Bab 4

Romance Series 5904

Haris melabuhkan punggung di atas bangku bas stop namun dia berdiri semula sebaik teringat sesuatu. Dahinya di tepuk

"Kenapa aku pergi suruh perempuan tu berjalan ke sana padahal boleh naik bas kat sini," Ucap Haris sambil memandang ke arah laluan suhaila lalui tadi namun kelibat suhaila tidak lagi kelihatan

"Laju jugak perempuan tu berjalan," bisik Haris teragak-agak kakinya mahu melangkah mahu mencari semula suhaila akan tetapi bila teringatkan beban yang di bawa gadis itu dia merasa bersalah. Setelah berfikir sejenak "Cari jelah..," Ucap haris akhirnya mengorak langkahnya menyusuri laluan jalan tun razak

Suasana jalan tun razak ketika itu sunyi dan sepi memandangkan waktu sudah larut malam. Hanya kelihatan berberapa kenderaan yang lalu lalang. Haris berjalan menyusuri laluan yang agak gelap

"Tolong!, Tolong!," tiba-tiba Kedengaran suara wanita menjerit membuatkan Haris terkejut

"Siapa pulak tu?," Ucap haris sambil mempecepatkan langkah. belum pun sempat dia melangkah lebih jauh tiba-tiba muncul kelibat kanak-kanak kecil sedang berlari menghala ke arahnya

"Tolong Ma! Tolong Ma!," Jerit Asri sambil menangis tersesak-esak

"Ya Allah," Haris bergegas mendapatkan kanak-kanak itu "Mana mak?," tanya Haris. Asri yang sedang menangis menunjuk ke arah tempat yang agak gelap. Tanpa membuang masa Haris mengankat kanak-kanak itu lalu berlari secepat mungkin

Mata Haris terbeliak luas dengan perasaan marah membuak-buak "Woi!!," Jerit Haris sekuat hati sebaik melihat seorang lelaki sedang memegang Suhaila dan seorang lagi mengeledah tubuh suhaila serentak itu juga lelaki-lelaki itu melepaskan suhaila kemudian melarikan diri

"Puan tak apa-apa!," Tanya Haris dengan raut wajah yang Cemas

"Anak ambo, Anak ambo abe!," Suhaila menjerit dengan tangisan sambil mencari-cari anaknya

"Ini anak puan," Haris menurunkan Asri ke bawah "Asri!," Suhaila memeluk anaknya dengan tubuh mengigil-gigil. melihat keadaan itu Haris mula merasa bersalah kerana dialah yang menyuruh suhaila melalui laluan ini

"Puan ada sakit mana-mana tak?,"

Suhaila yang masih memeluk anaknya mengeleng lemah

"Cuba puan periksa kalau ada barang hilang. kita boleh pergi buat report polis,"

Suhaila segera memeriksa pinggangnya tempat dia menyimpan duit pemberian Rasyid. Sebaik merasakan duit di pinggangnya masih ada, Suhaila mengucapkan syukur berkali-kali lega sungguh hatinya

"Ada yang hilang tak?," Tanya haris lagi

"Takde Abe.. terima kasih ya," Ucap suhaila serak suaranya

"Lebik baik kita buat report polis puan,"

"Abe bukang polis ke?,"

"Eh tak, saya penganggur,"

"Ambo ingat abe polis,"

"Rupa macam nie?, Jomla Kita buat report polis?,"

Suhaila mengeleng "Tak apa Abe.. takde barang ambo yang hilang, Aduh!," Suhaila mengerang sakit apabila dia cuba berdiri

"Kenapa?,"

"Sakitnya Lutut ambo,"

"Sakit sangat ke?,"

Suhaila mengangguk

"Alamak macam mana nie..," Haris menoleh ke kanan kemudian ke kiri. Entah dengan siapa dia mahu meminta pertolongan dan pada masa itu Haris terfikirkan kawan baiknya Saiful "Puan duduk je. Jangan bangun," Suhaila menurut

Haris mengeluarkan Handphone'nya terus menghubungi Saiful. Panggilan petama tidak di jawab. Haris menghubungi sekali lagi

"Hello..," Jawab Saiful dengan nada lemah

"Weii apul. tolong aku,"

"Tolong? tolong apa?,"

Haris menceritakan apa yang belaku pada saiful dan mengharap kawan baiknya itu sudi membantunya

"Kau share location kau.. nanti aku datang,"

"Okay nanti aku send," Haris menghela nafas lega selepas menamatkan panggilan "Puan tunggu kejap ya. nanti kawan saya datang. Kami bawa puan ke klinik,"

"Tok menyusohkang abe ke?,"

"Tak.. kalau ikutkan saya yang salah.. Sebenarnya puan boleh naik bas pergi ke pasar seni. Tapi saya lupa,"

Suhaila hanya diam mendengar

"Mana suami puan?,"

"Ambo doh kena cerai,"

"Oh ya ke.. sebab apa?,"

"Suami ambo doh ada betino lain,"

"Betina?, habis tu kenapa datang sini?,"

"Ambo doh takde sapa-sapa lagi kat kelantan sebab tu ambo tubik sini,"

"Berapa umur puan,"

"24 tahun,"

"Muda lagi dah ada anak," Bisik Haris sambil melihat wajah Asri

Mereka berdua terus berbual sehinggalah sebuah kereta Suv berhenti di tepi mereka

"Kenapa duduk tempat gelap nie?," Tanya saiful sebaik keluar dari kereta

"Kan aku dah cakap puan nie sakit tak bole nak berjalan,"

"Oh ya aku lupa, siapa nama dia?,"

"Aku lupa tanya.. kejap," Haris memandang Suhaila "Puan nama apa?,"

"Namo Ambo suhaila nie anak ambo Asri,"

"Orang kelantan?," Bisik Saiful, Haris mengangguk

"Kau bawa dia masuk dalam kereta, anak dia dengan beg dia biar aku yang bawa masuk,"

Haris menganguk lalu menghampiri suhaila "Saya Minta maaf ya puan saya terpaksa sentuh puan sebab saya nak bawa puan masuk dalam kereta, puan jangan takut kami nie bukan orang jahat," Suhaila teragak-agak ketika mengangguk kerana hatinya saat itu masih truma. setelah di berikan kebenaran barulah Haris mengankat tubuh suhaila, perlahan-lahan di bawa masuk ke dalam kereta

Sementara saiful pula sudah pun membawa Asri masuk ke dalam keretanya. beg-beg pakaian suhaila di taruh di belakang bonet

"Nak pergi klinik mana Pul?,"

"Aku rasa kat area sini ada klinik 24 jam, kita cari dulu kalau takde kita hantar je kat hospital,"

"Okay. aku follow je kau,"

Saiful memijak pedal minyak, kereta di pandunya meluncur pergi bagi mencari sebuah klinik yang beroperasi 24 jam.

Haris dan saiful sama-sama meninjau di luar jendela, setelah 15 minit berlalu barulah mereka menemui sebuah klinik 24 jam di kawasan jalan ampang

"Kau masuk dulu tanya kalau ada wheelchair," Arah saiful kepada Haris sebaik memarkirkan keretanya di hadapan klinik

Haris bergegas keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu klinik. Di dalam kereta Saiful menyalakan lampu kemudian memarling ke belakang kebetulan Suhaila duduk di belakang kerusi penumpang depan mudah bagi saiful melihat wajah suhaila namun

"Eh?," Saiful terperanjat sebaik melihat wajah suhaila

"Kenapa Abe?," Saiful tidak menjawab lama juga dia menatap wajah Suhaila membuatkan suhaila menunduk malu sehinggalah pintu bahagian tempat duduk Suhaila di buka dari luar

"Sekali lagi saya minta maaf ya puan.. saya kena pegang puan nak bagi puan duduk kat kerusi nie," Pinta Haris tanpa mengetahui apa yang belaku di dalam kereta. Suhaila mengangguk memberi kebenaran

"Tak akan dia gadis tu?," Bisik Saiful kebingungan

"Cepat laa apul bawa anak puan tu keluar," Tegur Haris

"Okay-okay,"

Haris menolak kerusi roda masuk ke dalam klinik sementara Saiful mendukung Asri

"Mana IC puan?," tanya Haris

"Ic?,"

"Nak register kena ada Ic,"

Suhaila dengan wajah kemerahan menyentuh pinggang. Semua barang berharga di simpan di dalam balutan kain yang di lilit pada pinggangnya.

"Boleh abe bawok ambo gie tandas kejap,"

"Boleh," Selepas bertanya kepada penjaga kaunter. Haris menolak kerusi roda itu ke belakang. Saiful duduk menjaga Asri, sejak keluar dari kereta fikirannya masih memikirkan wajah suhaila seperti dia pernah melihat wajah itu

"Kalau puan dah siap, puan ketuk je pintu ya," Suhaila yang sudah berada di dalam tandas sekadar mengangguk sebelum Haris menutup pintu tandas

Suhaila yang berbaju kurung berusaha sedaya upaya mengankat tubuh mahu menarik bawah bajunya itu naik ke atas kerana mahu mengambil kad pengenalan yang di letak di dalam balutan kain di ikat pada pinggang. Haris yang sedang menunggu di luar hanya diam mendengar bunyi rintihan suhaila dari dalam

"Kesihannya," Bisik Haris pelan beranggapan jika suhaila sedang kesukaran untuk bangun dari kerusi itu

Tidak berberapa lama kemudian pintu tandas di buka dari dalam tanpa kedengaran bunyi air atau pam tandas di tekan itu mengejutkan Haris yang sedang menunggu

"Dah ke puan?," Tanya Haris kehairanan

Suhaila mengangguk malu sambil menghulurkan kad pengenalannya. "Sebenarnya ambo taruh Ic ambo dalam baju ambo," Jelas Suhaila

"Oh ya kee..," Balas Haris dengan terangguk-angguk miskipun dia tidak memahami maksud Suhaila

Setelah itu Haris membawa kembali suhaila yang duduk di atas kerusi roda ke depan klinik. Melihat sahaja ibunya Asri berlari-lari anak mendapat ibunya itu

"Ma.. Asri lapar," Ngadu Asri pada ibunya

"Lapar?,"

Asri mengangguk. Kebetulan Haris mendengarnya dan dia teringat ada melihat sebuah kedai serbaneka berdekatan dengan klinik ini

"Apul,"

"Ya..," jawab Saiful sambil melangkah menghampiri Haris

"Kau tolong register puan nie. Aku nak keluar sekejap nak beli makanan. Anak puan nie lapar,"

"Okay,"

Tanpa membuang masa. Haris bergegas keluar dari klinik itu selepas menyerahkan ic suhaila kepada saiful.

"Boleh saya tahu hubungan encik dengan puan nie," Tanya penjaga kaunter ketika mahu mendaftarkan nama suhaila untuk mendapatkan rawatan

"Kenalan,"

"Encik tunggu dulu. nanti saya panggil,"

Saiful memusingkan tubuh, sekali lagi anak matanya menatap wajah suhaila sambil melangkah pelan menghampiri gadis itu

Dan kala itu juga Suhaila teragak-agak mengankat wajah kerana sedang di tatap saiful "Nga. Ngapa abe asyik pandang ambo?," suhaila memberanikan diri bertanya kerana tidak selesa cara saiful memandangnya

"Maafkan saya puan," Saiful mengankat Asri kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi. Asri di dudukan di atas ribanya "Puan pernah tak berkerja kat Bangkok?," Tanya saiful

"Haah pernah," Jawab suhaila tersentak juga dengan pertanyaan itu

"Puan kerja kat restorankan?,"

"Mana abe tahu?,"

"Sebab saya macam pernah nampak puan kat sana,"

"Ambo memang pernah kerja kat restoran tapi tak lama abe,"

"Kenapa?,"

"Masalah peribadi," Jawab Suhaila dengan raut wajah resah

"Suhaila binti Yakob,"

Setelah membeli makanan di kedai serbaneka yang berhampiran dengan klinik. Haris kembali semula sambil menjinjit beg plastik

Pintu klinik di tolak masuk ke dalam. Sebaik sahaja melihat Haris, Saiful bergegas bangun sambil mendukung Asri

"Kau jaga anak puan nie kejap. aku nak keluar hisap rokok,"

"Mana mak dia?,"

"Ada kat dalam bilik," Jawab saiful sambil menyerahkan Asri kepada Haris. Sebaik keluar dari klinik Saiful bergegas menarik keluar Handphone dari poket seluarnya

Beberapa hari sebelum ini, dia ada berbual dengan Azman tentang gadis yang telah di perkosa Haris ketika mereka berhibur di Bangkok bersama kawan-kawannya lain namun hanya dia dan Azman saja yang tahu tentang kejadian itu

"Hellooo,"

"Hello Azman,"

"Weii.. kau tahu tak pukul berapa sekarang nie,"

"Sorryla Azman,"

"Hah kenapa?,"

"Aku nak tanya.. kau ada tak ambil gambar perempuan tu?,"

"Perempuan mana pulak nie?,"

"Waktu kita kat Bangkok,"

"Perempuan yang Haris rogol tu ke?,"

"Ya. ya.,"

"Kenapa?,"

"Ada ke tak?,"

"Ada.. tapi kau kena bagitahu aku dulu kenapa kau tiba-tiba tanya pasal perempuan tu?,"

"Adalaa.. nanti aku jumpa kau aku bagitahu, kau send gambar tu sekarang,"

"Okay.. tapi kau jangan bagitahu Haris aku ada ambil gambar perempuan tu,"

"Ya..,"

Entah kenapa jantung Saiful kala itu berdengup tidak keruan sambil berjalan mundar mandir di luar klinik menunggu Azman mengirimkan gambar

Handphone Saiful bergetar menandakan ada pesanan masuk ke dalam WhatsApp. Saiful bergegas menghidupkan semula layar Handphone'nya lalu membuka pesanan yang di kirim Azman

"Astaghfirullahalazim.. betullah dia..," Ucap Saiful sebaik melihat gambar di kirim Azman

"Doktor cakap apa?," Tanya Haris sebaik sahaja Suhaila keluar dari bilik setelah selesai mendapatkan rawatan

"Lutut ambo bengkak. mungkin ambik maso lamo nok baik," jawab suhaila dan pada masa itu juga Saiful sudah pun masuk semula ke dalam klinik terus sahaja menghampiri Haris

"Macam mana?,"

"Lutut puan nie bengkak.. ambil masa nak pulih,"

"Puan ada keluarga atau kenalan tak kat sini?," tanya Saiful

"Tak ada Apul," Jawab Haris

"Kalau macam tu. Kau jaga puan nie,"

"Hah? aku..,"

"Eh tak apa Abe. Abe hanto je ambo kat hotel. Ambo buleh jago diri ambo,"

Saiful duduk berhadapan dengan suhaila "Puan.. Saya dengan kawan saya nie langsung tak ada niat jahat.. dalam keadaan puan macam nie. macam mana puan nak jaga diri puan, nak jaga anak puan. walaupun puan duduk kat hotel tak akan ada sesiapa yang sudi bantu puan. Kalau ada pun mungkin kerana nak ambil kesempatan pada puan,"

Air mata Suhaila bercucuran jatuh. Bukan kerana terharu dengan kebaikan saiful malah sebenarnya dia takut jika Saiful dan Haris ada menyimpan niat jahat padanya

"Pecayala pada kami puan.. saya berani bersumpah kami tak akan sesekali melakukan kejahatan pada puan.. pecayalah,"

Alis Haris bertaut memandang Saiful, hairan sungguh kenapa kawan baiknya itu Beria-ria mahu membantu Suhaila

"Nama saya Saiful. Kawan saya nie Haris. Puan duduk sementara dengan dia sampai puan pulih. kawan saya nie baik, puan jangan risau,"

"Kenapa pulak Si apul nie suruh aku yang jaga," Bisik Haris tidak berpuas hati namun nak tak nak dia terpaksa mendiamkan diri

"Ambo takut,"

"Puan jangan takut.. kan tadi saya dah bersumpah. Kami cuma nak bantu puan je,"

Pelan-pelan Suhaila mengankat wajahnya memandang Haris kebetulan ketika itu wajah Haris berkerut-kerut seolah-olah keberatan mahu menjaganya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience