Bab 16

Romance Series 5904

SEPANJANG dalam perjalanan pulang, bibir Puan seri Rahimah tidak lekang dengan senyuman. Gembira sungguh bila dapat mendukung, bercakap dengan cucunya tadi. Manakala Tan seri Yunus pula tampak seperti sedang termenung seakan otaknya berputar memikirkan bermacam-macam hal

"Oh ya Bang," Puan seri Rahimah menoleh memandang suaminya "Abang serius ke nak buat majlis perkahwinan diorang tu,"

Tan seri Yunus sekadar mengangguk-agguk

"Abang tak risau ke?, Yalaa diorang berduakan sampai terlanjur. Dah ada anak pulak tu,"

"Semua tu'kan dah lepas. Apa lagi yang kita boleh buat Rahimah. Bersyukur jela takdir menemukan diorang semula. Jika tak, sampai bila-bilalah kita tak tahu, jika ada keturunan kita dekat luar sana,"

"Itu saya faham bang. Maksud saya tanggapan orang nanti,"

"Perdulikan dengan tanggapan orang. sekurang-kurangnya Haris tu bertanggungjawab. Dia takdela biarkan je Suhaila tu,"

"Kalau dia boleh telanjur dengan Suhailaaa. Macam mana pulak hubungannya dengan Salwa?,"

"Saya ada tanya Haris tadi. Dia cakap selama dia berhubungan dengan anak firdaus, tangan budak tu pun dia tak pernah pegang,"

Puan seri Rahimah terangguk-angguk mengerti "Oh ya.. Baru-baru nie, Nurin ada beritahu saya. Anak dia Saiful ada cakap, setiap kali Haris berhibur kat kelab malam. Haris tak pernah minum. Haris buat semua tu cuma nak sakitkan hati abang je,"

Tan seri Yunus menoleh memandang isterinya "Betul ke?,"

"Haah,"

"Bagusla tu.. akhirnya dia berjaya jugak sakitkan hati saya,"

"Lagi satu bang. Suhaila tu bukannya bodoh. Spm dapat 6 A. Dia lari ke Bangkok sebab dia boleh berbahasa thai dengan English. Disebabkan faktor kewangan je, dia tak mampu nak sambung belajar,"

Tan seri Yunus menyengih memandang isterinya "Bukan kemain happy awak ya bila dapat dukung Asri,"

Puan seri Rahimah terus tersenyum lebar sehingga menapakkan giginya "Comelnya Asri tu bang.. cakap pun lembut. Abang nak tahu tak tadi," Puan seri Rahimah menepuk-nepuk peha suaminya "Waktu suhaila nak ambil Asri dari saya. Asri taknak bang. Dia terus rangkul leher saya, bahagianya,"

Tan seri Yunus mengeleng pelan namun kala itu dia sendiri tidak menyangka akan dapat melihat wajah riang isterinya lagi bahkan kali terakhir dia melihat isterinya seperti itu selepas melahirkan Haris

"Saya ingat, esok saya nak pergi sana lagi,"

"Tak usah,"

"La kenapa bang,"

"Haris nak bawa isteri dengan anak dia pergi bercuti. Isnin baru balik,"

Wajah Puan seri Rahimah yang tadi tampak gembira serta merta berubah muram "Lamanya,"

"Lama apanya. lima hari je. Bukannya sebulan. Sabar jelah,"

"Bagi saya macam setahun," jawab puan seri Rahimah sambil melontarkan pandangannya di luar tingkap kereta

"Hish awak nie,"

SUHAILA menepuk-nepuk lembut bahu Asri yang hampir terlena di atas katil pada masa itu juga suhaila memasang telinga mendengar setiap bunyi di luar bilik, ingin mengetahui sama ada suaminya masih lagi terjaga

Jika ikutkan selepas solat imsyak. Suaminya sudah merancang mahu membawa dia dan anaknya pergi menikmati makan malam di luar namun tidak menjadi kerana kehadiran ayah dan ibu mertuanya

Suhaila memerhati wajah Asri sekiranya anaknya itu sudah benar-benar terlena dan kemudian barulah pelahan-lahan dia mengensot tubuh ke birai katil lalu bangun

Kakinya melangkah pelan ke pintu yang masih tertutup. Sementara itu di luar Haris sedang duduk di ruang tamu sambil menatal layar Handphone

"Abang buat apa tu?,"

Sedikit terjongket bahu Haris saat di tegur isterinya dari belakang. Suhaila ketawa kecil

"Maafkan Su, buat abang terkejut,"

"Lain kali bagila salam,"

"Dalam rumoh pung nok bagi salam,"

Haris ketawa dengan jawapan isterinya "Asri dah tidur,"

"Dahh,"

"Maafkan abang ya sebab tak dapat bawa Su dengan Asri makan kat luar,"

"Eh tak apala bang, lain hari pun buleh," Jawab Suhaila sambil melabuhkan punggung di sebelah suaminya "Abang tengok apa tadi?,"

"Oh.. hotel kat genting,"

"Hotel kat genting.. kat mana tu bang?,"

"Genting highland. Su tak tahu ke?,"

"Oo.. genting highland. Su tahu. Tapi tok pernoh gie,"

"Esok kita pergi bercuti kat sana. Abang dah tempah hotel,"

"Betul ke bang?," Terbeliak biji mata Suhaila memandang suaminya seakan tidak pecaya

"Betul Su. Esok dalam pukul sepuluh kita gerak,"

"Berapa lama bang?,"

"Tiga hari dua malam. Hari isnin baru kita balik,"

Suhaila tersenyum gembira sampai tak sedar kepalanya di labuhkan pada bahu Haris

"Happy'nya Su,"

"Tentula Su happy.. dah lama Su teringin nok bawa Asri gie sana,"

Mereka berdua membisu melayani suasana..

"Abang?,"

"Ya Su,"

"Tok apa ke kita nipu tadi?,"

"Tak akanla abang nak cakap Su kena rogol. Abang kawin dengan Su bukannya nak jadi pak sanggup biar je isteri dengan anak kena hina. tapi abang ikhlas, abang nak jaga Su dengan Asri.. abang nak bagi Su dengan Asri kehidupan selayaknya,"

Air mata Suhaila berlinangan sebaik mendengar kata-kata suaminya.. "Su cintakan abang,"

"Tapi Su.. kita'kan?,"

Suhaila pantas mengankat kepala lalu menepuk peha suaminya.. "Jomlaa. tunggu apa lagi. Bilik ada dua,"

Tergamam terus wajah Haris sambil memandang isterinya "Betul ke?,"

"Kita'kan doh suami, isteri,"

Haris ketawa geli hati "Apa kata kita buat kat sana je. Sana sejuk,"

"Hish gatalnya abang nie,"

"Laa.. kata kita doh suami, isteri,"

"Yolaaa.., ngada yee,"

SEBAIK pintu lif terbuka. Samsul keluar dengan tergesa-gesa, di ekori isterinya Hanim berserta dengan Para pegawai executive

Tiada satu pun dari raut wajah mereka semua terlihat senang ketika berjalan menuju ke bilik mesyuarat

"Kenapa Papa tiba-tiba buat meeting sayang?," soal samsul tampak begitu cemas

"Berapa kali Hanim nak cakap.. Hanim tak tahu,"

Pintu bilik mesyuarat di buka, kali ini Hana pula yang melangkah masuk. Terus sahaja wanita tinggi lampai itu meluru ke arah adiknya

"Kenapa nie dik, tiba-tiba je meeting?,"

"Adik tak tahu kak,"

"Tak akan adik tak tahu, Papa tak cakap apa-apa ke time breakfast,"

"Dah lama adik dengan samsul tak breakfast dengan Papa.. pantang duduk semeja, adaa je complain'nya,"

Hana menghela nafas resah sambil memerhati Suami adiknya yang kala itu terlihat jelas terketar-ketar. Hana merapatkan wajah pada telinga kanan Hanim

"Kesihan betul kakak tengok suami kau tu Hanim,"

Sayu wajah Hanim ketika memandang suaminya. Manakan tidak setiap kali syarikat mengalami kerugian. Suaminya'lah yang menjadi mangsa pelepas kemarahan ayahnya. Bukan setakat ketika bermesyuarat, ketika sarapan, ketika makan malam. Suaminya terpaksa bermuka tebal dimarahi dan hina oleh ayahnya

"Kadang-kadang, ada juga Hanim dengan samsul terfikir nak resign. Tak tahan kak. Mentang-mentangla Samsul tu orang biasa,"

"Sabarlaa Hanim. Kakak sendiri pun tak tahan. Semuanya nie punca lepas Papa pecat Haris. serba serbi tak kena. Lepas tu salahkan kita,"

Dan pada masa itu Pintu bilik mesyuarat di buka. Membuatkan semua orang di dalam bilik itu kaget. Tan seri Yunus melangkah masuk

"Tak payah bangun.. duduk. duduk," Arah Tan seri Yunus sebaik melihat para executive'nya ingin berdiri sebelum dia duduk di kerusi. Tan seri Yunus memandang menantunya "Samsul?,"

"Ya Papa," Sahut Samsul dengan raut wajah yang pucat. Bimbang jika ayah mertuanya bertanyakan tentang persiapan berkaitan dengan tender yang akan di buka oleh syarikat BYD. Bahkan 10 percent pun belum terlaksana

"Kenapa muka tu pucat, Samsul sakit ke?,"

"Eh tak Papa. Saya sihat je,"

"Kalau betul sakit. pergila klinik,"

"Baik Papa,"

Tan seri Yunus memandang Para executive'nya "Dengar sini semua. Mulai hari selasa, Haris akan akan ambil alih semula jawatan sebagai pengurus besar bahagian marketing,"

Sebaik sahaja Tan seri Yunus menghabiskan kata-kata'nya, seluruh para executive terkejut dengan berita itu termasuk Hana dan Hanim

"Betul ke Papa?,"

"Ya Hanim,"

"Macam mana, cara Papa bawa semula Haris ke sini?," Hana pula bertanya namun pertanyaan itu tidak Jawab Ayahnya

"Okay itu saja saya nak beritahu.. Kamu semua boleh masuk kerja semula. Hana, Hanim dengan samsul tunggu dulu sini,"

Para executive mula bangun sebaik menerima arahan dari majikan mereka. Setelah semuanya keluar. Tan seri Yunus memandang Hana dan Hanim

"Papa nak minta tolong dengan korang berdua,"

"Tolong apa Papa?,"

"Tolong buat persiapan majlis perkahwinan Haris,"

"Hah? Haris nak kawin ke?," Hanim tampak terkejut

"Bukannya nak kawin, Tapi dah kawin. Bersanding je tak,"

"Haris kawin dengan siapa Papa?,"

"Dengan girlfriend lama dia. Orang biasa je.. tapi?," Tan seri Yunus melepaskan keluhan pelan

"Tapi apa Papa?,"

"Korang berdua dah anak buah,"

"Hah!," Hana dan Hanim berdiri serentak akibat begitu terkejut "Anak tiri'kan Papa,"

Tan seri Yunus mengeleng "Anak kandung Haris. Umur dia dah tiga tahun,"

"Tiga tahun!,"

Tan seri Yunus menyengih melihat reaksi anak-anak perempuan'nya dan setelah itu barula dia menceritakan panjang lebar akan kisah antara Haris dengan menantunya, bagaimana mereka berdua bertemu sehingga memiliki seorang anak berusia tiga tahun

"Hana dah kawin selama empat tahun belum jugak dapat anak.. tapi Haris?,"

"Hanim pun sama," Hanim memandang suaminya, sejak tadi hanya diam mendengar

"In Sya Allah ada jugak rezeki Hana dengan Hanim tu nanti. Sabar ya," Hana dan Hanim mengangguk serentak

"Cuma satu je Hana risau Papa,"

"Apa dia Hana?,"

"Tanggapan orang," jawab Hana

"Betul tu Papa," Hanim mencelah

"Mama kamu pun risau pasal tu. Tapi Papa tetap tak perduli dengan semua tu. Papa lebih perdulikan dengan kebahagian anak-anak Papa.. Papa bina semua nie pun bukan untuk diri Papa sendiri tapi untuk anak-anak Papa,"

Kala itu Hanim menyenget bibirnya sambil memandang Ayahnya "Kebahagian anak-anak konon.. Padahal Papa tak tahu bertapa stress'nya kitaorang nie lepas Papa pecat Haris. Cuba Papa tengok muka samsul tu. Papa ingat muka dia pucat sebab sakit.. bila kami nak breakfast dengan Papa, Papa perli kami. Time makan malam pun sama. Bila time meeting, Papa asyik salahkan Samsul.. bila kami menjawab, Papa marah. Papa cakap kami nie suka sangat bagi alasan,"

Kali ini Tan seri Yunus sekadar mendengar keluhan anaknya "Papa nak nanti, Samsul berkerja dengan Haris. Belajarla dengan dia tentang selok belok bahagian marketing,"

"Papa nak Samsul kerja bawah Haris?,"

"Dengan siapa Samsul berkerja. Itu bukan masalahnya Hanim. Papa cuma nak samsul belajar dengan Haris. Andaikan kata satu hari nanti, pekara macam tu belaku lagi. Sekurang-kurangnya Papa dah ada Samsul sebagai perganti.Papa tak akan serahkan jawatan tu pada orang luar,"

"MAAA!, Tengok, Ma tengok,"

"Ya Ma tengok nie," Suhaila ketawa bahagia, memerhati telatah anaknya sehingga ternganga-nganga mulut melihat permandangan di luar

"Hahaha..," Asri ketawa dengan nada keanakannya itu

Haris menoleh sekilas "Asri tak pernah jalan-jalan macam nie ke Su,"

"Tok pernoh kalu naik kereta. Inilah kali pertama. Tu yang dia hairan sangat,"

"Kejap lagi nak sampai. Tak sabar abang nak tengok reaksi dia,"

Suhaila ketawa sambil mengusap-ngusap rambut anaknya. Setelah menempuh perjalan tidak sampai dua jam. Akhirnya kereta di pandu Haris tiba di puncak bukit genting highland

"Asri tengok sana," Asri lantas memandang arah di tunjuk ibunya. Bangunan-bangunan besar berdiri kukuh di puncak bukit

"Amboi sampai ternganga mulut tu,"

"Waktu Su sampai KL macam nie gak reaksi dia. Tapi tulaa, takat tengok kat luar je,"

"Alaa kesihanya anok aboh nie," Haris mengusap kepala anaknya "Abang booking skyworld hotel sebab dekat dengan taman tema,"

"Mahal ke Bang,"

"Takdela mahal, Tapi Su jangan risau. Malam tadi Papa bagi kad kredit pada abang. Soo.. Abang pilih tingkat atas, sebab bila malam sejuk," Haris tersengih-sengih memandang isterinya

"Hish abang nie.. sempat lagi,"

"Maa tengok! cantik," Asri mencelah sambil menarik-narik lengan ibunya

"Mana?,"

"Tu,"

"Hah itu hotel kita Asri,"

"Otel," Asri terpinga-pinga memandang Ayahnya seakan tidak mengerti

Haris memberhentikan kereta di hadapan lobi Hotel, mengunakan perkhimatan valet untuk memarkirkan keretanya

"Okay! last go,"

"Ma turun dulu," Suhaila keluar terlebih dahulu namun Asri memanggil-manggil seakan tidak sabar menyuruh ibunya mendukungnya

Dalam dukungan Suhaila, Asri tampak begitu teruja dengan permandangan di sekitarnya. Apabila dia melihat ayahnya sudah mengeluarkan ke semua beg pakaian dari dalam bonet. Dia menghulurkan tangan meminta ayahnya mendukungnya pula

"Eh jangang. Aboh bawa beg tu," Larang Suhaila. Asri memuncungkan bibir. Merajuk. Haris tersenyum. Seorang pelayan hotel datang mengambil beg-beg pakaian mereka

"Mari sini," Haris segera mengambil Asri dari Suhaila. tidak sampai hati melihat anaknya itu merajuk "Jom masuk,"

Akhir mereka bertiga melangkah masuk ke dalam hotel dan ketika itulah Suhaila dan Asri masing-masing tampak begitu teruja sebaik melihat suasana lobi yang berwarna-warni begitu cantik Sekali

"Asri nak turun?," Tanya Haris ketika anaknya itu tergerak-gerak sana sini melihat sekitar lobi. Asri mengangguk. Sebaik sahaja Haris menurunkan anaknya itu. Asri terus berlarian.

"Asri!, jangang lari,"

Haris ketawa geli hati memerhati gelagat isterinya ketika mengejar Asri. Ketawanya itu lebih kepada kebahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience