"Mak, orang dah lambat dah ni'. dengan cepat kaki sarah berlari ke arah pintu lalu mencium tangan ibunya.
"Hati hati pergi sekolah', kata puan sharifah sambil mencium dahi anaknya. Seketika puan sharifah mencuka,“maafkan mak sarah, mak tak dapat bagi kamu duit...”
“mak, takpayah cakap macam tu. sarah bawa bekal ni kan nanti lepas berjual ada la duit, ” lantas sarah memotong perkataan yang keluar dari mulut ibunya.
Puan sharifah hanya tersenyum pahit. bukan dia tidak tahu anak perempuannya itu hanya bertindak memahami kerana keuangan mereka tidak mencukupi selalu.
Sampai di sekolah. Sarah berlari tidak cukup kaki masuk ke kelas. Dengan nafas tercungap cungap sarah duduk di sebelah kawannya ,Si fina.
"Asal kau lambat', tanya fina sambil mengangkat kening kanannya.
"Alah lambat sikit je, cikgu pun belum masukkan'. Jawab sarah sambil menarik nafas. "Balik sekolah ni macam biasa okey?',. Fina bertanya sambil tersengih.
"Aku tak boleh dulu nanti, kena tolong mak aku jual kuih", jawab sarah sambil menghela nafas.
"Oh okey kalau macam tu aku tolong kau nanti okey? ', kata fina sambil tersenyum. Sarah tersenyum
"haha terima kasih ina sebab kau selalu nak ada dengan aku'. Jawab sarah sambil senyum. "Haha, kau ilek lah macam tak selalu dengan aku pulak'. Balas fina sambil mengatur semula posisi kerusinya kerana waktu belajar telah mula.
Sarah mengangkat kepala setelah namanya dipanggil. "Sarah, dengar tak cikgu cakap apa tadi'. Jerit cikgu siti sambil mengerutkan dahinya.
"Er...d..dengar cikgu'. Jawab sarah sambil menundukkan muka kerana takut. " aduhh...apa aku nak jawab lepas ni..dia kata apa eh tadi..hisy tulah kau sarah mengelamun la lagi', kata sarah di dalam hatinya.
"Hah kalau macam tu ulang balik apa yang saya cakap tadi". Balas cikgu siti dengan tegas.
"Psstttt...yang ni..yang ni." Bisik fina sambil menunjuk bukunya.
"Baiklah sekarang awak duduk'. Kata cikgu siti. "Fuhh nasib benda ni cikgu siti dah cakap semalam kalau tak habis aku'. Kata sarah dalam hati sambil menghembus nafas lega.
( KRINGGG KRINGGG!!!!!)
Loceng rehat telah dibunyikan, Sarah mengeluarkan bekal makanan yang disediakannya selepas subuh dan bergegas pergi ke kantin bersama fina.
Waktu rehat telah pun habis, sarah dan fina berjalan menuju ke kelas namun langkahnya terhenti apabila mendengar suara lelaki yang memanggilnya. Dengan kepala yang dipusing 360 darjah sarah mendongak sedikit keatas.
"ehem sarah, awak tolong bawakan barang cikgu dan lepas atas meja... Lepas ni masa saya'. Kata cikgu shakeel dan memberi file kepada sarah.
"Okey cikgu', Singkat sarah membalas.
Tanpa membuang masa sarah dan fina pun terus menaiki tangga dan bergegas masuk ke kelas, sarah meletakkan barang Cikgu shakeel di atas meja dan bergegas duduk dimejanya dan pada waktu yang sama cikgu shakeel pun masuk kelas dan mengajar.
Habis saja waktu sekolah sarah dan fina berjalan kaki untuk balik kerumah.
Sampai dirumah, "Assalammualaikum.. Makk.. Orang dah balik'. Sarah memberi salam sambil membuka kasutnya dan masuk. "Waalaikummussalam.. Haa sarah salam makcik hani sebelum masuk', kata puan sharifah. Sarah memusingkan kepalanya dan mencium tangan kawan ibunya sambil tersenyum, "dah besar anak kau fah',. Kata puan hani sambil mengelus kepala sarah yang masih bertudung, sarah hanya tersengih dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.
Selesai saja sarah menganti pakaiannya, sarah mencuri dengar perbualan antara ibunya dan puan hani. "Duit kuih aku tak cukup sangat nak tampung biaya sekolah sarah ni, kalau arwah masih ada mesti takkan macam ni kami berdua",. Kata puan sharifah sambil mengelap air mata yang mengalir di pipinya,
"sudahlah fah orang dah takde jangan la di kenang sangat, aku dari sebelum ni terfikir nak bagitahu kau sebab aku taknak kau macam ni", Balas puan hani dengan berlinang air mata kerana rintihan puan sharifah. "Apa dia yang kau nak kata". Balas puan sharifah sambil mengesat air matanya. "Kau ingatkan janji yang arwah pernah bagitahu dulu nak satukan anak aku dengan kau, aku rasa kita satukan la fah.. Anak aku boleh tanggung sarah sampai dia dah besar nanti",. Kata puan hani sambil memegang tangan puan sharifah,
"Haih apa yang aku dengar ni'. Kata sarah dalam hati dan terus mencuri dengar ibunya dan puan hani bercakap. Puan sharifah terdiam seketika tiba tiba berkata "sarah masih sekolah ani boleh ke nak kawinkan mereka dengan sarah yang masih macam tu, aku tahu adam dulu pernah cakap macam tu... Tapi.." Balas puan sharifah dengan pasrah belum sempat puan sharifah hendak menyambung kata katanya puan hani terus mengatakan padanya "Anak aku yang nak aku pilihkan istri untuk dia, aku tahu sarah tu baik, pandai masak, aku dah bagitau pasal ni pada anak aku dan kau jangan risau anak aku tak ada bantahan untuk ini, jangan la kau tolak niat baik aku ni fah..nanti kalau ada yang tanggung sarah kau pun takkan penat mana, ye fah ye? ", pujuk puan hani sambil mengenggam tangan puan sharifah.
Sarah menutup mulut akibat terlalu terkejut, "hah nak kawin kan aku?...aku???....AKUU???? BIAR BETULLLL!!!!!'
Puan sharifah terdiam dan akhirnya berkata "nanti lah aku cakap hal ni pada sarah'. Balas puan sharifah dengan pasrah. “yelah aku balik dulu ni tau..nanti ada apa apa atau dah difikirkan bila aku datang nanti kita cakap soal ni ya” jawab puan hani. Mak ifah hanya mengangguk diam.
Share this novel