Pagi itu, kedengaran aluanan bacaan Al-mathurat. Aireen terjaga dari tidurnya. Semalaman Aireen menunggu Mikail pulang tetapi kelibatnya tidak kelihatan sehinggalah dia tertidur sendiri baru pagi ini dia mendengar suara suaminya membaca ayat Al-quran. Begitu merdu suaranya bertaranum. Aireen bangun dari pembaringan dan bergerak ke arah suara suaminya itu. Kelihatan suaminya sedar dengan kehadiran Aireen lalu memandang redup wajah Aireen yang mamai itu.
"Sayang dah bangun. Abang baru nak kejutkan sayang untuk bangun subuh." Wajah Mikail nampak tenang. Aireen ingin bertanya berkenaan semalam tetapi dilihatkan wajah suaminya yang tenang itu Aireen pergi mengambil wuduk untuk solat subuh. Mikail menyambung bacaannya.
Kejadian semalam
Mikail berjalan laju ke arah lif dan turun ke tingkat 4. Dia mahu menenangkan fikiran dan hatinya yang resah. Dia tidak sengaja melakukan sebegitu terhadap isterinya. Sejak berkahwin, Mikail tidak pernah menyentuh isterinya itu walaupun dia mempunyai hak ke atas isterinya. Namun dia sungguh kesal dengan perbuatannya tadi. Terlalu mengikut nafsu syaitan. Dia bergerak keluar dari perut lif itu dan segera mendail nombor sahabatnya, Ustaz Zul.
"Assalamualaikum, Zul." Salam diberi kepada sahabatnya.
"Waalaikumussalam, Mikail. Anta sihat? Apa khabar dengan keluarga anta?" Kedengaran riang suara sahabatnya itu.
Mikail memberitahu keluarganya sihat sejahtera dan mula meluahkan masalah kepada sahabatnya untuk meminta pandangan atas apa yang perlu dia lakukan. Saat ini dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perkara yang meresahkan fikirannya. Perbincangan mereka berlangsung agak lama.
"Anta jangan susah hati. Semua masalah pasti ada jalannya. Anta pujuk isteri anta baik-baik. Insya-Allah dia akan faham seperti apa yang ana dah beritahu tadi. Anta fikir-fikirkan dulu. Kalau ada apa-apa bagitau sahaja ana."
Jawab Ustaz Zul. Mikail berterima kasih kepadanya dan memutuskan talian.
Dia memandang ke langit sambil dalam hatinya memuji keindahan ciptaan tuhan. Mikail bersyukur kerana fikirannya sudah lapang mungkin atas perkara yang terjadi pada malam ini merupakan satu hikmah kepadanya agar tidak menahan perasaannya dan meluahkan isi hati kepada isteri tercintanya itu. Dia tidak boleh berasa ragu-ragu sebaliknya harus berfikir positif.
Hari ini, hari baru bagi Mikail dia tidak lagi akan menyimpan perasaannya. Dia mahu menjadi berani meluahkan perasaan cintanya kepada Aireen. Sudah ditepis jauh perasaan ragu-ragu dan perasaan ditolak oleh Aireen kerana satu perkara sahaja yang dia tahu dan itu adalah dia amat mencintai Aireen.
Aireen melihat wajah suaminya itu. Lain wajah suaminya hari ini. Tampak gembira dan lebar senyumannya kepada Aireen. Lesung pipit milik suaminya itu menyerlahkan lagi wajah kacaknya. Aireen merasakan ada sesuatu yang tidak elok bakal berlaku. Pelbagai tempat yang dilawati oleh mereka di Jepun seperti Lake Towada, Imperial Tokyo, The Island Shrine of Itsukushimia, Miyajima dan lain-lain. Hampir serasi citarasa mereka berdua.
Sudah enam hari berlalu, Mikail melayan Aireen lain semenjak kejadian malam itu. Mikail melayannya dengan penuh kasih sayang dan seringkali menayangkan senyuman yang menawan kepadanya. Dia lebih berterus terang dan tidak segan seperti dulu. Sekiranya Aireen memeluknya dia akan membalas pelukan itu dan jika Aireen menyentuh wajahnya dia akan membalas yang sama seperti yang dilakukan Aireen.
Semakin hari semakin resah hati Aireen. Dia risau sekiranya Mikail sudah mula menyukainya. Harus dia tahu tujuan sebenar Aireen berkahwin dengannya. Patah hati suaminya nanti. Dia masih berfikir bahawa Mikail menyukai Suraya supaya hatinya itu tenteram. Dia tidak mahu cinta Mikail terhadap Suraya hilang serta-merta dan beralih kepadanya.
"Sayang, boleh tak kalau saya nak pergi melawat madrasah esok untuk hari terakhir honeymoon kita." Mikail terkejut dengan permintaan Aireen yang tak diduga tetapi dengan segera bertukar wajahnya menjadi tenang. Mikail bersetuju dengan cadangan itu kerana dia pun rindu akan Pak Syakir dan Mak Munah dan mahu melawat mereka. Private jet Mikail sudah disediakan untuk penerbangan mereka esok.
Madrasah Kampung Pulau Upeh.
"Kak Aireen!" Jerit kanak-kanak permpuan dan lelaki itu serentak. Suara mereka pun sudah Aireen kenali tanpa melihat wajah mereka. Aireen terus berpusing dan memeluk mereka. Shifa diangkat tinggi ke udara oleh Aireen manakala Iman mengadu kerana tidak diangakat seperti superman sama macam adiknya, Shifa. Mikail memberitahu mereka dengan senyuman di bibir.
"Penat Kak Aireen pun belum hilang lagi. Bagi Kak Aireen rehat lepastu baru boleh ajak bermain ke apa ke." Iman menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Aireen dengan berhati-hati menurunkan Shifa dari dukungannya. Aireen memandang Iman.
"Apa kata macamni bagi Kak Aireen dan Ustaz Mikail rehat dan esok Kak Aireen bawa Iman dan Shifa pergi kedai beli gula-gula." Aireen mempelawa kanak-kanak itu. Muka Iman terus ceria dan Shifa pun mengikuti abangnya masuk ke madrasah semula.
"Sayang nak pergi sorang-sorang ke. Abang tak setuju. Kenapa tak tanya abang dulu?" Mikail tegas menidakkan cadangan tersebut.
"What? Are you serious, it's not that I'm going alone. I have Iman and Shifa together with me. At least I have a companion. Two companion." Aireen tidak suka pergerakannya disekat tapi dia juga tahu suaminya itu akan sibuk berada di sini nanti untuk meninjau madrasah.
"Dengan apa yang terjadi kepada Aireen di Jepun, abang tak setuju." Mikail masih dengan pendiriannya.
"How about this. I'll call my bodyguards, Jacques and Ash to keep me accompany and take us out. It's much safer like that. Please, I know you got several works to be done here why don't you let me have some fun with these kids, okay?" Cubaan kedua Aireen meyakinkan suaminya. Mikail mendengus perlahan dan akhirnya bersetuju dia tahu Aireen mempunyai bodyguard yang disediakan oleh papanya itu untuk tujuan keselamatan. Maklumlah Aireen pun anak usahawan terkenal.
Aireen tersenyum riang dan memeluk suaminya. Mikail terkedu sementara dan memeluk isterinya itu. Mak Munah dan Suraya dari jauh melihat pasangan suami isteri itu sungguh romantik. Hati Mak Munah tumpang gembira tetapi Suraya pula masih sukar untuk melupakan kekasih hatinya ia memakan masa tetapi dia tahu suatu hari nanti dia mampu melepaskannya.
Hari terakhir honeymoon mereka telahpun tiba.
"Jac! Ash!" Jeritan Aireen itu membuatkan Mak Munah, Suraya dan Mikail memandang Aireen. Aireen berlari ke arah mereka dan mendepangkan tangan hampir memeluk Jac tetapi terus berhenti di hadapannya. Jac memandang wajah Aireen dengan hairan. Dia memeluk Aireen dengan sengaja. Mikail tergamam melihat mereka dengan pantas berjalan ke isterinya itu. Aireen lekas meleraikan pelukan Jac.
"Jac! You mustn't do that." Aireen cuak melihat suaminya itu tiba di sebelahnya. Mikail senyum dan memberitahu lelaki di hadapannya itu.
"Our religion thought us that man and woman are not allowed to touch each other unless they are married. Well, I guess you didn't know about this so I'll let it slide this time." Mikail memandang Jacques tenang. Jacques sebenarnya sudah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan hukum hakam dalam Islam. Penjagaan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh semua umat Islam dan Jacques sudah lama menetap di Malaysia tetapi dia sengaja mengedahkannya.
Mak Munah menjemput tetamunya itu agar masuk ke ruang yang lebih selesa tetapi Jacques dan Ash menolak lembut kerana tugas mereka hanya menemani Aireen dan kanak-kanak itu pergi ke kedai runcit. Mikail berasa berat hati untuk melepaskan isterinya kerana dia sedari tadi Jacques memandang Aireen lain seolah-olah dia menyukai isterinya itu. Aireen segera membawa Iman dan Shifa masuk ke dalam perut kereta tidak mahu ditangguhkan lagi. Takut suaminya itu melarangnya. Mikail itu bab Aireen keputusannya sering tak tentu.
Ash bergerak ke seat sebelah pemandu manakala Jacques sebagai driver Aireen hari ini. Sebelum Jacques melangkah memasuki keretanya dia terlihat seorang gadis berniqab di belakang Mak Munah. Mata gadis itu cantik sekali walaupun wajahnya ditutupi.
Kacaknya bodyguard Aireen. Suraya memuji di dalam hatinya setelah melihat jejaka bernama Jacques itu.
Aireen berterima kasih kepada Jacques dan Ash kerana menemaninya. Dia sentiasa terhutang budi terhadap mereka berdua. Sempat Aireen meluahkan rasa rindu kepada sahabat-sahabat baiknya itu. Iman dan Shifa kelihatan begitu seronok mendapat gula-gula daripada Aireen. Mereka sangat menyukai Aireen dan memeluknya tanda terima kasih. Mikail kagum dengan sikap isterinya yang sentiasa disenangi orang ramai.
Kelihatan Suraya sedang duduk di atas kerusi dan memandang ke langit malam. Aireen duduk di sebelah Suraya tanpa menegurnya.
"Termenung apatu? Boyfriend eh." Aireen cuba mengusik Suraya. Terperanjat Suraya dibuatnya. Aireen ketika ini sedang mengangkat-angkat keningnya. Tindakan biasa yang dilakukan oleh Aireen apabila ingin mengusik orang. Suraya tertawa kecil terhibur dengan ekspresi wajah Aireen.
"Tak adalah Aireen." Ringkas jawapan Suraya.
"Jangan risau bila waktu dah sampai insya-Allah ada jodohnya. Sabar sikit je lagi." Suraya memandang Aireen pelik dengan kata-katanya itu. Aireen seperti sudah mengetahui sesuatu. Faham akan riak wajah Suraya itu, Aireen menjelaskannya.
"Sebenarnya I tahu you suka Mikail." Terkedu Suraya.
"But no worries. Tunggu sikit je lagi okay?" Tidak dapat difahami apa yang dikatakan Aireen lagi terus Aireen bangun dari duduknya dan memegang bahu Suraya.
"Please, just wait a little bit more." Airen merayu kepada Suraya walaupun dia tahu Suraya tidak faham dengan apa yang dikatakannya tadi dan dengan itu Aireen berlalu meninggalkan Suraya yang masih tertanya-tanya.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel