Ring...ring...ring. Bunyi telefon berdering. Aireen mengangkat panggilan telefon itu.
"Aireen please help me! Save me Aireen!" Satu suara yang amat dikenali Aireen menjerit meminta pertolongannya. Terbeliak mata Aireen.
"Hey sweetheart. How are you doing? I miss you." Suara yang seterusnya membuatkan Aireen alert. Semestinyalah suara lelaki di sebalik panggilan ini merupakan Hans.
The devil.
"You devil! Listen to me, release her this instance or I will kill every person that works for you!" Bentak Aireen.
"Relax. I didn't even touch even a single strand of her hair. Now, let's talk business. Come here and get your pity friend. Then you gave me the Gold Card location. You hear me!" Talian telefon terus putus.
Aireen meraup wajahnya. Rambutnya dikuak ke belakang. Aireen berusaha untuk menenangkan dirinya. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali.
Dengan pantas Aireen mendail nombor telefon rahsia kawan baiknya Jean. Hanya Aireen sahaja mempunyai nombor telefon itu. Lama Aireen menunggu panggilan itu dijawab.
"Jean, are you okay?" Menggeletar suara Aireen. Risau jelas terpancar di wajahnya.
"Aireen, I know you would call me sooner or later. Don't worry darling. I'm fine. They force me to talk. They will kill me if I don't. But you know what? I'm not that easy. I have Ash. I just play along. They ask me to get help from you. It's a trap. They record my voice and make it looks like I'm the one asking for help." Lega hati Aireen selepas mendengar penjelasan rakannya.
"Now it's your time to set them up. Get this chance to dig their secret base. Go, girl!" Kata Jean.
Dia tergelak kecil hampir diperdaya oleh perangkap yang dibuat Hans.
"I'm glad you're safe, Jean. That trap almost set me up. It's a relief that I have this number. I'll play along with their game. They better be ready. Bad lucks awaits them. Thanks again, Jean. Bye."
Jean memberikan kata-kata semangat dan berakhirlah perbualan pendek mereka.
Kini, Aireen menukar pakaiannya kepada sut khas yang direka untuk mengurangkan tekanan sekiranya ada berlaku sebarang tembakan. Sut itu merupakan sut edisi terbaru yang lebih sopan dan menutup aurat. Aireen sangat berterima kasih kepada butler papanya kerana mendesign sut ini. Tidak lupa juga tudung selendang berwarna hitam diikat rapi tetapi masih menutup dadanya. Aireen perlu menjaga keterampilan dirinya sekarang untuk menjaga maruah Mikail dan dirinya juga. Teringat kata-kata Mikail sebelum ini.
"Terima kasih sayang kerana sudi menyimpan kecantikan yang luar biasa ini untuk abang sahaja. Memang abang rasa gembira sangat."
Aireen yang sedang menyiapkan kelengkapan dirinya tersenyum mengenangkan kata-kata manis suaminya. Selesai Aireen menyiapkan diri dia menulis sesuatu di atas sticky note memaklumkan ketiadaannya di rumah kepada Mikail.
Sayang, papa tiba-tiba nak jumpa saya so I'll be back late night. Papa said he wants to have lunch together with me and we are going to spend time going out. Fishing.
Aireen menelefon papanya. Dia memberi salam dan meneruskan percakapannya.
"Papa, it's Hans. He tries to trap me and now I plan to play along with his silly game. He will meet me at Raja Chulan Street. I bet he sends his man instead. Once I arrived. It's easier for me to find evidence. Cover up for me dad. You know who I'm talking about."
"Of course dear. Just settle your business." Jawab papanya.
Aireen berterima kasih kepada papanya dan memutuskan talian.
Ting! Satu notification masuk.
12 pm at Raja Chulan Street.
Aireen melihat jam di tangan 20 minit lagi pukul 12. Pantas Aireen keluar dari pintu rumah dan menaiki kereta Porsche panamera miliknya.
Tepat jam 12 Aireen sudah tiba di lokasi yang diberi oleh Hans. Kelihatan sebuah kereta Drako GTE sedang menunggu Aireen di tepi jalan. Seorang lelaki berkulit coklat menurunkan cermin kereta dan memberi signal kepada Aireen tanda menyuruhnya memasuki kereta. Aireen berjalan menuju ke kereta tersebut lalu masuk ke dalam kereta. Duduk sahaja Aireen di kerusi kereta itu. Terasa tengkuknya sakit seperti diketuk oleh tangan seseorang. Blackout.
"Ouch!" Aireen terjaga. Matanya dibuka perlahan-lahan cuba menyesuaikan suasana bilik yang agak gelap itu. Aireen mendapati dirinya di atas kerusi dan tangannya diikat kemas. Tiba-tiba kemunculan seorang lelaki yang tegap dan tinggi berjalan ke arah Aireen.
"Hi sweetheart. It's been a while since I last met you. You've changed a lot. Why did you wear this? It's kind of sad not to see your beautiful hair and sexy figure anymore." Hans memerhati Aireen dari atas sehingga bawah tubuh badannya. Dia membuat muka jijik dengan pemakaian Aireen.
"Shut up asshole!" Keras suara Aireen.
"Woah, easy girl. Only one thing that stays the same and that's your mouth! Still, I like you. Wait, something feels off. It looks like you know something. Oh, so you do and instead, you give yourself to me. Hmm... whatever that doesn't matter now. If you agree to marry me before this wouldn't happen." Hans seperti seseorang yang psycho sekarang.
Maksudnya, Hans masih tak tahu perkahwinan aku dan Mikail. Sempat Aireen berkata dalam hatinya.
"Now, tell me where's the Gold Card?" Hans mendekatkan wajahnya ke Aireen sambil menarik kepala Aireen yang bertudung itu ke belakang.
Ptui.
Aireen meludah ke muka Hans. Hans terkejut seketika tetapi dia sudah mengagaknya. Mahu sahaja dia ingin mengangkat tangannya bersedia untuk memberi tamparan padu ke muka Aireen tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar berbisik di telinganya.
"You have an important call, boss."
Muka bengang ditayangkan di muka Hans.
"Who the hell is there to interrupt my conversation!" Marah Hans.
"Boss it's from the mental hospital." Kali ini lebih jelas suara lelaki berbadan besar itu.
"What?" Hans mendengus kuat dan berlalu keluar dari bilik yang gelap itu.
Mental hospital? Papa pernah bagitau aku sebelumni.
"Hans lost his mother at the age of 9. He also lost his mother's love. General Holland did that. Rose is a caring mother but sometimes humans make mistakes. She secretly takes drugs and alcohol behind Holland's back. Unable to forgive Rose he sends her far away to a mental hospital in California to make her suffer and realize her fault but it turns out to be wrong. She becomes crazy. She screams every day wanting to get out of that place but nothing happens. Eventually, she suffer from memory loss. Hans who is just 9 years old at that time is forced to do all his father's orders. Eventually he rebels. He doesn't receive enough love as a kid. After he kills his father, he tries hard to find his mother, and soon he found her. Unfortunately, as I say Rose suffers from memory loss, and that beautiful piece of memory where she take care of his only son is gone just like that. She can't even recognize her son anymore."
Walaupun Hans sentiasa berkasar dengan semua yang berada di sekelilingnya dan membuat perkara jahat. Aireen tahu jauh di lubuk hatinya itu dia merupakan seorang yang baik. Masih ada lagi secebis rasa sayang terhadap ibunya.
Hans sedaya upaya mencari ibunya dan dia masih tidak berputus asa berjumpa ibunya melihatkan panggilan telefon tadi Hans bergegas keluar meninggalkan Aireen seorang diri. Dia masih sayangkan ibunya. Mungkin juga dia masih cuba untuk mengembalikan memori ibunya itu. Hans yang hanya betindak keras secara luaran tetapi dalam hatinya dia seorang yang lembut. Dia sentiasa menafikan perkara itu.
"Ah! Aku tak ada masa nak kesiankan orang. Kesalahan tetap kesalahan. Lambat laun dia mesti menerima hukuman." Aireen mengambil pisau kecil yang tersimpan di pergelangan tangan bajunya. Setelah beberapa saat, Aireen berjaya mendapatkan pisau kecil itu lalu memotong tali di tangannya. Mujur dia membawa pisau bersamanya.
Aireen berjaya memotong tali di tangannya dan dia mengulangi perkara yang sama pada kakinya yang diikat dengan tali. Aireen melepaskan diri dan berlari ke arah pintu kayu itu. Terdapat lubang di pintu kayu itu. Aireen mengintai di sebalik luang tersebut. Dapat dilihat seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh di sebalik pintu ini. Perlahan-lahan Aireen membuka pintu kayu itu. Nasib baik pintu kayu itu tidak mengeluarkan bunyi yang boleh membahayakan nyawanya.
Penthouse Mikail dan Aireen.
"Sayang! Abang dah balik ni." Mikail menutup pintu daun rumahnya.
"Sayang!" Mikail memanggil isterinya itu buat kali kedua sambil berjalan ke tingkat atas. Masih sunyi sepi. Semua bilik sudah dicheck oleh Mikail.
"Sayang!" Tiada juga sahutan. Mikail mula berasa gelisah lalu dia turun ke bawah. Hati mikail berasa tidak sedap.
Ya Allah mana isteri aku ni. Hati Mikail resah.
Tiba-tiba dia ternampak sticky note yang ditampal di atas meja kaca di ruang tamu itu. Mikail membaca tulisan isterinya. Segera dia mendail nombor papanya. Risau.
"Asslamualaikum papa. Aireen ada dengan papa ke sekarang? Aireen macam mana papa? Dia okay?" Laju Mikail bertanya tanpa segan silu.
"Waalaikumussalam Mikail. Aireen baik-baik je ni dengan papa. Papa ajak anak papa makan bersama-sama sebab papa rindu dengan dia. Malamni papa suruh Jacques hantarkan Aireen ke rumah. Maaf ya kalau lambat. Rindu sangat dengan anak papa yang sorang ni. Mikail ada apa-apa yang tak kena?" Jawab Tan Sri Sheikh tenang.
"Alhamdulillah. Tak ada papa cuma Mikail nak comfirmkan je sebab selalunya Aireen akan bagitau Mikail dulu kalau dia nak keluar." Lega hati Mikail mendengar kata-kata papanya.
Tan Sri Sheikh memberitahu Mikail supaya dia tidak perlu berasa risau lalu mereka pun menamatkan perbualan di telefon. Walaupun Mikail berasa lega namun ada sesuatu yang membuatkan hatinya berasa tidak sedap. Dia menindakkan perasaan itu dan pergi membersihkan diri.
"Risau betul Mikail dengan Aireen. Nampaknya rancangan aku dan Jabbar semakin berjaya." Hujung bibir Tan Sri Sheikh ternaik sedikit mengenangkan menantunya.
Aireen berjalan dan berhenti di hadapan lelaki itu.
"Hai." Senyuman diberikan. Terkejut lelaki itu melihat Aireen. Tidak sempat lelaki itu melawan. Pantas Aireen menggunakan kemahiran lawannya. Aireen mendekati lelaki itu dan memusingkan kepalanya.
Krakk! Bunyi tulang patah. Jatuh terjelopok lelaki tadi. Aireen menepuk tangannya kerana kagum dengan skill hebatnya. Dia berlari mencari jalan keluar dari tempat ini. Dia perlu pantas supaya tidak tertangkap.
Aireen berjaya mencari jalan keluar. Dia memang seorang yang cerdik. Susah payah mencari jalan keluar. Dia perlu meredah suasana bising dan padat dengan manusia menari. Bunyi dentuman muzik yang begitu kuat menyakitkan telinga Aireen. Rupa-rupanya dia berada di nightclub. Ramai yang memandang pelik melihat pakaian Aireen tetapi dia segera meneruskan lariannya.
Aireen menelefon Jacques untuk mengambilnya. Lokasi yang diberi Aireen begitu jauh. Mengambil masa dua jam dari Bandar Kuala Lumpur Namun, papa Aireen sudah maklum keberadaan Aireen kerana tracker sudah dipasang oleh Aireen di bajunya.
Tidak sampai beberapa minit Jacques tiba, Aireen masuk ke dalam perut kereta Audi Q7 Limousine milik papanya. Kereta dipandu laju oleh Jacques. Pakaian telah disediakan di dalam beg. Aireen menukar pakaian di bahagian belakang kereta. Tingkap berwarna hitam yang membahagikan pemandu dan penumpang dinaikkan bagi memberikan privacy kepada Aireen. Usai menukar baju dan tudung, Jacques bersuara.
"Seriously Aireen! You almost get yourself kill. I know you're good at protecting yourself but with those lunatics, anything can happen. Please, don't do that again!" Jacques memarahi Aireen. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram.
"Jacques, you sound like my husband. Are you trying to be him now? Haven't you gotten used to this?" Kata Aireen selamba.
"I will never get used to this and don't ever compare me with that guy!" Bentak Jacques.
"Awh... You like me still. Just move on Jac. I'm a married woman, as for what I did just now I'm sorry, and please forgive me, okay" Aireen melembutkan nada suaranya. Jacques seringkali tewas apabila Aireen bersuara sebegitu lalu dia diam kembali fokus memandu kereta.
"Where is she?" Tanya Hans tenang.
"I'm sorry boss. She manages to escape. She also kill Shawn." Bergetar suara pembantu Hans.
"Hmm... Did you just tell me she escape? That bitch just escape! What the hell are you doing?" Pistol yang dipegang Hans dibawa ke kepala pembantunya. Dia menolak kasar kepala lelaki itu dan menendang perutnya. Pistol dihala ke muka pembantunya.
"Find her no matter what! Do as I told you unless you wanna die here right now!" Arahan diberikan oleh Hans. Pembantunya bangun dan bergerak keluar dari pintu bilik itu.
Aireen keluar dari perut kereta apabila tiba di hadapan penthousenya. Dia bergelak ketawa bersama Jacques. Walaupun Jacques menolak untuk berlakon seperti gembira baru lepas pulang dari rumah papanya. Namun atas arahan Tan Sri Sheikh terpaksa dia turuti.
Mikail pantas membuka pintu rumah setelah dia mendengar gelak ketawa Aireen. Sungguh isterinya itu gembira.
"Hahaha... Papa lawak betul kan tadi. Dia dapat tangkap seekor ikan je. Aireen dapat tangkap lima ekor ikan." Walaupun itu sebenarnya tidak pernah berlaku. Sentuh joran pun tak pernah inikan pula membandingkan dirinya jauh lebih hebat dari papanya yang memang professional dalam aktiviti memancing.
Jacques memandang Aireen dengan wajah pelik. Keningnya bertaut. Kut ya pun nak berlakon tak payahlah obvious sangat. Jacques yang sudah lama bekerja dengan papanya tahu bahawa Tan Sri Sheikh amat berpengalaman dalam menangkap ikan. Lagi-lagi ikan bersaiz besar. Tapi mengenali Aireen yang tidak pernah menyentuh joran membuatkan Jacques tergelak.
Aireen yang sedar dengan ketawa Jacques membuat muka marah.
Dia mengutuk aku rupanya. Aireen berkata di dalam hatinya.
Mikail tidak tahan lagi melihat sikap mesra Aireen dengan lelaki lain. Cemburu!. Dia terus berlari ke arah isterinya. Mikail menarik tangan isterinya dan membawa Aireen ke belakangnya.
"Terima kasih tolong bawa dia balik ke rumah." Dengan itu Mikail masuk ke dalam rumah sambil memegang tangan Aireen. Jacques menjelingkan matanya dan bergerak meninggalkan penthouse itu.
Tutup sahaja pintu itu. Mikail menolak tubuh Aireen ke dinding. Kedua-dua tangan Mikail diletakkan di dinding memerangkap Aireen.
"You make me feel so worried about you today. I'm always calm but when it comes to you. I feel restless. It's 11 pm now, is it true that you come back from papa's house?" Aireen meneguk liurnya dan mengangguk. Mikail melepaskan Aireen lalu memeluk tubuhnya. Aireen diam tidak bergerak. Dia membiarkan sahaja Mikail memeluknya.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel