Chapter 14

Romance Series 32262

Shakeel kembali melihat handphonenya. "Takde chat lagi, suka sangat ke dapat balik", tanya shakeel sambil melihat handphonenya berkali kali. Sebelum ini sarah saja yang kerap membuat ringtone handphone nya itu berbunyi. ‘sekurangnya tanya lah..dah makan ke apa ke', detik shakeel dalam hatinya.

Hari ini sudah hampir seminggu sarah tiada dirumah, Shakeel duduk malas disofa dengan tangan yang tak henti melihat mesej sarah. ‘Buat apa ntah budak ni', detiknya dalam hati. Ada niat hendak pergi ke rumah mak ifah namun shakeel berkeras untuk melawan kata hati.

“eh tapi ni kan dah hari sabtu, dia seminggu je sana..jadi benda ni boleh je aku jadikan alasan", kata shakeel dengan dirinya sendiri di ruangan tamu. Sudah seperti orang gila pula dirinya, duduk tak senang. Tidak lama kemudian shakeel mengambil kunci keretanya.

Pagi hari begini sarah menolong mak ifah dulu di dapur selepas itu barulah dirinya meminta izin untuk berjumpa dengan fina.

“Mintak izin pada mak buat apa..kamu tu bukan anak dara lagi..kamu dah ada suami..mintak izin dengan suami kamu", dari hari kedua sarah balik sehingga lah hari ini mak ifah mengulangi perkataan yang sama namun sarah hanya diam, enggan menjawab.

"Assalammualaikum mak", jerit shakeel serta merta keluar dari perut kereta.

Sarah terkejut, ‘awal lagi dia nak balik harini...kenapa tak besok je', cemuh sarah dalam hatinya. “Waalaikummusalam, masuk keel", pelawa mak ifah pada anak menantunya. Shakeel menilik disetiap sudut rumah. ‘Dah tak ingat nak salam suami sendiri ke macam mna', rungut shakeel sambil melihat sarah yang tidak memunculkan diri dihadapannya.

Mak ifah melihat shakeel yang seperti mencari sesuatu. “Ada dia kat dapur, kejap lagi mak panggilkan", kata mak ifah.

“Eh takpe mak, biar dia habiskan kerja dulu", Jawab shakeel. Segan kerana mak ifah melihat tingkah anak matanya yang mencari susuk tubuh sarah.

Selesai menolong mak ifah, sarah masuk ke bilik tanpa memandang shakeel sedikitpun. Shakeel menelan air liur. ‘Sebenarnya dia dengar ke malam tu', detik shakeel dalam hati nya. Shakeel bangun membawa langkah masuk kebilik.

“Awak nak kemana?", Tanya shakeel melihat sarah yang baru saja memakai tudung bawal. “Saya nak pergi rumah fina, Hari ni janji dengan dia nak teman dia beli barang", Jawab sarah, sekali lagi tidak sedikitpun anak mata sarah memandang wajah shakeel.

‘beli barang?', tanya shakeel dalam hatinya melihat sarah dari kepala hingga kaki. Lebih pelik lagi. ‘saya? selalu bahasakan diri dengan nama sendiri..', detik kata hati shakeel.

“Nak saya hantarkan ke?", Tanya shakeel, Benar kali ini matanya tidak lepas memandang sarah. “Takpe..lagipun kak fana ada", jawab sarah dengan singkat.

Shakeel keluar tanpa berkata apa apa.

“Mak, orang pergi rumah fina kejap", Jerit sarah sedikit kuat pada ibunya yang berada didapur, Tanpa mengharapkan balasan sarah menutup pintu rumah.


“Masuk", Ucap suara garau yang berdiri di pintu kereta. “Takpe...rumah fina dekat sa..",

“Kalau awak rasa taknak saya angkat badan awak masuk dalam.. baik awak masuk sendiri", Laju shakeel memotong ayat sarah. ‘Apehal pulakk dia ni...period ke?', dengus sarah dalam hatinya. Tidak ingin berdebat, Sarah masuk ke dalam kereta.

Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut sarah sepanjang jalan menuju kerumah fina, Shakeel semakin ingin mencuri pandang wajahnya.

“Awak hantar saya sampai sini je, saya tunggu fina berkemas", Kata sarah dengan badan yang sudah bersedia keluar dari kereta. Sarah tidak lagi membahasakan dirinya ‘abang' seperti selalu, entah kenapa resah pula yang timbul diperasaannya.

“Saya ikut sekali, lagi pun saya ni pergi rumah mak, bukan nak tunggu awak yang kesana kesini", Kata shakeel dengan sengaja sedikit kasar, padahal ia masih ingin lama berdua dengan sarah.

“Saya pergi jumpa fina kejap", Jawab sarah singkat. Keluar saja dari perut kereta, sarah sudah mengeluh berat. ‘Dah kenapa pulak lah dengan pakcik ni kali ni', cemuh sarah dalam hati.


‘Dah agak, masa tu memang dia dengar', detik hati kecil shakeel. ‘kenapa je kalau dia dah dengar..memang patut dia tahu..dia masih budak sekolah lagi', Fikiran shakeel seperti dikuasai oleh syaitan dan malaikat.


Tidak lama setelah itu, keluar juga sarah dengan fina yang asyik menepuk masing masing.

“Ehe.. assalamualaikum cikgu", Ucap fina pada shakeel sambil tersengih saat sudah masuk di kerusi belakang kereta.

“Waalaikummussalam", jawab shakeel singkat.

Baru saja kaki sarah hendak masuk dalam kereta, shakeel sudah mendeham. “Awak buat apa duduk kat belakang...tadi elok je duduk depan", Tanya shakeel memandang tajam kaki sarah.

“Haah kau ni...pergi sana duduk depan", tambah fina pula. Besar kecik mata sarah melihat temannya satu ini, sebelum duduk di depan, sarah memanjangkan tangannya untuk mencubit bahu temannya itu.

“Auuuu", fina mengaduh sakit. ‘Padan muka kau...tadi dalam rumah kemain taknak tumpang', cemuh sarah dalam hatinya.

Dari awal keluar hinggalah perjalanan pulang, Tidak sedikit pun sarah bertanya dengan shakeel. Baru saja hendak berduaan, kehadiran fina seperti mencelah ditengah tengah.

Malam hari, selepas makan, sarah masuk kedalam bilik diikuti dengan shakeel. “ehm..selalu awak keluar dengan fina?", Tanya shakeel membuka topik.

“tak",

“Duit belanja awak cukup?", tanya shakeel, Mana tahu sarah banyak berdiam kerana duitnya kurang untuk membeli apa yang ia inginkan.

“cukup",

Kali ini shakeel memang yakin, Sarah sudah tidak sama seperti sebelumnya lagi kerana sarah sudah dengar perbualannya dengan yusri, Namun shakeel masih belum sedar bahawa selama 6 bulan dirinya dengan sarah, Hatinya mula perlahan terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience