Chapter 20

Romance Series 32262

“bangun, solat”, sarah membangunkan shakeel yang tidur pulas di katilnya.

“ehmm sayang, morning",

“sayang kita solat sama ye", pinta shakeel kepada sarah.

“saya baru selesai solat”, jawab sarah dan mengambil baju shakeel untuk dikemas. “tak perlu kemas, abang cuti", katanya lagi. Langkah sarah terhenti dan dia mengantung semula pakaian yang di ambilnya untuk letak ke dalam almari di bilik shakeel semula.

Oleh kerana malas mahu mendengar shakeel seolah merengek, sarah hanya mengikutinya ke mall dan membeli bahan makanan yang hendak di masak. Sarah melihat patung besar yang tergantung di atas kedai.

“sayang nak? ", tanya shakeel. Sarah hanya mengelengkan kepalanya.

Sampai saja dirumah sarah terus menyusun barang dan meletakkannya di tempat yang betul.

“biar abang masak okey? ”, tiba tiba shakeel menghampirinya, sarah hanya mengangguk dan naik ke atas. Niat ingin membaca buku onlinenya terbantut apabila dia terlelap.

“sayang... Heyy bangunn”,

shakeel membangunkan sarah dengan lembut. “jom makan", katanya lagi. Sarah mengabaikan nya dan turun ke bawah.

Ketika melihat sarah makan, Shakeel teringat akan dirinya yang tak mahu makan makanan yang sarah buat kepadanya. Shakeel hanya diam dan makan makanannya.

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk sarah berniat untuk terus masuk ke biliknya, namun langkah nya terhenti saat melihat shakeel dibelakangnya sedari tadi.

“Sayang",

Lembut panggilan shakeel terhadapnya membuat jantung sarah berdegup kencang.

“sa—saya nak naik bilik",

“Sayang tidur dengan abang malam ni ya? Tidur bilik kita",

Langkah kaki shakeel semakin mendekat, Tangannya hampir saja dapat mengelus pipi gebu milik sarah namun badan sarah mengelak terlebih dahulu.

“saya nak naik bilik saya ketepi please",

Sengaja memberanikan diri, sarah menolak perlahan badan shakeel. Dalam fikirannya, dia ingin terus berlalu ketepi dan masuk kebilik namun tangan shakeel memegang pergelangan tangan sarah.

Telapak tangan sarah di letakkan pada pipinya dan semakin dekat telapak tangan sarah berada dibibir shakeel, lantas dicium dengan lembut telapak tangan istrinya itu sambil memejamkan mata.

“Sayang tidur dengan abang...ya?",
“Jangan tolak ciuman abang",

Cepat saja mulut shakeel bertemu dengan bibir sarah. Sarah terpaku, tidak tahu harus berfikir bagaimana. Lama bibir sarah dikucup, Shakeel terkejut melihat air mata isterinya membasahi pipi. Terkedu perasaannya

“Jangan paksa saya...",

Ucap sarah lalu melepaskan diri dari shakeel.Tetap juga setelah lama berdiam diri didapur, shakeel naik ke atas dan masuk ke bilik sarah.

Berderau darah sarah, jantungnya berdegup laju. Tahu bahawa shakeel berbaring disebelahnya saat ini, nasib baik dia berada diposisi mengiring.

“Sarah",

Sebelah tangan shakeel memeluk pinggang sarah.

“Aku taknak hilang kau sayang",

“Bagi aku peluang untuk jadi suami yang lebih baik",

“Aku tak tahu nak explain macam mana perasaan aku, Tapi aku rindu kau yang sebelum ni..aku dah jatuh hati pada kau",

“Tolong jangan tolak aku",

“Aku nak kan kau",

Satu persatu perkataan shakeel didengari sarah walaupun suara lelaki itu agak perlahan. Mungkin kerana perbezaan umur, kata kata shakeel terdengar seperti ayat orang dulu dulu bagi sarah.

Sarah tidak membalas perkataan shakeel, Matanya semakin lama semakin layu. Entah apa lagi yang dikatakan oleh shakeel, sudah tak terdengar lagi kerana rasa ngantuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience