Bab 6

Romance Series 5904

Suhaila yang sedang menangis kerana memikirkan anaknya tiba-tiba terkejut sebaik perasan tombol pintu seperti di pulas dari luar. Cepat-cepat ibu muda itu merebahkan tubuhnya semula lalu berpura-pura tidur

"Ma.. Ma.. bangun," Kejut Asri lembut suaranya. Suhaila membuka kelopak matanya sedikit demi sedikit untuk melihat jika Haris ada bersama anaknya

"Kenapa basah muka tu?," Tanya Haris secara tiba-tiba, mengejutkan Suhaila sehingga terbuka luas kedua matanya
"Tak ada apa-apa Abe,"

"Umm..? Kalau Suhaila sakit bagitahula saya?,"

"Eh tak abe.. ambo baik je..," Suhaila terus menyangkal. Pada masa yang sama dia memandang anaknya sedang memegang sebuah mainan "Mana Asri dapat mainang tu?,"

"Saya belikan untuk dia," Jawab Haris "Tadi saya bawa dia beli makanan,"

"Tak menyusahkang abe ke?,"

"Apa yang susah ya.. beli mainan je. kan Asri," jawab Haris sambil mengelus-elus kedua pipi Asri dengan lembut. Asri ketawa geli

Diam-diam Suhaila tersenyum ketika melihat kemesraan anaknya dengan Haris

"Saya dengan Asri belum sarapan lagi. Asri nie hah nak tunggu ma'nya bangun,"

"Ye ke,"

"Apa kata suhaila mandi dulu, lepas suhaila mandi baru kita sarapan sama-sama," cadang Haris, Suhaila mengangguk dengan senang hati

Sebelum Haris mendukung Suhaila. Dia terlebih dahulu meletakan kerusi di bilik mandi. Nanti akan memudahkan suhaila ketika mahu membersihkan tubuh

"Kalau suhaila dah siap bagitahu ya," Ucap Haris sebaik sahaja meletakan suhaila di atas kerusi

"Terima kasih ya Abe,"

"Sama-sama," Balas Haris kembali sebelum menutup pintu itu

"Asri makanla kuih dulu,"

"Asri nok mee,"

"Laa.. kan tadi Asri jugak nak tunggu Ma Asri bangun,"

"Lapar,"

"Ala.. ala. Asri sabarla sekejap,"

Suhaila ketawa kecil, senang hati sungguh ibu muda itu mendengar perbualan Anaknya dengan Haris dan sebab itu juga Suhaila tampak tergesa-gesa menanggalkan pakaiannya

Haris menopang dagu memerhati Asri memakan karipap sambil tangannya mengusap-ngusap rambut kanak-kanak kecil itu namun Haris mengankat tangannya yang mengusap rambut Asri lalu menatap tapak tangannya seraya berfikir dengan alis bertaut

"Kenapa aku rasa akrab sangat dengan budak nie hah?, tak akan sebab rupa dia sama macam rupa aku.. hiss biar betul, kot-kot budak nie anak aku," Haris tergelak dengan gurauannya sendiri "My son.. Gila,"

"Abe.. Ambo dah siap," Kedengaran suara suhaila di dalam bilik mandi

"Okay kejap," Haris bergegas bangun. Pintu bilik air di buka. Suhaila sudah lengkap berpakaian dan bertudung "Saya dukung ya," Suhaila mengangguk memberi izin

Haris mendukung Suhaila dengan hati-hati membawa suhaila ke meja makan lalu meletakan ibu muda itu duduk di atas kerusi di sebelah Asri

"Asri makang apa?," Tanya suhaila sebaik melihat Anaknya menguyah

"Karipap,"

"Sedap," Asri mengangguk

"Saya buat air milo. Tak tahulaa sedap ke tak," Ujar Haris sambil menuangkan air milo di dalam gelas "Suhaila nak makan apa. Nasi lemak ada, mee goreng pun ada,"

"Bagi ambo nasi lemak,"

TAN seri Yunus melangkah keluar dari lif sambil di ekori anak perempuannya yang paling sulung menuju ke bilik mesyuarat

Syarikat SME semiconductor adalah syarikat yang mengeluarkan cip bagi perusahaan electronik untuk kegunaan peralatan elektrik seperti television Android, remote dan juga pelbagai jenis kenderaan masa kini.

Oleh kerana pengkembangan pesat pengeluaran pelbagai jenis kenderaan elektrik yang mula menguasai pasaran Asia, Syarikat yang di terajui Tan seri yunus telah berjaya menguasai hampir 35% peratus pengeluaran Cip di rantau Asia tengara menjadikan syarikat tersebut sebagai syarikat pengeluar cip terbesar di Malaysia

Wajah Tan seri yunus tidak kelihatan gembira saat melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Anak matanya tajam memerhati setiap wajah staf-staf yang berada di dalam bilik mesyuarat

Beberapa hari sebelum ini syarikatnya gagal memperolehi kontrak bernilai puluhan juta dengan sebuah perusahaan kereta elektrik dari china menyebabkan syarikat mengalami banyak kerugian

"Saya masih ingat, betapa yakin dan bersemangatnya wajah-wajah kamu semua waktu menyakinkan saya, kamu akan dapatkan kontrak tu untuk saya. tapi sekarang, apa yang kita dapat hah apa yang kita dapat?," Tan seri yunus terangguk-angguk sambil memandang wajah-wajah di hadapannya "malah kita kalah dengan syarikat yang lebih kecil dari kita.. kamu dengar tak!," Dek kerana terlalu geram Tan seri yunus menghempuk meja

"Bertenang Papa?," tegur Hanim

"Kenapa Papa kena bertenang.. cuba jelaskan pada papa Hanim,"

Hanim anak kedua Tan seri yunus hanya diam, tidak berani menjawab

"Sebenarnya Papa, memang semua tu salah kami, sebab kami terlalu yakin sampai kami lupa jika syarikat china tu adalah sebuah syarikat baru sehingga kami tersalah menawarkan tawaran yang lebih baik dari tawaran syarikat dari Taiwan,"

"Berani kau bagi alasan macam tu pada papa, Padahal aku dah hantar korang pergi research syarikat tu kat sana.. korang buat apa? Honeymoon!!,"

Samsul tertunduk diam bila di herdik bapa mertuanya

"Dalam tempoh sebulan jeee, syarikat nie dah gagal perolehi tiga kontrak baru.. Cuba korang bagitahu aku sekarang.. perlu ke aku terus perkerja'kan perkerja malas macam korang semua nie. Nak gaji besar tapi tak guna!," Soal Tan seri yunus namun dia hanya memandang wajah menantunya

"Papa'kan tahu sebelum nie semua masalah berkaitan dengan perolehan kontrak di uruskan bahagian marketing. Dah dua bulan bahagian tu tiada pengurus baru.. Samsul bukannya dari bahagian marketing dia tak tahu apa-apa pasal marketing," Ujar Hanim seakan tidak berpuas hati bila melihat cara ayahnya memandang Samsul seolah-olah hanya menyalahkan suaminya itu

"Betul tu Papa. dalam bilik nie tiada sesiapa yang berani melawan kehendak Papa," Kata Hana pula anak sulung Tan seri yunus

"Oo.. Bila gagal je korang berdua salahkan Papa,"

"Bukan itu maksud kami Papa. Yaaa. kami memang setuju bila Papa pecat Haris sebab sikap boros dia tu dah melampau. tapi dari segi perkerjaan tiada siapa dalam syarikat nie boleh tandingi Haris Papa,"

"Habis tu kenapa si Samsul nie setuju bila papa suruh uruskan projek tu?,"

"Siapa yang berani lawan Papa.. Hana dengan Hanim sebagai anak Papa sendiri pun tak berani nak lawan. Bila kami tolak, Papa perli kami, Lepas tu ungkit macam-macam hal. Apa lagi pilihan yang kami ada,"

"Kalau dah tak boleh buat cakap je tak boleh..jangan asyik bagi alasan tak munasabah pada Papa.. tak berani lawan konon, alasan apa tu!," marah sungguh Tan seri yunus

Kerana tidak tahan di marahi ayahnya Hanim bangun dari kerusi "Bagitahu kami Papa. Kenapa sampai sekarang Papa tak cari penganti Haris. Papa kan tahu jawatan tu penting dalam syarikat nie, Kenapa papa biarkan jawatan tu kosong, bila syarikat nie mengalami kerugian Papa salahkan kami,"

Tan seri yunus berdengus geram dari raut wajah lelaki itu tampak jelas tidak mahu mengalah "Kalau kamu tak sanggup lagi nak berkerja dengan papa. baik kamu berhenti je Hanim,"

"Papa!,"

"Apa nie Papa?,"

Dengan perasaan marah Tan seri yunus terus bangun dari kerusi lalu keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan anak-anak dan para staf'nya lagi

"Semua nie salah kakak!,"

Mencerlang kelopak mata Hana bila di tuduh adiknya sendiri "Hey Hanim mulut kau jaga sikit ya, kenapa pulak salah aku,"

"Kakak ingat Hanim tak tahu.. kakak yang suruh Papa pecat Haris'kan,"

"Hey bukan aku ya.. Papa yang beria nak pecat Haris. tapi aku tak setuju. Sebab aku tahu kalau Papa pecat Haris. Macam niela jadinya,"

"Bukan ke tadi kakak cakap kakak setuju,"

TAN seri Yunus melangkah masuk ke dalam pejabat. Hatinya kala itu masih dalam keadaan marah selepas bertengkar dengan anak-anaknya di dalam bilik mesyuarat

"Aisyah!,"

"Ya Tan seri," Jawab seorang wanita di balik pintu sebelum pintu pejabat itu di buka "Ya Tan seri,"

"Awak call Kamarul. Suruh dia datang jumpa saya sekarang,"

"Baik Tan seri,"

Tan seri yunus berdengus geram sambil melabuhkan punggung di atas sofa

"Apa yang kau buat sekarang Haris, kenapa sampai sekarang tak call Papa," ucap Tan seri yunus tiba-tiba teringatkan anak lelakinya.

Dahi di picit-picit kesal sambil melepaskan satu keluhan berat. Tan seri yunus tidak mampu menafikan jika kata-kata anak sulungnya itu benar. Ketiadaan Haris di syarikat sedikit sebanyak merugikan syarikatnya

selama ini Harislah yang bertungkus lumus ke sana sini bagi mendapatkan kontrak baru dan berjaya membawa keuntungan sehingga ratusan juta untuk syarikatnya

Namun oleh kerana sikap Haris yang suka menghamburkan wang syarikat untuk berhibur dan berparti nak tak nak Tan seri yunus terpaksa bertindak memecat dan menghalau anaknya itu

"Tuk. Tuk. Tuk.," Kedengaran daun pintu di ketuk dari luar

"Masuk,"

"Papa panggil saya?," Tanya seorang lelaki berpakaian kemas sebaik pintu di buka. Kamarul, suami kepada Hana merangkap sebagai pengurus besar bahagian akaun

"Ya kamarul,"

"Ada apa-apa masalah ke Papa?," Tanya kamarul lagi sebaik melabuhkan punggung di atas sofa

"Kenapa kamu tanya soalan yang kamu dah tahu dari isteri kamu,"

Kamarul tersengih serba salah "Maafkan saya Papa,"

"Papa nak tahu berapa banyak kerugian syarikat kita?,"

"Syarikat nie sebenarnya tak rugi apa-apa Papa. Kita cuma rugi kerana kita tak berjaya memperolehi kontrak baru, tapi dari segi keuntungan yang sedia ada tidak membawa apa-apa kesan pada syarikat nie,"

"Itu Papa tahu.. memang kita tak rugi apa-apa kamarul tapi kerana kegagalan tu telah mencoreng nama baik syarikat. Ini adalah syarikat pengeluar cip terbesar di Malaysia tapi dalam tempoh sebulan kita dah kalah dengan pengeluar cip kecil yang baru berjinak-jinak dalam industri ini, mana kita nak letak muka kita nie?,"

"Itu saya tak nafikan Papa. Saya rasa mungkin lebih baik Papa cari penganti Haris secepat mungkin,"

"Apa bezanya kamarul?,"

"Kalau macam tu Papa, apa kata Papa kembalikan jawatan tu pada Haris,"

"Masih terlalu awal. Haris pun tak pernah hubungi Papa,"

"Kalau berterusan macam nie Papa. Inila jadinya tak akan Papa dah lupa dua bulan lagi BYD akan mengeluarkan tender untuk cip kereta elektrik mereka. kita kena rebut tender tu Papa,"

Tan seri yunus mengeleng kesal namun hati kerasnya itu masih enggan memanggil kembali Haris selagi sikap anaknya itu masih belum berubah

The University of Edinburgh

SEORANG gadis kelihatan berlari-lari anak kemudian masuk ke dalam sebuah bilik kuliah. Di dalam bilik itu tampak kosong namun gadis itu tetap melangkah masuk seperti mencari seseorang

"Hey Zara!," Panggil gadis itu sebaik melihat kawannya sedang duduk di meja paling belakang

"Wati,"

"You buat apa kat sini? puas i cari you.. call pun tak jawab,"

"Sorryla Wati,"

"So.. kenapa nie? You ada masalah ke?,"

Zara menghela nafas panjang. Wajahnya tampak cantik miskipun tanpa mengenakan make-up "Semalam Mama i call,"

"Ayah you sakit ke?,"

"No.. Ayah i sihat je,"

"So,"

"Mama i nak kawinkan i Wati,"

"What! that's a good news or bab news?,"

Zara tidak terus menjawab. Bibirnya tersenyum

"Hey cepatla jawab. You setuju ke tak. siapa lelaki bertuah tu?,"

"I belum bagi jawapan pada Mama i. Lelaki tu pulak adalah lelaki impian i sejak sekolah menengah,"

Wati tersengih-sengih sambil menarik kerusi "Handsome tak?,"

Zara mengangguk "Handsome sangat wati. Dia Baik, lucu, periang.. Hati i selalu tenang bila bersama dengan dia,"

"Kalau dah macam tu. you tunggu apa lagi,"

"You dah lupa ke.. i dah ada Boyfriend,"

"Oh ya.. i lupa Zara, sorryyy,"

"It's okay Wati,"

Wati menatap wajah kawan baiknya itu tampak begitu murung mungkin sedang berbalah bahagi untuk memilih pasangan hidup

"Bagi pendapat i Zara. Mungkin lebih baik you teruskan saja hubungan you dengan Philip. Sebab you dah bercinta dengan dia dari sem satu. Lelaki tu pulak cuma angan-angan you dari masa sekolah je,"

"Itu i tahu Wati. cuma i bimbang jika i tolak kehendak Mama i. mungkin Mama i tak akan setuju hubungan i dengan Philip,"

"Betul jugak'kan.., habis tu apa pilihan you,"

"Ini yang buat i pening,"

"Siapa lelaki tu?,"

"Haris,"

"What!,"

"You kenal ke?,"

"Of coursela i kenal. Hey you'kan pernah bawa i pergi beraya rumah dia,"

"Oh yala i lupa," Zara ketawa kecil

"Weeii sampai sekarang i tak boleh lupa Zara.. Memang si Haris tu handsome gila.. Kalau nak di bandingkan dengan Philip. Omg.. macam langit dengan bumi,"

"Sampai hati you cakap macam tu Wati,"

"Sorry. sorry," Wati ketawa besar

"Tapi memang betul pun cakap you," Zara ketawa pula begitu juga wati kali itu semakin kuat ketawanya

"Aboh..,"

"Panggil pakcik,"

"Aboh..," Asri tetap tidak mahu mengalah tetap mahu memanggil Haris seperti itu

"Pakcik bukan Aboh Asri,"

Asri memucungkan bibir dengan kolapak mata berair seakan mahu menangis

"Yala. Yala. Asri boleh panggil pakcik Aboh, sini peluk pakcik,"

Asri tersenyum. Lalu memeluk Haris. "Aa sudah.. macam mana nie.. kalau Suhaila dengar, nanti dia pikir aku yang ajar anak dia," Bisik Haris

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience