Haris mengeluh berat sebelum berbicara semula "Lepas saya tamat kuliah. Saya ada buat satu plan untuk memalukan ayah saya.. tapi saya tak buat kat sini, sebab saya tahu ayah saya boleh selesaikan masalah tu dengan duit. Saya pergi ke satu tempat dengan kawan-kawan saya. Kami semua berhibur kat sana," Haris terdiam lagi

"Kat mana Abe?,"

Haris tersenyum memandang Suhaila "Rahsia,"

"Hiss itu pun nak rahsia," Suhaila menyenget bibir "Apa abe buat kat sana?,"

"Buat dosa.. Dosa besar, besar sangat Suhaila. time tu sebenarnya saya harap saya kena tangkap tapi bila saya sedar perbuatan saya tu. saya jadi takut.. saya takut kena tangkap, tiba-tiba saya jadi pengecut. lepas tu saya lari,"

"Abe bunuh orang ke?,"

"Lagi teruk dari bunuh orang,"

Suhaila terdiam. tidak lagi berani bertanya.. Begitu juga Haris.. temangu dengan wajah penuh penyesalan mengenangkan perbuatannya yang lalu namun tidak lama selepas itu Haris menepuk peha

"So.. macam mana pula dengan Suhaila? kenapa terfikir nak datang KL?,"

"Ambo sebenornya toksey nok tubik dari Kelantan tapi hati ambo nie suruh ambo datang sini,"

"Berapa lama Suhaila kahwin?,"

"Tok lama.. tiga tahung je. Dari umur ambo 20 tahun,"

Alis Haris bertaut seolah-olah binggung dengan jawapan Suhaila "Tapi usia Asri baru tiga tahun. Suhaila lahirkan Asri dulu ke?,"

Suhaila mengangguk tidak menyangkal. "Ambo lahirkan Asri waktu usia ambo 19 tahun, ikutkang Asri dah umor empat tahung tapi dia lahir hunjung bulang 12. Ayah dia bukang suami Ambo,"

"Hah?.. habis tu siapa?,"

"Tok tahu,"

Haris mahu terus bertanya pada Suhaila namun waktu itu Asri tiba-tiba datang memeluknya

"Asri lapor,"

Haris ketawa sambil mengusap-ngusap belakang Asri "Lapo,"

Asri mengangguk sambil merebahkan wajah pada perut Haris

"Suhaila lapar tak,"

Suhaila mengangguk

"Jomla makan.. Nasi pun dah masak," Ajak Haris. Lauk pauk untuk makan tengahari sudah di beli'nya sejak pukul 12 tengahari tadi dan sekarang jam yang tergantung di dinding ruang tamu sudah menunjukan pukul 1 tengahari

"Nanti kalu ambo doh baik.. Ambo nok masok untuk Abe,"

"Suhaila pandai masak ke?,"

Suhaila mengangguk "Ambo keja tukang masok,"

"Wow! mesti Suhaila tahu buat nasi kerabu,"

"Hiss tentula.. senang je tu,"

"Nanti bolehla Suhaila buatkan untuk saya,"

"Tentula buleh,"

AZMAN duduk bersendirian di dalam sebuah restoran sambil sibuk menaip pada layar handphone'nya dan Setiap kali Handphone'nya berbunyi bibirnya akan tersenyum menguntum

"Tentula i rindu you.. nanti malam'kan kita boleh jumpa," Balas Azman kemudian mengirim pesanannya itu

"Assalamualaikum,"

Azman serta merta mengankat wajah sebaik mendengar ucapan salam dari seseorang "Waalaikummusalam,"

"Amboii senang hati nampak,"

"Of coursela. Saat cinta berputik tentula hati aku senang,"

Saiful ketawa sambil melabuhkan punggung di atas kerusi

"Kenapa lambat?,"

"Sorrylaa. Tadi aku banyak kerja,"

"Kemain susah aku nak jumpa kau sekarang, memanjang je busy,"

"Alaa aku tahu alasan kau nak jumpa aku,"

Azman tersengih.. "Hah bagitahula aku, kenapa kau mintak gambar perempuan tu,"

"Boleh.. tapi kau kena bagitahu aku dulu kenapa kau ambil gambar tu,"

"Pulak..," Azman mengeleng kepala, raut wajahnya tampak kecewa

"Yalaa.. aku nak tahu jugak reason kau ambil gambar tu,"

"Reason'nya sebab aku nak send gambar tu pada Sal,"

"What? hey Azman, punya banyak perempuan malam tu kau cuma tangkap gambar Haris dengan perempuan tu je,"

"Itu bukan perempuan Azman. Itu budak perempuan tahu tak. Kau ada nampak ke Haris menari dengan perempuan tu semua?," Pertanyaan Azman membuatkan Saiful terdiam "Malam tu.. aku cuma perasan Haris asyik kacau je budak tu. Dia tak perduli pun perempuan-perempuan lain, itu yang aku hairan,"

"Haris cakap dia khayal malam tu,"

"Khayal? khayal dengan apa?,"

Saiful menjongket kedua bahunya "Mana aku tahu,"

"Comon'la Apul. Malam tu Haris minumla,"

"Biar betul Azman.. Setahu aku Haris tak pernah sentuh pun minuman tu,"

"Aku pun tahu.. kalau dia tak minum kau ingat dia berani ke buat tu semua,"

"Kan aku cakap tadi.. haris cakap dia khayal,"

"Khayal dengan apa? mana dia dapat benda tu semua?," Azman bersandar sambil menyilang kedua tangan didada "Aku sendiri nampak Haris minum. Dua gelas dia teguk. Aku tak tipu apul,"

"Habis tu tak akan kau tak perasan apa Haris buat pada budak tu,"

"Itu aku tak tahu.. lepas aku ambik gambar tu. Aku buat hal aku sendiri,"

"Yang aku Hairan.. tak akanla budak perempuan tu sanggup ikut Haris sampai ke bilik tidur,"

"Entah.. itu pun aku tak tahu.. yang aku ingat, lepas kejadian tu Haris beria-ria ajak kita balik ke Malaysia. tapi time tu kau yang ajak aku pergi periksa bilik,kan, kau syak ada something haris dah buat,"

"Yalaa.. tiba-tiba je Haris ajak kita balik, aku pun cuak jugak. takut Haris tu pergi buat something," Saiful mengeleng sambil mengeluh kesal "Aku tak hairan kalau malam tu Haris tidur dengan pelacur,"

"Kenapa dengan kau nie Apul? kau dah lupa ke.. Haris sendiri yang mengaku dia rogol budak tu.. dan satu lagi aku hairan dengan kau Apul. Tak akanla kau tak perasan bau mulut Haris dengan badan dia. Dah jelas-jelas bau arak,"

"Manala aku nak perasan Azman. Aku sendiri pun dah mengelabah malam tu, hiss nasib baik kita sempat lari kalau tak mampus kita semua,"

"Dahlaa.. lupakan je pasal tu Apul.. Sekarang nie kau bagitahu aku, kenapa kau nak gambar budak perempuan tu,"

Saiful tidak terus terus menjawab. Dia menarik kerusi merapat pada meja "Budak perempuan tu sekarang ada dengan Haris,"

Azman tergamam sehingga terbeliak kedua biji matanya "Budak Perempuan tu ke?,"

Saiful mengangguk tampak bersungguh-sungguh

"Weii.. betul ke Apul.. Kau jangan main petik je,"

"Betul Azman aku tak tipu," Saiful terus menceritakan apa yang terjadi pada malam itu dan bagaimana Haris boleh bertemu dengan Suhaila "Lepas aku perasan muka budak perempuan tu. Aku tanya budak tu, Kalau dia pernah kerja kat bangkok, kerja restoran, dia mengaku Azman. Lagi pun muka dia memang sebiji sama macam dalam gambar tu,"

"Habis tu Haris tahu?,"

Saiful mengeleng-geleng "Tak..,"

"Kenapa kau tak bagitahu dia?,"

"Sebab aku ada plan lain?,"

"Plan apa pulak tu Apul..?,"

"Budak perempuan tu ada anak,"

"Anak?,"

"Aku rasa anak tu, Anak Haris,"

"Kau ada bukti ke?,"

Saiful mengeleng lagi "Nanti aku nak buat test DNA. Tapi sebelum tu aku nak kawinkan Haris dengan budak perempuan tu,"

"Omg Apul..," Azman memicit-micit dahinya "Kau nak kawinkan diorang macam mana?,"

"Sekarang nie Haris tengah jaga budak perempuan tu kat rumah arwah nenek aku.. So.. Aku nak perangkap diorang,"

"Perangkap? kau biar betul Apul,"

Saiful mengangguk dengan raut wajah tampak bersungguh-sungguh "Kau kena tolong aku Azman,"

"Tolong! tolong kau buat benda mengarut tu.. Ops Sorry Apul, aku tak sanggup,"

"Hey Azman. Kau ingat Tan seri akan biarkan Haris hidup macam tu lama-lama.. Tak Azman, tak.. cuba kau fikir kalau Haris balik semula pada keluarga dia.. Kau rasa Sal masih lagi nak terus bersama dengan kau,"

"Weii, kenapa kau cakap macam tu Apul..,"

"Baik kau tolong aku Azman, kalau kau tak nak kehilangan Sal,"

"Kau nie gila ke Apul, Haris tu'kan kawan kita,"

"Aku tak perduli. sekarang baik Kau pilih Haris atau Salwa,"

Azman terdiam.. Kata-kata Saiful bagaikan satu ugutan. Miskipun dia amat mencintai Salwa tapi itu bukan bermaksud dia akan mengkhianati persahabatanya dengan Haris

"Kau sedar tak Apul, apa yang kau Plan'kan tu akan lebih membuatkan budak perempuan tu menderita.. kau ingat keluarga Haris akan terima budak tu jadi menantu,"

"EH NAPA ABE masukkang ayam tu,"

"Habis tu nak masukkan apa?,"

"Masuk minyak masak Dulu Abe. Keluarkan cepat Ayam tu semula,"

Haris ketawa terbahak-bahak sambil mengeluarkan semula ayam yang mahu di goreng di dalam kuali tanpa menuangkan terlebih dahulu minyak masak

"Isi separuh kuali. Biar je dulu minyak tu mendidih,"

Haris terus mengikut arahan Suhaila yang ketika itu sedang sibuk memotong bahan-bahan masakan

"Masak tomyam pakai ayam goreng ke?,"

Kali ini giliran Suhaila pula ketawa geli hati "Tok Abe.. ayam goreng tu untuk Asri.. dia toksey makang pedas-pedas. Kalu masok tomyam tok pedas tok sedap,"

"Oh ya.. Saya lupa,"

"Goreng lima ketul je, Lepas tu baru kita masok tomyam deh,"

Haris terangguk-angguk sambil mengacau minyak di dalam kuali

"Biar je Abe.. Jangang dok dekat, nanti minyak tu meletup-letup kena kat abe,"

Haris berdiri menjauh. Sambil itu diam-diam dia memandang wajah Suhaila. Kenapala perempuan kelantan cantik-cantik..," Ucap Haris di dalam hati memuji kecantikan yang di miliki Suhaila

"Saya hairanlah, kenapa Suami Suhaila tergamak ceraikan Suhaila? bagi sayala'kan Suhaila cantik sangat,"

"Cantik," Suhaila tersipu-sipu malu sebaik mendengar pujian Haris

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience