Bab 13

Romance Series 5904

"RAPAT LAGI, rapatlaa betul-betul kan dah jadi suami isteri,"

Suhaila terlihat malu-malu kucing saat mahu bergambar bersama Haris setelah selesai di ijab kabul. Haris pula yang sedang mendukung Asri tampak tersenyum lebar. gembira sungguh si suami itu sambil menjeling pada isterinya

Ustaz taib bersama isterinya tersenyum riang memerhati namun dalam kejauhan terlihat sebuah kelibat kereta memarkir agak jauh dari tempat mereka berada. Azman diam-diam memerhati Haris dan suhaila di balik jendela hadapan keretanya

Bibirnya tersenyum menumpang kebahagian seorang gadis yang dulunya hidup dalam penderitaan..

"Ustaz, Mbak marila bergambar sekali," Pinta Haris sebaik saiful selesai mengambil gambar'nya bersama Asri dan Suhaila. Ustaz taib menurut lalu mengajak isterinya bergambar sekali

KLIA AIRPORT

Datin Sofia asyik melihat jam di tangan. Raut wajahnya tampak resah, Jika di ikutkan penerbangan pesawat yang di naiki anak bongsu'nya sudah setengah jam mendarat namun kelibat anaknya itu masih belum kelihatan

Suasana di pintu masuk pula sudah mula di kerumi ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai menunggu ahli keluarga masing-masing

Setelah hampir satu jam menunggu barula kelihatan kelibat penumpang dari united kingdom berpusu-pusu menuju ke pintu masuk

"Mama!,"

"Zara!,"

Seorang gadis cantik berlari anak sambil menolak beg beroda'nya mendapatkan Datin Sofia

"Sorry Mama tadi ada passenger mengamuk kat kaunter imigresen," Ujar Zara sambil memeluk ibunya

"Passenger dari mana?,"

"Entah.. orang luar,"

Datin Sofia mengeleng. Pelan-pelan dia meleraikan pelukan, kemudian menatap wajah anak bongsu'nya

"Sayang okay?,"

"Okay..,"

"Tak sedih ke lepas putus cinta?,"

Zara tersenyum "Sedih tu memangla sedih.. tapi nak buat macam mana, kalau jodoh Zara bukan dengan dia,"

"Orang'nya tu handsome sangat ke?," Datin Sofia ketawa kecil

"Hiss mama nie.., macam perli Zara je,"

"Laa.. Mama cuma nak tahu je macam mana orangnya.. sampai boleh buat anak Mama yang jelita nie boleh jatuh cinta,"

"Orangnya biasa je. Dahlaa Mama, Zara letih nie,"

"Okay, okay dear.. come," Datin Sofia merangkul lengan Zara lalu membawa anak bongsu'nya pergi

Saat anak beranak itu berjalan. Raut wajah Zara tampak muram seakan ada sesuatu yang sedang bermain-main di dalam fikirannya

"Hey.. kenapa dengan muka anak mama nie, Zara letih ke?,"

"Tak Mama.. Zara cuma risau,"

"Risau pasal apa?,"

"Mama'kan ada bagitahu Zara kalau abang Haris tak tahu lagi pasal pernikahan tu,"

"Zara risau kalau Haris tak setuju?,"

Zara mengangguk

"Pernikahan tu, bukan semua orang tahu. Cuma kita-kita je. Andaila kata kalau Haris tak setuju. Anak mama tak akan rugi apa-apa,"

"Tapi hati Zara nie Mama, macam berharap sangat abang Haris setuju,"

"Ya Mama tahu, Zara kan dah lama suka'kan dia,"

"Eh?," Zara memandang ibunya "Zara lupa tanya kabar Mama?,"

"Hiss anak Mama nie, baru nak tanya,"

"Sorry Mama,"

"Alhamdulillah. Mama sihat je sayang. Papa dengan abang kamu pun sama. Tapi macam biasalaa.. tak kira waktu busy je memanjang kat hospital,"

"Papa dengan abang'kan doktor,"

"Tak lama lagi giliran sayang pula ikut jejak diorang. Sunyila Mama nanti,"

"Hiss Mama nie,"

Datin Sofia ketawa kecil sambil melabuhkan kepala pada bahu anaknya "Malam nie ikut Mama ya?,"

"Pergi mana?,"

"Puan seri ajak kita makan malam rumah dia. Papa Zara pun ikut,"

"Abang Haris?,"

"Dia'kan dah kena halau,"

"Habis tu abang Haris duduk mana?,"

"Semalam mak saiful cakap, dia tumpung rumah Arwah nenek Saiful,"

"Kat keramat,"

"Zara tahu ke?,"

"Tentulaa.. Zara dengan Abang Apul pun rapat,"

"Hah? kalau macam tu. Zara kawin jela dengan saiful kalau Haris tak nak,"

"Mama?,"

"Saiful tu pun handsome jugak,"

TAN seri Yunus berjalan masuk ke dalam dapur dengan wajah yang serius melirik memerhati dua orang pembantu rumah sedang memotong bahan-bahan masakan

Bibirnya menyenget saat mengalih pandangannya memandang puan seri Rahimah yang ketika itu sedang sibuk memasak lauk pauk untuk tengahari

"Malam nie jadi ke?,"

Puan seri Rahimah terus memaling sebaik mendengar pertanyaan suaminya "Jadi bang. Ramlan pun datang sekali,"

"Habis tu.. awak dah call Haris?,"

Puan seri Rahimah mengeleng sambil mengelap tangan. Tan seri Yunus berdengus marah sebelum memarlingkan tubuh

"Bik.. tolong tengokkan lauk nie,"

"Baik Bu,"

Cepat-cepat puan seri Rahimah menyusun langkah mendapatkan suaminya

"Tapi saya tahu bang, mana Haris tinggal sekarang,"

"Hah kat mana!,"

"Abang. Boleh tak jangan meneking. Saya nie isteri abang,"

"Habis tu aku nie siapa?," Tan seri yunus memusingkan badan di tatap garang wajah isterinya "Saya suruh awak call dia. Bukan ambik tahu kat mana dia tinggal,"

"Abang nie tak sedar ke atau pun abang memang tak pernah ambil peduli. Abang pernah nampak Haris tu bercakap dengan saya, abang pernah nampak Haris tu duduk makan semeja dengan kita. Tak pernah bang. Dia tak pernah pun peluk saya bang.. sejak usia dia satu tahun. Tegar abang paksa saya uruskan Yayasan tu, sampai saya takde masa nak jaga Haris,"

"Yang awak ungkit kisah lama tu kenapa?,"

"Abang fikir, Haris tu nak dengar cakap saya?,"

"Aduhh.. pening kepala akuuu.. awak dengan anak-anak awak sama je.. Bila saya suruh je time tula macam-macam alasan keluar. Susah sangat ke nak menurut apa yang saya suruh.. kalau tak boleh Rahimah. awak pergi call sofia sekarang. Cakap perkahwinan tu tak jadi. Biar saya beritahu pada Firdaus.. kawinkan je Haris tu dengan anak dia,"

Mencerlang kelopak mata Puan seri Rahimah memandang suaminya. Tanpa membuang masa dia bergegas menyusun langkah menuju ke tangga

"Awak nak pergi mana tu?,"

"Saya nak pergi jumpa Haris!,"

"Amboi! berani betul awak tengking saya,"

Puan seri Rahimah tidak lagi mempedulikan kata-kata suaminya. Tapak kakinya sengaja di hentak-hentak ketika menaiki anak tangga. bengang sungguh dengan sikap suaminya itu

WAJAH Haris tampak murung ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menghantar Ustaz taib dengan isteri ustaz itu ke rumah keluarga Azman

Dia sebenarnya berharap sangat bekas Ustaz'nya itu dapat tinggal sedikit lebih lama bersamanya namun apa kan daya pada esok hari ustaz taib terpaksa pulang semula ke Indonesia

"Abang..,"

"Hmm..," Haris memaling sekilas memandang isterinya

"Abang sedih ke?,"

"Tentulaa abang sedih Su..," Haris mengeluh pelan "Kalau bukan kerana ustaz, abang rasa hidup abang sekarang mungkin lebih teruk,"

"Ustazkang ada kecet tadi.. kalu abang rindu kat dia. ustaz suruh abang lawat dia kat Indonesia,"

"Su nak gie sana?,"

"Nak,"

"In Sya Allah. Nanti bila abang dah kerja, kita ada duit, kita pergi sana ya,"

"Su ada duit bang?,"

Haris memandang isterinya "Berapa?,"

"Lima ribu,"

"Banyaknya. Su dapat mana duit tu?,"

"Abe Rasyid bagi Su, Abang nak guna,"

"Guna untuk apa?,"

"Beli barang dapur,"

"Ya tak ya jugak.. apa kata malam nie kita makan kat luar, Su nak tak,"

"Nak," Suhaila terangguk-angguk seperti kanak-kanak kecil

"Nanti abang bawa Su dengan Asri tempat makan yang best sangat,"

"Jangang tempat yang mahal-mahal bang,"

"Tak mahal pun, Hah dah sampai. Asri tidur ke?,"

Suhaila segera memarling wajah mahu melihat anaknya yang duduk di kerusi belakang

"Haah tidur,"

"Alaa kesihanya anak aboh.. mesti letih sangat tu,"

"Azman tu siapa bang?, Su asyik dengar je nama dia kena sebut,"

"Kawan baik abang Su,"

"Kenapa dia tak datang tengok abang menikah?,"

"Entahlaa," ringkas sahaja jawapan Haris namun hakikatnya dia memang berharap Azman tidak datang melihat pernikahan'nya

PUAN seri Rahimah mengomel sendirian ketika memandu. Berang sungguh hatinya setiap kali bercakap dengan suaminya. Dari dulu sehingga sekarang suka sangat mendesak

"Kenapala sampai sekarang aku boleh tahan dengan perangai suami aku, Dah tua begini pun masih nak susahkan aku," Puan seri Rahimah mengusap dada cuba menenangkan detak jantungnya yang laju

"Hish aku tak berani pulak nak pergi sorang-sorang," Ucap Puan seri Rahimah lagi. Anak matanya melirik pada phone holder "Baik aku ajak Sofia teman aku,"

Tanpa membuang masa jari terlunjuknya menghidupkan layar Handphone lalu menatal mencari nombor Datin Sofia

Sebaik menekan nombor sahabat baiknya, Puan seri Rahimah menekan pula butang load speaker. bagi memudahkan dia berbicara ketika memandu

"Hello..,"

"Hello Sofia, you kat mana nie?,"

"Kat rumah,"

"Zara dah sampai?,"

"Alhamdulillah dah, So malam jadi?,"

"Jadi.. cuma sekarang nie, i mintak you temankan i,"

"Teman ke mana?,"

"Jumpa Haris. I seganla jumpa dia sorang-sorang,"

"Jumpa anak sendiri pun you boleh segan,"

"Sofia?,"

"Okay-okay I'm sorry.. Bila nak pergi?,"

"I OTW nie, mungkin dalam 20 minit sampai rumah you,"

"SIAPA tu Mama?,"

"Auntie Rahimah kamu la,"

"Ada masalah ke?,"

"Tak.. Dia mintak Mama temankan dia jumpa Haris,"

"Jumpa Abang Haris?.. boleh Zara ikut sekali?,"

"Tadi cakap Zara letih..,"

"Alaa Mama nie.. Kan dah lama Zara tak jumpa dengan abang Haris. Zara cuma nak tengok keadaan abang Haris ok ke tak,"

Datin Sofia tergeleng-geleng menatap wajah anak bongsu'nya "Ikut jela sayang,"

SEMENTARA itu di rumah Arwah nenek Saiful. Haris mendukung Asri yang masih terlena masuk ke dalam bilik. Di baringkan tubuh kanak-kanak kecil itu di atas tilam

"Tolong on'kan kipas Su," Pinta Haris ketika Suhaila sedang berdiri berdekatan dengan pintu

Haris mengusap-usap lembut rambut anak tirinya sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di dahi. Suhaila yang sedang melihat tampak sedikit terharu

"Abang nak air?,"

"Bagi abang air sejuk je Su,"

Suhaila melangkah keluar dari bilik dan terus ke dapur. Setelah menyelimut tubuh Asri. Haris keluar dari bilik sambil menanggalkan songkok

Dia memandang ke dapur sebaik punggungnya di henyakkan ke kerusi. Tidak lama selepas itu Suhaila melangkah keluar dari dapur sambil membawa gelas

"Nah bang,"

"Untuk abang je?,"

"Su dah minum tadi,"

Haris tersenyum "Dudukla Su," Suhaila melabuhkan punggung selepas suaminya mengambil gelas itu

Dengan tatapan mata bagaikan bersinar-sinar, Suhaila kusyuk menatap wajah suaminya tanpa berkedip. Entah kenapa pada ketika itu dia begitu terpesona dengan ketampanan Haris

Sambil meneguk minuman. Anak matanya Haris menjeling. Alisnya bertaut saat melihat tatapan yang menyeramkan dari isterinya

"Kenapa Su pandang abang macam tu?,"

"Tok buleh ke?,"

"Boleh tu boleh. Tapi janganla sampai bulatkan mata Su tu. Menyeramkan," Haris ketawa kecil

"Abang?,"

"Ya,"

"Su cantik tak?,"

"Tentula Su cantik,"

Suhaila mengeluh pelan "Jujur pada Su bang.. Su cantik ke tok?,"

"Demi Allah. Isteri abang cantik sangat. abang tak tipu,"

"Su sedar bang.. abang kawing dengang Su sebab terpaksa. Kalu nanti abang nok kawing satu lagi..?,"

"Su!, kenapa cakap macam tu?," pantas Haris mencelah

Air mata Suhaila mengalir. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdebar resah selepas menjadi isteri sah kepada Haris. Resah kerana bimbang, resah kerana cemburu, andai kata satu hari nanti suaminya mencintai perempuan lain. Mungkin kerana hatinya benar-benar sudah terpaut kasih pada Haris

"Berapa kali abang nak jelaskan pada Su.. Umm.., susah ke nak pecayakan abang,"

"Su takut,"

"Takut apa?,"

"Su takut abang tinggalkan Su,"

Haris sedikit terkejut mendengar jawapan isterinya. Waktu itu otaknya memikirkan sesuatu yang nakal. Gelas yang masih di pegang cepat-cepat di taruh di atas meja

"Kenapa Su takut abang tinggalkan Su?,"

Suhaila tidak terus menjawab, seakan malu mahu berterus terang kepada suaminya

"Laa.. kenapa diam. Bagitahula abang,"

"Su sukakan abang,"

"Oo.. suka je.. ingatka apa?," Haris sengaja mengusik supaya Suhaila mengatakan sejujurnya

"Su.. Su cin. cint.. cintakan abang,"

"Hah? cinta," Kali ini Haris berpura-pura terkejut

"Kenapa? tak buleh ke bang?,"

"Bukannya tak boleh.. cuma kita tak buat pun lagi," Haris menyentuh-nyentuh kedua-dua jari terlunjuk

"Hish abe nie.. gatalnya!,"

"Aduh. aduh.. Sakit-sakit Su,"

"Arghh! Aboh!,"

"Eh?," Haris bergegas bangun sebaik mendengar suara tangisan Asri di dalam bilik

"Aboh!,"

"Ya Asri," Bergegas Haris menyusun langkah menuju ke bilik "Kenapa nie Asri?," Tanya Haris sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Asri yang masih berbaju melayu sudah terduduk di atas tilam

"Asri nok aiskring,"

"Aiskrim,"

Dengan air mata yang masih mengalir Asri menganggukkan kepalanya

"Asri mimpikan aiskrim ke tadi?,"

Asri mengangguk lagi. membiarkan Haris mengesat air matanya

"Aboh.. asri nok Aiskring," Pinta Asri lagi. Haris ketawa kecil sambil terangguk

"Yala. Yala.. jom kita pergi beli aiskrim,"

"Abang nok pergi sekarang ke?,"

"Haah," Jawab Haris sambil mengankat Asri. "Abang pergi kejap je. Su tak payahla ikut,"

"Jangang gie lama sangat,"

"Ya sayang,"

"BETUL KE JALAN NIE ZARA?,"

"Haah Betul, nanti bila dah sampai kat simpang tiga depan tu. Auntie belok ke kiri,"

"Lepas Arwah mak Nurin meninggal. I rasa kita tak pernah dah datang sini,"

"Dah 10 tahun,"

"Zara setiap kali hari raya selalu datang sini?,"

Datin Sofia memalingkan wajahnya ke belakang "Siapa yang ada kat rumah tu?,"

"Abang Apul selalu guna rumah tu buat open house,"

"Ooo..,"

"Belok kiri Auntie. Kejap lagi kita sampai,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience