"Apa yang aku patut buat eh",
Shakeel kehulur hilir dan memikirkan bagaimana lagi dia ingin membuat sarah jatuh cinta padanya lagi.
“balik rumah mak sekejap", tiba tiba sarah bersuara dari tangga. Shakeel menoleh kearahnya.
“boleh, tapi kenapa ada apa apa ke? ", tanya shakeel.
“eh salah ke saya nak balik rumah? Kalau awak taknak saya call fina je ni suruh dia dengan kakfana datang ambik! ",jawab sarah. Ya, seperti inilah sikap sarah jika sudah memandang shakeel seperti lelaki biasa biasa. Bukan hilang rasa hormat cuma dirinya tidak lagi menganggap shakeel sebagai lelaki pujaannya lagi.
‘amboi marah’, terkejut shakeel kerana ini kali pertamanya sarah menjawab bertubi tubi.
“abang tanya je sayang, okey jom jom kita pergi"lantas shakeel.
Sampai dirumah mak ifah sarah memberi salam dan mencium tangan ibunya. “mak hehehe", sengih sarah pada ibunya. Mak ifah menjentik manja dahi sarah, sudah tahu kedatangan anaknya ini kenapa.
“Senyum dengan mak je? manis manis untuk abang? takde?", usik shakeel mendekati sarah. Sarah hanya diam dengan sengaja buat buat sibuk ‘siku kang', geram sarah dalam hatinya.
“Keel. Tolong mak kejap",
Tak sempat shakeel hendak memeluk sarah, Suara mak ifah terdengar dari luar rumah.
“ye mak tolong apa? ", tanya shakeel dan keluar menuju ke arah ibu mertuanya.
“ini haa sarah nak makan buah rambutan ni, kamu tolong kumpul kan rambutan ni", kata mak ifah. Shakeel yang mendengar bahawa istrinya ingin rambutan, lekas dia mengumpul rambutan yang jatuh dan meletakkannya kedalam bakul. Sarah hanya melihat dari tingkap rumahnya.
(Ting!)
-sarah birthday aku ni tau, lupa kerr :(
Sarah tersenyum apabila melihat mesej dari kawannya.
-lupa apa? Aku balik rumah mak aku ni tau kejap lagi aku datang umah kau
“senyum sorang sorang mesej siapa agaknya", dengus shakeel dalam hati apa bila melihat istrinya mengalih pandangan nya yang tadi melihat dia mengumpul rambutan tiba tiba berubah arah.
(Ting!)
-hehehe cepat tau, sekarang pergi pun takpeXD
Sarah mengambil selendangnya dan mencalitkan sedikit lipstick dibibirnya. “awak, saya nak kerumah fina dulu", kata sarah pada shakeel.
“haa, abang nak ikut sayang”, rengek shakeel padanya.
“hmh takpayah lah,"
“mak sarah pergi rumah fina kejap mak", jerit sarah dan pergi ke rumah kawannya.
Cepat cepat sarah berjalan pergi ke rumah fina. Mak ifah hanya menggeleng kepala melihat tingkah sarah.
“Keel jangan risau, dia sambut birthday fina tu, kawannya", pujuk mak ifah. Shakeel hanya tersenyum diam.
Tidak lama kemudian.
“SARAHHHH!!!!!! ",
Sarah yang mencari fina tiba tiba mendengar seseorang menjerit memanggil namanya.
“FINAAAAA!!!! ”
“eee rindunya kat kau", lantas fina memeluk sarah. “eaaa haa kek mana kek", kata sarah sambil melihat disekeliling. “eee kau datang sini nak makan kek, bukan nak jumpa aku kan! ", geram fina pada sarah. “ada kat rumah kak fana, aku sambut birthday sekali dengan cukur jambul anak dia", kata fina lagi.
“ea ni kau nak pergi sana la ni? ", sarah bertanya padanya.
“haaa eh jom lah", jawab fina sambil menarik lengan sarah.
“yeyeye... Bawak bertenang bawak bertenang aku tak lari pun", balas sarah sambil ketawa.
Jam menunjukkan pukul 9.40 malam.
“fina balik meh", kata sarah. “ye, jap aku ambikkan makanan sikit. Sarah mengangguk, dia sedar bahawa ada sekumpulan makcik makcik yang melihatnya dan mengatakan nya.
“eh ni anak ifahkan yang kawin awal tu...",
“ish iya la tu, dan gatal sangat nak kawin awal agaknya", kata seorang makcik lagi.
“tak nampak pun suami dia, entah entah kena tinggal",
Sarah hanya diam dan mampu menadah telinganya sahaja. “suami dia kerja apa agaknya, entah entah tak boleh tampung dia",. Kata makcik itu lagi.
‘aduii makcik makcik, makcik urus je anak makcik yang melepak dengan jantan memalam, tak perlu nak tahu soal hidup orang aduiii', keluh sarah dalam hatinya.
“hah jom balik", Sergah fina.
“ish kauu terkejut aku", jawab sarah.
Sarah balik ke rumahnya tepat pada pukul 10.00 malam, masuk saja dirumahnya dia melihat suaminya berpeluk tubuh di depan biliknya.
“mak dekat rumah ma, sunyi ma cakap itu yang hantar kat sana lagipun rumah tak jauh",
Shakeel tiba tiba bersuara. Sarah hanya mengangguk. Kali ini sarah tidak terlalu takut mendengar suara shakeel yang bermodalkan aura tegas.
“kenapa tak bagitau abang kalau lewat balik", tanya shakeel.
“sambut birthday fina", kata sarah sambil melepaskan selendangnya.
“takkan tak pandai nak bagitahu abang, abang ada beli fone kan? takkan tak reti nak mesej!", katanya lagi.
“saya dah bagitau saya kerumah fina", jawab sarah lagi. Sarah ingin masuk kedalam biliknya tetapi lengannya ditahan oleh shakeel,
"sarah qhaisha binti adam", katanya lagi. Sarah mencerlungkan matanya kearah shakeel.
“hmm?”,
selamba sarah menjawab. Ingin pergi namun tangannya ditahan dari tadi. “panggil abang”, minta shakeel tiba tiba. Sarah mengerutkan dahinya. ‘apa pula ni...aduhh,’ keluh sarah.
“awak dah kenapa?,”
Mendengus kuat shaakel mendengar panggilan ‘AWAK' dimulut sarah. “panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya”,rungutnya lagi.
“yeee pakcik"
Shakeel mengerut dahi nya.
“abang",
“Pakcik!",
“A-B-A-N-G!",
“pakcik!!..P-A-K-C-I-K!",
“Pakcik, pakcik, pakcik..dah ketepi saya nak lalu", kata sarah dan melangkah kaki masuk ke biliknya. Shakeel kurang selesa dengan tingkah sarah yang agak kasar sekarang, Hatinya gugur.
‘Aku kasar sangat ke tadi?', soal sarah pada dirinya sendiri, Dia berbuat demikian agar shakeel tidak terlalu memikirkan tentang dirinya.
Mana tahu setelah melihat sarah banyak tingkah, shakeel sendiri yang akan melepaskan sarah tanpa sarah minta. Sarah menggeleng kepala lalu pergi ke bilik mandi.
Selesai mandi, sarah masuk ke bilik melihat shakeel yang menunggunya dari tadi. Sarah mengeluh tak berbunyi.
“Sayang..Abang nak betulkan hubungan kita..kalau sayang tetap macam ni, macam mana abang nak betulkan lagi?", Soal shakeel dengan nada lembut.
“tak perlu pun, saya patut bersyukur sebab awak dah nak tanggung saya, tapi saya malah berfikir kalau nak jadi is...”,
Shakeel memotong percakapan sarah dengan meletakkan tangannya di pipi sarah. “jangan cakap la macam tu please", bisik shakeel dengan lembut dan memandang anak mata sarah.
Air matanya mengalir disitu juga
“Abang yang salah..Abang tak pandang sikit pun apa yang sayang cuba usahakan sebelum ni..abang tahu..tapi abang mintak peluang kedua sayang",
Anak mata sarah dan shakeel lekat bertentang lama.
DUPDAPDUPDAPDUPDAP. Jantung sarah berkencang kuat.
“dah lah saya nak tidur", sarah cuba menenangkan dirinya.
Shakeel mengelus pipi lembut milik istrinya. “sayang....jangan asyik menghindar dari abang", Ucap shakeel, matanya berkaca. “abang tahu masih ada lagi kasih sayang sarah untuk abang", katanya lagi.
Sarah tidak mampu berkata apa apa kerana seperti kaku ketika dia melihat shakeel begitu.
“mata sayang cantik,... Abang rasa abang beruntung sebab dapat istri cantik, tapi abang bodoh, abang abaikan sayang, abang menghindar dari sayang...abang ke.... ",
Belum sempat dia hendak menyambung semula kata katanya. Sarah menepis tangan shakeel yang memegangnya dari tadi.
“apa yang awak cuba sampaikan sekarang ni? hah?..awak dah cakap saya macam tu...jadi tak perlu pun lah awak nak cakap semua ni pada saya”,bentaknya sedikit kuat.
“sayang ,abang tahu abang salah...abang minta maaf sayang...ya abang tahu susah bagi sayang nak maafkan abang tapi sekurangnya bagi la peluang kedua untuk abang...abang tahu abang tak patut macam tu sayang,” pintanya pada sarah. Sarah seolah olah tidak peduli pada airmata yang mengalir dipipinya.
melihat sarah berdiri terdiam, Shakeel memeluk erat dengan tangisannya yang tidak henti henti.
“sayang”,
panggil shakeel. sarah tidak merespon apa apa melainkan hanya diam melihat lantai.
“sayanggg”,
panggilnya lagi. kali ini tangisannya reda ,fikirnya sarah akan berlembut hati.
“saya nak tidur,”
kata sarah tiba tiba dengan tangannya menolak shakeel lalu baring di katil. Kali ini shakeel benar benar mati akal , sarah sudah langsung seperti tidak mempunyai perasaan padanya.
“abang tidur dengan sayang,” kata shakeel dengan suara yang agak perlahan. Shakeel membaringkan dirinya disebelah sarah dengan tangannya memeluk erat pinggang istrinya itu. Sarah hanya mendiamkan diri.
Share this novel
Hrp de smbungan cite ni…
Xde updte dh k?..hrp author truskn pnulisan ni
up lagi