Chapter 6

Romance Series 32262

SARAH bangun pada waktu subuh kerana hendak solat. Dia keluar untuk mengambil air wuduk tiba tiba didapur dia melihat shakeel duduk di kerusi sambil berpeluk tubuh.

Shakeel mengangkat kepala ketika mendengar langkah seseorang semakin mendekat dan pada waktu sama mereka saling bertentang mata seketika, sarah pun terus mengalih pandangan nya dan terus ke bilik mandi dan mengambil air wuduk.

Selepas habis solat mak ifah memanggil sarah, sarah pun keluar dengan keadaan yang masih menggunakan telekung. "Cuba ni kat jari manis kejap cun ke tak", kata mak ifah sambil menghulur cincin.

"Cuba? Sekarang ke?", tanya sarah terpinga pinga.

"Ye cuba je takut nak cun", jawab mak ifah. Sarah pun tanpa membuang masa, dia mencuba cincin kawinnya dengan Shakeel nanti. "Alhamdulillah cun", serentak mak ifah dan puan hani berkata. Sarah terus meminta izin masuk ke bilik semula dan menyiapkan dirinya.

Imam dan yang lain telah pun tiba. Sarah terlihat cantik saat menggunakan baju pengantin berwarna putih dengan tangannya dihiasi inai.

Tok imam dan Shakeel berjabat tangan "aku nikahkan akan dikau dengan SARAH QHAISHA yang berwalikan aku dengan mas kawinnya sebanyak rm2500 ringgit tunai", kata imam.


"Aku terima nikahnya SARAH QHAISHA yang berwalikan tok imam dengan mas kawin sebanyak rm2500 ringgit tunai", jawab shakeel, lelaki yang bakal menjadi suami sarah qhaisha. Sesudahnya perkataan sah disebut muiz menghampiri sarah untuk menyarungkan cincin, ketika hendak menyarungkan cincin sarah cuba untuk tidak mengegarkan tangan nya kerana gugup.


"Cium dahi istri tu", kata wanita yang telah bergelar sebagai mak mertua sarah. Shakeel memandang ibunya terus memusing kepalanya kembali ke sarah dan mencium dahi sarah yang telah menjadi istrinya.

Habis saja majlisnya, sarah terus mandi dan mengantikan pakaian untuk kedapur menolong puan hani masak. "Mama harap sarah dapat biasakan diri dengan dia nanti", tegur puan hani kepada sarah. Sarah hanya tersenyum.

"Dah kenapa la malam cepat sangat nak ada", kesal sarah dalam hati. Jari manis yang cantik dihiasi dengan cincin puas ia belek.

“Besok kita balik rumah saya.. dan mulai besok awak start home school, saya dah prepare apa yang patut", kata kata itu keluar dari mulut shakeel sebaik saja dirinya masuk ke bilik.

“baik, saya nak borak dengan mak sekejap", tak biasa pula dirinya bila shakeel sudah masuk ke bilik. Shakeel hanya mengangguk iya.

“Sarah? tak tido lagi?", tanya mak ifah saat melihat sarah datang menuju ke arahnya. “tak lagi mak, orang belum ngantuk", langsung sarah duduk bersebelahan dengan mak ifah di sofa.

“kenapa? tak selesa?",

Sarah diam mendengar pertanyaan ibunya. dirinya memang belum terbiasa kerana semua hal terjadi secara tiba tiba. “orang belum terbiasa mak, nanti kalau dah terbiasa, orang okay je", jawab sarah

“ye lah, sudah. kamu pergi masuk bilik sana borak dengan shakeel..yang kamu datang kat mak ni dah kenapa?", mak ifah tahu sebenarnya cuma sengaja bertanya soalan begitu.

“ish.. mak ni..halau orang pulak..orang nak manja manja dengan mak lah", selamba jawapan sarah.

“ha..tak payah ye.. tak pernah pernah nak cakap bermanja lah apa lah..jam dah lewat ni sarah.. pergi lah borak dengan shakeel tu..biasakan diri dengan dia..mak tahu anak mak ni dah pandai berfikir.. mak harap kamu dengar cakap suami..tahu?", kata mak ifah panjang lebar.

Sarah tidak dapat berkata banyak, Ibunya sudah mulai ingin memberi tazkirah pula. “yelah, sarah masuk bilik dulu ya", jawab sarah lalu membawa langkah masuk ke bilik kembali , Namun sengaja ia berjalan dengan perlahan. ‘masuk ni kena bagi salam ker? ke ketuk? ah gas lah',

Sarah membuka pintu bilik milik shakeel , ya di dalam bilik itu sudah dihiasi dengan segala lambang hati sebagai aura romantik. Hal hal sebegini sengaja dihias oleh puan hani.

"Awak tidur dekat katil, saya tidur di sofa", sergah shakeel kepada sarah. ‘belum melangkah masuk kaki aku ni ha', bisik hati kecil sarah. mana tidak, baru saja dirinya membuka pintu shakeel sudah bercakap dulu dengan nya.

“baik" jawab sarah singkat.

“Dekat rumah saya nanti.. kita asing bilik..saya pesan awal awal bila dah duduk rumah saya.. saya beli barang dapur untuk awak makan.. soal saya bila saya makan bila saya keluar saya harap awak tak masuk campur", kata shakeel sambil anak matanya leka di laptop dengan jari yang tidak berhenti mengutak ngatik.

Sarah mengangguk namun anak mata shakeel tajam menusuk dirinya. “ah....baik", jawab sarah lagi. ‘heh, cerewet, biyau je la aku nak guna bahasa badan', geram sarah dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience