Chapter 9

Romance Series 32262

"Abang pergi mall kejap jum", Kata sarah setelah seminggu duduk bersama, Hari ini barulah shakeel ada dirumah. "Okey", singkat shakeel menjawab.

Sampai di mall, sarah membeli bahan untuk di masak "abang suka makan apa", tanya sarah. "Apa apa je" jawab shakeel selamba dengan anak matanya tidak lepas memandang handphone. Sarah hanya diam, ya lah mana tidaknya ditanya sepatah jawab sepatah, sudahnya sarah kehilangan idea untuk ajak berborak.

Habis dari membeli barang dapur, Mereka berdua hendak pulang kerumah namun handphone shakeel tiba tiba berbunyi, setelah melihat nama dari panggilan tersebut dirinya menyuruh sarah untuk masuk dulu ke dalam kereta.

‘Cakap dengan sapa ntah', Detik sarah dalam hati, Tidak lama kemudian shakeel masuk ke dalam kereta. “Saya hantar awak balik dulu ni sebab lepas ni saya nak kena keluar lagi", Kata shakeel tiba tiba.

“Sarah..tak boleh ikut sekali ke?", tanya sarah dengan agak perlahan. “Tak sebab saya ada hal kerja nak settle", jawab shakeel dengan singkat. Sarah mendiam lagi.

Tidak lama setelah memecut balik ke rumah, keluar saja sarah dari perut kereta, shakeel langsung pergi. ‘Nak salam pun tak sempat', Bisik hati kecil sarah lagi. Tidak mahu berfikiran negatif, sarah langsung masuk kerumah.

Sampai saja di kedai makan, Shakeel mengeluh berat. “Yus..kau tengok kawan kau sorang ni..mengeluh pulak kambing ni malam ni", kata Jefry kepada yusri memerli shakeel. “member kita sorang ni..itu lah..syarikat bapak dia besar gajah tu dia taknak uruskan padahal kerja duduk saje ha...member nak jadi cikgu..dah bagi jadi cikgu..mengeluh pulak", Yusri menambah perlikan dari jefry tadi. Shakeel mengerut dahinya.

“apa korang merepek ni...bukan soal kerja aku lah..kerja aku takde masalah pun...ini soal peribadi ha", jawab shakeel dengan sakit hati. Kawan nya itu ada ada saja!.

“Ha aku tahu..biar aku teka", kata Yusri.

“Mama kau suruh kau cepat kahwin lagii kannn", Tambahnya lagi, Kali ini diiringi dengan gelak sakan dari jefry jua.

“memang dah kawin dah pun", Jawab shakeel dengan malas. “ha kan aku dah kata kat kau...", Perkataan jefry terhenti disitu saja.

“hah? ja—jap..apa tadi..aku salah dengar ke?", Tanya yusri. Shakeel memandang yusri dan jefry secara bergiliran lalu menghembuskan nafas berat. “Yee aku dah kahwin", Sekali lagi shakeel menjawab malas.

“Ka—kau biar betul..kau tak cakap kat kitorang pun.. dengan siapa??..tak jemput pun...”, bertubi tubi soalan dari jefry dan yusri. Shakeel menjelaskan segalanya dari awal hingga akhir

Sarah melihat jam di dinding. ‘nak malam dah ni tak balik lagi', bisik hati kecil sarah. Sedari tadi kali ini masuk kali ke 3 sarah menghubungi shakeel namun suaminya itu tidak mengangkat telefon.

“Masak je lah..risau satgi kalau dia balik dengan lauk tak ada atas meja..naya aku kang kalau pakcik tu tanya kenapa aku tak masak", Bebelnya sendirian. Tapi seram juga duduk dirumah sorang sorang.

“Aku tak sangka...", ujar yusri setelah menghembuskan nafas panjang. “Shakeel..kau tak kena denda ke?", tanya jefry pula.

“Aku dah settle kan hal tu dengan mama aku sebelum aku dengan budak tu kahwin", jawab shakeel serta tangannya mengeluarkan handphone dari kocek seluar. “Sampai 3 kali budak ni call aku yus", Kata shakeel.

“Dia nak kau ambik dia kot", ucap yusri pula. “nak ambik apa nya..aku dah hantar dia kat rumah", Kata shakeel dengan tangan mengetik handphone nya.

“mana tidaknya budak tu call..ini dah nak masuk malam.. kau biarkan dia sorang sorang dekat rumah.. entah budak tu ada anxiety ke apa ke", potong jefry pula, kalini yusri mengangguk setuju.


Kecut pula perut shakeel membayangkan sarah dirumah. “eh aku balik dulu lah, risau aku budak tu pengsan karang", cepat cepat shakeel mengambil kunci keretanya.


“Kenapa awak tak angkat call saya?", tanya shakeel dalam keadaan masih berdiril tegak depan pintu setelah sarah membukakan pintu untuknya. “sa—sarah masak tadi.. handphone sarah letak atas meja..tak pegang..",

Belum sempat ayatnya di habiskan, shakeel lalu begitu saja dihadapannya.

"A—abang nak makan? sarah masak ni", tanya sarah menukar topik. Shakeel hanya mengelengkan kepala. “Alah abang makan lah.. sarah dah masak ni", Pinta sarah lagi.

“Awak makan lah..saya dah makan kat luar tadi..kalau rasa tak habis better buang je", selamba shakeel menjawab lalu naik ke bilik.

Terkilan benar sarah dengan perkataan shakeel hinggakan makanan yang ia masak tadi dibuang begitu saja, tidak berselera langsung sarah hendak makan.

"Nampak macam nak menghindar sungguh dari aku", katanya sendiri lagi. "Dia penat tu kot", kata sarah lagi.

Sarah tak mahu menganggu suaminya, Padahal jam baru saja pukul 7 malam sarah masuk ke bilik terlebih awal lalu melelapkan mata dalam keadaan perut kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience