Bab 15: Confession

Romance Series 3020

Mikail pulang ke biliknya. Kelihatan Aireen sudah di atas katil.

  "Abang dah balik?" Lembut suara Aireen.

  Mikail tidak menjawab dan hanya diam. Muka tak beriak ditayangkan. Mikail baring di sebelah Aireen dan membelakanginya. Dia melelapkan mata. Berbagai persoalan ingin ditanya Aireen hairan dengan suaminya tetapi tidak menegur Mikail. Selalunya Mikail akan memberikan kucupan hangat di bibirnya sebelum tidur tetapi malam ini lain. Aireen mengambil tindakan untuk berdiam diri kerana merasakan itu lebih baik. Dia pun beberapa minit kemudian melelapkan mata dan tidur.

  Pagi itu, Aireen terjaga. Tangan diraba-raba ke sebelah. Kosong. Selepas solat subuh, Aireen menyambung tidurnya manakala Mikail keluar terlebih dahulu ingin mengambil angin katanya. Mikail masih tidak kelihatan. Aireen menggosok matanya. Dia bangun dari katil dan pergi membersihkan diri.

  Selendang hitam disarungkan di kepala Aireen. Baju lengan pendek bersama sweater dan seluar slack menjadi pilihan Aireen pada hari ini. Pintu bilik dikunci dan Aireen melangkah keluar dari tempat itu. Aireen berjalan seorang diri. Tiba-tiba Aireen terasa seperti ada seseorang mengekorinya dari belakang.

  Dia menoleh ke belakang. Sunyi. Tiada satu pun susuk tubuh manusia kelihatan. Lalu Aireen memusingkan tubuhnya kembali. Laju ayunan langkahnya. Tetap juga dia mendengar ada langkah mengikutinya. Aireen tidak tahu sama ada itu semua hanyalah perasaan atau tidak, tetap Aireen menambahkan kelajuan kakinya.

  Tak sampai beberapa saat, mulut Aireen ditekup menggunakan sejenis sapu tangan oleh orang di belakangnya. Pantas Aireen menyiku lelaki itu dan melakukan serangan back kick. Lelaki itu ke belakang memegang perutnya yang ditendang Aireen tadi. Seorang lagi lelaki bertubuh tegap menyerang Aireen tetapi berjaya dielak. Aireen melakukan 360 darjah Tornado kick di muka lelaki tadi lalu dia jatuh. Aireen memusingkan tubuh dan malangnya Aireen merasakan sakit di lehernya. Terasa seperti disuntik. Kepalanya berpinar-pinar dan pandangan mejadi gelap. Aireen rebah di atas lantai.

  Perlahan-lahan mata Aireen dibuka. Dia melihat keadaan dirinya. Hati Aireen berasa lega apabila tudung masih di kepala. Tangan terikat di belakang kerusi. Rasa seperti deja vu.

  Posisi cuba diubah. Terasa lenguh di bahagian spinal cordnya kerana duduk secara tegak terlalu lama. Aireen cuba meleraikan ikatan di tangan tetapi usahanya sia-sia. Ikatan kemas. Rupanya mereka telah mempejari kesilapan yang lalu. Aireen mendongak ke atas menganalisa kawasan yang kini dia berada. Terdengar bunyi pintu dibuka dan suara seorang lelaki mentertawakannya. Hans. The Devil. Bosan betul dengan mamat ni. Tak serik-serik lagi. Aireen tersengih sambil memandang ke arah Hans.

  "Easy peasy lemon squeezy." Hans meletakkan jarinya di dagu Aireen supaya mata Aireen memandangnya tepat. Aireen mengukirkan senyuman sinis.

  "There is nothing to laugh at. I just give you a truth serum. How does that sound? From now on you're going to speak only the truth. Hahaha" Hans gelak terbahak-bahak. Hans melepaskan jarinya dari dagu Aireen menyebabkan Aireen tertunduk.

  "I'm not and never will tell you the truth." Keras suara Aireen.

  "Says the prey." Hans tersengih lagi.

  "Now tell me where's is the fucking Gold Card!" Bentak Hans.

  "I said I don't know. Oh, wait. Its in my house. I keep it in there." Aireen memberitahu Hans.

  "Really. That doesn't sound approving." Hans mendekatkan wajahnya ke Aireen.

  "Alright. I put it at the backyard of my house." Kali ini Hans mula mempercayai Aireen. Suara Aireen tiba-tiba naik seoktaf.

  "Boo! Hahaha." Aireen pula yang ketawa terbahak-bahak. Kepalanya masih berasa pening akibat truth serum yang diberikan Hans. Hans geram kerana dipermainkan. Lantaran bergema bilik itu dengan bunyi tumbukan padu hinggap di pipi kiri Aireen.

  Whoosh! Kepala Aireen tertoleh ke kanan.

  "Auch!" Aireen memejam matanya menahan pedih. Dia menggerak-gerakkan rahangnya. Darah keluar dari mulut.

  Damn! That hurt as hell. Dahlah lelaki perlahan sikit tak boleh ke? Aku ni kan perempuan. Tunjuk la gentleman sikit. Sempat Aireen mengutuk Hans di dalam hati. Nasib baik gigi aku tak terbang.

  Sekali lagi Aireen tertawa. Di memandang tepat mata Hans. Hans terkejut tetapi cepat-cepat dia tayangkan wajah tenang.

  "You think punching a women on the face is not rude. It show that you act like a coward. Coward!" Tumbukan padu yang kedua ingin diberikan di pipi kanan Aireen pula tiba-tiba niatnya terhenti.

  Bang! Bang! Bang! Tiga das tembakan dilepaskan dari atas. Satu per satu lelaki yang berada di situ jatuh ditembak tepat di kepala. Kelihatan seorang lelaki tinggi bertubuh tegap sedang memegang pistol ditangan. Rambutnya kusut membuatkan wajahnya tampak lebih hot seperti bad boy. Muka bengis. Rahang digerak-gerakkan. Asap berkepul-kepul ketika itu.

  Aireen memfokuskan mata ke arah lelaki yang berdiri di tingkat atas itu. Pandangannya tidak jelas. Apabila retina matanya tertancap pada susuk tubuh tegak lelaki itu. Dia sudah tahu siapa lelaki itu. Mikail!.

  "Hey, husband! Are you trying to save me! Awhhh. But wait a minute. What are you doing here!" Aireen menjerit sambil kepalanya keliru melihat Mikail di sini. Otaknya masih tidak stabil. Mikail hanya diam. Muka garang ditayangkan menandakan dia sangat marah.

  "Whatever! The point is that you're here rescuing me. Like a knight in shining armor!" Aireen ketawa mengekek sendirian. Memang tak stabil. Mikail segera turun dari tempatnya berdiri tadi. Hans melarikan diri dengan menaiki kereta seperti pengecut. Tetapi dia masih tidak akan berputus asa. Selagi ada peluang dia akan pastikan Gold Card itu berada di tangannya.

  Mikail meleraikan ikatan Aireen dan pantas memeluknya erat. Aireen pelik dengan Mikail tetapi dia menghadiahkan senyuman kepada Mikail. Otak masih tidak stabil. Mikail mendukung Aireen gaya bridal style seperti selalu.

  Dia keluar dari tempat itu sebelum ramai yang datang menceroboh. Sambil kaki diayun laju. Aireen menyentuh wajah Mikail dengan tangannya.

  "Handsome. You know what I feel right now." Aireen memandang Mikail dengan senyuman nakal. Mikail terperanjat dengan sentuhan Aireen di wajahnya.

  "I feel like kissing you." Tangan Aireen di bawa perlahan dari leher Mikail yang terdedah dengan dua butang baju terbuka sehingga ke bibirnya. Mikail meneguk liurnya. Halkumnya bergerak-gerak. Kedudukan mereka yang rapat dengan sentuhan Aireen membuat dirinya menjadi tak keruan. Jantung berdetak laju.

  "Did they give you something? You are usually not like this." Aireen masih tertawa mendengar Mikail. Terhibur kut. Tidak sampai beberapa minit dia pengsan di tangan Mikail.

  Bunyi kipas berpusing-pusing di atas kepala. Aireen terjaga. Tudung sudah dibuka. Bila tukar pun dia tak tahu begitu juga dengan bajunya. Melihat suaminya sedang duduk di atas kerusi dengan baju kemeja dan seluar kerja tersarung di tubuh di sebelahnya sambil mata dipejam rapat. Tidur agaknya. Kepala Aireen terasa berat. Tangan di bawa ke dahi lalu dipicit perlahan oleh Aireen. Aireen seperti cuba mengingatkan apa yang berlaku tadi. Memorinya menergah masuk ke otak. Pergerakan Aireen menyedarkan Mikail. Lantas mata kedua-dua insan ini bertemu. Aireen mengalihkan pandangan. Dia geram dan rasa ditipu oleh suaminya.

  Mikail membuka mulut terlebih dahulu.

  "What is that just now! You are kidnap and unconscious for like four hours and who knows whether you will be alive or not." Marah Mikail kepada Aireen. Dia sungguh risau. Jantungnya seperti ingin pecah mengetahui Aireen hilang tadi.

  "You tell me first! How did you know I'm there and what with the stunt and everything. It doesn't look like you are a normal person. Who are you, Mikail?" Marah Aireen pula. Hatinya sungguh sakit dengan apa yang dilihatnya sebelum ini.

  "Now you explain this first." Mikail tidak mahu mengalah.

  "Explain what?" Muka tidak faham Aireen tayangkan.

  "Tell me the truth. You're an assasin." Tanya Mikail.

  "Wait, what. Where did you hear that from?" Jawab Aireen dengan gelojoh. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia terkejut dengan pernyataan yang benar itu.

  "So, I'm right." Mikail sudah mendapat kepastian.

  "How about you. You are a spy? Aren't you? The one who dissappear after his last mission." Tanya Aireen tidak mahu dirinya sahaja disalahkan. Terkejut Mikail mendengar kata-kata itu dari mulut Aireen. Mikail diam tak berkutik.

  "Yes. I used to be a spy. But I've changed. I'm not the one who I used to be before and I refuse to." Mikail meraup wajahnya.

  Badan dijatuhkan dari kerusi ke lantai sebelah katil. Kenangan pahit menerjah mindanya. Terimbas memori lalu. Dia berasa kesal, kecewa, sedih dan paling penting takut akan kehilangan. Mata Mikail mulai berair.

  "I lost him 12 years ago. Adam is my best friend. Before and forever. We work together. We were both sent on many missions. Succeed together. Through thick and thin together. But this one mistake. This one mistake makes me feel like I'm a failure. If I could come earlier when he calls me. I was busy fighting others. I didn't realize it was such an important call. One last call." Mikail diam. Aireen memandang wajah suaminya. Kelihatan air mata bergenang di birai mata Mikail.

   "I heard the sound of a gunshot. I run towards it. He was shot. Right into his heart." Air mata Mikail jatuh. Aireen turun dari katil dan menjauhkan tangan Mikail dari menutup wajahnya. Terkelu Aireen. Pertama kali dalam seumur hidupnya bersama lelaki ini. Dia menitiskan air mata. Hati Aireen sedih melihat suaminya. Aireen mengalihkan dagu Mikail dengan tangan agar memandang tepat ke matanya. Berair dan merah urat mata Mikail.

  "He fell into my arms and I lay him down. His breathing becomes unsteady. His last words were...take care and thank you... for being my best friend." Tersekat-sekat suara Mikail. Berjuntai air matanya jatuh. Dia menangis sakit mengenang kisah silamnya. Tangan diletakkan di bahagian dada di mana terletaknya hati. Dia mencengkam kuat.

  Aireen memeluk tubuh Mikail. Dia mengusap belakang Mikail perlahan-lahan. Mikail rapuh. Di saat ini dia lemah. Melihat Mikail seperti ini air mata Aireen jatuh akhirnya. Dia dapat merasai segala perit di dalam hati lelaki ini. Mikail melepaskan segala tangisannya di bahu Aireen. Lama.

  "Look at me. It's not your fault. Semua orang ada kesilapan yang pernah mereka lakukan. None of us are perfect. Whether it's you or me or anyone. We make mistakes. But the truth is how we stand up and be a better person. The stronger one. Allah knows you're strong. And Adam. He will not want to see you like this. Adam wants you to live a better life. That's why he said that." Mikail memandang wajah Aireen. Tersentuh hatinya mendengar kata-kata isterinya. Dia perlu bangkit dan biarlah yang lepas menjadi kekuatan untuk kita sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

  Tubuh Aireen dipeluk erat oleh Mikail. Dia benar-benar memerlukan Aireen saat ini. Sungguh dia menyayangi isterinya. Aireen terkejut tetapi kembali senyum melihat Mikail yang sudah reda dan tenang. Air mata Mikail dikesat oleh Aireen.

  "Thank you so much sayang. Thank you for understanding me. From now on, it will be hard for me to let you go. Losing you will affect my life. I will never let you go. I don't care who you are or what you do. You. Are. Mine." Kata-kata Mikail menunjukkan dia ikhlas menerima Aireen sepenuhnya.

  Mata Mikail tepat memandang mata Aireen. Pandangan mereka bertaut lama. Berdetak jantung Aireen. Semakin laju degupan jantungnya. Mikail pun memberi respond yang sama. Pandangan mereka bertaut lama.

  Tiba-tiba persoalan demi persoalan berlegar di ruang fikiran kedua-dua insan ini. Persaan hairan mula menerjah dalam diri mereka. Kening Aireen terangkat begitu juga dengan Mikail.

  "Jangan-jangan papa dan daddy..." Aireen mula berasa dirinya diperdayakan. Mikail turut berfikir perkara yang sama.

  Terkejut Aireen apabila Mikail segera berdiri dari duduknya lalu menarik tangan Aireen agar mengikutinya.

  Mikail menghidupkan enjin kereta. Pelbagai persoalan yang ingin ditanya Aireen untuk mendapatkan kepastian sebaliknya dia mengambil tindakan untuk berdiam melihatkan riak wajah Mikail yang begitu serius.

Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience