chapter 4

Romance Series 32262

Shakeel yang fokus pada handphonenya tiba tiba mengangkat kepala memandang sarah. Dengan laju sarah menundukkan kepalanya kerana malu dan takut.

‘Ni mesti dia fikir aku yang nak kawin sangat dengan dia ni', kesal sarah berkata dalam hatinya.

Puan hani tersenyum melihat gelagat sarah yang disedarinya dari tadi tunduk menunduk. “tak payah nak segan sangat nanti jadi suami istri dah, sarah jangan risau anak makcik ni baik” kata puan hani saling memandangi wajah anaknya dan sarah.

‘astaga, nak luruh jantung aku, ’ kemerahan wajahnya mendengar perkataan puan hani. sarah hanya tersenyum kelat. takut hendak melihat anak mata milik seseorang yang ia gelar cikgu di sekolahnya.

“keel.. bawak lah sarah tu berborak duduk dekat luar sana, kamu berdua nak dengar apa dekat sini, ” Tegur puan hani.

Berlainan pula dengan keadaan sarah, jantungnya serasa akan ingin keluar saat shakeel mengangguk perkataan ibunya dan mengisyaratkan sarah untuk berpindah tempat.

“kenapa?”,
“awak gugup ke? ,”

Tanya shakeel sengaja memecah kesunyian setelah beberapa minit mereka berpindah tempat tadi. “oh, err... ta—tak lah, ” jawab sarah. Anak tekaknya seperti tidak ingin mengeluarkan suara namun harus dipaksa.

Shakeel kembali diam, tunduk melihat handphonenya.

‘aku nak panggil pakcik ni apa, panggil abang kang macam tiber je, ’ Tanya sarah dalam hatinya dengan mencuri - curi lihat wajah shakeel. “ci—cikgu...taknak tanya apa apa ke?” tanya sarah, dia tidak tahu harus memanggil apa kerana lelaki ini cikgu disekolahnya yang bakal menjadi suami.

“Bila dah macam ni.. awak tak perlu panggil saya cikgu.. panggil saya dengan nama ke? atau panggilan yang awak selesa", jawab shakeel dengan selamba.

“s—saya tak reti...",

Shakeel menghembuskan nafas keluh. “hah alright..how bout this..awak saya ke or orang sana orang sini ke.. orang sana kalau ada apa apa nak cakap atau nak tanya orang sini silakan because i've nothing to ask bout u sarah.. saya dah tahu biodata awak, got it?", kata shakeel memandang sarah yang mengangguk anggukkan ayatnya.

“M—macam mana a—a—awak boleh jadi bakal suami sa—saya??", tanya sarah tanpa sedar. agaknya terlalu gemuruh, degup jantungnya juga dari tadi tidak henti laju.

Shakeel melihat sarah dengan wajah 1001 aneh. ‘soalan apa yang budak ni bagi...kenapa aku jadi bakal suami dia? habis tu? aku nak kena jawab apa.. aku cakap hal yang betul nanti kesian pulak dengan dia',

“saya tak tahu pilihan mama saya.. Dia nak carikan saya istri saya setujukan saja.. tak tahu pulak calon istri saya tu awak", jawab shakeel dengan cincai, namun memang ada betulnya.. Ibunya selalu sangat membebel bertanya soal perkahwinan.

“Be—berapa umur cik— a—awak", hampir tersasul akibat gugup berat.

‘memang betul betul serasa tua sangat aku ni bila budak ni cakap macam ni', shakeel memandang sarah yang hanya tinggi 155 cm sedangkan dia pulak hampir 180 cm.

“Umur saya 25 tahun.. awak tak geli ke? dengan orang tua?", Sakat shakeel. mana tahu setelah mendengar ayatnya ini, budak ni menangis meminta ibunya supaya tidak menjodohkan ia dengan orang yang jauh beza umur darinya.

“Saya s—serahkan semua keputusan pada mak saya",

Jawapan sarah mengelapkan aura shakeel yang hampir cerah.

Perbualan mereka habis disitu kerana sudah lewat malam. Melihat saja puan hani keluar dari pintu rumah, shakeel mengajak sarah dan menyuruhnya masuk ke rumah.

“fah.. aku balik dulu fah..kalau ada hal yang kurang kau bagitahu lah ya", kata puan hani bersalaman dengan kawan baiknya.

“lebih dari cukup dah ani, shakeel nama anak kau? shakeel.. makcik harap bila benda ni jadi kamu jagakan sarah ya..", kata mak ifah saat shakeel bersalam dengannya.

Shakeel hanya tersenyum mengangguk.

PAGI HARI seperti kebiasaan sarah sebelum pergi sekolah dia mencium tangan ibunya.

"Woi dah kenapa termenung dah jatuh cinta ke", sergah fina bertanya pada sarah. "Otak kau, mana ada aku termenung saja nak diam tengok tengok salah ke", jawab sarah dengan marah kerana terkejut disergah oleh fina. "Hahahaha iyolah akak oi termonung la anda sana", jawab fina sambil terbahak ketawa, Sarah hanya menjeling geram padanya.

Ketika sarah hendak ke tandas tiba tiba dia terserempak dengan Shakeel, kakinya jadi kaku ketika hendak melangkah kedepan. Tetap sarah memberanikan dirinya dan berlalu masuk ke tandas dan menghela nafas lega. ‘Yang aku ni macam berselisih dengan malaikat maut dah kenapa sampai nak lari, relax sarah buat macam biasa sudah lah', kata sarah dalam hati untuk menenangkan hatinya dan fikirannya.

"Sarah... SARAH QHAISHA", jerit cikgu siti. Sarah terkejut kerana namanya dipanggil dan terus berdiri "y....ye cikgu", jawab sarah terpinga pinga. "Dari haritu saya tengok awak asyik termenung kenapa? ", marah cikgu siti kepada sarah sambil memegang pinggang "putus cinta ke", marahnya lagi. Satu kelas ketawa dan sarah hanya tertunduk diam.

"SENYAP, sarah duduk lain kali jangan termenung lagi kalau saya mengajar", kata cikgu siti. "Baik cikgu', lantas sarah menjawab dan duduk.

"Kau okey ke tak ni", jerit fina sambil berjalan di tepi sarah. "Woi sakit telinga aku",jawab sarah dengan marah. "Hehe mana tau kau termenung lagi", jawab fina sambil tersengih. Sarah mencubitnya berkali kali dengan geram. "Okey okey, sorry, aww sakitt", kata fina sambil mengelak ketika sarah hendak mencubitnya lagi. Sarah tergelak "haa amik kau hahahah", kata sarah sambil mengejar fina yang cuba melarikan diri darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience