Sarah mencium tangan ibunya, “mak..orang balik ea”, kata sarah kepada ibunya. Mak ifah tersenyum mengangguk.
“Sayang..kejap lagi kita singgah beli barang dapur nak",
“Buat apa?", Tanya sarah.
“Saja tambah barang dapur",
“Tak perlu lah..lagipun awak selalu makan luar, makanan kat rumah tu masih cukup banyak untuk saya sorang",
Hancur terkilan hati shakeel mendengar jawapan istrinya. Memang selama ini dia hanya membiarkan sarah makan berseorangan, memang patut sarah menjawab begitu.
Sudahnya shakeel memandu kereta menuju jalan pulang ke rumah.
“Sayang",
Panggil shakeel dengan lembut ingin mengelus tangan sarah. Belum sempat tangannya ingin menyentuh lagi, sarah sudah bangun dan seakan akan menepis pegangannya.
“Kita dah sampai..", kata shakeel namun suaranya perlahan. Terkedu melihat sarah yang benar benar sudah tidak sama seperti sebelum ini lagi. Tanpa menunggu shakeel, sarah keluar dan mengambil barangnya lalu melangkah laju menuju ke bilik.
‘Apa yang patut aku buat sekarang ni', Soal shakeel dalam hati. Dia tidak tahu bagaimana hendak memujuk sarah.
“Dah habis kemas barang?",
“Dah",
“Abang nak keluar ni..jom",
“Awak pergilah saya nak study",
Shakeel memperlihatkan bibir nya yang mencebik pada sarah.
“Alah..jom lah..taknak lah abang sorang sorang..Mana tahu kalau sayang ikut, ada benda yang nak dibeli ke apa ke",
“awak pergi la beli atau buat apa yang awak nak..saya nak belajar", selamba sarah menjawab. ‘untuk apa kau nak berlembut dengan aku sedangkan nanti kau akan ceraikan aku', keluh hati sarah.
Shakeel mengeluh lemah.
“okey abang keluar kejap beli bahan ye",
“betul taknak ikut?”,tanya nya lagi.
“Ye"
Dia menutup pintu bilik sarah kerana tiada jawapan.
“betul betul taknak ikut?”,
tiba tiba pintu biliknya disergah lagi oleh shakeel. Sarah mencerlung matanya seolah olah mahu membunuh lelaki itu.
"Okey abang tak jadi pergi", katanya lagi. “awak nak pergi awak pergi je la beli", jawab sarah tanpa melihat shakeel. “abang taknak pergi abang takut kalau abang pergi bila abang balik istri abang takde dekat rumah", kata muiz sambil melihat sarah. Sarah hanya diam menyepi
“abang order makanan je",
“nak apa apa tak?”,
“apa apa je", ringkas sarah membalas.
“Apa apa je? abang nak?",
Belum sempat tusukan tajam mata sarah menjerling shakeel, lelaki itu terlebih dulu menutup pintu bilik istrinya dan turun ke ruang tamu.
“sayangg!!... Sayanggg!! ”,
Shakeel memanggil istrinya sambil naik ke atas. “makanan dah sampai jom makan", katanya. Sarah tidak berkata apa apa hanya melangkah keluar dan turun kebawah sahaja.
Sarah mengambil makanan dan pergi ke meja makan dia tahu kalau shakeel selalu makan di sofa tapi tiba tiba shakeel duduk di tepi kerusinya dan membuka makanannya. Sarah kembali mengabaikannya, shakeel ingin menyuapkan nasi goreng kedalam mulut sarah.
“saya duduk dekat sofa dulu",
lantas sarah membawa makanannya ke sofa. ‘kalau nak ikut kat rumah ni taknak pun dia nak makan dengan aku..sekarang sibuk nak macam ni bagai dah kenapa,’bicara sarah pada dirinya sendiri
Setelah selesai menghabiskan satu suapan lagi sarah terus berdiri dan membuang bekas makanannya dan mencuci tangannya, sarah kembali duduk di sofa dalam keadaan menyandar.
“sayang tengok cerita apa",
“Saya naik atas dulu..saya mengantuk, Assalamualaikum",
Melihat shakeel mahu menghampiri nya, sarah langsung bangun dan membawa langkah masuk ke bilik.
Shakeel bersandar di sofa. Istrinya menghindarinya setiap kali dia mendekatinya sekarang. ‘arh ini rupanya...rsa dihindari dan diabaikan.... Sakittt!', Rintih shakeel dalam hatinya. Bodohnya dia sebelum ini kerana bersikap acuh tidak acuh kepada sarah, shakeel mulai menyesali sikapnya.
Dengan tiba tiba pintu bilik sarah dibuka, sarah yang hampir melelapkan mata tiba tiba terbuka, namun sarah tetap pada posisi nya.
Shakeel melangkah kaki masuk ke bilik sarah dan merebahkan badannya dikatil. “awak tidur dekat bilik awak", tiba tiba sarah bersuara. shakeel hanya mendiamkan diri , sarah pula kerana tidak ingin berlama menunggu ayat dari shakeel , lantas menjauhkan dirinya.
Hari ini masuk dua minggu sarah dingin dengannya, sungguh dia rindu pada sarah yang dulu, bermacam cara dia buat agar sarah seperti dulu tetap, Shakeel sendiri tidak faham akan perasaannya, namun dia merasakan kalau dia kesal dan rindu pada sarah.
Share this novel