Sambungan Bab 11

Romance Series 5904

Salwa menurut lalu mengekori Azman dari belakang. Pada saat kakinya melangkah masuk kedalam ruangan pejabat AZ Investment. Anak matanya liar memerhati para staf sedang sibuk berkerja. Yang lebih menghairankan'nya kala itu, Para Staf buah hatinya itu kebanyakan dari kaum hawa berbanding kaum Adam

"Ramai betul perempuan dalam pejabat nie?," Ucap Salwa

Azman memaling sekilas "Inikan syarikat perlaburan,"

"You guna aset perempuan ke nak tarik perlabur?,"

Azman tidak menjawab pertanyaan Salwa jelas pertanyaan itu berbaur sindiran. Azman membuka pintu pejabatnya kemudian menahan daun pintu supaya Salwa masuk terlebih dahulu

Salwa terlihat kagum saat memerhati ruangan pejabat buah hatinya.. lengkap dengan set sofa "Besarnya office you?,"

"Dudukla," Salwa menjeling sambil melabuhkan punggung

"Kenapa you tak jawab call i Azman?,"

"I'm sorry Sal, i busy sangat,"

"Kalau you busy sekali pun, tak akan sampai tak boleh nak send WhatsApp pada i, Two day you did not answer my call.. satu WhatsApp i pun you tak balas. You dah bosan dengan i ke Azman?,"

"Apa you merepek nie Salwa," Balas Azman sambil melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Salwa

"Jujur saja dengan i Azman?,"

"Sal... you tahu tak, syarikat i nie syarikat apa?,"

"I know Azman.. tapi bukan tu yang i nak dengar,"

"I'kan dah minta maaf,"

"Lepas i datang sini baru you nak minta maaf.. kalau i tak datang sini macam mana Azman.. agak-agak berapa lama i kena tunggu permohonan maaf you tu?,"

Azman tidak menjawab. Belakangnya di sandar pada sofa lalu memicit-micit dahi. Tingkah acuh tak acuhnya itu di perhatikan Salwa dengan perasaan geram

"Haris tak pernah layan i macam nie,"

Ucapan Salwa itu membuatkan Azman tersentak "Say again?," Salwa membuang pandangan

"I said, Say again Salwa!," Salwa masih tidak menjawab "You tak dengar ke salwa,"

Salwa terus mengabaikan pertanyaan Azman

"Okay fine.. Fine!,"

Terjongket kedua bahu Salwa kerana terkejut dengan herdikan Azman

"You nak kembali semula pada Hariskan?,"

"No.. bukan itu maksud i,"

"Habis tu! yang you sebut nama tu why!," Berkerut wajah azman kala itu kerana di belenggu api cemburu. Salwa pula tampak ketakutan saat memandang wajah Azman. Selama dia mengenali Azman, dia tidak pernah melihat lelaki itu dalam keadaan marah

"Are you really love me Azman?,"

"Ooo..Now, you tanya i pulak.. yang you sebut nama haris tu kenapa!,"

Salwa mengeleng kesal lalu mengankat punggungnya "You tahu'kan Azman.. i bercinta dengan Haris lebih enam tahun.. Tapi yang you tak tahu.. Haris tak pernah cium i. pengang tangan i nie pun, i boleh kira dengan jari. tapi you...," Salwa diam. anak matanya menatap wajah Azman "I bagi you segalanya Azman," Habis saja saja berbicara Salwa bergegas keluar dari pejabat itu dengan air mata berlinangan

Azman meraup wajah langsung tidak menghalang buah hatinya keluar dari pejabatnya. "I minta maaf salwa," Ucap Azman dengan nada kesal sambil menatap siling. Hatinya kala itu di belenggu perasaan resah. Sejak dia mengetahui Suhaila tinggal bersama Haris, hatinya tidak pernah tenang

Bibir Azman tersenyum menyenget tiba-tiba kotak ingatannya memutarkan ingatan ketika dia berada di Bangkok

Dia teringat pertama kali menjejakkan kaki di sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel tempat dia menginap bersama Haris, saiful dengan kawan-kawannya lain dan itulah pertama kali dia melihat seorang gadis cantik sedang sibuk memasak di dapur memandangkan dapur restoran itu di buat secara terbuka

"Macang mana abe sedap tok?,"

Azman mengangguk "Hmm.. sedapla. Pandai awak memasak,"

Suhaila tersenyum bangga

"Orang mana?,"

"Sungai golok,"

"Kenapa kerja kat sini?,"

"Ambo pandai kacek Thailand sebab tu ambo mari sini,"

"Umur berapa?,"

"Lagi sebulan 19 tahun," Suhaila tersengih-sengih "Ambo baru je kerja sini tak sampai tiga bulang,"

AZMAN mengeluh berat. Kali ini dia duduk sambil melontarkan pandangan pada lantai. Kala itu kotak ingatannya memutar-mutarkan ingatannya dalam situasi berbeza

"Bila abe balik KL?,"

"Lusa,"

"Lamo jugak abe bercuti,"

"Seminggu je.., nie? abang nak jumpa dengan Bos awak,"

"Kenapa Abe?,"

"Malam esok. Abang dengan kawan-kawan abang nak buat majlis makan malam. So abang ingat, abang nak tempah makanan kat sini,"

Mendengar saja jawapan Azman. wajah suhaila berubah riang

"Nanti abe kecek kat bos ambo, abe kawan ambo deh,"

"Kenapa?,"

"Kalu abe kecek gitu.. nanti ambo dapat bonus. Pitih tu nanti ambo buleh kirim kat aboh ambo,"

"Ayah awak kerja lagi ke?,"

Suhaila mengeleng-geleng dengan bibir tersenyum

AZMAN menapak sambil melihat pelbagai jenis juadah terhidang di atas meja hampir kesemua hidangan itu membuatkan'nya berselera

"Abe!,"

"Eh? awak buat apa kat sini?,"

"Pelayang tak cukup," Suhaila tersengih-sengih memandang Azman "Ini bukang majlis makan Malam Abe,"

Azman tertunduk malu.. Dia juga tidak menyangka Suhaila akan berada di sini

"KENAPA nie Haris?," Tegur Azman Sebaik melihat wajah murung sahabat baiknya itu.

"Semua nie pelacurla Azman,"

"So? kau nak perempuan jenis yang macam mana?,"

"Kalau aku paksa diorang tidur dengan aku pun diorang tak kisah'kan,"

"Of course'la tapi Kau berani ke?,"

"Aku tak nak perempuan macam nie,"

Dan pada masa itu Azman terpandang Suhaila sedang sibuk melayan para tetamu "Hah.. cuba kau tengok gadis kat sana tu?,"

"Mana?,"

"Tuuu.., Cantik tak. Budak lagi tu baru 18 tahun,"

"Boleh tahan," Haris tersenyum menguntum sambil memerhati Suhaila

"Apa kau tunggu lagi.. pergila mengorat dia, mana tahu melekat," Azman tersengih-sengih sambil mengoyang-goyangkan kepala mengikut alunan muzik rancak yang sedang bergema

"Kau kenal ke dengan budak tu?,"

"Kenal.. baik budaknya,"

"Kau tolong aku Azman,"

"Tolong apa?,"

"Bagitahu kat budak tu, aku suka kat dia,"

"Kau pergila bagitahu sendiri,"

"Alaa kali nie je Azman.. Aku malulah,"

"Hiss kau nie Haris.. Kadang-kadang aku harain, Macam manala kau boleh pikat Sal,"

"Sal tu lain.. aku dah lama kenal. pergila cakap kat dia,"

Azman mengeleng kemudian bangun dari duduk "Aku just bagitahu dia je.. dia nak ke tak, itu terpulang kat dia okay,"

"Okay, okay,"

Azman berjalan menghampiri Suhaila "Awak!,"

"Ya Abe,"

"Awak nampak tak lelaki handsome duduk kat sana tu," Azman menunjuk ke arah Haris

Suhaila segera memandang ke arah tempat yang di tunjuk Azman. Kala itu Haris sedang melambai

"Nampak,"

"Lelaki tu suka kat awak, dia kawan baik saya,"

Suhaila tersengih-sengih sambil mengeleng "Ambo toksey Abe,"

"Laa kenapa..?,"

Suhaila mengeleng-geleng lagi. Azman ketawa kecil seakan mengerti kemudian menapak semula menuju ke tempat Haris

"Sorryla Haris.. dia toksey kat mu," Azman ketawa sambil melabuhkan punggungnya "Woi Haris? kau salah gelas tu," Azman cuba menghalang Haris dari meneguk minuman keras namun tangannya itu di tepis

Sebaik sahaja habis meneguk minuman keras itu wajah haris berkerut-kerut menahan rasa pahit minuman tersebut

"Kau pergi minum air tu buat apa Haris?," Soal Azman dengan wajah terkejut. Selama dia berkawan dengan Haris, itulah kali pertama dia melihat sahabat baiknya meneguk minuman keras

Haris tidak menjawab.. Anak matanya kala itu hanya memandang ke arah Suhaila

"AZMAN. Azman!,"

Azman yang sedang asyik menari-nari bersama para tetamu wanita menoleh memandang Saiful

"Apa!,"

"Kau nampak Haris?,"

"Tak,"

"Mana pulak haris tu pergi?,"

"Yang kau sibuk pasal dia kenapa? dia bukannya budak-budak,"

"Aku risau.. hiss. Mana Haris nie?," Saiful memerhati sekeliling "Jom ikut aku Azman,"

"Weii.. kau nie kacau mood orang betulla Apul," Balas Azman tampak geram sebaik lengannya ditarik secara paksa

Nak tak nak Azman terpaksa jua mengikut Saiful menuju ke tangga rumah

"Kau nak periksa kat atas buat apa?,"

"Ikut jelaa..,"

Saiful menapak naik terlebih dahulu di susuli Azman di belakang. Sesampai saja mereka berdua di tingkat dua. Salah satu pintu bilik di buka dari dalam. Kelihatan kelibat Haris keluar dari bilik itu sambil mahu menyarung baju

"Kau buat apa Haris?," Tanya Saiful hairan. Haris kala itu tampak terkejut sebaik melihat Saiful dan Azman

"Aku tidur sekejap.. mengantuk," Balas Haris dengan wajah cuak

Alis saiful bertaut seperti tidak pecaya dengan alasan Haris. Azman pula tersengih-sengih.

Saiful mendorong tubuh Haris supaya ke tepi. Dia mahu melihat apa yang ada di dalam bilik namun di halang Haris

"Apa yang kau sorok nie Haris?," Azman yang tampak teruja.. mengambil kesempatan menerjah masuk ke dalam bilik

"Azman!,"

Azman melangkah laju sehingga anak matanya melihat seorang gadis sedang tertidur di atas katil, separuh badan gadis itu di tutupi dengan selimut

Anak mata Azman mencerlang luas keget sebaik melihat wajah gadis yang sedang tertidur itu

Azman pantas memaling memandang Haris "Kau buat apa nie Haris!,"

"Aku takde buat apa-apa?,"

"Habis tu macam mana dia boleh ada atas katil!,"

Raut wajah Haris kala itu tampak begitu pucat. Kedua tangannya terketar-ketar "Dia yang ikut aku,"

"Kau jangan nak tipu aku Haris!," Herdik Azman sambil meluru ke arah Haris namun di halang Saiful

"Sabar Azman,"

"Kau rogol dia'kan Haris!,"

"Aku tak rogol dia!,"

"Kau jangan tipu Haris!!,"

"Rilek-rilek.. Hiss Korang nie. Kita tunggu jela dia bangun,"

"Aku taknak tunggu.. aku nak balik KL sekarang,"

"Woi Haris!!," Panggil Azman kaget Sebaik sahaja Haris meluru keluar dari bilik tersebut

"Nanti Azman!,"

Langkah Azman terhenti saat mahu mengejar Haris

"Macam mana dengan perempuan nie?,"

"Kau tunggula sini sekejap,"

Saiful mengeleng-geleng "Aku tak nak.. aku nak balik KL,"

"Apul..,"

SEKALI LAGI Azman meraup wajahnya. sebaik sahaja kotak ingatannya berhenti memutar ingatan itu. Setelah mereka bertiga kembali semula ke Kuala lumpur. Azman tidak pernah sesekali melupakan kejadian itu. Hubungannya dengan Haris semakin lama, semakin menjauh, namun tanpa Haris, Azman menghadapi kesulitan untuk mendapatkan perkerjaan. Dan di kala dia hampir berputus asa. Haris datang membantunya, sehingga Azman berjaya membuka Syarikatnya sendiri miskipun dia sedar akan niat Haris melakukan semua itu semata-mata mahu menutup mulutnya apa yang belaku di Bangkok

"HARIS..,"

Haris segera melepaskan lengan Suhaila sekadar berniat mahu membantu ibu muda itu berdiri

"Dah terbiasa Ustaz," Haris mengaru-garu rambutnya

"Sabar.. nanti bila korang berdua dah menikah.. pegangla puas-puas. sekarang nie Haram lagi,"

"Baikla ustaz,"

Suhaila tersenyum memandang Haris. Diam-diam tangannya sengaja menyentuh tangan Haris

"Sayang awak..," Bisik Suhaila pelan. Ucapan itu membuatkan Haris terkejut beruk

"Kenapa Haris?,"

"Tak ada apa-apa Ustaz.. hahahaha," Haris ketawa bukan kerana geli hati.. akan tetapi hatinya begitu gembira mendengar ucapan itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience