Chapter 7

Romance Series 32262

Sarah terbangun untuk solat subuh, mencari sosok tubuh milik shakeel sambil mengusap kelopak matanya. "Jap aku nak panggil apa ea pakcik ni", katanya dalam hati, "abang ke? Arhh lantak la", katanya lagi.

"Abang... Abang... Bangun solat subuh", sarah membangunkan shakeel. Shakeel tersedar “mm" dalam keadaan terpinga pinga hanya mengangguk dan mengambil air wuduk untuk solat bersama.

Selesai berdoa, sarah menghulur tangan nya untuk bersalaman dengan shakeel namun shakeel hanya sempat memandang tangannya seketika “takpe saya nak simpan wudhu saya", jawabnya singkat lalu melangkah keluar dari bilik.

‘mood pagi pagi ke macam mana pakcik ni', teka nya dalam hati.


Puan hani senyum lebar melihat dua pasang suami istri keluar dari bilik, Sarah tersenyum menarik kerusi lalu duduk. “keel, duduk lah sebelah isteri kamu tu..kita breakfast sama", kata puan hani.

Shakeel seperti sengaja melihat jam tangannya. “no ma..im late sebab nak jogging kejap ni", kata shakeel singkat dengan laju membawa langkah keluar. Nasib saja mak ifah masih di bilik mandi.

Mata puan hani sempat membesar tajam melihat shakeel lalu menggelengkan kepala namun riak itu dia tutup kerana sarah ada didepannya, jika tidak anak lelakinya itu sudah lama tangannya panjang mengubit.

“eh..suami kamu mana sarah?", sergah mak ifah yang keluar dari bilik mandi. “pergi jogging..memang kebiasaan dia pagi hari kalau cuti fah", jawab puan hani saat melihat sarah terkial kial hendak menjawab.

Sarah masuk ke bilik untuk melihat lihat kot ada barang lagi yang hendak dirinya kemas. ‘macam mana lah hidup aku lepas ni', detiknya dalam hati. Baru saja hendak melabuhkan punggung, terdengar tombol pintu bilik dibuka sarah kembali berdiri.

“awak kemas barang awak..kejap lagi lepas saya mandi..kita gerak", sergah shakeel dengan selamba masuk ke bilik. Mata sarah terbeliak melihat badan shakeel setelah sweaternya ia buka. Shakeel mendeham

“ehem..puas tengok ke? Saya tak tahu pulak mata budak sekolah pun gatal sampai nak keluar anak mata awak tu saya tengok", Perasan saat melihat mata sarah mengekori setiap sudut tubuh badannya. Ditegur begitu sarah langsung menunduk berjalan ke arah almari.

“epp..baju saya tak perlu kemas..sebab saya ada baju kat sana.. awak just kemas barang awak je.. double check make sure tak tertinggal apa apa", tambahnya lagi. Sarah hanya mengangguk diam.


“lauk semua barang dapur di rumah kamu tu jangan lupa belo shakeel", ucap puan hani. shakeel hanya mengangguk, sarah dan shakeel bersalaman dengan kedua ibu mereka sebelum berangkat.

"Nanti sarah pula masakkan untuk shakeel ye, sarah pandai masakkan? ", tanya puan hani setelah mencium pipi sarah. "Aa pandai ma", lantas sarah menjawab,Puan hani hanya tersenyum.

"mak jaga diri jangan lupa makan ubat"kata sarah kepada ibunya. "Kamu tu jaga suami dah jadi istri orang dah tu", tegur mak ifah kembali. Sarah mengangguk dan bersalam dengan ibunya dan ibu mertuanya.

Masuk saja dalam kereta sarah menyandarkan badannya ke kerusi kereta dan melihat diluar tingkap kereta. Sarah dan shakeel tidak berbicara masing masing diam membisu.

"Abang taknak beli apa apa dulu? ", tanya sarah untuk memecah kesunyian. Shakeel hanya mengeleng kepala dan fokus memandu kereta. "Sarah nak lelap sekejap ye", kata sarah dan tiada jawapan yang balas kembali. Sarah terus menutup mata dan tidur.

Sarah terbangun apa bila mendengar ketukan tingkap kereta. "Dah sampai, masuklah", kata shakeel kepada sarah. Barangnya pula hanya diberi semula pada sarah saat dirinya keluar dari perut kereta.

Sarah masuk kerumah dan melihat di sekeliling dan naik ke atas. "Depan ni bilik awak kalau ada apa apa awak cuma ketuk sahaja bilik saya", kata shakeel dan ingin masuk kedalam bilik nya.

"erm.. abang..i—itu je ke? abang takde nak makan? kalau nak sarah boleh tolong ma...",
shakeel menghentikan langkah dan memusing badannya "look saya berkawin dengan awak sebab mama saya, dan saya tak seberapa selesa but saya akan tanggung awak jangan risau awak buat saja apa yang awak nak buat, saya nak buat kerja saya", jawab Shakeel terus masuk ke bilik.

Sarah mengemas barang nya di biliknya dan berfikir "ok takpe aku faham, alah nanti biasa la tu", katanya kepada dirinya sendiri. Selepas penat menyusun barangnya sarah pun melelapkan mata sekejap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience