Pada pukul 4 pagi Ustaz Taib mengejutkan Haris yang masih ketiduran supaya sama-sama bersolat tahajjud
"Mari solat dengan Ustaz," Pinta Ustaz Taib sebaik Haris membuka mata. Mendengar sahaja permintaan dari bekas ustaznya, Haris bergegas bangun tanpa banyak bicara
Sebaik selesai mengambil wuduk. Haris melangkah menuju ke ruang tamu, kala itu Ustaz Taib sudah pun membentangkan sejadah, berdiri bersama isteri
"Apa kata Haris jadi imam,"
Haris sedikit terkejut dengan permintaan itu "Tapi ustaz? boleh ke solat tahajjud berjemaah,"
Ustaz Taib tersenyum sambil mengangguk pelan "Boleh Haris. Ia HARUS bukannya Haram. Lagi pun Ustaz dah lama tak solat berjemaah dengan Haris,"
"Saya dah lama tak solat ustaz,"
"Kenapa? Haris dah lupa ke?,"
"Tak.. Semua tu saya masih ingat,"
"Alhamdullilah, kalau macam tu Haris jadila imam ya,"
Haris mengangguk.. rasa bersalah pula jika dia menolak permintaan bekas ustaznya itu
Haris berdiri di depan, terus mengimamkan solat tahajjud. Sementara di dalam bilik sebelah.. Suhaila tersedar sebaik sahaja dia terdengar suara bisikan di luar. Suhaila menoleh ke kiri. Isteri ustaz Taib tidak kelihatan di sebelah
"Bismillah..," kedengaran suara Haris membaca surah al fatihah pelan namun lembut membuatkan Suhaila terpingga-pingga seakan tidak pecaya kerana suara bacaan Haris begitu merdu
Pelahanan-lahan Suhaila mengankat separuh tubuh lalu duduk bersandar pada hujung katil.. Ibu muda itu semakin kusyuk mendengar bacaan surah Al A'Alaa di latunkan Haris
"Merdunya..," Ucap Suhaila dengan air mata menitis membasahi pipi. Dalam suasana bilik yang hanya di terangi cahaya dari luar.. terdetik satu ucapan syukur dari lubuk hati Suhaila. Dalam diam, dia juga menaruh harapan ingin menjadi isteri sah kepada Haris kerana hatinya kala itu sudah terpaut kasih kepada lelaki itu
ISTERI ustaz Taib bergegas masuk ke dalam bilik sebaik selesai solat witir. Haris memusingkan duduknya mengadap Ustaz Taib
"Makin merdu suara Haris,"
Haris tersenyum malu dengan pujian itu dan kala itu wajahnya di tatap Ustaz Taib
"Ustaz ada dengar tentang Haris dari Azman,"
"Tentang saya dah berubah ke ustaz?,"
Ustaz Taib mengangguk "Kenapa Haris?,"
"Azman tak cerita pada Ustaz?,"
"Ada.. katanya.. Ayah Haris tak benarkan Haris jadi ustaz,"
"Bukan itu saja ustaz..," Haris mengeluh pelan "Saya tak pernah luahkan impian saya tu bila saya masuk sekolah menengah.. saya simpan sebab saya nak buat kejutan pada ayah saya.. lepas saya dapat keputusan spm dengan cermelang. Senyap-senyap saya mohon universiti Azhar, Alhamdullilah saya dapat ustaz. Hati saya senang sangat waktu tu ustaz, saya tak sabar nak beritahu pada ayah saya, Tapi..?," Haris diam menunduk
"Kira hebat jugalah Haris, dapat Universiti tu?,"
"Hebat untuk diri saya je ustaz, bukan untuk ayah saya," Haris mengankat wajah dengan senyuman kesal "Saya ingat, ayah saya akan gembira dengan berita tu, tapi saya pulak yang kena marah,"
"Kenapa?,"
"Ayah saya cakap, dia berkerja siang dan malam, berkerja bertungkus lumus untuk mengembangkan syarikat yang diwarisi dari arwah datuk saya bukan untuk di wariskan kepada ustaz. Dia nak seorang anak yang tahu tentang perniagaan bukan agama.. Saya ingatkan ayah saya akan gembira bila ada anak nak jadi Ustaz," Haris ketawa kecil lalu mengelang "Dia tak kisah dengan pilihan hidup saya pada masa akan datang, apa saja plilahan saya tapi bukan jadi ustaz.. Dia nak saya hidup seperti anak-anak orang kaya yang lain. Bila saya hidup apa yang dia kehendak.. tahu pulak tak tahan. Sampai halau saya, pecat saya.. dia ingat saya kisah,"
"Haris?," Ustaz Taib menghela nafas panjang sebelum berbicara "Tak semesti bila menjadi seorang ustaz hidup kita nie mulia daripada orang lain. Tak jadi ustaz pun tak mengapa haris, tapi ingatla selalu siapa maha pencipta.. jangan lupa solat. Syurga itu bukan di ciptakan untuk Ustaz, bukan di ciptakan untuk para ulama tapi untuk hamba-hamba yang sentiasa mengingati'nya siang dan malam. Cuba haris fikir baik-baik bagaimana kehidupan yang Haris jalani sejak kecil, Haris pernah lapar tak, pernah Haris tak dapat apa yang haris nak,"
Haris mengeleng dengan wajah sayu
"Siang Haris berkerja, bila malam tak salahkan kalau Haris nak berlajar ilmu agama. Padahal Ustaz dah cakap dengan Hariskan, Dalam Malaysia nie bukan ustaz saja yang tahu pasal agama tapi ada ramai lagi yang lebih hebat ilmunya daripada ustaz,"
"Tapi ustaz berbeza," Balas haris dengan nada sebak. Air matanya mengalir "Ustaz tak pernah marah saya, tak pernah sindir saya, tak pernah pulaukan saya walaupun saya nakal, Andai kata ustaz ada waktu tu saya tak pilih hidup macam nie..,"
"Kenapa tak call Ustaz?,"
"Ustaz'kan tahu saya lebih suka bercakap terus dengan Ustaz,"
Ustaz Taib mengangguk mengerti baru dia teringat sikap Haris yang dulu suka sangat menunggunya awal pagi di hadapan bilik guru jika ada apa-apa masalah dan sering berkunjung ke rumah Abangnya. Kali terakhir dia bertemu dengan Haris ketika bekas anak didiknya itu berada di tingkatan tiga dan selepas ustaz Taib berada di Indonesia Haris tidak pernah menghubunginya
Sementara di dalam bilik.. Air mata Suhaila turut mengalir bercucuran membasahi pipi setelah mendengar kisah hidup Haris
MASA terus berlalu. Puan seri Rahimah tersenyum-senyum setiap kali meletakan juadah sarapan pagi di atas meja. Entah apa yang bermain di fikirannya kala itu. Anak matanya melirik ke arah jam yang tergantung di dinding
"Bibik!,"
"Ya ibu," Jawab pembantu rumah dalam keadaan bergegas ke meja
"Tolong buatkan air kopi,"
"Baik Bu,"
"Mana Hanim?,"
"Hiss Terkejut saya bang," Ucap Puan seri Rahimah sambil menyentuh dada terkejut dengan kehadiran suaminya secara tiba-tiba
"Dengan saya pun nak terkejut,"
"Dia dah pergi kerja dengan suami dia," Jawab Puan seri Rahimah sambil menarik keluar kerusi untuk suaminya
"Tak sarapan dulu ke?,"
"Macam mana diorang nak sarapan bang, kalau abang asyik menyindir je si samsul tu,"
"Saya bukan menyindir.. Saya bagi nasihat. Salah ke?,"
"Salah tu tak bang.. yang salahnya tempat abang nak bagi nasihat. Time diorang makan malam, time diorang sarapan. langsung tak bagi diorang tu perluang makan dengan tenang,"
"Kalau tak suka dengar nasihat saya, keluar je dari rumah nie..,"
"Hiss abang nie, sikit-sikit halau anak,"
"Habis tu.. awak nak suruh saya yang keluar?,"
Puan seri Rahimah mengeleng kesal sambil menyendok nasi goreng di taruh di atas pinggan untuk suaminya
"Hah.. macam mana dengan bakal isteri Haris? awak dah jumpa dengan isteri firdaus?,"
Puan seri Rahimah tersenyum menguntum "Abang jangan risau.. anak sofia dah setuju,"
"Hmm.. sekejap tak nak, sekejap nak,"
"Abang kenala faham.. benda tiba-tiba, tentula kena ambil masa nak kena fikir, lagi pun anak sofia tu dah lama suka'kan Haris,"
"Masalahnya budak tu belajar lagi,"
"Tinggal tahun nie je.. lagi beberapa bulan nak habis,"
Tan seri yunus menyuap nasi goreng ke dalam mulut dengan Raut wajah tidak terlihat senang dengan pilihan isterinya
"Nanti awak call Haris,"
"Kenapa pula saya yang call. Abangla call?,"
"Awak call jela.. melawanla pulak,"
Alis Puan seri Rahimah bertaut memandang suaminya "Kalau Haris tak nak macam mana bang?, sampai sekarang Haris macam tak kisah je duduk kat luar sana,"
"Entahlaa.., saya pun tengah risau jugak nie,"
"Bu ini air kopinya,"
"Letak sini," Arah puan seri Rahimah "Saya dengar dari Hanim, banyak kontrak kat luar abang tak dapat,"
Tan seri yunus mengangguk sambil menunggu isterinya menuang air kopi di dalam gelas "Rasa menyesal pulak saya pergi halau si Haris tu. Padahal saya yang suruh dia hidup macam tu,"
"Kot-kot dia masih belum lupa dengan impian dia tu bang,"
"Itula yang saya risau sekarang,"
"Apa kata kali nie, kita biarkan je haris tu kejar impian dia," Hampir tersendak Tan seri yunus saat mahu meneguk minumannya
"Awak nie? gila ke apa.., kalau haris tu jadi ustaz, pada siapa saya nak wariskan syarikat tu nant,"
"Hana dengan Hanim'kan ada bang?,"
"Dua-dua tu langsung tak boleh pakai.. buat pening kepala aku je,"
"Abang? Diorang tu anak-anak kita jugak,"
"Ya saya tahu Rahimah. Hiss dahla. Berbual dengan awak nie, bikin hilang selera makan saya," Tan seri Yunus menarik tisu lalu mengesat mulut sebelum bangun dengan dengusan. Melihat suaminya bangun dalam keadaan marah, Puan seri Rahimah bergegas bangun mengekori suaminya sehingga di luar halaman depan rumahnya
"Abang balik awal ke hari nie?,"
Tan seri yunus terus masuk ke dalam kereta tanpa menjawab pertanyaan isterinya. Puan seri Rahimah memandang sayu kereta yang di naiki suaminya bergerak meninggalkan rumah
Perlahan-lahan Puan seri Rahimah menghayun kaki menuju ke halaman tepi rumah. Air matanya mengalir. Terkilan sungguh dengan sikap suaminya. Tidak pernah berubah miskipun sudah berpuluh tahun hidup bersama
Anak matanya menatap halaman tepi rumahnya. Lapang dengan rumput nan menghijau di hiasi dengan pasu-pasu bunga tertanam pelbagai jenis bunga-bungaan
"Mama? Temanla Haris,"
"Mama! tengokla Haris main layang-layang,"
"Mama.. Haris jatuh,"
Puan seri Rahimah menangis esak saat terkenangkan anak bongsunya bermain-main bersendirian di halaman itu.. setiap kali anaknya memanggil, dia selalu mengabaikan panggilan itu.
Di kala Haris kesuyian, di kala Haris menangis kesakitan.. dia tidak pernah mengambil perduli kerana begitu sibuk menguruskan Yayasan yang di bangunkan oleh suaminya semata-mata untuk strategi perniagaan
Sejak Haris berusia 1 tahun sehingga usia anaknya itu menjankau 18 tahun, sekali pun puan seri Rahimah tidak pernah memeluk anaknya itu
SALWA melangkah keluar sebaik pintu lif terbuka. wanita seksi itu menoleh ke kanan dan ke kiri. itulah pertama kali dia menjejakan kaki di aras tempat syarikat yang di miliki Azman
Kakinya melangkah pelah sambil anak matanya melihat setiap nama syarikat yang tertera di setiap pintu yang terdiri pelbagai jenis syarikat
"Kenapa dengan Azman nie.. call pun tak jawab, Kau dah bosan dengan aku ke Azman," Ucap Salwa sambil terus melangkah mencari syarikat buah hatinya
Langkah Salwa terhenti sebaik berdiri di hadapan sebuah pintu kaca berwarna hitam "The AZ Investment?," Salwa berdiri sambil manatal layar skrin handphone'nya "Inila syarikat Azman,"
Tanpa membuang masa Salwa menekan butang loceng yang tertempel di bahagian tengah pintu. Sebaik butang itu di tekan, Pintu kaca yang tertutup rapat itu terbuka luas secara automatik
Salwa melangkah masuk. Di hadapannya terdapat kaunter penyambut tetamu
"Boleh saya bantu Cik?," Tanya salah seorang penyambut tetamu
"Saya cari Azman,"
"Az..," Penyambut tetamu itu terpingga-pingga lalu memandang rakannya di sebelah
"Bos syarikat nie nama Azman'kan?,"
Kedua-dua penyambut tetamu itu terangguk-angguk serentak
"So you all tunggu apa lagi, call'la dia.. kata girlfriend'nya nak jumpa,"
"Sebentar Ya Cik,"
Salwa menyenget bibir dengan lagak sombong sambil menyilang kedua tangan pada dada memerhati salah seorang penyambut tetamu itu menghubungi Azman
" Ya Encik Azman, Ya baiklah," Terangguk-angguk kepala penyambut tetamu itu seperti sedang menerima arahan. Setelah gangang telefon di letak "Cik tunggu sebentar ya, sekejap lagi Encik Azman datang,"
"Dia suruh saya tunggu sini ke?,"
"Betul Cik,"
Salwa mengelengkan kepala dengan perasaan terkilan bahkan tiada satu kerusi pun di tempat itu untuk'nya duduk menunggu Azman namun hanya beberapa saat
"Sal? you buat apa kat sini?,"
"I buat apa kat sini? Omg, dah'la call i?,"..
"Okay. okay. I faham," Azman pantas mencelah "Come. Kita berbual dalam office i,"
Share this novel