Chapter 16

Romance Series 32262

PAGI subuh, shakeel terbangun mendengar azan. Dia pelik kenapa sarah tidak membangunkan nya

“dia dah solat ke? ", soal Shakeel dalam hati. shakeel membuka sedikit pintu bilik sarah dan melihat sarah tertidur mengunakan telekung lalu menutup semula pintu bilik. “tak kejutkan aku”, katanya lagi. Dia mengambil baju yang telah sarah letak didalam almarinya dan seperti biasa pergi bekerja.

Tengahari, sarah duduk disofa dengan matanya tertumpu melihat tv walaupun fikirannya melayang entah kemana. ‘Macam mana aku nak mintak lepas dengan dia eh, mak nanti pun satu hal', Pening memikirkan apa yang akan terjadi padanya di hari yang akan datang.

Jika ingin dikatakan, secara jujurnya walaupun umurnya masih muda namun dia mempunyai rasa sayang terhadap shakeel. Tapi apakan daya, lelaki itu sudah memiliki seseorang yang pernah berhubungan dengan nya, dia lah yang menganggu hubungan mereka.

(Tinggg!!)

Lamunan sarah diganggu oleh bunyi handphonenya.

(Sarah)

Habis saja membalas tiba tiba handphonenya berdering semula dan terletak nama fina di skrin handphonenya.

Fina: sarahh

Sarah:ye

Fina:kau okey tak ni?

Sarah:mmm

Fina:kau kenapa ni?

Sarah:takde lah,cuma ada masalah je sikit na

tak lama kemudian...

Sarah: fina, kau ambik aku kat rumah ni boleh? aku nak balik rumah mak aku...

Fina:pulaaa...kenapa cerita la dulu

Sarah:mmm, kalau kau tak boleh takpe lah

Fina:okey okey,aku ajak kak fana okey , tapi kau kena janji yang kau akan cerita nanti tau?

Sarah:okey.

Fina:kau siap siap lah

Sarah menutup handphone dah berkemas untuk balik ke rumah, sarah melepaskan cincin kawin mereka dan meletakkannya di atas meja solek. Setelah 40 minit sarah menunggu akhirnya fina dan kak fana sampai. Masuk saja dalam kereta sarah hanya memejam matanya.

“nanti aku jumpa kau kat umah okey?”, kata sarah ketika telah sampai kerumah ibunya. Awalnya dia singgah kerumah fina dengan perasaan sebak menceritakan dari awal hingga kini yang terjadi.

“yee, kau tenangkan diri kau dulu", pujuk fina sambil memeluk sarah. “aku balik dulu tau”, katanya lagi. Sarah hanya mengangguk.

Masuk saja dirumah, mak ifah terkejut melihat sarah datang. “Shakeel mana?", tanya mak ifah. Sarah tersenyum kelat dan mengatakan bahawa dia dan shakeel bergaduh sikit, sebab itu dia balik kerumah.

“hmm kamu ni”, keluh mak ifah. “mak jangan bagitau abang dulu ea sarah ada kat sini”,kata sarah yang sedang menahan air matanya. Mak ifah hanya mengangguk dan faham kenapa anaknya begitu.

Shakeel balik kerumah dan memberi salam. Tanpa menunggu jawapan shakeel terus menaiki anak tangga dan masuk kebiliknya. “dia dah tidur ke”,. “tak pernah dia nak tidur macam ni, selalu time ni tengok tv”. shakeel hairan kerana rumah terasa sunyi sepi.

“ehemm"

Shakeel sengaja mendeham berkali kali dan sengaja melewati bilik sarah berkali kali, pada akhirnya dia mengetuk pintu bilik sarah.

“saya nak keluar beli makanan, nak sekli ke? ", tanyanya.

Namun tiada balasan, berkali kali dia mengetuk pintu namun tiada balasan. Sudahnya dia membuka pintu bilik sarah dan melihat sarah tiada, ketika hendak menutup dia melihat cincin kawin mereka yang sarah letak di atas meja solek.

“hisy cincin kawin ni letak sebarang dah kenapa”, rungutnya dalam hati. Dia turun mencari sarah namun tetap tiada, dia melihat di rak kasut dan selipar, tiada selipar sarah disitu. “aduhh dia pergi mana ni", resahnya. Dia takut hendak bertanya pada ibunya puan hani kesudahannya dia hanya duduk di dalam bilik dan membelek belek cincin sarah.

Dia buntu untuk memikirkan kemana istrinya, kalau fikir keluar dengan kawan jam pun sudah lewat, tak mungkin dia keluar dengan kawannya selewat itu. “arh biarlah dia, dia yang nak keluar dari rumah”, kata shakeel.

“keluar dari rumah?”,

Shakeel tiba tiba membuka matanya lalu membawa langkah masuk ke bilik sarah. Bila dilihat lihat semula dia baru terperasan ditempat letak sejadah dan telekung sarah kosong,lantas dia membuka almari ,Kosong!.

‘dia pergi mana erhh...’,resah hati shakeel. Cepat cepat dia mencapai handphonenya dengan niat ingin menelefon sarah. ‘kang aku call nampak macam aku pulak terhegeh..arghh chat jelah’,bisik hatinya lagi.

(assalammualaikum..sarah , awak ada dekat mana?)

Shakeel membaringkan dirinya diatas katil milik sarah dengan mata terpejam. ‘dia pergi mana...,’ resah hatinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience