"Mak dengan makcik hani dah fikir pasal ni jadi nanti sarah dengan anak dia akan adakan majlis hujung minggu ni kalau sarah nak", kata mak ifah. Sarah diam membisu, anak matanya hanya lekat memandang lantai.
“sarah...
“habis tu mak macam mana dengan anak dia? nama siapa umur berapa pun sarah tak tahu.. nak ke dia? sarah ni masih budak lagi mak..”, spontan sarah menjawab namun pandangannya masih tunduk memandang lantai.
“ Dia anak tunggal sarah.. anak makcik kamu tu kerja bagus, makcik hani kamu pulak memang asalnya orang yang berada.. kalau tak silap mak sekarang anak dia cikgu mengajar kat sekolah menengah..“, jawab mak ifah.
“mmmm”, jawapan sarah 5 saat sebelum otaknya mula menerima treatment shock. “eh? hahh!! cikgu?, sekolah mana mak? nama siapa?", kini anak mata sarah memandanh tepat wajah mak ifah.
“Mak lupa lah nama dia sarah.. makcik kamu ada bagitahu..tapi mak lupa", jawapan mak ifah menghilangkan sedikit kecut perut yang sarah rasakan. risau kalau lelaki yang dimaksudkan mak nya itu rupanya cikgu yang mengajar disekolahnya.
Mak ifah mengusap kepala anaknya, “Kalau sarah taknak.. mak boleh cakap pada makcik hani , sebab bila dah kawin akan ada tanggung jawab sebagai seorang istri, dah tak boleh nak rasa sebagai diri tu sama macam sebelumnya lagi", ucap mak ifah panjang lebar.
“mak.. sarah serahkan hal ni pada mak, kalau hal ni jugak dapat tolong keluarga kita, sarah tak mempermasalahkan apa apa mak", jawab sarah dengan suara yang lembut ,namun jawapan tersebut jauh beza dengan pemikirannya. ‘tak janggal ke kami berdua nanti? sudahlah di pertemukan dengan cara dijodohkan.
Setelah berborak dengan mak ifah, sarah masuk ke bilik.
"Hujung minggu ni... Harini hari khamis.. Jumaat, sabtu, ahad", kata sarah di dalam hatinya sambil mengira. "Hmm dua hari je lagi", katanya lagi, "tak awal sangat ke", sarah tertanya tanya pada dirinya selepas dia dan mak ifah habis bercakap. Sarah pun dengan malas untuk banyak berfikir akhirnya menekupkan kepalanya dengan bantal dan tertidur.
Seperti biasa sarah dan fina duduk dimeja setelah penat berjalan. Sarah menatap fina "kau percaya tak ahad ni aku kawin", kata sarah sambil tersenyum pahit. "Ohh kawin percaya je", jawab fina sambil terangguk angguk, "HAH KAWIN? ", tanya nya lagi.
"Alahai kawan aku ni", sarah mengoceh dalam hati dengan sifat kawan nya yang selalu lambat menangkap setiap kata katanya. "Ye betul", jawab sarah.
Fina hanya terdiam dari awal pelajaran sehingga loceng rehat berbunyi. "Kau marah aku ea", tanya sarah secara tiba tiba kerana tak pernah didiami selama itu. "Tak.. Aku nanti takde kawan kalau kau pindah rumah ke apa ke", jawab fina dengan sedih.
Sarah menghembus nafas lega " alah kau ni kan...kau aku masih balik sini lagi nanti jadi boleh je jumpa lagipun nanti aku kalau pindah kan aku nak call mak aku jugak so nanti aku belila handphone satu, kau kan dah ada fone nanti kita oncall la.. Lagi pun aku nanti selalu datang jenguk mak aku", jawab sarah sambil mencubit pipi kawannya. "Betul ni?", tanya fina lagi. Sarah mengangguk dan senyum.
“ehh jom jomm dah rehat dah ni ,aku laparr..",sergah sifina dengan tiba tiba. “ahh engkau soal nak makan laju jekan” sakat sarah pula, fina hanya tersengih sengih.
Sarah duduk kerusi yang berdekatan dengan kantin sambil menunggu fina selesai membeli makanan. “ haa sarah..kau taknak beli pape ke?”, sergah fina. “aku takde bawak duit belanja lah harini fin...” jawab sarah dengan segan segan.
“hah takpe....meh makan ngan aku,kita kongsi” laju fina menjawab lalu duduk ditepi sarah. sarah hanya tersenyum haru.
“ehem assalamuailaikum", sapa suara garau yang sedikit dekat ditelinga kiri sarah. sarah menoleh kekiri , “waalaikummussalam cikgu shakeel ya ada apa”, serentak fina dan sarah menjawab.
Shakeel menatap sarah dengan lama. “Sarah , saya nak berbincang suatu hal sekejap dengan awak", kata shakeel dengan nada terdengar seakan akan tegas. Sarah sudah kecut perut, fikirannya tidak lari dengan berfikir kemungkinan dia lupa kerja rumah cikgu shakeel atau ada hal yang di pesan namun dia terlupa!
Sarah berjalan mengikuti langkah shakeel sehingga ke pejabat guru. “Awak ada apa apa nak cakap dengan saya?", tanya shakeel sebaik saja dirinya duduk di kerusi. Sarah melihat shakeel dengan mata terkebil kebil. kebingungan.. apa pulak maksud cikgu ni..
Dahi shakeel berkerut. ‘takkan budak ni tak tau kot aku siapa..Mama tak bagitahu ke?', Teka shakeel dalam hatinya.
“ni homework yang saya bagi dah siap dah?” tanyanya spontan.
“ err .. dah cikgu,nanti lepas cikgu masuk kelas ,saya letak atas meja",singkat sarah menjawab. Shakeel mengangguk angguk kepalanya. “Tak, saya panggil awak kat sini sebab nak awak bawa kertas ni bagi pada fina dan kawan awak yang lain.. minggu depan kita ada pembentangan", tambah shakeel lagi, cepat otaknya mencari ayat lain. ‘itu pun kalau dia datang sekolah', bisik suara hatinya lagi.
Sarah menghembuskan nafas lega setelah dirinya meminta izin untuk kembali ke tempat tadi ‘lah.. itu je ke.. benda boleh cakap dalam kelas kot', geram sarah dalam hati. menganggu masa orang nak berehat je!. Baru nak rasa lega lepas keluar dari pejabat guru, belakang nya serasa diekori. Sarah langsung menolah kebelakang, ya benar sangkaannya! Shakeel menggunakan jalan yang sama dengannya.
“kenapa kamu tak beli makanan”,tiba tiba shakeel bertanya setelah melihat sarah langsung duduk disebelah fina, seperti tidak menjamu apa apa.
“sarah tak de duit belanja cikgu", dengan mulut gatal sifina terus menjawab lalu menekup mulutnya sedikit. “ishhhh finaaaaa.....”, bisik sarah dengan wajah memerah.
“nii nahh...ambik 10 ringgit ni beli makanan", tiba tiba shakeel menghulur duit dari dompetnya. “eh cikgu tak takpe lah,kat rumah nanti saya boleh makan”, jawab sarah teragak agak dengan segan.
“ambik je duit ni..beli makanan...nanti kalau awak tak makan tiba tiba pengsan masa kelas saya , saya juga yang susah", jawabnya pula dengan tangan masih menghulurkan duit. mata fina bulat membesar melihat 10 ringgit ditangan Shakeel.
“Ta—tapi cikgu...ni banyak sangat...
“Awak ambik je duit ni beli makanan banyak banyak , awak tu dahlah kurus... makan banyak banyak, taklah senang orang nak patah kan tulang awak tu", laju shakeel mengacau ayat sarah.
‘ wahhh dia ni, x ikhlas bagi cakap je lah...dah tu nak cakap macam tu’,cemuh sarah dalam hatinya. " terima kasih cikgu", jawab sarah. shakeel sedikit mendeham lalu pergi.
“sarah..gi je la beli makanan nanti perut kau masuk angin..",tiba tiba si fina berbunyi setelah sekian lama berdiam makan. sarah mengangguk lalu pergi membeli makanan.
"Mak.. Orang dah balik", jerit sarah yang baru saja sampai dirumah. Tanpa menunggu jawapan mak ifah, sarah terus masuk ke bilik untuk meletakkan beg sekolah serta mandi dan menukarkan pakaian untuk pergi menjual kuih seperti biasa.
MALAM HARI, Tengah khusyuk sarah menyiapkan kerja sekolah, terdengar bunyi kereta yang terhenti di depan rumahnya, sarah pun mengangkat kepala dan menyambung semula kerja sekolahnya, terbantut niat sarah untuk menyiapkan kerja sekolahnya kerana mendengar suara puan hani memberi salam.
"Alamak aduhh makcik hani datang sorang ke? ke dengan anak dia?ke dengan suami dia", resah sarah dalam hati dan mengelabah mencicit ke dapur setelah mak ifah menyuruhnya membuat air.
Tanpa lengah masa sarah pun mengangkat dulang dan sopan meletakkan air di lantai tanpa melihat wajah anak puan hani. "duduk lah keel, ani duduk lah", kata mak ifah.
‘keel??.. keel?', Dalam keadaan tekun menuang air dalam gelas telinga sarah tidak lepas juga mendengar nama lelaki itu. gelaran yang seakan akan dia.
"Ye makcik", dengan suara garau lelaki itu menjawab. Dengan lantas sarah mengangkat kepala setelah mendengar suara lelaki yang tak asing itu. tidak sempat dirinya berfikir positif, suara lelaki yang sangat ia camkan itu membuat dirinya resah gelisah.
“noo...noo ,no ,no ,no ,no..tak mungkin...", teriak sarah dalam hatinya. Muka sarah merah padam setelah dia dan shakeel bertatapan diantara satu sama lain. Sarah pun tanpa berlengah terus berlari masuk ke biliknya dan menutup pintu.
Sarah bersandar di sebalik pintu, ingin saja dia menjerit namun ibu dan makcik hani masih di ruang tamu. "Cikgu shakeel??????? cikgu shakeel yg akan nak amik aku jadi istri, AKU TAK BOLEH BRENN!!!!!!", kata sarah dalam hatinya lagi.
“Maafkan anak aku ni.. dia memang pemalu orangnya", kata mak ifah, terkejut melihat anaknya berjalan laju kebilik. Baru saja Puan hani hendak membuka mulut, shakeel sudah memotong dulu.
“takpe makcik.. anak makcik kat sekolah pun macam tu.. budak baik dan pemalu orangnya", sambil tersenyum shakeel dengan anak matanya melihat ke arah pintu bilik sarah.
Tidak lama selepas itu, sarah keluar setelah mak ifah menegurnya bahawa tidak elok anak dara duduk dalam bilik saja saat tetamu datang. Sarah mengambil nafas panjang dan duduk berhadapan dengan shakeel.
Share this novel