(TOK TOK TOK!!!)
Sarah terkejut pintu biliknya di ketuk, dia membuka pintu "awak nak apa apa ke? Saya nak belikan makanan ni", tanya shakeel kepada sarah. "Eh kenapa taknak sarah masak je", tanya sarah lagi. “tak perlu saya lapar dah ni", jawab shakeel. "Aa kalau macam tu apa apa je la abang beli je", jawab sarah semula. shakeel sekadar mengangguk.
Sarah yang tidak tahu ingin berbuat apa terus duduk di sofa dan melihat tv tiba tiba bunyi kereta terdengar di depan rumah.
"Aa cikgu aku dah balik", kata sarah dalam hati. "Assalamualaikum", Shakeel memberi salam, sarah pun menjawab salamnya. "Ni nasi ayam penyek saya beli awak punya", kata Shakeel. Tanpa disuruh sarah mengambil pinggan dan meletakkan nya di meja, Tapi hairan shakeel hanya membawa satu tapau
“Abang punya mana?", tanya sarah. “Takpe saya dah makan dulu luar tadi.. awak makan lah.. saya nak mandi dulu", jawab shakeel tanpa melihat sarah.
Sarah mencuri curi memandang wajah shakeel. ‘dia taknak aku masak ke macam mana, ke memang dia lapar sungguh,arghh aku ni pun lalai betul’,teriak sarah dalam hatinya.
Kaki shakeel tiba tiba perlahan di tengah anak tangga saat melihat dirinya mendapat panggilan dari seseorang.
“hello", sapa shakeel dengan garau. “keel..aku dapat maklumat tentang dia", kata lelaki didalam telefon itu. “ketepikan hal tu dulu...besok kita jumpa..ada hal yang aku nak cakap dengan korang", balas shakeel dengan memandang ruang tamu setelah panggilan dimatikan. Shakeel mengeluh dengan menggeleng kepala.
Sunyi yang keterlaluan membuat sarah termenung, tiada fina untuk dirinya teman bercerita. Tidak lama kemudian, sarah bangun dan naik ke bilik namun bukan masuk ke biliknya, sarah mengetuk pintu bilik shakeel.
“kenapa?", tanya shakeel selamba.
“Sa—sarah boleh tidur dengan abang?",
“Sarah takut", ucap sarah yang hampir saja merengek pada shakeel. Shakeel memandang sarah dengan mata yang memandangnya keatas kebawah. ‘budak zaman sekarang memang gatal kuat sangat', cemuhnya dalam hati.
“Sarah qhaisha binti mohd adam..sekali ni je saya fahamkan..saya dah tetapkan rules supaya kita tidur asing..thats mean tiada pelanggaran dan dari situ awak dah faham bahawa saya tak selesa", kata shakeel panjang lebar. Sarah menunduk seketika namun tersenyum pahit pada shakeel.
“now saya ada banyak kerja..", ucap nya lalu menutup pintu. Wajah sarah mencuka, tidak tahu harus berbuat apa. Badannya cepat berpusing ke arah pintu bilik shakeel lagi saat mendengar bunyi pintu terbuka.
“Ni ambik.. no excuse untuk awak tolak..much better u have this..saya dah letak number saya dekat dalam ni dan number cikgu yang akan ajar awak dirumah ni nanti", Kata shakeel dengan panjang lebar sambil menghulurkan Handphone yang agak canggih kepada sarah.
“T—terima kasih...", balas sarah kerana tidak tahu ingin berkata apa. Belum sempat dirinya hendak bertanya lagi shakeel sudah menutup pintu. ‘ih tengok la perangai..kat sekolah kemain acah soleh man', geram sarah dalam hatinya. Matanya kembali memandang handphone itu sekalian membawa langkah kebilik.
Maaf min lambat update (╥﹏╥) ada family day.. btw enjoyy~ (◠‿◕)
Share this novel