6 bulan telah pun berlalu, sarah tetap melalukan kerjanya sebagai seorang istri. Terkadang kesal akan sikap suaminya tetapi sarah tidak berhenti mencuba.
"Assalammualaikum, shakeel! ", terdengar suara seorang lelaki yang mengetuk pintu rumah. "Awak sediakan air kawan saya datang", suruh shakeel yang menuju ke pintu. Sarah membuat air dan mencuri lihat kawan dan suaminya sedang berborak.
"Hah yusri, minum lah", pelawa shakeel kepada yusri. "Haa ye ye, ni istri kau ke... Cantik orangnya", puji yusri. shakeel hanya tersenyum dan sarah berlalu pergi untuk naik keatas.
(TINGG!!!!) tiba tiba handphone sarah berbunyi
(Awak buat apa kat atas turun lah sini, apa pula kata kawan saya ni nanti)
"Aikk takpernah pernah nak mesej aku", . Sarah tergelak kerana shakeel bertingkah seperti budak kecil. Sarah turun semula ke ruang tamu dan memberi senyum kepada mereka berdua.
"Korang berdua macam mana dekat sini, okey ke", tanya yusri kepada shakeel sambil melihat sarah dan shakeel berkali kali. "Okey je kat sini", lantas shakeel menjawab. Yusri hanya mengangguk kepalanya.
"Elok la tu ada jugak yang nak jaga makan minum kau, nanti kalau dah ada baby bagitau aku", sakat yusri. Muka sarah terpadam merah kerana malu hanya tersenyum kelat. Shakeel menjeling tajam ke arah yusri.
"Okey lah, aku balik dulu", kata yusri sambil bersalaman dengan shakeel. Hampir setiap sudut dan sisi bumi dibahas shakeel dan yusri.
"Abang tu kawan rapat abang ke", tanya sarah. Shakeel hanya mengangguk dan melangkah kaki untuk menaiki tangga untuk masuk ke dalam biliknya.
"Abang kita dah 6 bulan, abang masih tak selesa lagi dengan sarah ke,tidur pun dari awal sampai sekarang tak sebilik,makan yang sarah nak buat pun abang taknak..kenapa abang?", kata sarah kerana melihat tingkah suaminya yang hanya mesra ketika ada orang sahaja. shakeel memusing semula badannya kearah sarah
"SARAH QHAISHA dari awal saya dah kata, saya hanya akan tanggung awak sahaja", bentak shakeel sambil menaiki anak tangga. Sarah terkejut "aduhh aku buat dia marah ke ni", kata sarah dalam hatinya.
Sarah mencuba untuk meminta maaf pada shakeel dengan membuatnya air coffee. Tiba saja sarah di ruang kerja shakeel, tanpa sengaja sarah mendengar shakeel bercakap dengan kawannya. "Ahh aku cuma tanggung dia je yusri..kau la ni memandai cakap macam tu tadi..karang budak tu bayang entah apa apa", Dengus shakeel.
“eee aku tak faham kau tahu...kenapa dia kena belagak macam tu sangat...padahal dia tu mentah lagi kau tahu...masih budak kecik...lepas tu nak acah jadi istri lah sangat depan aku”,ucap shakeel dengan wajah kesalnya.
‹kau ni keel...dia tu dah remaja mesti la dia tahu..lagi pun benda dia buat sebab dah memang harus...kau cuba slow slow terima dia ,kau tak boleh ke›
“eeehhhh..memang tak lah okey...dia yang terhegeh hegeh nak buat ini nak buat itu...padahal aku tak suruh pun dia buat pape...lepas tu nak ajak aku makan lah ,entah apa yang dia taruh dalam makanan tu pun aku tak tahu”, jawab shakeel lagi.
‹kau tu yang berfikir macam budak budak sekarang ni...haihh...aku dah tak tahu nak cakap macam mana dengan kau...ikut kau lah shakeel...rumah tangga kau, pandai pandai kau lah ya›
“alah yang kau dengar ni baru soal makanan ,belum lagi soal dia yang duk nak tidur sama dengan aku lah apa lah,eyy dia tak ada maruah ke macam mana?”,tekan shakeel sedikit kuat.
‹kau ni...dah dia istri kau...memang dia tanya lah...dah dah›
"Aku tak mintak pun dia nak buat itu ini untuk aku", katanya lagi. "Lepas habis saja dia belajar dan masuk u nanti aku akan ceraikan dia tapi aku masih akan bagi dia duit belanja, aku kawin dengan dia pun sebab kesian", kata shakeel tanpa dia ketahui bahwa seseorang mendengar apa yang dia katakan.
Hal yang didengari sarah bagaikan pisau berkarat menusuk perlahan di dadanya. sakit!.
Selama ini bukannya ia tidak tahu, ya memang dirinya sudah tahu segala hal itu namun mengingatkan dirinya adalah seorang istri, tidak lupa juga dengan pesanan mak ifah. Namun apa yang ia dengar saat ini membuat perasaannya benar benar hancur, Shakeel seolah membuat aib rumah tangga mereka.
“A—abang",
Sarah mengetuk pintu dan melangkah masuk seperti tidak mendengarkan apa apa. "Ni coffee", singkat sarah berkata. "Tunggu", tahan shakeel ketika sarah hendak keluar. "Awak ada dengar apa apa ke tadi", ragu shakeel kerana takut sarah mendengar kata kata kejamnya. Sarah hanya mengeleng kepala dan bertingkah seolah memang tidak mendengarkan apa apa dan berlalu menaiki tangga.
SARAH perlahan menutup pintu biliknya tanpa dia sedar air matanya membasahi pipinya. "Aku yang terhegeh",. "Aku yang itu ini", aku? aku takde maruah?”, Keadaan nya saat ini hanya mampu menangis bisu dengan menutup mulutnya sendiri. Sarah menutup mata setelah hampir tenang
‘aku nak kena buat apa lagi', tanyanya pada dirinya dengan mengeluh pasrah. tambah lagi perasaan dek malu dengan perkataan suaminya yang seolah membuka aibnya sendiri.
"Dia dengar ke apa aku cakap tadi", ragu shakeel kerana takut sarah mendengar kata kata kejamnya. "Arh dia tak dengar kot kalau dia dengar tak mungkin dia nak masuk bilik kerja aku", katanya lagi "eh kenapa pula aku nak risau kalau dia dengar, lantak dia la ada dengar ke tidak", kata shakeel lagi kerana pelik dengan dirinya. "Arhh tak mungkin dia dengar", katanya lagi dengan langkah kehulur hilir dan akhirnya berbaring di katil dan melelapkan mata.
Kalini shakeel bangun setelah mendengar bunyi alarm. Selalunya sarah akan membangunkannnya terlebih dulu sebelum alarmnya mula berbunyi. Shakeel bangun lantas menuju ke arah bilik mandi untuk mengambil wuduk.
Hairan pula kali ini tiada sejadah yang dihampar terlebih dulu di lantai. Biasa sarah akan solat bersamanya, dia melihat keluar bilik seolah menunggu sarah,
"dia ni period ke, arh nanti pandai la dia", tanya shakeel pada dirinya sendiri.
shakeel sudah pun habis solat dia duduk di katil dan mencuba melihat keluar. ", aik memang period ke dia ni", soal shakeel pada dirinya.
Didalam bilik, Sarah kembali menangis selesai dirinya solat. Tidak mahu keluar bilik,mungkin jika dengan begini shakeel tidak akan rimas lagi.
Share this novel
nk lagi