(Final) Bab 19: Sudah Tiba Masanya.

Romance Series 3020

Pukul 2 pagi.

"Aduh!" Perut Aireen sakit dan tiba-tiba mengeras. Sedang dari tadi Aireen cuba menahan sakit ini. Aireen memegang perutnya. Contraction!

Doktor sudah memberitahu Aireen bahawa dia akan mengalami contraction selama beberapa minggu akan datang. Namun kali ini contractionnya terlalu kuat.

"Argh!" Kedengaran suara Aireen mengerang kesakitan. Mikail terjaga dari lenanya. Pantas Mikail memeriksa keadaan isterinya itu. Selimut diselak ke tepi. Lampu tidur dinyalakan. Titisan peluh membasahi wajah Aireen. Mikail terkejut lalu bangun bergerak ke isterinya dengan segera. Rasa takut mula menyelubungi diri.

Takkan sekarang due. Hati Mikail resah.

Aireen sedari tadi mengerang menggenggam baju Mikail kuat.

"Sayang saya dah tak tahan. Sakitnya ya Allah!" Titisan air mata Aireen mula mengalir jatuh. Tubuh Aireen dicempung lalu dibawa ke dalam kereta. Mikail tergesa-gesa mengambil barang keperluan dan tudung serta jaket untuk menutupi aurat isterinya.

Tiba sahaja di kereta Mikail menyarungkan tudung ke kepala isterinya lalu bergegas ke hospital. Semakin lama kedengaran Aireen menjerit kesakitan di kerusi pemandu. Mikail panik tetapi sedaya upaya cuba bertenang.

Setibanya di hadapan hospital, Mikail mendukung tubuh isterinya.

"Tolong isteri saya!" Mikail semakin tidak terurus. Mujur ada beberapa orang jururawat berlari ke arah mereka lalu membawa katil beroda. Terus dibawa ke wad kecemasan.

Astaghfirullah. Ya Allah kuatkan isteri ku mengharungi ujian ini! Saat berderai jatuh titisan air mata Mikail.

Seluruh ahli keluarga terdekat Mikail mahupun Aireen bergegas ke hospital. Kini menuggu jawapan dari doktor. Suraya sedari tadi memerhati Mikail. Wajah sembap jelas dilihat. Mikail sungguh risau akan keadaan isterinya.

Beberapa jam kemudian, kemunculan seorang doktor. Semua ahli keluarga berdiri.

"Boleh saya bercakap dengan suaminya?" Tanya doktor tersebut dengan tenang.

"Saya suaminya.Bagaimana doktor keadaan isteri dan anak-anak saya?" Tidak sempat doktor itu mahu membalas Mikail sudah pun mencelah. Rasa risau besarang di hati.

"Tuan boleh bertenang. Alhamdulillah anak-anak tuan selamat dilahirkan secara normal. Tetapi kondisi Puan Aireen tidak bagus. Dia sangat lemah dan kehilangan banyak darah. Sampai sahaja Puan Aireen kami ingin menanyakan pada Tuan agar boleh atau tidak kami meneruskan kaedah c-section. Namun tidak sempat kerana Puan Aireen sudah pun mula meneran untuk melahirkan anaknya. Kaedah lahir secara normal amat bahaya untuk Puan Aireen akan tetapi perkara sudah pun berlaku. Jadi kami perlu mempercepatkan proses kelahiran anak-anak Tuan dan Puan. Harap Tuan faham akan situasi ini. Disebabkan situasi ini Puan Aireen kehilangan banyak darah O. Maaf dari pihak kami. Pihak kami pula kekurangan darah O buat masa ini. Ada sesiapa diantara ahli keluarga Tuan yang sanggup mendermakan darahnya sekarang bagi menyelamatkan Puan Aireen?" Tenang sahaja penjelasan doktor tersebut. Pengalaman mengajar dirinya sebagai doktor supaya tenang dalam apa jua keadaan sekalipun demi menyelamatkan nyawa pesakit-pesakitnya.

Mikail terdiam seketika. Tidak dapat berkata apa-apa. Dia mempunyai darah B. Sama sekali tidak padan dengan darah Aireen.

"Saya!" Seorang perempuan mengangkat tangannya. Dia mewakilkan diri dan berjalan ke arah doktor tesebut. Kelihatan Suraya yakin dengan keputusannya apabila doktor tersebut meminta kepastiannya.

Sungguh bersyukur hati Mikail. Sesungguhnya Allah permudahkan ujian mereka.

Bip! Bip!

Mikail memasuki bilik sakit tersebut. Mikail menemui Aireen. Aireen sedar akan kehadiran Mikail lalu memandang wajah suaminya. Senyuman diberikan. Tubuh lemah itu dipeluk erat oleh Mikail. Dicium berkali-kali isterinya. Hampir sahaja dia kehilangan isterinya.

Selepas beberapa hari Aireen dijaga oleh Mikail, seri di wajah semakin bertambah. Mukanya yang pucat semakin kemerah-merahan seperti sediakala.

Petang itu, Suraya menemui Aireen. Aireen mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Suraya. Tubuh Suraya dipeluk erat oleh Aireen. Suraya membalas pelukan itu. Ternyata hatinya sangat gembira melihat keadaan Aireen semakin baik. Dia juga gembira melihat wajah Mikail kembali ceria seperti dahulu. Senyuman mekar di bibir Suraya. Dia juga bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu menyelamatkan Aireen.

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana membantu isteriku kembali sihat semula. Mikail mengucapkan rasa syukurnya juga.

Setelah keadaan Aireen sihat sepenuhnya. Mikail dan Aireen membawa pulang bayi kembar mereka.

2 tahun kemudian.

Port Dickson.

Lautan luas terbentang. Mereka melihat keindahan ciptaan tahun yang sungguh indah. Anak kembar Mikail dan Aireen riang berkejar-kejaran di tepi laut.

Mikail sedang berbaring di atas peha isterinya. Perut Aireen yang mula menonjol diusap lembut oleh suaminya. Anak ketiga mereka bakal lahir. Sebuah kucupan dihadiahkan ke perut isterinya.

"Anak ayah okay dalam tu?" Mikail bertanya. Aireen tersenyum melihat suaminya itu.

Bahagia!

The End.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience