Bab 9

Romance Series 5904

"Mana orang tu Azman?,"

"Kejap lagi diorang datang,"

"Boleh pecaya ke,"

"Boleh.. lagi pun diorang semua dari pejabat agama,"

Saiful terangguk-angguk. Wajahnya yang putih tampak pucat memandang sekitar restoran.

"Kau takut ke Apul?,"

"Aku bukan takut.. aku risau kalau Haris berkeras tak nak kawin dengan perempuan tu nanti,"

"Kalau dia tak nak, biarkan jelah.. buat apa kita nak paksa dia,"

"Habis tu buat apa aku plan semua nie,"

Azman mengalih pandangan memandang ke tempat lain. Hatinya kala itu masih tidak menyukai apa yang di rancang sahabat baiknya itu

"Kenapa kau tak tolong haris Azman, Haris'kan banyak tolong kau?,"

"Aku bukannya taknak tolong..,"

"Tengok. padahal kau sendiri pun tak tahan dengan peragai dia'kan

"Setiap kali dia call.. dia cuma ajak aku ke pub ke disko, dah kena halau pun tak berubah,"

"Dia tak nak pulak tumpang rumah kau,"

Azman mengelengkan kepala

"Sebab tu'lah aku buat semua nie Azman,"

"Aku bukannya tak nak Apul. Masalahnya Ayah Haris. Padahal kita dah tahu peragai ayah Haris tu macam mana. aku risau kalau ayah haris dapat tahu nanti.. comfirm dia paksa Haris bercerai,"

"Pasal tu kau jangan risau Azman.. kalau pekara tu belaku, aku akan bertanggungjawab. aku akan pastikan perempuan tu dapat kehidupan yang layak,"

"Hmmm..," Azman mengeluh pelan "Aku tahu kau rasa bersalah Apul.. aku pun sama. tapi bagi aku, mungkin lebih baik Haris tahu siapa perempuan tu dulu,"

"Lebih baik haris tu tahu lepas dia kahwin. Sebab aku tak nak Haris tu lari dari tanggungJawab dia,"

"Anak orang kaya'kan semua perangai macam tu.. apa yang kau hairan,"

"Cuba kau ingat balik Azman. Kita dah berkawan dengan Haris sejak sekolah menengah lagi.. kau pernah nampak tak dia bawak perempuan ke hulur-hilir.. aku tak pernah nampak.. lepas habis kuliah tiba-tiba je perangai dia berubah,"

"Cita-cita dia'kan nak jadi Ustaz, tapi ayah dia tak bagi,"

"Itula yang aku maksudkan,"

"Hah itu pun diorang sampai,"

"Mana?,"

"Tu..," Azman terus melambai-lambai ke arah beberapa orang lelaki baru sahaja masuk ke dalam restoran

"Assalamualaikum," ucap salah seorang lelaki yang agak tua usianya

"Waalaikummusalam," Jawab Azman dan saiful serentak lalu bangun besalaman dengan lelaki-lelaki itu semua

"Kenalkan Apul.. Ini pakcik aku. Ustaz Taib,"

"Oh ya ke.. Apa kabar pakcik, saya Saiful,"

"Alhamdullilah baik, ini Fandi. Azlan yang belakang tu Taufik, mereka bertiga nie pegawai dari jabatan agama islam,"

Saiful terangguk-angguk

"Silalah duduk,"

"Aku tak tahu pulak kau ada pakcik seorang ustaz,"

"Pakcik aku nie duduk Indonesia kawin dengan orang sana.. dah lama tak balik sini,"

"Dah jodoh," Balas ustaz Taib sambil tersenyum

"Pakcik tahu kan kenapa saya suruh pakcik datang," tanya Azman

"Ya pakcik tahu.. sebab tu pakcik bawa anak-anak murid pakcik nie semua,"

"Anak murid Ustaz?," Saiful tampak hairan

"Kami nie bekas pelajar madrasah. Ustaz taib nie yang mengajar kami,"

"Itu sebelum saya berkahwin," Celah Ustaz Taib "Hah? kat mana rumah tu?,"

"Keramat,"

"Takdelaa jauh. rumah siapa?,"

"Itu rumah arwah nenek saya ustaz,"

"Siapa yang duduk sekarang?,"

"Kawan saya. Saya bagi duduk sementara,"

"Nak suruh kami tangkap tu siapa?,"

"Kau tak bagitahu pakcik kau ke Azman?,"

Azman mengeleng "Inikan plan kau.. lebih baik kau je yang bagitahu,"

"Hmm Siapa?,"

"Nama kawan kami tu Haris?,"

Ustaz Taib tampak terkejut "Haris? Haris? Mohd Haris bin Yunus. itu nama penuh dia'kan?,"

"Haah. Itula nama penuhnya.. ustaz kenal ke?,"

"Hiss Kenal sangat.. dulu saya sempat mengajar selama dua tahun dekat Sekolah rendah Seri bakti.. cikgu sementara,"

"Sekolah rendah Seri Bakti?,"

"Itu sekolah lama Haris," Jawab Azman. Waktu itu dia dan Saiful tidak bersekolah rendah sama dengan Haris

Ustaz Taib tersenyum mengutum "Hiss saya masih ingat lagi si Haris tuuu, nakal sungguh waktu darjah lima. Tapi yang kelakarnya solat pun tak pandai inikan lagi baca alquran, cakapnya besar,"

"Oh ya kee..,"

"Pakcik aku nielah yang mengajar Haris mengaji, ajar solat. time tu pakcik aku tinggal dengan keluarga aku. dari situla aku mula kenal dengan Haris,"

"Tak pernah pun kau cerita kat aku?,"

"Haris yang suruh aku rahsiakan,"

"Kalau Saiful nak tahu, Lepas saya dah ajar Haris tu solat, dah ajar dia mengaji.. Haris terus jadi alim.. tapi yang hebatnya si haris tu.. sampai sekarang saya tak boleh lupa.. dalam tempoh dua tahun, dia boleh hafal seluruh surah dalam Al quran dengan maksudnya sekali. Hiss Terkejut beruk saya dia buatnya,"

"Wehh itu dah hebat sangat ustaz," Saiful tampak teruja

"Hebat.. hebat sangat si haris tu Saiful," balas Ustaz Taib bangga sungguh dia pada bekas anak muridnya itu

"Tapi Haris dah berubah pakcik," Azman mencelah

"Apa yang berubahnya?,"

Azman mengeluh berat sambil memandang Saiful, mengharapkan sahabat baiknya itu saja yang menjelaskan kepada pakciknya

"Macam nie ustaz, Sebenarnya," Saiful mula menceritakan sepenuhnya kepada Ustaz Taib akan perubahan kehidupan Haris sejak mereka bertiga sama-sama tamat kuliah di universiti namun Saiful tidak menceritakan tentang perbuatan Haris ketika di Bangkok "Saya berharap sangat ustaz boleh tolong kami, suruh Haris berkawin dengan perempuan tu. manalah tahu sikap dia boleh berubah,"

"Niat saiful tu bagus sangat, saya puji. tapi masalahnya Saiful, saya takde kuasa nak memaksa Haris tu berkahwin. Samalah dengan mereka bertiga nie,"

"Betul tu encik saiful. Bidang kuasa kami nie ada had'nya.. kalau sampai memaksa pasangan berkahwin, itu dah di luar bidang kuasa kami,"

"Cuma masalah nie je saya harap ustaz dengan encik bertiga tolongla bantu kami..,"

"Memang tak boleh encik saiful. andai katalah, kawan encik saiful buat laporan terhadap kami, teruk kami kena nanti,"

Ustaz Taib mengeluh kecewa "Haris. Haris. kenapa kau berubah," Ustaz Taib mengeleng kesal "Pakcik minta maaf ya saiful, Azman. Pakcik akan cuba nasihatkan Haris.. Tapi kalau dia tetap berkeras tak nak berkahwin dengan perempuan tu.. pakcik tak boleh buat apa-apa,"

Saiful mengangguk mengerti namun raut wajahnya menunjukan sebaliknya dan kala itu Azman menarik kerusi merapat pada kerusi Saiful lalu membisikan sesuatu

"Apa kata kau cerita je pekara sebenar pada pakcik aku.. kalau dia tahu mesti dia tolong,"

"Sekarang ke?,"

"Ya sekarang, tapi kau cerita dengan pakcik aku je.. kau ajakla dia duduk kat meja lain,"

"Kau?,"

"Aku tunggu kat sini,"

Saiful mengangguk setuju lalu memandang ustaz Taib

"Saya minta maaf ya.. boleh saya bercakap dengan ustaz sekejap,"

"Eh boleh silakan,"

"Terima kasih banyak-banyak ya. Ustaz.. mari kita duduk kat meja sana," Pinta Saiful. Ustaz Taib menurut lalu mengikut saiful ke meja yang lain

"Kenapa nie Saiful?," Tanya Ustaz Taib sebaik melabuhkan punggung di atas kerusi

"Saya minta maaf ustaz. Apa yang saya nak bagitahu ustaz nie bukan semua orang boleh tahu. Saya bagitahu ustaz nie pun sebab ustaz pakcik kepada Azman, ustaz kepada Haris,"

"Nampak macam masalah serius je?,"

"Memang serius ustaz, serius sangat, saya harap ustaz jangan terkejut,"

"Baikla.. bagitahu saya apa masalah tu?,"

Azman dan ketiga-tiga pegawai agama islam memerhati ke arah meja yang di duduki Saiful dan Ustaz Taib. Jelas kelihatan Saiful tampak serius sedang memberitahu sesuatu kepada Ustaz Taip sehinggalah Ustaz Taib tiba-tiba sahaja berdiri, mengejut mereka semua

"Betul ke Saiful!,"

"Betul ustaz saya tak tipu, Cuma saya dengan Azman je yang tahu perbuatan Haris tu,"

Nafas Ustaz taib turun naik sehingga jelas kelihatan pada dada di balik jubah yang di pakainya "Bagaimana dengan anak tu?,"

"Saya yakin 100% itu anak Haris ustaz,"

"Astaghfirullah hal 'azim... Haris. Haris,"

"Sebab tu saya buat semua nie ustaz.. saya dengan Azman pun rasa bersalah sebab sembunyikan pekara nie.. ini sajalah perluang kami ustaz, untuk tebus kesilapan kami dulu,"

"Mana rumah tu.. tunjukkan pada saya sekarang,"

JAM dinding menunjukan waktu 10.15 malam. Haris duduk di ruang tamu bersendirian menonton Tv. Sementara Suhaila pula berada di dalam bilik menemani anaknya tidur

Haris mengalih pandangannya memandang pintu hadapan yang masih terbuka sambil mengusap-ngusap dada, Entah kenapa dadanya merasa tidak nyaman seperti ada sesuatu yang buruk yang akan belaku

"Kenapa nie? macam nak kena serangan jantung je, Hiss bahaya nie..," ucap Haris dengan raut wajah bimbang kemudian mengankat punggungnya lalu melangkah ke arah pintu

"Abe..,"

Haris segera memaling ke belakang "Ya Suhaila,"

"Tolung ambo jap abe,"

"Kejap," Haris bergegas melangkah menuju ke bilik Suhaila "Kenapa Suhaila,"

"Tolung Papah ambo gie tandas Abe. lutut ambo nie sakitla pulak," Pinta Suhaila sambil mengusap lutut kanannya

"Nak papah ke, nak saya dukung," Haris sengaja bergurau

"Papah je.. Abe nie,"

Haris tersengih-sengih "Sini saya tolong," Suhaila mengankat tangan kanan lalu di letak tangannya itu di atas bahu Haris

"Suhaila dah makan ubat?,"

"Dah.. tadi je Asri baring atas riba ambo. tu bila ambo nak cuba bengkok lutut nie.. rasa sakit,"

"Bengkak dah takdekan,"

"Takde doh..,"

Haris membuka pintu tandas di sebelah pintu bilik air.

"Hati-hati," Pelan-pelan Haris mendudukan Suhaila di atas Mangkuk tandas "Dah siap panggil saya. tak payah tergesa-gesa. Bersihkan tu elok-elok,"

"Abe!,"

"Hahahaha..," Haris ketawa "Gurau je," Haris menutup pintu. Merah wajah Suhaila dengan gurauan Haris tadi

Haris duduk di dapur sambil menompang dagu. bibirnya tersenyum sebaik teringat ketika Suhaila memasak ikan masak asam, ikan goreng dengan sambal belacan. Dia tidak menyangka masakan biasa seperti itu membuatkannya menambah hampir tiga kali

"Alangkah beruntungnya kalau dapat bini macam Suhaila.. dapat makan sedap-sedap," Bisik Haris pelan namun pada masa yang sama Kedengaran bunyi di dalam tandas. Haris menoleh memandang pada pintu tandas

"Dah ke belum tu?," Bisik Haris lagi hairan kenapa Suhaila masih belum memanggilnya

"PUK!," tiba-tiba sahaja Kedengaran sesuatu yang jatuh di dalam bilik air

"Aduh.. tolung Abe!,"

"Suhaila!,"

Oleh kerana pintu tandas di biarkan tidak berkunci. Mudah bagi haris membuka pintu tersebut

"Laa.. macam mana boleh jatuh?," Soal Haris sebaik melihat Suhaila sudah terduduk di atas lantai sambil memegang kain batiknya

"Ambo nak ikat kain nie tadi.. tapi tergelincir. Sakitnya,"

Haris mengelengkan kepala.. "Sini saya dukung,"

"Ambo tok ikat lagi kain nie,"

"Suhaila pegang je dulu," Haris meletakan tangan kanan suhaila di atas bahunya kemudian bangun perlahan-lahan mendukung Suhaila

"Aduh.. sakit," Adu Suhaila

"Nanti letak ubat," Haris melangkah berhati-hati keluar dari tandas itu namun sebaik sahaja Haris ingin membawa Suhaila ke bilik. Matanya terbeliak sebaik melihat beberapa orang lelaki yang tidak di kenali sedang berdiri di luar pintu rumah yang masih terbuka

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," Jawab Haris yang masih mendukung Suhaila

"Sapa tu Abe?,"

"Tak tahu,"

"Minta maaf menganggu ya.. kami nie dari jabatan agama islam,"

"Allah..," Ucap Haris pelan. Suhaila pula menyembunyikan wajah di balik bahu Haris kerana malu

"Abe..,"

"Patutla aku tak sedap hati je tadi," Bisik Haris pelan. Dia syak jika lelaki yang sedang berdiri di luar pintu sekarang adalah dari jabatan agama islam

"Kami kemari sebab dapat aduan, katanya rumah nie ada pasangan yang belum bernikah tinggal sekali,"

Haris tidak terus menjawab, terlebih dahulu dia menghayunkan langkah ke kerusi duduk di ruang tamu kemudian menurunkan Suhaila di situ

"Aduh.. aduh..," Suhaila merintih sakit ketika mahu melabuhkan punggungnya

"Kenapa tu?," Tanya salah seorang yang sedang berdiri di luar pintu

"Jatuh tadi kat dalam tandas," Jawab Haris

"Boleh kami masuk?,"

"Silala,"

Yang bertanya tadi masuk terlebih dahulu sebelum dua lagi rakannya menyusul dari belakang. Setelah itu mereka bertiga mengeluarkan ID masing-masing lalu di tunjukan kepada Haris

"Nama encik nie siapa?," Tanya salah seorang pegawai agama islam itu miskipun sudah mengetahui nama penghuni rumah

"Nama saya Haris, Nama dia Suhaila,"

"Dah bernikah,"

Haris mengeleng begitu juga Suhaila

"Ada hubungan lain ke?,"

"Kami tiada apa-apa hubungan,"

"Kalau tiada apa-apa hubungan kenapa duduk serumah?,"

"Sebenarnya baru-baru nie cik Suhaila nie kena rompak dan kebetulan saya berada kat situ.. akibat kejadian tu cik Suhaila mengalami cedera pada lutut sampai tak boleh nak berdiri, tak boleh nak berjalan..,"

"Ambo baru datang dari Kelantan encik, ambo takde keluarga kat sini.. Abe nie cuma tulong ambo," Sambung Suhaila pula menggigil tubuhnya kerana takut

Sementara di luar pula, Ustaz Taib berjalan menuju ke pintu setelah selesai berbincang dengan Saiful. memintanya supaya berpura-pura tidak mengetahui jika haris tinggal di rumah itu

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," Jawab ke semua penghuni di dalam rumah hampir serentak dan pada masa yang sama juga, Haris tampak terkejut sebaik melihat wajah lelaki yang agak berusia masuk ke dalam rumah

"Ustaz..," panggil Haris

"Ya saya," Ustaz Taib memandang Haris "Eh macam kenal,"

"Ustaz.. ini saya Haris,"

"Ya Allah. Haris ke?,"

Air mata Haris berjatuhan. "Ya saya ustaz,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience