RASYID tersenyum lebar sebaik sahaja selesai bercakap di handphone dengan seorang pegawai dari pejabat agama islam sungai golok
Dia tidak menyangka Suhaila begitu berani membawa Asri menjejakkan kaki ke Kuala lumpur tanpa mengenali sesiapa di sana dan lebih memeranjatkannya lagi bila mendengar ibu muda itu akan berkahwin
"Semoga bahagia Su.., Tugas ambo doh lama selesai," Ucap Rasyid yang ketika itu sedang duduk di dalam lori yang di parkirkan di tepi jalan
"ALHAMDULLILAH.. Alhamdullilah," Ucap Ustaz Taib sambil di perhatikan Haris dan suhaila
Ustaz Taib tersenyum lega
"Macam mana ustaz?," Tanya Haris seakan tidak sabar
"Perkahwinan Suhaila tak sah,"
"Alhamdullilah," Ucap Haris tampak gembira
"Kenapa tok soh ustaz?," Tanya Suhaila pula hairan
"Lelaki tu cakap dia tak pernah menginginkan Suhaila menjadi isteri dia sebab dia dah aggap Suhaila macam anak dia sendiri. Tapi dia takut kalau dia biarkan Suhaila duduk dengan dia tanpa ada apa-apa hubungan, nanti jiran-jiran bising. Sebab tu dia bawa suhaila pergi thailand kawin kat sana. Tapi yang jadi tok kadi dengan saksi semua tu kawan-kawan dia.. Dia kawin dengan suhaila olok-olok je. Niat'nya tu baik tapi cara tu salah,"
"Patutlaa abe Rasyid tok pernoh sentuh ambo,"
"Langsung tak pernah,"
Suhaila mengeleng.. "Kalu ambo mahu salam. Dia toksey. Tapi dia selalu usap atas kepala ambo macang anok,"
"Habis tu.. time tidur?," Haris bertanya lagi
"Rumah ado dua bilik.. Tapi abe Rasyid selalu takdo kat umoh,"
"Esok, Haris dengan Suhaila ikut ustaz Ya,"
"Pergi mana ustaz?,"
"Kursus kawin. Ustaz ada kena jemput buat ceramah. Pagi tadi Ustaz ada call penganjur kat sana minta jasa baik mereka tambah nama Haris dengan Suhaila,"
"Lepas kursus kawin ustaz?,"
"Itu haris jangan risau.. selagi ustaz ada kat sini. Ustaz akan bantu Haris dengan Suhaila sampai korang berdua menikah," Ustaz taib memandang jam di dinding "Ustaz nak masuk bilik nak tidur kejap sebelum masuk asar,"
Haris dan suhaila masing-masing memerhati Ustaz Taib masuk ke dalam bilik dan pada masa yang sama Asri keluar dari bilik bersama isteri ustaz taib
Asri terus mendepakan tangan supaya Haris mendukungnya.
"Mbak masuk bilik dulu ya,"
"Baikla kak,"
Haris mengosok-gosok belakang tubuh Asri sambil anak matanya menatap wajah ibu muda itu
"Suhaila..?,"
"Panggil Su je Abe,"
"Oo okay okay," Haris tersenyum "Su dah fikir masak-masak ke nak kawin dengan saya?,"
Suhaila mengangguk namun wajahnya tampak gusar "Ambo cuma bimbang dengang keluarga Abe,"
"Kenapa dengan keluarga saya?,"
"Keluarga abe kang orang kaya.. Ambo nie orang miskis, dohlaa ambo tok kawing tapi doh ada anok..,"
"Su kawin dengan saya, bukan dengan keluarga saya.. saya yang akan jaga Su, jaga Asri. Kalau keluarga saya tak boleh terima Su.. Buat apa saya perduli,"
"Abe jangang Kecek gitu.. Abe ada lagi Ayoh, ada lagi mok.. Ambo doh takde sapa-sapa Abe.. rasa sunyi sangat,"
"Memang saya ada semua tu, saya tak nafikan tapi saya membesar Su, bagaikan tiada sesiapa di sekeliling saya.. Saya tahu rasa sunyi tu macam mana, Tiada teman bermain, tiada tempat untuk mengadu, bila saya menangis tiada sesiapa yang datang memujuk..," Haris mengelus lembut rambut Asri "Saya tak nak Asri membesar seperti saya,"
Alis Suhaila bertaut menatap cara Haris melayan anaknya "Asri tu bukang anok abe,"
"Bukan ke lepas kita nikah. Asri akan jadi anak saya. Kan Asri," Haris mencium-cium pipi Asri membuatkan kanak-kanak kecil itu ketawa kegelian "Oh ya..," Haris memandang Suhaila "Waktu kejadian tu, Su ada ingat tak wajah lelaki-lelaki yang ajurkan majlis tu?,"
Suhaila tidak terus menjawab. Bola matanya tergerak-gerak ke kanan dan ke kiri seakan cuba mengingat
"Ada sorang Abe, Tapi ambo tak tahu namo dia.. Cuma muka dia je ambo ingat,"
"Macam mana Su boleh ingat muka dia?,"
"Sebab Abe tu selalu mari ke restoran tempat ambo kerja.. Ambo selalula kecek dengang dia.. Hah Abe tulaa yang tempah makanang kat restoran Ambo,"
"Dia kot yang..?,"
"Bukang-bukang," bersungguh-sungguh Suhaila mengelengkan kepalanya "Kawan abe tu..,"
"Kawan dia?,"
Suhaila mengangguk dengan dahi berkerut "Ambo tak buleh ingat muka kawang Abe tu,"
"Dia ingat muka Azman?," Bisik Haris di dalam hati "Takpela Su.. Elok Su lupakan semua tu. Mulai sekarang mari kita sama-sama bina hidup baru ya,"
Suhaila mengangguk
"Su belajar sampai mana?,"
"Spm,"
"Lulus tak?,"
"Hiss mesti.. Ambo dapat 6A.. Umm.. Matematik, Sains ambo dapat C,"
"Bahasa English?,"
Suhaila tersengih "A'la,"
"Gila.. mu pandai kecet English'la nie,"
Suhaila menekup mulut sambil ketawa dengan kelucuan Haris saat bercakap dalam loghat kelantan
"Hello how are you Boh.. welcome to kelantan deh," Tambah Haris lagi sengaja berseloroh sampai terbaring suhaila di buatnya ketawa
Setelah beberapa saat berlalu, Suhaila bangun sambil mengesat air mata kerana kesan ketawa'nya tadi
"Hah satu lagi. Nanti bila kita dah menikah.. panggil saya abang jangan panggil saya Abe, Su jangan guna perkataan Ambo, Cakap Su je. Boleh,"
"Buleh Abe.. Eh? Ya Abang..,"
Haris ketawa geli hati namun pelan, begitu juga Suhaila ketawa sambil menutup mulutnya
DATIN sofia berjubah muslimah kelihatan sedang berjalan menuju ke sebuah restoran. Sebaik sahaja Datin itu melangkah masuk, seorang pelayan perempuan bergegas menghampirinya
"Puan seri dah sampai?,"
"Dah Datin,"
"Sorang?,"
Pelayan perempuan itu mengeleng "Berdua,"
"Dengan siapa?,"
"Datin Nurin,"
"Nurin?," Datin Sofia menyeget bibir "Mana meja'nya?,"
"Sila ikut saya Datin,"
Datin Sofia segera mengekori belakang pelayan itu, berjalan melewati beberapa buah meja yang di penuhi para Pelanggan
"Laa kau rupanya Nurin aku ingat siapa..," Ucap Datin Sofia sebaik melihat seorang wanita bertudung seusianya duduk bersama Puan seri Rahimah
"Amboi. kau lupa nama aku Sofia?,"
"I'kan selalu panggil you Nur. Hai Nur.. You nak pergi mana Nur. Dah terbiasa dengan nama tu.. sampai i lupa nama penuh you," Datik Sofia ketawa kecil
"Kita order makanan dulu ya," Celah puan seri Rahimah. Lalu mengankat tangan memanggil pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari meja
"You berdua memang dah plan lunch bersama ke?,"
"Tak..," Jawab Datin Nurin sambil melihat menu "Kebetulan je aku terserempak dengan Rahimah. Itu yang dia ajak aku lunch sekali,"
Mereka bertiga memilih hidangan dan minuman masing-masing.
"So macam mana Rahimah?,"
"Boleh tak kita segerakan perkahwinan mereka berdua Sofia?,"
"Maksud you tu, Bila?,"
"Kalau boleh dalam bulan nie,"
"Itu mustahil Rahimah.. Zara'kan masih study. Lagi pun ini sem last dia,"
"Zara ambil kos apa?," Datin Nurin mencelah
"Doktor,"
"Yunus nak segerakan perkahwinan tu. Kalau Zara tak nak.. dia nak kawinkan Haris dengan Salwa, hiss aku tak setuju,"
"Anak farah tu ke?,"
Puan seri Rahimah mengangguk sambil memandang Datin Nurin
"Haris setuju tak?,"
"Dia tak tahu,"
"I cuba call Zara dulu..," Datin Sofia membuka handbag'nya untuk mengeluarkan Handphone sambil di perhatikan Puan seri Rahimah dan Datin Nurin
"Nanti Sofia.. bukan ke waktu kat sana tak sama kat sini?," Tanya Datin Nurin
"Zara selalu bangun awal.. I rasa sana sekarang dah pukul 6," Agak Datin Sofia. Datin Nurin mengangguk mengerti
"I cuba call dia dulu, Kalau dia tak jawab. next time jela i call" Datin Sofia menekan nombor anak bongsu'nya
"Hah.. Dia jawab. Hello my Dear..,"
"Hello Mama,"
"Sayang buat apa tu?,"
"Baru mandi,"
"Sorry ya kalau Mama menganggu,"
"It's okay Mama. Kenapa Mama call?,"
"Mama just nak tanya sayang.. tapi bukan Mama memaksa tau,"
"Okay.. apa dia Mama?,"
"Zara setuju tak kawin dengan Haris dalam masa sedekat nie?,"
"Maksud Mama?,"
"Maybe dalam bulan nie atau bulan depan,"
"Cepatnya.. Zara'kan masih study Mama,"
"Yes Mama tahu.. Cuma Uncle yunus nak cepatkan perkahwinan Haris dengan Zara,"
Zara tidak terus menjawab sekadar diam di hujung talian. Datin Sofia menunggu sambil memandang puan seri Rahimah
"Mama tahu'kan minggu depan Zara cuti seminggu,"
"Oh ya Mama lupa,"
"Apa kata kita discuss bila Zara balik sana,"
"Okay dear.. I'm sorry,"
"It's okay Mama,"
"Love you so much dear, take care okay,"
"I love you too.. bye Mama,"
"Bye,"
"Zara cakap apa?,"
Datin Sofia mengeleng "I lupa minggu depan Zara balik Malaysia,"
"Berapa lama Zara cuti?,"
"Seminggu,"
"Sempatlah tu kalau di nikahkan dulu,"
"You nie Nur.. I kenala discuss dulu dengan Zara..,"
"Untunglaa Haris.. Hah," Datin Nurin memandang Puan seri Rahimah "My Sweetheart tu apa kabar.. lama betul Haris tak datang rumah aku,"
Serta merta Puan seri Rahimah dengan Datin Sofia memandang Datin Nurin dengan serentak
"Kenapa korang berdua pandang aku?,"
"You tak tahu ke Nur, Yunus halau Haris?,"
"Bila?," Datin Nurin tampak terkejut
"Dah hampir tiga bulan Nur,"
"Laa.. apa salah si Haris tu sampai kena halau?,"
"Saiful tak bagitahu you ke?,"
"Aku kalau bab-bab kawan dia, pasal kerja, aku mana suka masuk campur,"
"Yunus dah tahan sangat dengan perangai Haris.. Kerap berhibur setiap malam. guna pulak duit syarikat," Jelas puan seri Rahimah
"Pasal tu ke.. Alaa Haris tu sengaja je Rahimah,"
"Sengaja?," Alis puan seri Rahimah bertaut memandang Datin Nurin "Apa maksud you Nur?,"
"Aku selalu jugak marah Apul sebab asyik sangat balik lewat malam.. alasan dia sama je. Teman Haris. Aku tak sampai hatila nak larang, sebab Haris tu kawan baik dia. Tapi aku ada'la tanya.. kenapa Haris tu suka sangat berhibur sampai lewat malam.. Apul cakap kat aku, Haris tu sengaja je buat macam tu nak bagi laki kau tu marah Rahimah.. Aku ada tanya Apul, kalau Haris ada minum minuman haram. Apul cakap Haris tak pernah minum,"
"Betul ke Nur..,"
"Apul yang cakap macam tu.. betul ke tak manala aku tahu. Tapi Haris tu baiklaa Rahimah,"
"Aku tahu kalau anak aku tu baik Nur.. semuanya sebab yayasan tu," Puan seri Rahimah mengetap gigi
Datin Sofia dan Datin Nurin saling memandang sebaik melihat perubahan pada raut wajah puan seri Rahimah
"Kerana Yayasan bodoh tu aku terpaksa abaikan Haris.. Sampai tahap aku tak sedar macam mana anak aku tu membesar.,"
"Sabarlaa Rahimah,"
"Aku kesal sangat tahu tak. Sofia, Nur.. Haris itulaa satu-satunya anak lelaki aku. Aku langsung tak dapat peluk dia, bermain dengan dia.. aku tak pernah bawa dia keluar, sampai sekarang nie Haris tak pernah bersarapan dengan aku.. makan malam pun tak pernah,"
"Semua tu bukan salah you Rahimah.. i dengan Nur pun tahu, kalau waktu tu you terpaksa ikut kehendak Yunus,"
"Betul tu Rahimah.. Tak guna kalau kau kesal benda yang dah lepas. apa kata mulai sekarang kau cuba erat'kan semula hubungan kau dengan Haris,"
"Macam mana Nur?,"
"Cubala kau pertahankan dia bila Yunus tu marah dia. Janganla kau tengok je..Ohh yala," Datin Nurin tiba-tiba menepuk meja
"Kenapa Nur?,"
"Aku tahu mana Haris tinggal sekarang?,"
SUHAILA melangkah terencut-encut ke ruang tamu setelah selesai memasak beberapa lauk pauk untuk makan malam nanti. Anak matanya melirik pada jam di dinding menunjukan waktu itu hampir jam enam petang
"Lamanya diorang keluar," Bisik Suhaila pelan. Anak matanya memandang pada pintu rumah yang tertutup. Haris membawa Asri mengikut ustaz taib solat Asar di surau tapi sampai kini mereka bertiga masih belum pulang
"Ngapain Su?," Tegur isteri ustaz taib sebaik keluar dari bilik
"Lambat betul mereka pulang,"
"Ohhh.. Itu Su gak usah bimbang.. kejap lagi mereka pasti pulang.. ayuh mbak bantu Su mandi,"
"Ambo ambil pakaian ambo dulu ya Mbak,"
Namun sebelum Suhaila ingin melangkah masuk ke dalam bilik. pintu rumah di buka dari luar
"Assalamualaikum," Ucap ustaz taib
"Waalaikummussalam," Jawab suhaila dengan isteri ustaz itu serentak
Ustaz taib masuk terlebih dahulu sambil menjinjit beg plastik. Suhaila terus melihat pada pintu. Kelibat Haris dengan anaknya masih tidak kelihatan
Tidak beberapa lama kemudian barulah Suhaila dapat melihat Haris sedang mendukung Asri namun dari pandangan suhaila ketika itu wajah Haris tampak berbeza
"Abe potong rambut ke?," Ucap suhaila pelan
Share this novel