chapter 2

Romance Series 32340

Shakeel hampir ternganga mendengar kata kata ibunya. “maa! mama biar betul ni ma.. budak budak kot tu! dahlah budak sekolah keel pulak!“, bangkang shakeel membantah permintaan ibunya.

“keel tak sayang mama kan? tak pernah sekali pun keel penuhi permintaan mama.. syarikat papa, keel taknak uruskan keel pilih nk jadi cikgu jugak, mama tak pernah tolak apa yang keel mintak!”, dengus puan Hani. sudah lama dirinya berteman dengan puan Sharifah, dia turut berduka melihat kawannya hidup tak jauh dari pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

“keel, mama tak minta banyak keel.. mama cuma harap kalini keel penuhi permintaan mama sebelum mama tutup mata”, tambahnya lagi. sengaja dia mengeluh begitu.

Shakeel melihat ibunya dengan pandangan yang tidak puas hati. sudah tidak ada jalan lain mama menggunakan final card untuk membungkam mulutnya.

“haishhh, baik! keel setuju tapi mama kena ikut syarat keel.. keel ceraikan budak tu bila umur dia dikategorikan sebagai orang dewasa.. which mean after she's turn to 18 keel akan ceraikan dia, mama jangan risau even lepas tu keel akan support pembelanjaan dia.. keel janji”, jawab shakeel diam beberapa minit.

Setelah melihat ibunya diam seketika, shakeel mengambil langkah untuk masuk ke bilik. ‘macam mana aku nak berdepan dengan budak tu, BUDAK pulak tu', merungut shakeel dalam hatinya. Terserlah kerutan didahinya, mana tidak! ibunya ini memandai saja, sudahlah umur jauh beza.

SARAH terus keluar mengunakan pintu belakang rumahnya dan pergi kerumah fina.

"Assalammualaikum.. Finaa... Ooo fina...fina...." Jerit sarah sambil mengetuk pintu rumah kawanya.

"Haaa oi... Oii.. Oiii..dah kenapa kau, tersampuk hantu ke?,' tanya fina sambil melihat sarah dari atas sampai bawah, tanpa mengatakan apa apa sarah pun terus masuk kedalam rumah fina dan menarik lengan fina masuk kedalam bilik untuk menceritanya apa yang dia baru saja dengar.

"Hahhhh.... Biar betul kau? " tanya fina dengan melihat riak wajah sarah seolah sedikit ragu. "Hmm buat apa aku nak tipu kau, aku sendiri yang dengar pun terkejut.. Tulah aku cerita ni", jawab sarah dengan mengeluh. "Itu aku tak tahu,sebab aku tak tau jawapan dia apa dekat situ.. Kau yang kena fikir sendiri pasal ni",. Jawab fina. “tapi best jugak mak kau kalau dia bagi kau kawin weh...kalau aku hah tak sempat aku sebut nama lelaki mak aku dah kejar aku sampai kota kinabalu sana”, tambahnya lagi.

“ihhhh kau nii haa...orang serius dia main main" bentak sarah pula dengan tangannya mencubit paha kanan fina. “eeee sakittt lah hahah...ya ya ya apa apa pun kau fikirlah ya soal tu...tapi benda belum pasti lagikan mak kau pun masih tak bagi jawapan" jawab fina. Sarah terdiam sejenak dengan raut wajah yang agak gelisah.

Balik saja dari rumah kawannya, sarah terus masuk bilik dan berfikir "kalau betul benda ni..aku taknak mak tanggung beban dah dengan aku yang macam ni..aku kena setuju ke?.. Arhhhhh!! ", dengus sarah dalam hati sambil mengigit kukunya.

Sarah masih berfikir tanpa dia sedar ibunya masuk dan memanggilnya. "Sarah sini kejap", kata mak ifah sambil duduk di tilam anaknya. Jantung sarah seumpama ingin meletup apa bila mak ifah memanggilnya, "aduhh sekarang ke nak cakap ni'. Resah sarah di dalam hati. "Ye mak', balasnya sambil menuju kearah mak ifah, "kenapa ni mak?", tanya sarah sedangkan dia tahu apa yang hendak ibunya sampaikan.

“petang tadi mak cakap ngan makcik hani kamu...kamu tahukan dengan duit kuih mak takdapat tampung kamu sarah sayang...dulu makcik dengan mak sekeluarga berpakat nak jodohkan anak kami tapi tak sangka anak dia sekarang umur pun dah 20tahun keatas...mak tak paksa kamu untuk fikir soal ni sarah cuma ini untuk masa depan sarah..sarah fahamkan apa yang mak sampaikan?”,tanya mak ifah cukup disitu, dia tahu anaknya itu akan mengerti setiap kias kata yang dibuatnya.

Dengan raut wajah yang tenang sarah tetap berdiam seketika lalu memandang semula wajah ibunya.

"sarah tak tahu nak cakap apa soal ni mak..tapi sarah tak kesah sebab sarah tahu duit kuih kita cukup untuk makan minum mana lagi barang sekolah sarah mak..sarah tahu..kalau itu boleh kurangkan sikit beban mak sarah okey mak", jawab sarah sambil memegang tangan ibunya. Mak ifah terus menarik sarah dan memeluk anaknya sambil ditemani dengan tangisan.

PAGI HARI seperti biasa sarah bagaikan tak cukup kaki "mak..orang pergi dulu ye", jerit sarah sambil memasang stoking dan kasutnya "hati hati, jangan balik lewat ye nanti', balas mak ifah sambil menghulur tangannya. Sarah pun dengan lantas mencium tangan mak ifah dan pergi ke sekolah.

"FINAAA TUNGGU AKUUUU!!!!!", jerit sarah setelah melihat kelibat kawannya. Fina menoleh dan berhenti menunggu sarah, " takpayah jerit, aku belum pekak lagi", jawab fina sambil menepuk dahi.

Masuk dalam kelas sarah pun meletakkan begnya dan duduk sambil berfikir "haih takpe lah.. Tapi aku mana kenal siapa anak makcik tu aduhhhhh...arhhh malas aku fikir", kata sarah dalam hati dan mendengus. Fina yang dengar sarah mendengus lantas mengangkat keningnya dan melihat sarah "kau dah kenapa", tanya fina. "Takde lah aku cuma fikir pasal semalam hmm", jawab sarah sambil mengerutkan dahinya.

“kau ni kut ya pun jangan la macam ni sangat aku ada sini bak lek sudah lah”, serlah fina menenangkan kawannya yang seorang ini. “hah kenapa je masalahnya ni?", tanya fina lagi.

“hmm kau tahukan family aku bukan orang senang , hasil jual kuih pun tak dapat nak biaya sekolah aku fin..jadi semalam tu aku cakap la ngan mak aku ,aku okey kalau itu boleh ringankan beban family sikit...kakak aku ikut ngan maklong aku...abang aku semua tak ingat nak balik ,lagi lagi dorng tak suka ngan aku...tapi masalahnya kat sini, aku ni pun satu jugak terus cakap je tanpa tanya macam mana orangnya..tua sangat ke...weii kalau tua sangat aku menangis weh sumpah”, jawabnya dengan suara agak sedikit menjerit.

“eh kau ni pun sarah...takkan lah mak kau nak biarkan anak dia kawin dengan orang tua...mak kau mesti dah tau anak makcik hani kau tu kan..so kau relax dulu..jangan fikir banyak sangat okey?...tunggu sampai mak kau cakap soalni lagi”, jawab fina.

Setelah mendengar ayat dari si fina, sarah pun sedikit terlihat lega dengan senyum kelat melihat wajah fina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience