PAGI sabtu, sarah bangun mendengar bunyi bising dari ibunya. “ha bangun dah.. cepat pergi mandi dan bersiap kejap lagi shakeel nak datang bawak kamu cari saiz baju”, kata mak ifah.
Sarah masih mamai sekalian dengan mengosok kelopak matanya. “hmm okay...", jawapan yang agak spontan tiba tiba berubah “hahh... mak.. kenapa mak tak bagitahu awal awal..cuba la bagitahu dari malam tadi ke apa ke..", tanya nya pula.
“makcik hani kamu baru je pagi tadi telefon mak ni ha katanya nanti shakeel nak bawak kamu pergi cari baju yang sesuai dengan size badan kamu", jawab mak ifah dengan kepala tergeleng geleng melihat anaknya yang mamai baru bangun tidur.
Cepat kaki sarah mengatur langkah ke bilik untuk mengambil kain tuala. “ish cikgu ni pun satu lah", sempat dirinya merungut.
Selesai berkemas sarah melihat shakeel yang berdiri didepan pintu menunggu dirinya, habis saja bersalam dengan mak ifah serta shakeel meminta izin, mereka berdua masuk kedalam kereta.
Sarah mengunakan bawal dan baju biasa, sedikit lipstik merah di bibirnya yang mungkil agar tidak terlihat seperti mayat hidup. “awak dah breakfast?", tanya shakeel selamba. Sarah mengeleng laju kepalanya. “jangan bagi bahasa badan dengan saya.. saya ni bawak kereta.. kena pandang depan bukan tepi", kata shakeel dengan tekun memandang jalan raya.
‘kalau tak pandang aku, macam mana tahu aku guna bahasa badan, atleast nampak kot', kata kata begini hanya berani sarah keluarkan didalam hatinya, risau jika menjawab begitu dirinya ditinggalkan ditepi jalan.
“t—tak sarapan lagi", Jawab sarah dengan singkat. ‘nak ajak aku dating makan ke?', fikir sarah lagi, ingin saja dia melihat wajah tampan lelaki itu namun anak matanya tidak berani melirik.
“oh"
‘oh??? oh???? cuma oh?? aik? kalau taknak ajak aku makan.. buat apa tanya? di ohh kan aje???? oh??', sebegitunya sekali pemikiran sarah. Malas untuk memikirkannya secara berlebihan, sarah membuang muka ke arah cermin tingkap kereta.
Leka melihat jalan, sarah tidak sedar destinasi mereka berhenti di depan sebuah kedai makan. “Biasa makan dekat luar? kalau tak.. saya tapaukan je, awak nak makan apa?", Tanya shakeel setelah enjin kereta dimatikan.
“tak", jawab sarah serta menggelengkan kepala. “t—tapi takpelah.. kat rumah nanti saya boleh makan.....", tidak berani menyambung ayat kerana mata shakeel sudah mengecil mendengar jawapannya.
“kalau kita memang sekejap macam yang di rencanakan takpe jugak... ini entah entah minyak habis ke..kereta rosak tengah jalan ke...dengan awak pulak kurus macam ni tak makan lagi nanti silap masa boleh pengsan dalam kereta saya.. saya takde masa nak urus kereta serta uruskan awak.. dah cepat... jangan buang masa saya.. awak nak saya tapau apa?", nah rasakan sekali mahu lebar panjang jawab yang besertakan soalan.
“Makanan apa apa je saya okay, air teh bunga tu je", jawab sarah dengan pasrah, tidak berani pula dia beradu mulut dengan cikgu disekolahnya itu. Tak lama setelah sarah menjawab, shakeel keluar dari kereta.
“elehhhhh..kereta rosak lah apa lah.. memang sengaja je nak cari titik salah aku.. kereta dia terjaga kot..huh!", bebel sarah sendirian setelah melihat bayang shakeel masuk ke dalam kedai makan.
Shakeel kembali dengan tangannya membawa bungkusan tapau serta air teh bunga yang sama persis seperti sarah inginkan.
“lepas kita kahwin saya hanya boleh bagi awak home school sahaja, saya harap awak faham benda tu kenapa", kata shakeel setelah menghidupkan enjin kereta. Sarah hanya mengangguk, Dia tahu soal itu namun apakan daya, dia sudah menyerahkan segala keputusan untuk ibunya.
Selesai dengan hal di butik pengantin, sampai saja dirumah puan hani, mulutnya ternganga melihat semua barang telah disediakan. Majlis kawin mereka dilakukan secara tertutup agar tidak mendatangkan fitnah pada orang lain.
Dia perasan ada mata yang memandangnya lama bila dia melihat shakeel lagi, shakeel mengalih pandangannya. "Sarah takda apa yang sarah nak? ", tanya puan hani kepada sarah. Sarah hanya mengeleng kepala dan tersenyum.
Malam itu, jari jemari sarah di hiasi dengan inai. "Jadi istri yang dengar cakap suami bila dah kawin nanti", tegur mak ifah kepada anaknya. Sarah tersenyum dan mengangguk tetapi hatinya tiada siapa yang tahu selain Allah S.W.T.
Habis makan sarah tidur di dalam bilik yang disediakan untuknya. Pada masa sama dia berfikir, "aku nanti dah nak kawin jadi aku kena layan dia sebagai suami aku", kata sarah dalam hatinya "tapi dia terima ke aku", tanyanya lagi pada diri sendiri. ", takpe sarah kau buat ni sebab mak kau, kau taknak susahkan dia, fuhh okey aku buat ni untuk mak", lantas sarah berkata pada dirinya sendiri dan memejam matanya.
Share this novel