Bab 1

Romance Series 5904

HUJAN turun sangat deras sehingga bunyi air yang berjatuhan di atas atap rumah kedengaran bingit di dalam rumah. Suhaila sedang duduk di ruang tamu, menepuk-nepuk lembut bahu anaknya yang baru berusia tiga tahun sudah terlena di atas riba. Suhaila mengankat wajah memandang jam yang tergantung di dinding menunjukan waktu itu sudah hampir 12 malam

"Mana abe nie..," Bisik suhaila dengan perasaan bimbang kerana suaminya masih belum pulang

tidak berapa lama kemudian kedengaran bunyi enjin kenderaan berhenti di luar rumah. Suhaila tersenyum lega, perlahan-lahan dia meletakkan kepala anaknya di atas bantal lalu bangun ingin membuka pintu

Di luar hujan masih turun dengan lebat. Rasyid membuka pintu lori kemudian keluar dari lori itu bergegas menuju ke pintu rumahnya.

Melihat sahaja suaminya. Cepat-cepat suhaila menghulurkan tangan namun tangannya tidak di sambut

"Mu pergi kemas barang-barang mu sekarang,"

Suhaila tersentak dengan permintaan suaminya yang tiba-tiba itu "Kita nok gie mane abe?,"

"Bukan kita.. mu dengang anak mu je,"

"Kenapa abe..," suhaila bertambah terkejut

"Mu kang tahu ambo dari dulu toksey dengang mu,"

"Abe nok suruh ambo gie mana?,"

"Mana ambo tahu.. mu pergi jelah mana-mana,"

"Abe.. ambo nie isteri abe," Suhaila mula menangis dengan perasaan takut

"Nie masuk dulu," Rasyid mendorong tubuh suhaila supaya masuk ke dalam rumah "Isteri apa ye.. ambo pernoh sentuh tubuh mu?,"

Suhaila mengeleng dengan esak. selama dua tahun mereka berdua berkahwin. suaminya tidak pernah menyentuhnya memandangkan mereka berdua berkahwin bukan kerana cinta tetapi lebih kepada simpati. Anak suhaila pula bukanlah anak hasil dari perkahwinannya dengan Rasyid bahkan Suhaila sendiri tidak tahu siapa bapa dari anaknya setelah dia di perkosa ketika berkerja di Bangkok

Ayah suhaila adalah kenalan rapat Rasyid. Sebelum ayahnya meninggal dunia. Ayah suhaila merayu kepada Rasyid yang ketika itu baru kematian isteri supaya mengahwini Suhaila miskipun usia Suhaila ketika itu masih 24 tahun manakala Rasyid pula sudah pun berusia 40 tahun

Namun sejak dulu Suhaila sudah tahu jika suaminya lebih cenderung menyukai wanita dari thailand bahkan arwah isteri Rasyid yang pertama juga berasal dari thailand

"Kesihankan ambo abe.. ambo doh takde sapa-sapa. ambo tok tahu nok pergi mana?," Rayu Suhaila

"Ambo tak perduli.. mu kira untung sebob ambo dah jaga mu dengang anak mu tu. tapi sekarang ambo doh toksey, ambo doh ada betina lain,"

"Tapi ambo nie isteri abe..,"

"Huu susah gini.. tak paham bahasa betul mu nie..," Rungut Rasyid sambil mengaru-garu rambutnya yang basah "Nie. dengor sini. Mulai sekarang ambo ceraikan mu talok satu,"

"Abe?," Suhaila terkejut dengan ucapan suaminya begitu mudah menjatuhkan talak kepadanya

"Mu dengor tak?, ambo dah ceraikan mu bersaksikan tuhan.. mu pergi kemas barang mu sekarang waktu hati ambo tengoh baik nie,"

Melihat wajah tegas suaminya. Suhaila tidak mampu lagi berkata apa-apa. nak tak nak dia terpaksa menurut miskipun hatinya kala itu terlalu cemas memikirkan kemana dia dan anaknya harus pergi malam-malam bergini

Rasyid keluar semula dari rumah menuju ke lori sebaik sahaja suhaila masuk ke dalam bilik. Selang berberapa minit Suhaila dalam keadaan menangis keluar dari bilik sambil membawa dua beg, satu tergantung di belakangnya dan satu lagi di pikul keluar

"Asri..," lembut suara Suhaila saat mengejutkan anaknya yang sedang terlena "Asri,"

Asri terbangun. anak matanya yang bulat memandang ibunya "Ya Ma..,"

"Bangun sayang,"

Pelan-pelan Asri mengankat tubuh sambil di bantu ibunya. Pada masa yang sama Rasyid kembali ke rumah namun kali ini dia membawa seorang wanita tinggi lampai berpakaian seksi. Mereka berdua saling berbicara dalam bahasa thailand dengan manja

"Sayang tunggu sini dulu ya. Abang nak hantar mereka berdua ke stesen bas," Kata Rasyid dalam bahasa Thailand

"Jangan lama sayang.. saya takut duduk sorang-sorang," Balas wanita itu dengan manja

Suhaila hanya mampu memerhati Rasyid memeluk wanita itu tanpa perasaan malu. dia mengerti apa yang di ucapkan suaminya dengan wanita itu tadi kerana dia juga fasih berbahasa thailand

"Mari cepat ohh.. ambo hantor mu ke stesen," Tegas Rasyid. Cepat-cepat suhaila mendukung anaknya. Rasyid mengambil beg yang sedang di pikul suhaila bagi memudahkan gadis itu mendukung Asri

Sebaik sahaja Mereka bertiga masuk ke dalam Lori. Rasyid melambai-lambai wanita itu di balik cermin lori. Bibirnya tersenyum lebar seolah-olah tidak sabar menghantar Suhaila dan Asri jauh dari hidupnya

"Mu jangang salah faham dengang ambo, ambo bukang jahat.. ambo kawing dengan mu pung sebab ayahmu. Laa sekarang betino ambo tokseh nok bermadu..," Ujar Rasyid sambil memandu lorinya

"Bukang ke esok pagi hambo bole keluar, bakpa malam nie jugak.. ambo nok pergi mana,"

"Hambo ghoyak dengang Mu, mu sanggup ke dengor suara terpekik terlolong..,"

Suhaila diam tidak menjawab. Dia tahu maksud kata-kata suaminya itu

"Mu jangang risau," Sambil memandu dengan keadaan di luar masih hujan. Rasyid membuka zip beg yang terlilit pada tubuhnya. Satu sampul surat berwarna putih di keluarkan "ambil nie.. dalam tu ada lima ribu ringgit.,"

Air mata suhaila bercucuran saat mengambil sampul surat itu miskipun Rasyid tidak pernah menyentuhnya namun dia tetap menyayangi Rasyid kerana selama ini Rasyid menjaga dirinya dan anaknya dengan baik

"Nanti mu letak sampul tu dalam kain ikat kat pinggang mu.. ambo doh ajor kang,"

Suhaila terangguk-angguk

Setelah memandu hampir 20 minit lori di pandu Rasyid berhenti di hadapan terminal bas mini sungai golok. Suasana stesen pada ketika itu sunyi dan sepi kerana stesen bas hanya akan beroperasi pada jam 7 pagi

Suhaila memandang Rasyid dengan pandangan sayu "Terima kasih ya abe.. kerana sudi jago ambo dengan anak ambo.. ambo tak kang lupa jasa baik abe,"

Rasyid mengangguk mengerti "Ingat pesan ambo, jaga sampul tu baik-baik kalu mu pergi kota bharu.. duit tu cukup untuk sewa rumah. Mu pung pandai memasok, senang dapat kerja nanti,"

Suhaila mengangguk. di kesat air mata yang membasahi pipinya "Saya pergi dulu abe. Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalang,"

Dengan berat hati suhaila mendukung anaknya keluar dari lori. Sebaik sahaja beg terakhir di bawa keluar, Pintu lori di tutup. Rasyid terus memandu lori meninggalkan tempat itu

Suhaila berdiri kaku sambil memandang lori di pandu Rasyid sehinggala kelibat lori itu hilang dari pandangannya. Suhaila mengankat beg pakaiannya sambil mendukung Asri. Anak matanya merliar memerhati keadaan terminal bas yang sunyi sepi sebelum mengagahkan dirinya untuk menyusun langkah

KUALA LUMPUR

"Betul ke haris kena halau?,"

"Dah dua bulan dia kena halau.. baru sekarang you tanya,"

"Manalah i tahu.. lagi pun dah dua bulan haris tak call i,"

Sambil memandu Azman mengalih pandangannya seketika memandang wanita yang duduk di sebelah. bibirnya mengukir senyuman sanget "You masih ada hati lagi ke dengan Haris?,"

"Of courselah tak..," Salwa memandang Azman "Tanpa harta ayah dia.. dia tu siapa?," Salwa tergelak begitu juga dengan Azman

"You nie memang perempuan materialistik,"

"So what, salah ke i berdamping dengan lelaki yang boleh bagi i kesenangan,"

"Family you kan dah kaya... you nak apa lagi?,"

"Hey... you tahu tak, my father dah sekat i punya kad kredit.. nak beli handbag baru pun i tak mampu,"

"You nak handbag apa.. i boleh belikan,"

"Why?,"

"Saja..,"

"You nak pikat i ke Azman,"

"Kalau ya kenapa.. salah ke?,"

"You jangan lupa Azman, I nie masih milik kawan baik you,"

"Dia dah miskinlah Sal.. padahal you sendiri cakap tadi you dah tak nak lelaki miskin.. so apa salahnya i cuba,"

"Salah tu tak.. tapi you tu playboy,"

"Haris tu lagi playboy dari i'lah Sal, tapi you still bersama dengan dia,"

Salwa diam tidak menjawab

"Okay. Sebenarnya i tak jumpa lagi wanita yang sesuai dengan i," Ucap Azman semula

"Habis tu i nie sesuai sangat ke dengan you?,"

Azman tersengih sambil menjeling "Sepatutnya dari dulu you bersama dengan i bukannya dengan Haris,"

"Sebab Haris tu lebih handsome dari you,"

Azman tergelak kuat tanpa sedikit pun merasa terkilan dengan kata-kata Salwa "Zaman sekarang nie rupa tu tak penting Sal yang penting dompet tu yang kena tebal,"

"Well... mungkin betul jugak you cakap tu, so.. baru sekarang i sedar semua tu sebenarnya tak penting,"

"Memang tak penting pun.. mana ada perempuan nak hidup susah,"

Salwa menghela nafas tenang "Mana haris tinggal sekarang?,"

"Rumah arwah nenek saiful,"

"Kat keramat?,"

Azman sekadar mengangguk

"Baiknya Saiful,"

"I bukannya tak nak tolong Haris Sal tapi bagi i apa yang Tan seri buat tu memang tindakan yang betul. Haris tu suka sangat berhibur, berparti sana sini.. tak puas kat KL pergi Bangkok.. i sendiri pun dah penat'lah nak layan dia,"

"Tapi bila dia ajak, you ikut jugak,"

"Sebab semuanya free.. siapa yang taknak ikut. Ah lupakan'lah dia.. takde faedah pun kita risaukan dia. lagi pun dia sendiri yang cari masalah,"

"I tak risau pun dia.. I'kan dah ada you,"

Cepat sahaja Azman mengalih wajah dengan senyuman mekar terukir pada bibir. Akhirnya perasaannya sudah terbalas. Memang sejak dulu Azman sangat menyukai Salwa namun Salwa lebih memilih Haris sebagai teman lelaki namun dia tidak pernah berputus asa

Di sebuah rumah papan yang usang Haris duduk di tengah pintu sambil mengorek-ngorek telinga kanannya. Lelaki itu hanya berseluar pendek miskipun cuaca malam itu menghembus angin sejuk

Satu keluhan berat di lepaskan sambil mengaru-garu rambutnya yang sudah berserabai "Hiss.. duit aku tinggal lima puluh ringgit je lagi nie.. mana aku nak cari duit,"

Haris mengeluh lagi.. berkerut wajahnya memikirkan nasib yang menimpanya setelah di halau dari rumah. Segala kesenangan hidup yang di kecapi selama ini lenyap sekelip mata

"Nasib baiklah saiful tolong aku.. hiss kalau tak aku dah jadi gelandangan.. ada ramai kawan pun tak guna.. time aku senang. akulah kawan. time aku susah, call aku pun tak nak jawab.. fine. fine. fine.. aku ingat korang sampai mati, korang tunggu je nanti," Rungut Haris dengan hati yang geram setelah itu dia mengeluh pula termangu seperti orang bodoh dengan tatapan kosong

"Ayah ingat Haris tak boleh hidup dengan duit ayah," Haris menyenget bibir "Tunggu jelaa Haris akan buat ayah menyesal,"

SUNGAI GOLOK kelantan

"Ma... bangun. Ma... bangun,"

Suhaila terjaga dari tidur kemudian memerhati keadaan sekeliling. Suasana Terminal kembali sibuk. Orang ramai berpusu-pusu ke sana sini.. Bunyi hon pelbagai jenis bas menandakan terminal itu sudah mula beroperasi

"Ma.. Asri lapar,"

"Asri lapar,"

Asri mengangguk-agguk kepala. Suhaila bangun dari bangku. Dia memerhati lagi sekeliling mencari jika ada kedai serbaneka yang sudah berjualan kerana waktu itu masih lagi di awal pagi

"Mari sayang ikut Ma,"

"Asri ngantuk.. ma dukunglaa asri,"

Suhaila tersenyum "Yalaa sini Ma dukung," Asri mendepakan tangan supaya mudah suhaila mengankat tubuhnya

Suhaila berjalan sambil mendukung Asri bahkan pada ketika itu dia membawa dua beg pakaian tergantung pada tubuhnya tercari-cari gerai makanan

"Asri nak makang nasi lemak," tanya Suhaila sebaik melihat sebuah gerai makanan sudah berjualan

"Toksey.. pedas. asri nak makang mee," Suhaila tersenyum mendengar jawapan anaknya

Setelah mereka berdua selesai bersarapan pagi. Suhaila membawa anaknya menaiki bas untuk ke kota bharu dalam perjalanan suhaila lebih banyak berfikir kemana dia harus membawa anaknya pergi namun ketika itu entah kenapa hatinya bagaikan menjerit menyuruhnya untuk ke kuala lumpur bagi memulakan hidup baru

"Kuala lumpur? ambo tok kenal sesiapo kat sana.," Bisik suhaila dengan hati yang berat untuk membuat keputusan

Share this novel

Sis lela
2025-04-22 21:50:33 

sis perasan citer zy kureng dapat sambutan. free pun oreng tak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience