Bab 14

Romance Series 5904

"Belok kanan Auntie. Rumahnya paling hujung,"

Sebaik kereta di pandu puan seri Rahimah membelok ke kanan. Kereta tersebut melewati sebuah kedai runcit

"Asri nak aiskrim apa?," Tanya Haris sambil mendukung Asri. Anak mata Asri meliar memandang pelbagai jenis aiskrim di dalam peti

"Nak tu Aboh..," Asri menunjuk pada salah satu Aiskrim di dalam peti

"Yang mana?,"

"Tu. Tu,"

Haris tersenyum geli hati. "Yang nie,"

"Bukang,"

"Nie..,"

"Bukang,"

Haris menurunkan separuh tubuh Asri supaya anak tirinya itu dapat mengambil aiskrim di dalam peti

"Oh yang tu? Aboh beli empat untuk Asri ya,"

Terangguk-angguk kepala Asri dengan bibir tersenyum riang

Sementara di rumah. Suhaila membetulkan tudungnya yang di pin bahagian tepi. Wajahnya yang di tempel sedikit bedak, sudah cukup menyerlahkan kecantikannya. Suhaila mempunyai kulit yang putih kemerahan di lengkapkan hidung yang sedikit mancung dengan mata yang bulat

Suhaila masih ingat. Ayahnya pernah berkata jika arwah ibunya adalah wanita kucukan melayu dan Thailand.

Kali ini Suhaila membetulkan pula jubah muslimahnya sambil berjalan menuju ke pintu yang masih terbuka. Namun langkahnya terhenti sebaik melihat sebuah kereta mewah berwarna hitam memarkirkan kereta itu di halaman luar rumah

"Eh siapa tu?, kawan abang Haris ke?," bisik suhaila sambil bersembunyi di balik daun pintu

Pintu di sebelah kanan, kiri dan belakang terbuka hampir serentak. Puan seri Rahimah keluar terlebih dahulu kemudian Datin Sofia dan Zara

Puan seri Rahimah berjalan pelan sambil memandang pintu rumah yang terbuka "Assalamualaikum..,"

Di dalam rumah Suhaila diam-diam mengintai di balik pintu. Serba salah mahu menjawab salam tersebut "Mana abang Haris nie? Cepatla balik," getus Suhaila di dalam hati dan kala itu pula ketiga-tiga wanita di luar sudah semakin hampir mendekati pintu

"Assalamualaikum.. Haris,"

"Hish camne nie. Doh dekat doh tu," Detak jantung Suhaila semakin kuat berdebar-debar "Camne nie.Camne nie nok jawab ke tok?,"

"Assalamualaikum!,"

"Waalaikummussalam," nak tak nak akhirnya Suhaila terpaksa juga menjawab salam itu. Dia bimbang jika ketiga-tiga wanita itu masuk ke dalam rumah

Puan seri Rahimah tersentak sebaik mendengar salamnya di jawab "Perempuan?," Puan seri Rahimah menoleh memandang Datin Sofia. Sahabat baiknya itu menjongketkan bahu. Zara juga turut terkejut

"Ya.. nok cari siapa?,"

Terbeliak biji mata Puan seri Rahimah sebaik melihat seorang gadis berdiri di muka pintu

"You nie siapa?,"

Belum pun sempat puan seri Rahimah menjawab. Zara terlebih dahulu bertanya

"Nama ambo Suhaila,"

"Bukan i nak tahu nama you. i tanya, you buat apa kat sini?," Soal Zara lagi dengan dahi berkerut geram

Suhaila terpinga-pinga "Ambo tinggal sini,"

"What!,"

Puan seri Rahimah dan Datin Sofia saling memandang. kemudian Puan seri Rahimah menoleh semula memandang Suhaila. Lalu bertanya

"Haris tinggal sini'kan?,"

Suhaila sekadar mengangguk-agguk. Makin membuatkan ketiga-tiga wanita itu terkejut

"Hey! apa hubungan you dengan Haris!," Zara tampak semakin geram

"Am. am," Suhaila tergagap-gagap. Raut wajahnya seakan mahu menangis

"Dia tu isteri Haris,"

Zara, puan seri Rahimah dan Datin Sofia serentak memarling ke belakang. Haris yang sedang mendukung Asri berjalan menghampiri mereka

"Eh Zara.., bila balik?,"

Zara yang tampak terkejut menggenggam tangannya sekuat mungkin

"Abang dah kawin ke?,"

Haris mengangguk "Itula isteri abang,"

"Betul ke Haris?," Puan seri Rahimah mencelah

"Ya Mama. Nie," Haris menunjuk Asri yang masih memegang aiskrim pada ibunya "Kenalkan, ini cucu Mama,"

"Astaghfirullahalazim,"

"Mama..,"

Hampir pitam Puan seri Rahimah di buatnya "Haris! bila masa pulak Haris ada anak nie..,"

"Panjang ceritanya Mama," Jawab Haris sambil berdiri di sebelah Suhaila

"Anak tiri ke?," Tanya Datin Sofia pula

"Eh tak Auntie. Ini anak kandung Haris. Cuba tengok muka dia. Kan sama dengan Haris,"

Datin Sofia terus menatap wajah Asri "Haah samala Rahimah,"

"Su,"

"Ya bang," Suhaila yang kelihatan masih ketakutan mendongak memandang suaminya

"Kenalkan.. Yang ini Mama abang. Yang kat sebelah nie Datin Sofia. Yang cantik jelita tu Zara,"

Suhaila terangguk-angguk memandang setiap wajah di hadapannya. Namun ketika itu anak mata puan seri Rahimah masih tidak teralih dari terus menatap wajah Asri

"Memang sama.. sama sangat. betul ke dia anak Haris," getus hati Puan seri Rahimah

"Bila Zara balik?," Haris menanyakan lagi pertanyaan yang sama pada Zara

"Pagi tadi Zara sampai," Jawab Zara tanpa memandang Haris kala itu hatinya benar-benar kecewa

"Abang tengok Zara sekarang, makin Cantik. Confirm ramai mat saleh kat sana try ngorat zara'kan,"

Zara menoleh memandang Haris "Kalau Zara makin cantik pun bang. Abang dah kawin dengan orang lain,"

"Laa.. apa salahnya. lagi pun abang nie manala layak untuk Zara. Malu abang nak jadi suami pada seorang wanita yang bakal menjadi doktor pakar di Malaysia. Betul tak Auntie,"

"Betul," Datin Sofia terangguk-angguk, Namun zara menepuk bahunya

"Mama,"

"Hah.. sorry dear,"

"Hishh. Mama nie," Zara mengetap gigi lalu memandang Haris semula "Abang bukanya tahu kenapa kami semua datang ke sini?,"

Haris memandang Ibunya "Mama?,"

Puan seri Rahimah tidak menyahut. tatapan'nya masih lagi tertumpu pada Asri

"Mama!,"

"Ya!,"

"Kenapa Mama datang sini? Papa suruh ke?,"

"Tak. tak, jomla kita balik Sofia," Puan seri Rahimah memaut lengan Zara "Jom balik Zara,"

"Tapi Auntie?,"

"Ikut je Auntie balik,"

Zara menoleh memandang Haris dengan kelopak mata yang berair. Haris pula tampak terpinga-pinga memandang Zara, bahkan dia sendiri tidak tahu alasan mengapa ibunya datang menemuinya

"Kenapa Auntie tak nak beritahu abang Haris?," Soal Zara sebaik masuk ke dalam kereta

"Bukan Auntie tak nak Zara. Masalahnya Haris tu dah kawin, dah ada anak. Kalau Auntie beritahu pun tak guna,"

"Betul tu Zara, Haris pun macam masih anggap Zara seperti adik dia,"

"Zara balik sini sebab nak kawin dengan abang Haris.. Dia pulak yang dah kawin. Hish.. geramnya!,"

"Sabar ya sayang.. lebih baik dia tak tahu," Datin Sofia cuba memujuk anaknya "Rahimah?,"

"Ya,"

"Terus terang i bagitahu you. Muka budak tu memang serupa dengan Haris,"

"Ya i tahu Sofia. Masalahnya bila masa pulak Haris tu buat anak?,"

"Kenapa you tak tanya tadi umur budak tu berapa?,"

"Tu tak penting sekarang Sofia.. baik i beritahu Yunus. i tak sabar nak tengok reaksi dia,"

BERKERUT dahi Haris saat memerhati kereta ibunya berlalu pergi

"Macam mana nie bang. Mok abang doh tahu?,"

"Jom masuk rumah dulu,"

Suhaila segera mengikut Haris masuk ke dalam rumah. Haris meletakan dulu Asri di atas kerusi kemudian bergegas menuju ke dapur untuk menaruh aiskrim yang di belinya tadi ke dalam peti Ais

"Su,"

"Ya bang," Suhaila yang sedang duduk di sebelah anaknya terpinga-pinga melihat tingkah Haris, terus duduk di bawah kemudian memegang tangannya

"Su dengar dan ingat baik-baik apa yang abang nak cakap nie,"

"Baik bang,"

"Mak abang dah tahu pasal kita, confirm Mak abang akan beritahu pada ayah abang. Keadaan mesti kecoh nanti lebih-lebih lagi abang dah beritahu mak abang, Asri anak kandung abang,"

"Napa abang kacet gitu,"

"Su. Kalau ada sesiapa tanya macam mana Su kenal abang. Su cakap, Su bercinta dengan abang waktu Su berkerja kat UUM, itu tempat abang belajar dulu. Su cakap je Su kerja sebagai tukang masak. Jangan sesekali cakap Su kena rogol,"

"Su takut bang,"

"Su takut apa?,"

"Kalau mok abang tahu pekara sebenor,"

"Siapa je yang tahu Su pernah kena rogol. Abang, Saiful dengan Ustaz. Diorang tu abang jamin, diorang tak akan beritahu pada sesiapa,"

"Kalu mok dengang ayoh abang tak terima Su macam mana?,"

"Apa Abang perduli. lantakla kalau diorang tak nak terima,"

"Abang..,"

"Ya Su,"

"Perempuan nama Zara tu cantik,"

"Memang cantik. Tapi Su lagi cantik,"

Suhaila tersenyum namun terlihat sayu "Dia macam suka'kan abang,"

"Dari dulu lagi dia suka'kan abang. Tapi abang anggap dia macam adik abang je Su. abang takde perasaan kat dia. Su janganla risau ya,"

"Su cemburu,"

Haris ketawa geli hati.. "Padahal kita tak buat pun lagi..,"

"Abanggg.. jangang cakap gitu. Su malulah,"

"Okay. okay. Tapi yang penting Su kena ingat ya, apa yang abang cakap tadi,"

Suhaila terangguk-angguk mengerti

TAN seri Yunus duduk di luar sambil membaca info terkini mengenai market bursa saham melalui iPad

Suasana ketika itu tenang. Dengan cuaca yang cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Segar dan nyaman. Pokok-pokok bergoyangan. Namun ketenangan itu tidak kekal lama sebaik sahaja bunyi deruman enjin kereta di pandu puan seri Rahimah terlihat masuk ke dalam garage

Wajah Tan seri yunus tampak bersahaja, lansung tidak ambil perduli dengan kehadiran kereta isterinya

"Abang! Abang!,"

"Saya kat sini je Rahimah. Tak payahla nak memekik,"

Paun seri Rahimah bergegas mendapatkan suaminya

"Abang..,"

"Ya saya. Cakap jelaa,"

"Haris dah kawin bang,"

Jari yang sedang menatal layar ipad serta merta terhenti "Dah kawin? dengan siapa?,"

"Dengan perempuanla,"

"Itu saya tahula Rahimahhh. Yang saya nak tahu haris tu kawin dengan anak tan seri ke, anak Datuk ke atau kerabat di raja,"

"Saya lupa tanya,"

Tan seri yunus menyengih "Memang tak boleh nak harap,"

"Tapi bang. Haris dah anak,"

"Hah!," Tan seri yunus menoleh memandang isterinya "Anak tiri ke?,"

"Anak Haris bang,"

"Aik? setahu saya. baru tiga bulan haris tu duduk kat luar. Tak akan dah ada anak. Oo.. Isteri dia mengandung?,"

"Bukannya mengandung. Dah keluar pun anak tu,"

"Berapa umurnya?,"

"Saya tak tanya,"

"Ya Allah.. Rahimah. Rahimah,"

"Saya terkejut sangat tadi kat situ. Sofia dengan Zara pun terkejut,"

"Awak bawak diorang ke?,"

"Saya segan nak pergi sorang-sorang,"

"Nak jumpa anak sendiri pun segan. Mak jenis apa awak nie,"

"Hey abang. Mulut abang tu jaga baik-baik sikit ya. Abang sedar tak kenapa Haris tu tak rapat dengan saya,"

"Dah cukup. Jangan nak mengunkit,"

"Saya bukannya nak mengunkit," Puan seri Rahimah menghela nafas panjang cuba menenangkan hatinya "Tapi bang. Muka anak Haris tu sebiji macam Haris bang. Sofia pun cakap macam tu,"

"Kalau dah Haris cakap itu anak dia. Betulla anak dia. Yang masalahnya sekarang, macam mana Haris tu boleh ada anak? sepatutnya awak tanya,"

"Salahkan saya lagi, apa kata abang saja pergi sana, tanya Haris tu sendiri,"

"Elokla tu. nanti malam awak ikut saya,"

"Pergi mana?,"

"Jumpa Harislaaa.. hish pandai pulak awak bertanya,"

"Dah. Dahla perli saya bang,"

Tan seri yunus tersenyum menguntum bak bagaikan bunga yang sedang mekar

"Hah kenapa pulak abang tersenyum tu?,"

"Saya sebenarnya tak kisah, siapa pilihan Haris. Dengan siapa dia nak kawin. Itu terpulang pada dia. Yang penting sekarang, saya nak Haris tu kerja dengan saya semula,"

"Penting sangat ke?,"

"Hey Rahimah.. Awak sedar tak berapa banyak syarikat saya dah rugi. nak harapkan si Hana tu, si Hanim, laki dia. semua tak boleh pakai. Bukannya ringgit-ringgit saya rugi. Ratusan juta Rahimah. Ratusan juta,"

"Abangla yang salah. Sapa suruh abang pergi halau Haris tu,"

"Salah saya jugak,"

"Habis tu salah saya?,"

"Dahlaa. pergi masuk. Ingat malam nie ikut saya. Tak sabar saya nak jumpa dengan cucu saya,"

"Yalaa tu.," Puan seri Rahimah menyenget bibir

DATIN Sofia berdiri di kaki tangga sambil mendongak ke atas dengan wajah bimbang. Sejak dia dan Zara balik selepas menemui Haris. Zara terus masuk ke dalam bilik mengamuk

Bermacam-macam bunyi barang-barang di lempar pada dinding. Datin Sofia pula kala itu tidak berani mahu memujuk anaknya

"Mana Zara Mama. kenapa tak turun makan," Tanya anak sulung Datin Sofia

"Apa kata Zairi naik atas, tolong panggilkan Zara,"

Zairi mengerut dahi, selalunya ibunya'la yang akan naik ke atas memanggil adiknya "Kenapa Mama suruh saya?,"

"Mama tak berani?,"

"Tak berani?,"

"Sebenarnya, siang tadi zara ikut Mama dengan Rahimah pergi jumpa Haris. Sampai je kat sana, rupa-rupanya Haris dah kawin, siap ada anak lagi,"

"So.. apa masalahnya kalau Haris tu dah kawin,"

"Hish kamu nie Zairi. Adik kamu tu'kan suka sangat pada Haris,"

"Mana satu yang adik suka nie. Hari tu Mama ada cakap'kan adik dah boyfriend kat sana,"

"Dah putus,"

"Pulak,"

"Alaa.. Zairi pergila naik sebelum Papa Zairi balik,"

"Yalaa Mama,"

Zairi mengeleng-geleng kepala sambil melangkah menaiki anak tangga, naik ke atas untuk memanggil adiknya

"Tuk. Tuk. Tuk., Adik.. Mari turun makan. Mama dah siap masak tu. Kejap lagi Papa balik,"

Tiada sahutan di dalam bilik

"Adik. Adik," Panggil Zairi sambil mengetuk daun pintu. Setelah berberapa kali panggilannya tidak di sahut. Akhirnya Zairi mengambil keputusan untuk membuka pintu bilik adiknya

"Apa yang dah jadi nie Dik," Mencerlang mata Zairi sebaik melihat keadaan bilik Zara. Anak matanya mula meliar sambil memandang keadaan bilik adiknya yang sudah pun tunggang-langgang seperti tongkang pecah. Bahkan katil double pun turut terbalik

"Kenapa Zairi?," Datin Sofia bergegas naik

"Mama tengokla sendiri,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience