Hari ini sudah seminggu sarah dirumah ibunya. Sarah bangun terlebih dulu untuk solat subuh.
“Awak..bangun", kata sarah setelah selesai solat sendiri. Shakeel bangun dari tempat tidurnya lalu melangkah ke bilik mandi.
“Dah solat?", Tanya shakeel setelah mengambil wuduk, Sarah hanya mengangguk diam. Tidak ingin menganggu shakeel, Sarah pergi ke dapur.
Hampa perasaannya melihat sarah tidak solat bersama lagi. Malam tadi pun, niat hendak membuat sarah mengajaknya tidur bersama seperti yang sarah selalu inginkan namun terbantut melihat sarah menghamparkan tilam kecil dilantai besertakan selimut dan bantal untuk dirinya sendiri. Sudahnya dia menyuruh sarah yang tidur di katil sedangkan dirinya di tilam lantai.
"Mak,kami berdua balik dulu", kata shakeel sambil mencium tangan ibu mertuanya.
Sarah membuka pintu kereta dan masuk melihat keluar tingkap. “Ada nak singgah mana mana tak?", Tanya shakeel.
“Tak", jawab sarah singkat.
Shakeel seperti tak senang memandu, Sebelum ini sarah selalu mengajaknya berbual di dalam kereta, Sekarang bahkan hendak melelapkan mata seketika pun sarah sudah tidak memberitahunya lagi.
(Toktoktok)
Shakeel mengetuk pintu tingkap. Sarah bangun keluar dan menghiraukan kan shakeel didepannya. Sarah naik menuju kebilik dan mengantikan pakaiannya untuk turun dan makan.
Shakeel turun ke dapur untuk mengambil minuman tiba tiba melihat sarah yang duduk di meja makan. ‘Tengah makan?, tak panggil aku pun’, shakeel mendengus.
Shakeel sengaja mendeham dan membuka peti sejuk namun sarah hanya kaku di kerusi dan terus makan tanpa ingin menoleh belakang. Melihat sarah tidak menoleh, Shakeel naik ke atas semula.
Sarah bermain dengan sudu di tangannya perlahan lahan dia menyuap nasi di dalam mulutnya. ‘Daripada macam ni..baik berpisah, hubungan seolah tak ditakdirkan bersama, baik takpayah', keluh sarah dalam hatinya. Bukannya dia tidak selalu memikirkan hal ini, terlalu kerap cuma takut untuk bercakap.
“saya keluar dulu” kata shakeel setelah tidak lama ia turun tadi.
Shakeel mengambil kunci keretanya, sarah hanya mengangguk ketika lamunnya terhenti dengan suara garau itu.
Shakeel mula merasa janggal kerana sikap sarah tidak seperti biasa kepadanya, dia hanya memikir haruskah dia memujuknya? Tapi disaat mana dia berfikir seperti itu perasaan ego dan mengelak untuk akui bahawa dia mencintai sarah mulai mengacau dirinya.
“arhhhh”, dengusnya dalam hati.
Dia tidak faham dengan dirinya sendiri.
“kau sayangkan sarah?”,
Shakeel terkejut mendengar soalan itu lantas menoleh ke arah yusri. “aku dah berkali kali kata pada kau, aku tak cintakan dia! Aku hanya berniat nak tolong dia”,
“so apa masalah kau nak termenung jauh macam orang putus cinta",
Shakeel mengingat kembali percakapannya dengan yusri siang tadi. Wajahnya di raup berkali kali. ‘aku cinta dengan sarah’? “aku? Cinta sarah”, tanyanya kepada dirinya sendiri. Bahkan saat ini pun dirinya tidak sedar bahawa dia tidak kerap pulang lewat malam lagi kerana merisaukan sarah.
Sarah mengejutkan suaminya seperti biasa
“bangun, solat”kata sarah dan masuk ke biliknya semula setelah shakeel membuka mata. shakeel mendeham berkali kali agar didengar oleh sarah supaya menolongnya namun sarah tetap sama.
Sarah duduk di sofa ruang tamu dan ingin melelapkan mata.
(TINGG TONNGGG!!!!)
Sarah terkejut dan membuka pintu. Terlihat seorang perempuan dengan heel tinggi dan menggunakan baju seumpama tidak cukup kain, sarah hanya melihatnya dari atas hingga ke bawah. “wait you siapa? Akeel mana? ”, tanya perempuan itu.
“saya istri dia, dia masih dekat tempat kerja, Akak ni siapa? ada apa ye”, tanya sarah.
“wait huh? what did you say?..Isteri?", Perempuan itu seakan akan tak percaya. “Ye...awak siapa?", tanya sarah sekali kali namun kali ini dengan serius.
“i girlfriend shakeel", Dengan bangga perempuan itu menjawab. ‘budak ni mesti sepupu keel kot atleast', kata perempuan itu dalam hatinya.
Sarah diam terkilan sekali lagi, disituasi seperti ini, dirinya tidak tahu hendak berbuat apa. ‘Kalau girlfriend maksudnya orang yang kacau hubungan diorang dua ni...aku', Fikiran sarah mula bercelaru.
Bunyi kereta tiba tiba menghampiri depan rumahnya. “you buat apa dekat sini”, kata shakeel melangkah laju menghampiri perempuan itu sambil mengerutkan dahi.
“Keel..u dah lama tak jumpa i, i know benda yang lama tu, i salah but..please bagi lah i second chance", Kata perempuan itu dengan suara yang mengedik.
Sarah hanya menatap kosong dalam pandangan wanita itu. ‘lepas ni..baik aku mintak berpisah terus', kata hati sarah.
“awak uruskan lah dulu urusan awak dengan cik ni”, sarah laju berpaling arah.
“Eh u sini", kasar shakeel menarik pergelangan tangan perempuan itu. “Eh..aku ni tak pernah ada hubungan dengan kau tau, boleh tak jangan buat banyak orang salah faham", Kata shakeel.
“Keel...semua orang perlukan masa, tapi i sukakan u shakeel, please atleast bagi i peluang", Rayu perempuan itu dengan tidak ada malunya. Shakeel mula rimas
“eh, kau ni kawan natalia tau..Sebelum tangan aku ni naik kat muka kau baik kau blah, berambus sekarang", Dengan kasar shakeel membentak. Perempuan itu agak terkejut, sebelum ini tidak pernah shakeel semarah itu, sudahnya dia mendengus pergi dari rumah shakeel.
(TOK TOK TOK)
Shakeel mengetuk pintu bilik sarah. “Dia ada sentuh awak ke?", Tanya shakeel melihat sarah dari kepala hingga kaki, Sarah hanya menggeleng.
“Ehem..kalau takde apa apa..saya nak mandi..keluar makan, nak ikut?", Tanya shakeel menukar topik.
“Tak.. saya dah makan", Jawab sarah. “Saya tutup pintu dulu", Tambahnya lagi. Bukan apa, sarah tidak ingin shakeel melihat air matanya kembali bertakung. Sekarang, tingkah laku shakeel seolah membuatnya salah faham.
Tak berselera hendak makan diluar. Kali ini, shakeel hanya menapau makanannya untuk dibawa kerumah. Selalunya waktu inilah sarah akan sengaja mendekatinya diruang tamu dengan beralasan ingin melihat tv bersama namun kali ini dia pula lah yang menunggu langkah kaki sarah berbunyi mendekatinya.
Share this novel
baru padan dengan muka ko keel..sarah ko ajar dia sikit