"Esok aku datang bawa wheelchair dengan tongkat,"
"Nanti apul,"
"Apa lagi,"
"Weii kau agak-agakla apul.. kenapa kau suruh dia duduk dengan aku.. aku dengan dia mana ada hubungan, kalau jiran tahu ada perempuan dalam rumah tu naya aku,"
"Habis tu kita nak letak dia kat mana?,"
"Kan dia cakap dia boleh duduk kat hotel,"
"Kau nie Haris..," Saiful mengeleng kesal "Aku bukan suruh kau jaga dia lama-lama.. buat sementara je. lepas lutut dia tu pulih. kita carikan'lah dia rumah lain, lagi pun apa yang belaku pada dia, itu salah kau,"
"Aku tahula salah aku. Adoii.," Haris mengaru-garu rambutnya "Aku cuma risau je Pul..,"
"Apa yang kau risau?,"
"Yalaa mana tahu tiba-tiba aku kena tangkap khalwat hiss naya aku Pul,"
"Mengarutla kau nie.. kan dia ada anak. bukan kau berdua je dalam rumah tu,"
"Oh ya tak ya jugak," Haris tersengih-sengih
"Cepatla masuk.. kul berapa dah nie. esok aku nak kerja,"
"Yala. yala,"
Haris dan saiful masuk ke dalam kereta sebaik selesai mendapatkan rawatan untuk suhaila. Kereta yang di pandu Saiful berlalu pergi menuju ke keramat rumah peninggalan Arwah neneknya
Ketika dalam perjalanan. tiada sesiapa di dalam kereta yang berbicara, masing-masing diam seribu bahasa. Asri sudah terlena di atas riba ibunya. Saiful pula masih binggung dengan kehadiran suhaila entah bagaimana gadis itu boleh muncul semula dalam hidup Haris setelah sekian lama
Saiful memandang cermin atas untuk melihat suhaila sedang duduk di belakang
Begitulah aturan takdir, tiada siapa yang mampu menahannya jika sudah di takdirkan Haris dan suhaila di temukan semula miskipun ia sesuatu yang kejam dan sangat berat untuk di tanggung
Setelah hampir 20 minit perjalanan. Kereta di pandu Saiful berhenti di halaman hadapan sebuah rumah papan
"Puan tunggu dalam kereta dulu ya.. Biar saya dengan kawan saya nie pergi kemas dulu bilik untuk puan," Pinta Saiful. Suhaila mengangguk dengan kelopak mata bagaikan tidak bermaya kerana kesan ubat penahan sakit ketika mendapatkan rawatan lututnya
Sebaik sahaja keluar dari kereta Haris dan Saiful bergegas masuk ke dalam rumah. Lampu ruang tamu di hidupkan
"Haris!..,"
"Ya. ya aku kemas sekarang,"
Saiful tampak kesal padahal pagi semalam dia sudah nasihatkan Haris supaya kemas ruang tamu rumah arwah neneknya malah keadaannya tetap sama
"Tak payahla kau tengok aku.. giela kemas bilik tu,"
Saiful berdengus geram sebelum masuk ke dalam bilik yang berdekatan dengan dapur
Di dalam bilik itu hanya terdapat sebuah katil double dan tilam tanpa cadar begitu juga dua bantal tidak mempunyai sarung
Haris membuka pintu almari. Tangannya pantas menarik keluar cadar dan sarung bantal tanpa memeriksa terlebih dahulu lalu bergegas menyarungkan kain cadar pada tilam
Sementara di ruang tamu, Haris hampir siap mengemas, hanya tingggal menyapu sisa-sisa sampah berselerakan di atas lantai di sapu masuk ke dalam penyodok. Tidak beberapa lama kemudian saiful keluar dari bilik
"Cepat Haris bawa masuk suhaila dalam Rumah," Arah Saiful
"Asyik aku je..,"
"Cepatla..,"
"Ya.. sabo'la," Haris menyenget bibir memandang Saiful sambil kakinya melangkah keluar dari rumah
Pintu kereta di buka.. Suhaila terlihat hampir ketiduran.
"Saya angkat Suhaila ya," Suhaila mengangguk. Pelahan-lahan Haris mengankat tubuh gadis itu dibawa masuk ke dalam rumah manakala Asri pula sudah di bawa masuk terlebih dahulu oleh saiful
"Letak dia pelan-pelan,"
"Yaaa..," Dengan berhati-hati Haris membaringkan tubuh suhaila di sebelah anaknya "Mana ubat dia?,"
"Ada dalam kereta,"
"Tak apa biar aku gie ambil. Kau gie ambil botol air dengan gelas letak atas meja.. senang nanti dia nak makan ubat," Kata Saiful sambil melangkah keluar dari bilik bersama Haris
"Kalau dia nak pergi tandas?,"
"Kau angkatla dia,"
"Weii.. macam banyak je kerja aku kena buat,"
"Haris.. kau tolongla dia. Dia tengah sakit. aku kalau tak kerja, aku tak akan suruh kau Haris.. nanti aku bagila kau duit belanja,"
"Betul,"
"Yaa..,"
"Banyak sikit tahu. Ada tiga orang dalam rumah nie,"
"Takde masalah Haris,"
"Macam tulaa..," Haris tersengih-sengih masuk ke dalam dapur. tanpa sedar Saiful sedang mengetap gigi kerana geram
Haris melabuhkan punggung di atas kerusi lalu melepaskan nafas lega selepas Saiful pulang ke rumah. Haris tidak menyangka malam ini adalah malam yang sungguh memenatkan dalam hidupnya seperti mahu retak tulang belakangnya kerana terpaksa mendukung Suhaila
"Adeii.. sakitnya belakang aku.. harap-harapla malam nie dia tidur sampai tengahari," omel Haris sendiri
Sementara itu di dalam bilik Suhaila tiba-tiba terjaga kerana ingin sangat ke bilik air. Dia memandang ke arah pintu namun kala itu hatinya terasa amat malu mahu memanggil Haris sehingga air matanya mengalir
"Tak tahan..," Rintih Suhaila sedaya upaya cuba menahan kencingnya dari keluar dan pada masa yang sama Haris secara tiba-tiba membuka pintu sehingga cahaya dari luar mernejah masuk menyinari separuh bilik
"Eh Suhaila tak tidur?," Tanya Haris sebaik melihat suhaila sudah terjaga namun suhaila diam tidak menjawab membuatkan Haris melangkah menghampiri katil "Laa kenapa menangis?,"
"Ambo nok gie tandas," Jawab suhaila dengan perasaan malu
"Laa itu je masalahnya. lain kali panggil je saya, mari saya bawa suhaila pergi tandas," Suhaila mengankat separuh tubuh supaya tangan Haris mudah menyelinap ke bawah bahunya "Baru je aku cakap tadi..," Bisik Haris di dalam hati sambil mendukung suhaila keluar dari bilik menuju ke bilik air berada di dapur
"Pelan-pelan ya Suhaila jangan tergesa-gesa. dah siap panggil je saya," Kata Haris sebaik sahaja meletak Suhaila di atas mangkuk tandas yang sudah terbuka penutupnya. Haris menutup pintu tandas lalu duduk di atas kerusi menunggu
Oleh kerana Suhaila masih lengkap berbaju kurung. Dia mengalami kesukaran untuk menarik bajunya ke atas bagi menanggal kain kurungnya
Bercucuran air matanya mengalir kerana terpaksa mengerakkan lutut yang sakit
Haris menunggu dengan sabar di luar. Miskipun ada kalanya dia mendengar rintihan suhaila dari dalam dan dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk mambantu
"Abe..," Kedengaran suara suhaila memanggil namun kedengaran juga esak tangisnya
"Ya Suhaila. Dah siap ke,"
"Jangan buka Abe!," Pinta Suhaila dari dalam membuatkan tangan Haris serta merta berhenti dari memulas tombol pintu
"Kenapa tu?," Tanya Haris bila mendengar suara tangisan suhaila
"Bule tak abe tulung ambikang ambo kain batik dengan baju ambo dalam beg,"
"Boleh. tunggu sekejap," Haris bergegas melangkah menuju ke bilik pada masa itu juga dia dapat menganggak apa yang belaku di dalam atas permintaan suhaila tadi
Haris melangkah pelan sebaik masuk ke dalam bilik bimbang Asri terjaga. Selepas mengankat dua beg pakaian Haris terus keluar dari bilik itu.
"Kain batik dengan baju. Seluar dalam taknak ke?," Bisik Haris sambil menyelongkar beg pakaian suhaila. Selepas mengeluarkan Baju t.shirt berlengan panjang dan sepasang kain batik, tidak lupa juga dia membawa tuala untuk kegunaan suhaila nanti
Haris bergegas melangkah semula menuju ke pintu tandas "Saya buka pintu ya,"
"Abe jangang tengok,"
"Ya.. saya hulur dari luar je,"
Pintu tandas di buka. Haris menghulurkan satu persatu pakaian Suhaila dengan menyembunyikan separuh badannya pada dinding
"Terima kasih abe,"
"Sama-sama," Haris menutup kembali pintu tandas setelah menghulurkan ke semua pakaian suhaila "Pelan-pelan,"
"Ya,"
Kedengaran bunyi air menjirus dari dalam tandas. Haris menunggu dengan sabar miskipun kala itu tubuhnya mula merasa letih dan mengantuk
"Abe. Ambo dah siap," Panggil suhaila. Haris membuka pintu tandas. Anak matanya melihat di tepi dinding terdapat baju kurung suhaila di atas lantai
Suhaila masih menangis. kepalanya di tutup dengan tuala
"Suhaila jangan menangis, sini saya dukung," Suhaila mengankat kedua tangannya memudahkan Haris mendukungnya.
"Ambo minta maaf ya abe,"
"Hiss tak usah minta maaf. Suhaila'kan sakit," Balas Haris sambil mendukung suhaila masuk ke dalam bilik. Pelan-pelan tubuh suhaila di baringkan di atas tilam
"Lutut suhaila sakit tak?,"
Suhaila mengangguk sayu. Haris melihat di atas meja di sisi katil lalu mencari ubat penahan sakit
"Bangun kejap, makan ubat nie," Suhaila menurut. Separuh badannya di angkat dengan di bantu Haris lalu mengambil ubat penahan sakit dari Haris
Haris menghulurkan gelas minuman sebaik sahaja Suhaila memasuk'kan ubat ke dalam mulut
"Suhaila jangan malu dengan saya ya. Kalau Suhaila nak pergi tandas, nak mandi, Sakit ke bagitahu je kat saya. Nanti saya bantu,"
"Ambo takut kalu menyusohkan abe,"
"Suhaila'kan sakit sekarang. Kenala saya bantu.. manala tahu esok lusa saya pulak yang sakit, suhaila kenala jaga saya, jangan pulak suhaila lari. nanti saya sedih," Haris cuba berseloroh membuatkan Suhaila tersenyum. tenang sikit hatinya
"Terima kasih ya Abe,"
"Sama-sama. Suhaila tidur ya," suhaila terus mengangguk
"Selamat malam Abe,"
"Selamat malam,"
Haris keluar dari bilik. pelan-pelan pintu bilik itu di tutup "Kenapa pulak dengan aku nie? kenapa tiba-tiba aku baik sangat, sebelum nie aku tak pernah tolong orang, kenapa bila dengan suhaila aku jadi lembut hati. hiss pelik nie," omel haris di dalam hati sambil melangkah pelan masuk ke dalam biliknya
MALAM itu terus berlalu dengan tenang. Suhaila sudah terlena di buai mimpi begitu juga dengan Asri nasib baik kanak-kanak kecil itu tidak terjaga di tengah malam. Manakala Haris pula ketiduran sehingga berdengkur kuat kerana keletihan
Kelopak mata Haris tergerak-gerak apabila merasakan ada sesuatu menusuk-nusuk pipinya. Pelahan-lahan Haris membuka mata samar-samar anak matanya melihat kipas yang sedang berpusing kemudian dia menoleh ke kanan
Asri berdiri di sisi katil sambil menopang separuh badan pada tilam jarinya terlihat masih ingin menusuk pipi Haris
"Asri dah bangun,"
"Asri lapor,"
"Lapar," Haris mengeliat terlebih dahulu sebelum mengankat separuh tubuh. Setelah itu tangannya meraba-raba atas tilam mencari Handphone "Dah pukul 8," Ucap Haris "Mak Asri tidur lagi ke?,"
Asri terangguk-angguk "Seluar Asri basoh,"
Alis Haris terangkat kemudian memandang seluar yang di pakai Asri terlihat melorot ke bawah. Haris tersenyum "Mesti pampers budak nie dah penuh," bisik Haris
"Nak mandi dengan pakcik? lepas tu kita pergi beli makanan,"
"Nak," Asri tersenyum riang
Turun sahaja dari katil, Haris terus mencapai tuala yang tergantung pada dinding kemudian membawa Asri keluar dari biliknya. Beg-beg Pakaian Suhaila masih berada di luar bilik, mudah bagi Haris untuk mencari pakaian Asri tanpa menganggu suhaila yang masih terlena
"Jom mandi,"
Asri ketawa sungguh riang ketika di mandikan haris. Habis seluruh tubuhnya di lumurkan dengan shampoo badan sebelum Haris menjirus seluruh tubuh Asri dengan air di dalam kolah
Selesai sahaja mereka berdua mandi, Haris mendukung Asri masuk ke dalam biliknya. Di baringkan Asri di atas tilam.
Waktu menyiapkan Asri, Haris tidak mengalami kesulitan sangat namun pada waktu itu Haris kerap memerhati wajah Asri kerana malam tadi dia tidak terlalu perhatikan wajah kanak-kanak kecil itu, sibuk menguruskan Suhaila
"Asri duduk dulu," Asri menurut
Haris yang masih bertuala terus menatap wajah kanak-kanak kecil itu "Eh?," Haris mengambil Handphone lalu di tatal layar Handphone'nya seakan sedang mencari sesuatu. "Weii? samala," Ucap Haris sambil mengankat Handphone'nya betul-betul pada sisi telinga kanan kepala Asri "Muka Asri macam muka pakcik, cuba Asri tengok,"
Haris menunjuk gambarnya pada layar Handphone sewaktu usianya masih empat tahun
"Gambor Asri,"
"Bukan, ini gambar pakcik, muka Asri macam muka pakcik waktu kecik.. Kalau Asri dah besar nanti mesti Asri handsome macam pakcik," Asri sekadar tersenyum "Asri tunggu sekejap. Pakcik nak bersiap dula ya,"
Asri terangguk-angguk dengan wajah imutnya itu
SUHAILA tersentak terjaga dari tidur sebaik terdengar suara kanak-kanak ketawa. "Asri?," Suhaila memanggil sambil memandang sebelah kiri katil namun anaknya tiada di situ
Suara kanak-kanak ketawa semakin kuat kedengaran dengan bunyi derapan tapak kaki belari ke sana sini
Suhaila sedaya upaya mengankat separuh tubuh lalu duduk sambil memerhati pintu bilik "Asri main dengang sapa tu?,"
"Hihihi nak lari mana tu," Kedengaran pula suara Haris seperti sedang bermain kejar mengejar dengan Asri
"Abe Haris?," Air mata Suhaila tiba-tiba mengalir jatuh, itula kali pertama dia mendengar Asri ketawa. Sejak Asri lahir sehinggalah anaknya berusia tiga tahun tiada sesiapa yang sudi bermain atau berbicara dengan anaknya itu malah Arwah ayahnya jarang bermain-main dengan Asri kerana sibuk berkerja begitu juga ketika dia menjadi isteri Rasyid, lelaki itu tidak pernah bermain dengan anaknya bahkan bercakap sekali pun. sebab itulaa wajah Asri selalu telihat muram
Tapi kini entah kenapa hati suhaila benar-benar sedih dan pada masa yang sama dia juga merasa sangat gembira ketika mendengar suara anaknya ketawa sungguh riang sekali
Share this novel