Chapter 17

Romance Series 32262

Petang itu, Shakeel cepat cepat balik kerumah dan berfikir mungkin istrinya sudah ada dirumah namun kecewa, sarah tiada. Pagi tadi dia tertunggang langgang ketika hendak pergi kerja, bahkan dia bertanya pada fina, sarah ada datang kerumahnya ke? Namun fina hanya mengeleng kepala dan pergi.

Dengan perlahan shakeel membawa langkahnya untuk naik kebilik. Sampai saja dibilik dia merebahkan dirinya diatas katil dan mengambil handphone nya, dia mencuba untuk menghubungi istrinya namun tiada jawapan. “dia tidur dekat hotel ke?",. Tak mungkin untuk sarah tidur dekat hotel kerana sarah tidak tahu akan hal hal seperti itu.

Kepala shakeel didatangi dengan banyak soalan.

Sarah menolong ibunya memasak di dapur, dan mula menerima bahwa dia bersedia jika shakeel memang ingin menceraikannya, untuk apa membina rumah tangga tapi tidak saling mencintai. Sarah telah berserah pada yang maha mengetahui.

Selepas seminggu sarah tak balik kerumah shakeel, sarah terkadang mengurung dirinya. Berkali kali mak ifah memujuknya agar balik, namun sarah berkeras hati untuk tinggal bersama mak ifah. Sarah sedar rumah tangga yang dibina bukanlah teguh benar. Bila bila masa saja boleh runtuh menyembah bumi.

Malam hari, shakeel kehulur hilir, dia seperti kucing hilang anak setelah seminggu sarah tidak balik kerumah. Hendak bertanya mamanya makin banyak soalan nanti. Arhhhhh! Apa yang harus di buat?, “rumah mak!”, tiba tiba shakeel berkata begitu. “dia takkan berani nak pergi tempat lain selain dari rumah mak”, kata shakeel lagi.

Shakeel mengemas beberapa baju dan pergi kerumah ibu mertuanya. Sampai saja didepan rumah dia melihat selipar sarah, lantas dia menghembus nafas lega.

“Assalammualaikum", Ringan rasa hatinya kali ini.

“Shakeel, naik lah nak”, pelawa mak ifah kepada shakeel. shakeel mengangguk dalam mencium tangan ibu mertuanya lalu masuk kerumah.

Sarah yang tengah memasak tiba tiba mendengar bunyi kereta dan suara yang tidak asing, namun dia tidak memperdulikannya.

“sarah ada kat dapur tengah masak”, kata mak ifah kerana melihat shakeel seperti mencarinya. shakeel mengangguk dan membiarkan sarah kerana tidak ingin menganggunya masak. Setelah sarah menyiapkan pinggan dan makanan di lantai dia mengambil gelas.

“Shakeel duduk lah makan sekali", kata mak ifah.

Shakeel terpegun melihat sarah kerana sarah tidak pernah memakai baju t shirt dan kain kurung dirumah mereka.

‘comel...', puji shakeel didalam hati ketika melihat sarah, sarah menyelitkan sepit rambut di tepi rambutnya, itu cukup untuk membuat kecomelannya terserlah. Sarah hanya mengabaikan nya dan kembali duduk.

‘Aku nak kena jawab apa ni nanti...nak mintak berpisah terus ke', tanya sarah dalam hatinya. Shakeel duduk bersila ditepi sarah dan mengambil nasi serta lauk yang sarah masak.

Jantung sarah bagaikan terkena tusukan melihat shakeel baru menyantap makanan yang di masaknya. ‘untuk apa sekali pun dia makan, semua benda ni cuma berlakon je depan mak', rintih hati kecil sarah.

Selesai makan dan habis mencuci pinggan dan mangkuk sarah masuk kebilik dia melihat Shakeel sedang duduk ditepi tingkap dan mengabaikan nya, sarah hanya mengambil beg yang berisi pakaiannya untuk mengeluarkannya dan mengantungnya dengan rapi.

Sarah mendengar langkah shakeel ingin mendekat, jantungnya berdegup kencang,takut.

Perlahan langkah shakeel menghampiri badan belakang sarah, Hinggakan nafas miliknya pun sarah dengar agak jelas.

Sarah lantas melarikan diri saat badan shakeel hampir begitu rapat dengannya. Sarah masuk ke bilik mandi. Air mata yang bertakung akhirnya jatuh ke pipi ‘Jangan siksa perasaan aku, jangan buat aku salah faham, tolong lah', Rintih sarah dalam hatinya. Sakit.


Shakeel mengangkat kepalanya mendongak ke siling atas. Tak ia sedari air matanya jatuh, Sekarang dia memang sedar akan kesalahan diri nya namun masih tidak tahu bagaimana hendak menurunkan rasa ego.

Setelah lama di bilik mandi. Sarah keluar lalu masuk ke bilik, Melihat shakeel duduk di katil yang seakan akan menanti sarah.

tingkah sarah yang menghampar tilam ke lantai membuat shakeel mengeluh kecewa.

“Sarah tidur dekat atas, abang tidur sini",

Sarah hanya pekak kan telinga lalu menghindar dari terlalu rapat dengan shakeel.

Malam ni min update banyak chapter sikit? enjoy!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience