chapter 13

Romance Series 32262

Sarah keluar mengunakan telekung dan mengemas baju suaminya. Dalam masa yang sama shakeel terbangun kembali dan melihat istrinya ‘guna telekung.. Dia dah solat ke tadi', tanya shakeel dalam hatinya. shakeel seperti merasa bahawa sarah tiba tiba lain walaupun begitu dia hanya membiarkannya saja.


Baju kerja shakeel kini tidak lagi sarah seterika di bilik shakeel namun di ruang tamu. Shakeel turun kebawah, sengaja pula kali ini dirinya melihat tv, Tidak lama pun shakeel duduk disitu, sarah sudah siap mengemas baju shakeel lalu naik ke atas.

‘Selalunya bercakap je dengan aku', detik shakeel dalam hatinya.

shakeel naik keatas untuk mengambil bajunya yang telah sarah rapikan, bersedia melihat ke dalam ruangan bilik bahawa sarah sedang membawakan baju untuknya namun baju kerja shakeel hanya tergantung rapi di hanger.

Tiba tiba pula perasaan shakeel kecewa. ‘apahal dengan aku harini', dengus shakeel dalam hati. shakeel pun sengaja membunyikan langkahnya agar sarah keluar dan mengatur lengan baju nya namun tiada respon. Tanpa berfikir panjang shakeel pun pergi bekerja.

Sarah bangun untuk mandi dan mengemas barang seperti biasa.

(Ting tonggg!!!)

"Assalammualaikum", suara perempuan memberi salam. Sarah yang tidak asing dengan suara itu dari dapur terus melangkah laju ke arah pintu "makk, mama", jerit sarah dengan senyum.

"Tak cakap pun nak datang kalau tak sarah masak dah tadi", kata sarah sambil mencium tangan kedua ibunya. "Alah tak payah susah susah, saja je datang ni", jawab mak ifah.

"Ni sarah shakeel mana? ", tanya puan hani.

"Dia kerja ma..petang kejap nanti baru dia balik", jawab sarah. "Kejap ea sarah nak buat air", kata sarah sambil mempelawakan ibu mertuanya dan emak nya untuk duduk.

‘Aku nak kena bagitau ke ma dengan mak datang...ah bagitahu je lah', ucap sarah di dalam hati lalu mengeluarkan handphone.

[Assalamualaikum, mak dengan mama datang]

Lantak lah jika shakeel hendak merespon atau tidak, kerana selalunya shakeel tidak pernah membalas mesej yang dihantar oleh sarah.

Sarah membawa minuman dan makanan ringan ke ruang tamu.

(TING!)

Tersenyum shakeel melihat nama sarah muncul di skrin handphone nya. ‘ni mesti nak tanya aku dah makan ke tak...balas lah biar dia terkejut sikit', detik hati kecil shakeel.

Senyumnya tiba tiba kelat membaca pesanan sarah. ‘ini je? singkat ni je?', tanya hati kecilnya lagi, ibu jari shakeel menolak narik keatas dan kebawah skrin handphonenya untuk membandingkan mesej sarah yang sebelum ini. Shakeel melihat jam tangannya, sekarang waktu sesuai untuk dirinya pulang dengan cepat shakeel mengemas barang kerjanya.

Terdengar bunyi kereta dihadapan rumah. “ha bunyi kereta tu sarah, entah shakeel agaknya", kata puan hani. “jap ea ma", jawab sarah lalu berjalan menghampiri pintu.

Melihat badan shakeel keluar dari kereta, Sarah kembali ke ruang tamu, Tidak ingin bertentangan mata dengan shakeel atau bersentuhan kulit.

“Assalammualaikum", Shakeel bersalam dengan kedua ibunya. Berkerut dahi mak ifah melihat gelagat sarah, Sekejap tadi berdiri setelah datang semula dan duduk pula, sekarang berdiri lagi pergi ke dapur.

“Panjang umur, kami baru je nak tanya soal kamu tadi... Waalaikumussalam ", jawab mak ifah.

"Naik atas sekejap ye ma, mak", sopan shakeel berkata setelah melihat sarah menaiki anak tangga. Hairan sosok tubuh sarah tidak menghampirinya kali ini, ‘mungkin ada ma dengan mak kot', detiknya dalam hati.

Sarah duduk di sebelah ibunya, mak ifah.

"Mak kalau orang nak balik kejap sana teman mak boleh tak", tanya sarah sambil melentokkan kepalanya dilengan ibunya. Puan hani senyum "boleh, mintak izin shakeel dulu", jawab puan hani lembut.

“Boleh je ma.. nanti keel hantarkan sarah", tiba tiba shakeel menjawab dari anak tangga, Mata shakeel lekat memandang wajah sarah. Sengaja sarah tidak memandangnya.

Selesai berborak puan hani dan mak ifah pulang terlebih dahulu. Sarah masih di atas mengemas barang yang hendak dibawanya pulang.

Shakeel mengetuk pintu bilik sarah yang terbuka luas. “Saya nak tanya ni",

Hanya sekilas saja sarah mengangkat kepala kerana bunyi ketukan. “Awak duduk dengan mak berapa lama?", tanya shakeel. Betul betul hairan dia dengan sikap sarah hari ini.

“seminggu", Singkat sarah menjawab.

‘Pandang pun tak...ke dia dengar sebenarnya ni', detik hati kecil shakeel. “ehem..kalau macam tu apa apa nanti inform kat saya, saya tunggu kat bawah", Kata shakeel lekat memandang sarah yang hanya sibuk dengan pakaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience