Di dalam Hati Haris kala itu sangat merindui lelaki yang mengajarinya agama. Jika bukan kerana lelaki itu mungkin sehingga sekarang dia tidak mampu mengenal erti agama. Ayahnya saban hari sibuk dengan urusan peniagaan, ibunya pula sibuk dengan Yayasan yang di bangun'kan bersama dengan isteri para Tan seri dan Dato'
Miskipun Haris anak yang paling bongsu namun dia tidak di besarkan mengunakan sendok emas tetapi terbiar tanpa kasih sayang sehingga tidak mengenal mana yang betul dan mana yang salah. sebab itu ketika Haris berada di sekolah rendah. sikapnya suka memberontak dan terlalu nakal
Setelah kedatangan Ustaz Taib di sekolahnya. Barulah sikap Haris berubah sedikit demi sedikit. Oleh kerana Ustaz Taib tidak pernah sesekali memarahinya atau pun menyindir jika Haris tidak pandai membaca mana-mana surah di dalam Al quran malah solat pun dia tidak pandai namun atas ajaran dari ustaz Taib yang tidak pernah berputus asa membimbingnya, kerana kegigihanan ustaz taib itulah membuatkan Haris mulai serius mempelajari agama islam
Haris dengan hati yang sebak melangkah menghampiri bekas Ustaznya. Tangan kanan di hulur untuk bersalaman namun tangannya itu tidak di sambut malah Ustaz Taib memeluk tubuh Haris dengan erat miskipun kala itu Ustaz Taib masih merasakan marahnya atas perbuatan Haris terhadap suhaila
"Haris.. dah besar panjang kau Haris,"
"Lama saya tak jumpa dengan ustaz, saya betul-betul rindu pada ustaz,"
"Hariskan berkawan dengan Azman, kenapa tak minta nombor handphone ustaz pada dia,"
Haris diam tidak menjawab. Selepas ayahnya enggan merestui impiannya ingin menjadi seorang ustaz. Haris mulai melupakan impiannya itu dan hidup seperti yang di kehendaki oleh ayahnya
Ustaz Taib perlahan-lahan meleraikan pelukan. Anak matanya melirik ke arah Suhaila "Bini kamu ke tu Haris?,"
"Eh tak ustaz,"
"Kalau bukan bini kamu, kenapa duduk sekali, kita'kan ada agama Haris.. agama kita melarang kita bersedudukan dengan perempuan yang tiada hubungan dengan kita. Haram Haris,"
"Saya tak buat apa-apa pun ustaz. niat saya cuma nak tolong dia je,"
"Tak kiralah jika niat haris tu baik sekali pun. Haram tetap Haram Haris,"
Haris menuduk kesal. Otak'nya buntu memikirkan alasan dan kala itu Ustaz Taib melangkah menghampiri Suhaila
"Orang mana?," Tanya Ustaz Taib miskipun sudah mengetahui tentang Suhaila melalui Saiful
"Ambo orang kelantan,"
"Daerah mana?,"
"Sungai golok,"
"Jauhnya,"
"Ambo sebenornya baru lepas kena cerai.. ambo doh takde sapa-sapa kat sana sebab tu ambo mari sini,"
"Berapa umur?,"
"23. ambo ada anok lelaki umor tiga tahung,"
Ustaz taib terangguk-angguk mengerti "Nama siapa?,"
"Suhaila,"
"Masya Allah cantik nama tu,"
"Terima kasih ustaz,"
"Suhaila tahu tak hukum dalam agama kita jika tinggal berserdudukan dengan lelaki yang bukan mahram,"
"Tahu ustaz,"
"Kenapa buat?,"
Air mata Suhaila mulai mengalir kerana terus menerus di soal ustaz Taib
"Sini Haris.. duduk kat sini," Pinta Ustaz Taib sambil menujuk kerusi single. Haris menurut. Setelah Haris duduk, ustaz Taib duduk di sebelah Suhaila
"Boleh Ustaz tahu, ayah kepada anak Suhaila kerja apa?,"
"Ambo tok tahu..,"
"Ehh.. Mana boleh tak tahu,"
"Betul ustaz ambo tok tahu,"
"Habis tu macam mana Suhaila kena cerai?,"
"Oh.. itu bukang ayoh dari anak ambo. sebenornya.?," Suhaila memandang silih berganti wajah-wajah yang sedang memandangnya. kala itu hatinya sungguh malu ingin menceritakan apa belaku kepadanya sehingga melahirkan seorang anak
"Haris..,"
"Ya saya ustaz,"
"Ustaz tengok Suhaila nie, cantik orangnya,"
"Betul tu ustaz," Jawab Haris spontan membuatkan semua orang ketawa kecil kecuali Suhaila
"Kalau dah macam tu, apa kata Haris nikah je dengan dia, hiss banyak pahala tu nikah dengan janda,"
"Hah? Nikah," Haris tampak terkejut
"Kami takde apo-apo hubungang pung ustaz,"
"Takde masalah Suhaila, Lepas kamu nikah nanti adalah hubangan tu, halal lagi,"
"Ambo toksey ustaz.. Kalu takde hubungang, rumoh tangga tongkang kekal,"
"Ustaz jangan gurau macam tu, saya kenal dengan dia pun baru lima hari,"
"lima hari? selama tu Haris rasa selesa tak tinggal dengan Suhaila?,"
"Selesa sangat ustaz, Suhaila nie pandai gila memasak ustaz," Sekali lagi Haris menjawab spontan, bersungguh-sungguh betul dia memuji Suhaila. Ustaz Taib ketawa
"Haris, Haris. nampak sangat kamu suka dengan Suhaila nie, Nikah jelah,"
"Hiss takdela sampai macam tu ustaz," Haris tersengih malu sambil mengaru-garu rambutnya. Ustaz Taib mengeleng kemudian memandang Suhaila
"Boleh ustaz tahu, macam mana Suhaila boleh ada anak?,"
Suhaila menunduk, seakan keberatan menceritakan kisah hidupnya. Ustaz Taib tersenyum, Mengerti sangat reaksi ibu muda itu
"Suhaila jangan risau ya, jangan malu.. ustaz dengan rakan-rakan ustaz nie dah mengendalikan macam-macam masalah.. Ada yang lahirkan anak sebab di perkosa oleh bapa kandung sendiri, Bapa tiri, terlanjur bercinta hiss macam-macam suhaila,"
"Ambo sebenornya di pekosa Ustaz,"
"Kena pekosa?," Haris tampak terkejut. sebelum ini dia ingatkan Suhaila di tinggalkan kekasih kerana mengandung
"Haris tak tahu ke?,"
Haris mengeleng kepalanya
"Bagaimana pekara tu boleh belaku Suhaila?," Soal ustaz Taib lagi
"Waktu umur ambo 19 tahung. Ambo kerja kat bangkok sebagai tukang masak.. Satu hari restoran tempat ambo berkerjo ada dapat tempahan untuk majlis makang malam.. sebab tak cukup orang, bos ambo mintok ambo kerja sebagai pelanyang,"
Diam-diam anak mata ustaz Taib melirik memandang Haris ingin melihat reaksi bekas anak didiknya itu namun Haris masih terlihat tenang mendengar
"Majlis makan malam tu buat kat mana?,"
"Kat rumah orang kaya ustaz, tapi tu bukangnya majlis makang malam tapi parti penuh dengang perempuan je,"
"Siapa yang buat parti tu?,"
Suhaila mengankat wajahnya memandang ustaz Taib "Lelaki-lelaki muda dari malaysia ustaz,"
Dan ketika itu barulah Ustaz Taib dapat melihat kelopak mata Haris terbeliak sebaik mendengar jawapan Suhaila
"Maksud Suhaila lelaki-lelaki tu yang pekosa suhaila?,"
"Rasanya tok Ustaz. sebab waktu tu hanya ada seorang je jantang yang selalu ganggu ambo berkerja.. lepas dia bagi ambo minum. Ambo tak tahu doh apa yang belaku. tahu-tahu je ambo tersedor atas katil," Suhaila menangis esak
"Tahun bila Suhaila?," Haris tiba-tiba mencelah dengan raut wajah yang pucat
"Tahung 2014,"
"Hah!, tahun..?,"
"Kenapa Haris?," Ustaz Taib sengaja bertanya
"Takde apa-apa ustaz," Pantas Haris menjawab namun raut wajahnya tampak begitu bimbang. "Jangan-jangan dia Gadis malam tu," Bisik haris di dalam hati
"Ambo benci sangat jantang tu ustaz. Di Sebabkan jantang tu'la hidup ambo, hidup ayoh ambo menderita,"
"Bersabarla Suhaila.. Hmm Suhaila tak ingat ke muka lelaki tu?,"
"Ambo tak ingat ustaz.. sebab ambo sibuk ngang kerjo, lagi pung tempat tu bekelip-kelip macang disko,"
Ustaz Taib tidak lagi bertanya. Dia memandang Haris kala itu seperti tak senang duduk
"Kenapa tu Haris?,"
"Takde apa-apa Ustaz,"
"Kalau takde apa-apa kenapa duduk tu macam nak lari,"
Suhaila memandang Haris namun Haris pantas mengalih wajah membuatkan Suhaila terkilan sangat mungkin Haris sudah merasa jijik selepas mengetahui kisah hidupnya
"Haris..,"
"Ya Ustaz,"
"Apa kata Haris nikah je dengan Suhaila,"
"Boleh! saya sanggup Ustaz.. saya sanggup," jawab Haris sampai berdiri
"Abe?," Suhaila tampak bergitu terkejut "Abe tok dengor ke cerita ambo tadi, ambo kena perkosa abe,"
"Saya tak kisah semua tu.. saya sanggup bernikah dengan Suhaila,"
"Abe gila ke, Ambo ada anak Abe,"
"Saya tahu. tapi saya sanggup jadikan Suhaila sebagai isteri saya,"
Alis Suhaila bertaut. hairan sungguh saat menatap wajah Haris
"Macam mana saya nak kawin dengan dia ustaz?,"
"Itu haris jangan risau," Ustaz Taib tersenyum lebar "Nie ustaz nak tanya dulu pada Suhaila.. Suhaila ada surat cerai tak,"
Suhaila mengelang "Lepas ambo kena cerai, Ambo terus ke KL ustaz,"
"Suhaila kawin kat mana?,"
"Kat Pattani Thailand ustaz, lepas ayoh ambo meninggal dunia,"
"Lepas Suhaila kawin kat sana. Bekas suami Suhaila ada tak daftar perkawinan tu kat pejabat agama islam,"
Suhaila mengelang "Takdo ustaz,"
Dahi ustaz Taib berkerut memandang bekas murid-muridnya sejak tadi hanya mendengar. Jika hukum agama sudah tentula Ustaz taib tahu tapi masalah Suhaila sekarang lebih kepada Hukum jabatan agama islam
"Macam mana nie sekarang?," Tanya Ustaz taib kepada bekas murid-muridnya
"Berapa lama puan Suhaila berkahwin?," Soal salah seorang dari bekas anak murid ustaz Taib
"Tiga tahung,"
"Selama tiga tahun tu, ada melakukan hubungan badan tak,"
"Sekali pung tak pernoh abe. pegang tangan ambo pung dia toksey,"
"Kalau arwah ayah puan Suhaila dah meninggal dunia.. siapa jadi wali puan Suhaila,"
"Hah Wali? Ambo Kawing Takdo Wali rasanya,"
"Takde Wali?,"
Suhaila mengangguk.. "Malang tu cuma ada tiga orang je.. tok kadi dengang dua saksi,"
Murid-murid Ustaz Taib berpandangan sesama mereka bingung dengan perkahwinan Suhaila, kemudian memandang ustaz Taib
"Itu tak cukup rukun Ustaz, kalau ikutkan tak sah perkahwinan tu,"
"Masalahnya kita dengar sebelah pihak je.. walaupun Suhaila tak menipu tapi kita kena dapat dulu kepastian dari bekas suami dia,"
"Boleh tak puan suhaila beri saya nama bekas suami puan Suhaila, alamat dengan nombor telefon,"
"Buleh,"
Haris yang sudah berdiri bergegas membuka laci almari Tv lalu mengeluarkan pen dengan sebuah buku
"Nanti esok ustaz, saya cuba call pegawai kat sana. minta dia berjumpa dengan suami puan Suhaila,"
"Eloklah tu, lagi cepat lagi bagus,"
"Habis tu ustaz. Kalau suhaila nie takde wali macam mana saya nak kawin dengan dia," Tanya Haris membuatkan Ustaz Taib tersenyum namun tidak Suhaila
"Boleh mohon guna wali hakim, lepas tu Haris bolehla kawin dengan Suhaila,"
Haris terangguk-angguk faham "Hah satu hal lagi ustaz, Malam nie macam mana?,"
"Nanti ustaz call Azman, minta dia hantar isteri ustaz ke sini.. kita boleh tinggal bersama,"
"Eloklah tu ustaz.., Saya pun dah lama tak berbual dengan ustaz,"
Setelah semuanya selesai. Ustaz Taib berdiri di luar rumah berbincang dengan bekas anak-anak muridnya. Sementara di dalam rumah Haris cuba menyakin'kan Suhaila akan niatnya mahu mengahwini ibu muda itu
"Kenapa Abe nok kawing ngan ambo, Abe mana ada perasaang pada ambo?,"
"Memangla sekarang takde Suhaila, in sya Allah lepas kita dah nikah nanti kita wujudla perasaan tu,"
"Ambo takut Abe.. nanti kalu abe takdo perasaang, Abe ceraikan ambo,"
Haris pantas mengankat tangannya paras telinga "Saya bersumpah Suhaila, walaupun apa pun belaku, saya tak sesekali ceraikan suhaila,"
Alis Suhaila bertaut. Fikirannya kala itu betul-betul hairan dengan sikap Haris. Kenapa lelaki itu begitu bersungguh-sungguh mahu mengahwini'nya
Haris sedikit berpeluh. ingatan peristiwa lama yang sukar di lupakannya itu tiba-tiba menerjah masuk membuatkan nafasnya naik turun "Apa pun yang terjadi aku mesti kawin dengan Suhaila," Bisik Haris dengan nekad di dalam hatinya, nekad mahu menikahi Suhaila
"Macam mana? Suhaila setuju tak?,"
"Abe nok kawing dengang ambo sebab abe kesihankan ambo kan,"
"Tak.. saya betul-betul nak kawin dengan Suhaila. Saya rasa selesa sangat bila bersama dengan suhaila dengan Asri, berilah saya perluang. Boleh tak?,"
Suhaila tidak terus menjawab pertanyaan Haris.. ibu muda itu terus menerus menatap wajah lelaki di hadapannya ingin melihat jika ada pada raut wajah itu sebuah keiklasan untuk memperistirikannya
"Abe janji ya jangang ceraikan Ambo.. ambo tok kisoh kalu Abe nok kawin lain.. tapi jangan cerai kan Ambo,"
"Saya janji Suhaila, Saya janji,"
Suhaila bukannya sengaja mahu Haris berjanji seperti itu, cuma dia masih belum melupakan bagaimana Rashid menceraikanya kemudian menghalaunya dari rumah. Dalam keadaan malam buta di tambah pula hujan lebat. dia duduk bersama anaknya di stesen bas sungai golok sehingga ke pagi tidak tahu mahu kemana
Ketiga-tiga bekas anak murid ustaz Taib bersalaman dengan bekas guru mereka sebelum meminta diri.
"Jangan lupa call ustaz kalau dapat berita dari sana,"
"In sya Allah ustaz, Assalamualaikum,"
"Waalaikummusalam,"
Ustaz Taib berdiri sebentar memerhati bekas anak-anak muridnya memasuki ke dalam kereta dan pada masa yang sama tumpuan ustaz Taib teralih dengan kedatangan sebuah kereta jenis Suv memasuki halaman depan rumah itu
"Amboi cepat ya," Bisih hati ustaz Taib
Sebaik sahaja kereta Suv itu memantikan enjin. Pintu di sebelah penumpang belakang di buka. Seorang wanita berpurdah keluar dari kereta tersebut sambil membawa beg pakaian
"Assalamualaikum Bang,"
"Waalaikummusalam, mana Azman?," Tanya Ustaz Taib sebaik melihat hanya Saiful sahaja keluar dari kereta selepas isterinya
"Dia gak mahu ke mari.. katanya besok perlu kerjain,"
Ustaz Taib terangguk-angguk faham memandangkan waktu ketika itu sudah hampir jam 12 malam
"Assalamualaikum ustaz," Ucap Saiful dengan senyuman menguntum setelah mengetahui Haris bersetuju menikahi Suhaila
"Waalaikummusalam. Terima kasih ya saiful hantar isteri saya ke sini,"
"Takde masalah pun Ustaz. Hal kecil je tu,"
"Marila masuk,"
"Eh takpe ustaz. lagi pun dah lewat malam. esok saya kena kerja,"
"Baikla.. nanti apa-apa hal saya beritahu saja pada Azman ya,"
"Baiklah ustaz,"
"INFO" SAYA LUPA KALAU ADA IDAH 90 HARI LEPAS CERAI. PENING!,"
Share this novel