Naval Royal Military base, San Diego.
Helikopter Tan Sri Sheikh selamat mendarat di atas pangkalan tentera laut. Ketibaan Aireen dan Mikail turun dari helikopter. Ramai yang menyambut Aireen dan Mikail dengan mesra. Senyuman lebar di bibir Aireen.
"Eagle Squad, ready to march. Move!" Arahan diberikan oleh kapten mereka dengan penuh bertenaga.
Sungguh Aireen rindu dengan suasana ini!.
Aireen memberitahu Mikail bahawa dia akan ke pusat latihannya di San Diego. Mikail mahu mengikuti Aireen ke tempat latihannya atas alasan berminat untuk memantau tempat kerja Aireen setelah Aireen memantau tempat kerjanya sebelum ini. Sebenarnya, Mikail tidak boleh lama-lama berjauhan daripada Aireen. Hati Mikail akan berasa resah.
"Echantress!" Hampir kesemua pekerja marin menyapa Aireen. Aireen memberikan isyarat tabik hormat kepada mereka. Mikail memandang Aireen dengan wajah yang pelik.
"That's my code name when I'm working as a special agent." Aireen mengenyitkan mata. Tak terjangka Mikail dengan perbuatan Aireen. Jantung Mikail berdetak tak keruan.
"Hey, Aireen." Aireen menoleh ke arah suara itu.
"Hey, Zack. Oh my god! You grown up." Terkejut Aireen dengan lelaki di hadapannya. Berbadan tegap dan lebih tinggi dari kali tetakhir Aireen berjumpa dengannya.
"You as well look more stunning. With the hijab on you look more ladylike." Zack memuji Aireen.
"How long since the last we met. You've become quite a sweet talker." Zack tersenyum mendengar kata-kata Aireen.
"We miss you. Where have you been and who's this?" Tanya Zack. Kebetulan dua orang lagi gadis muda berjalan ke arah mereka dan menyapa Aireen. Terus Aireen memperkenalkan Mikail.
"Oh. Meet my husband, Mikail." Aireen meletakkan tangan di bahu Mikail. Mikail memberikan senyuman sehingga menampakkan lesung pipit di pipi.
"Damn, you got a hot one there." Puji salah seorang gadis muda itu.
"Right, isn't he gorgeous. Do you like him?." Aireen memberikan senyuman nakal. T-shirt bersama JJ suspenders dan trousers yang dibeli Aireen tersarung di tubuh Mikail. Aireen membeli pakaian itu kerana mahu suaminya kelihatan smart. Mikail memegang tangan Aireen yang masih diletakkan di bahunya lalu membawa Aireen ke sebelah. Mikail memegang erat tangan Aireen. Melihat perilaku Mikail gadis itu menganggap Aireen sudah memiliki Mikail.
"Can't say anything. His yours." Aireen memandang tangannya dan ke wajah Mikail kembali. Dia diam. Ada perasaan halus menular di hati Aireen. Tiba-tiba dia berasa awkward. Cepat-cepat Aireen menyuruh mereka untuk bersama-sama bergerak ke pusat latihan Aireen.
Walaupun ini merupakan pangkalan tentera laut namun Tan Sri Sheikh ada meminta rakan seperjuangan yang merupakan jurutera untuk membina pusat latihan khas untuk Aireen berlatih. Di sebabkan Aireen ialah seorang assasin jadi latihannya berbeza daripada tentera laut.
Tiba Aireen dan Mikail di situ, dia berjalan meninjau tempat tersebut dia tersenyum mengimbau memorinya dulu ketika berlatih di sini. Mikail terhibur melihat Aireen yang gembira. Kemunculan seorang lelaki berbadan sasa keluar dari salah satu bilik yang dikenali sebagai shooting practise room.
"Aireen! Wow never expect to see you again." Tanya lelaki itu terkejut melihat Aireen.
Mikail dan Aireen pantas menoleh ke lelaki tersebut.
"Oh my god Ray, or should I call you Captain Raymond." Kening Aireen terangkat-angkat. Lelaki bernama Raymond itu mendepangkan tangannya mahu memeluk Aireen tetapi Aireen menghalakan jari telunjuknya ke arah Raymond. Jarinya digerak-gerakkan ke kiri dan kanan.
"Sorry, I'm married. Plus, as Muslims, men and women are not allowed to touch each other until they get married. Excuse me for my behavior before this. I'm starting to follow my religion seriously." Aireen menjelaskan perbuatannya. Raymond memberhentikan perbuatannya dan mengangkat tangan seakan-akan mengalah. Mikail di sebelah jelas kagum terpancar di wajahnya.
"Ray's better. If I know you will be a married woman this fast. I would have seduced you earlier." Senyuman nakal Raymond tayangkan. Mikail apa lagi dia bergerak ke Aireen dan merangkul pinggang isterinya. Aireen terperanjat.
"Glad I got her first." Jawab Mikail yakin.
Hanya panahan tajam diberikan oleh kedua-dua lelaki itu. Raymond seorang yang tinggi tetapi masih tidak dapat menyaingi Mikail yang seinci lebih tinggi daripadanya.
Miak
Aireen dapat merasakan situasi semakin tegang.
"It looks like your man is asking for a fight. I have a better idea. How about the one who shoots all the targets first will be having a date with her?" Raymond memandang wajah Mikail dengan serius. Aireen terkejut mendengar idea itu dan baru sahaja dia ingin mencelah Mikail menahannya.
"Sure." Sepatah sahaja jawapan Mikail. Penuh yakin jawapan yang diberikannya. Pantang dicabar. Raymond hanya senyum sinis melihat keyakinan lelaki itu.
Muka Aireen semakin pucat melihat kedua-dua lelaki di hadapannya. Mana mungkin Mikail yang tidak pernah memegang pistol mahu bersaing dengan Raymond yang sudah jaguh dalam menembak. Setakat pistol mainan di theme park tu apalah yang nak dihairankan sangat.
Aireen ingin membuka mulutnya untuk membantah tetapi ditahan keras oleh Mikail. Terdiam Aireen. Aireen disuruhnya duduk di atas kerusi luar dari shooting practise room itu. Dia mengikut sahaja arahan suaminya. Muka panik ditayangkan.
Biar betul. Dia kan ustaz sebelumni. Memanglah sekarang dah jadi usahawan tapi apa kena-mengena dengan ni. Ini betul-betul luar dari bidang dia. Mesti kalah teruk dengan Ray nanti. Argh! Risaunya aku. Kalau Ray menang nanti macam mana pulak dengan isu dating tu. Hati Aireen resah.
Nasib baik bilik itu transparent. Terang segala tindak tanduk kedua-dua lelaki tersebut.
Setelah selesai menyediakan kelengkapan sebelum menembak. Mereka berjalan menuju ke target. Di situ shooting target sudah tersedia 50 meter dari kedudukan mereka. Raymond dan Mikail bersama-sama bersedia dengan posisi menembak.
Lub dub, lub dub, lub dub... Degupan jantung Aireen kian meningkat dek perasaan resah menguasai dirinya.
Bang! Bunyi das tembakan tepat mengenai ke arah target. Target mulai muncul satu-satu semakin lama semakin laju. Raymond mendahului Mikail. Dia memberikan senyuman sinis kepada Mikail merasakan kemenangan berpihak padanya. Aireen menggeletar di tempat duduknya. Tidak dapat duduk dia berdiri.
"I'm just starting to warm up." Mikail senyum sinis pula. Terus Mikail mengubah posisi yang lebih selesa. Pistol di tangan di pusingkan dan terus dia menekan pincu pistol.
Bang! Bang! Bang!.
Tembakan demi tembakan dilepaskan. Semakin laju tembakan Mikail tepat mengenai target. Raymond jauh ketinggalan. Terkejut jelas di wajahnya. Target terakhir ditembak oleh Mikail. Lima target masih belum ditembak oleh Raymond.
Mikail melepaskan keluhan. Dia meletakkan semula pistol yang dipegangnya di tempat asal dan berjalan ke arah Raymond. Raymond terpegun di tempatnya. Mikail menghulurkan tangan kepada Raymond. Raymond menyambut tangan Mikail lalu berjabat tangan dengannya.
"That's very impressive." Puji Raymond.
Mikail senyum dan menepuk bahu Raymond. Dia bergerak keluar dari bilik tersebut. Kelihatan Aireen sedang mengecilkan matanya. Sungguh Aireen hairan dengan Mikail.
"Ni semua latihan yang pernah abang buat waktu masuk kem tentera dulu." Mikail meyakinkan Aireen. Dahi Aireen berkerut mendengar kata-kata suaminya. Aireen memandang Raymond yang masih di dalam bilik itu. Reaksi wajahnya lain. Dia nampak musykil dengan Mikail.
Siapa awak sebenarnya Mikail? Aireen bertanya di dalam hatinya.
Malam sudah menjelma, Aireen berjalan-jalan di sekeliling pusat latihan. Mikail pula sedang membaca al-quran dan memaklumkan Aireen dia akan ke dapur nanti untuk melihat menu yang sering dimakan oleh tentera laut di situ. Walaupun sibuk Mikail sentiasa mencari masa untuk beribadah setiap hari. Setiap tahun di bulan Ramadan Mikail akan menyempurnakan 30 juzuk al-Quran. Para jemaah masjid juga akan sentiasa menjemput Mikail ke masjid untuk memberikan tazkirah sekiranya berpeluang.
Everyone is not perfect. Tadi Mikail mengajar Aireen membaca al-quran. Berkat tunjuk ajar Mikail yang setiap malam mengajarnya. Kini, bacaan Aireen sudah semakin lancar.
"Thank you because of you bacaan saya semakin lancar ." Aireen senyum kepada Mikail.
"Tak ada apa-apalah. Ini semua sebab sayang sendiri berusaha untuk belajar. Sekarang ni sayang amalkan baca Al-Mulk okay. Banyak fadilat yang sayang boleh dapat daripada surah Al-Mulk ni. Salah satunya surah Al-Mulk ini memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur." Mikail mengukirkan senyuman.
"Baik boss." Tangan diangkat seperti tabik hormat. Mikail terhibur melihat Aireen lalu mencubit hidungnya sedikit. Mereka ketawa bersama-sama.
"Sejuknya." Aireen memeluk tubuhnya.
"Aireen. Is that you?" Raymond memanggil Aireen.
"Hey, Ray. What are you doing here?" Aireen bertanya. Raymond memandang ke kiri dan kanan memastikan tiada sesiapa berada di situ. Aireen pelik dengan tingkah lakunya.
"Actually there's something I wanna ask you." Raymond menayangkan wajah yang serius.
"Sure, what's it?" Aireen mengerutkan dahinya.
"I'm sorry for asking this. I know it's inappropriate. Are you sure you know your husband well?" Raymond memandang Aireen ingin mengetahui jawapannya.
"Excuse me. What?" Aireen tidak menjawab soalan Raymond tetapi membalas dengan soalan lain. Bagai terasa hati dengan soalan itu.
"It's just that I thought you know him." Aireen mengeluh halus mendengar soalan merepek yang keluar dari mulut kawannya.
"Look, if you want to ask me this kind of question which clearly wasting my time. I prefer you go back." Aireen ingin memusingkan badan tetapi tangannya dipegang oleh Raymond.
"Let me go!" Bentak Aireen.
"Woah, chill. The least you can do is hear me out. I'm serious" Aireen menoleh ke Raymond dengan muka yang malas dan memberinya ruang untuk menjelaskan.
"Listen. 12 years ago there was this boy. We used to join military training together. I was the few who were selected to join military training. I barely pass the exam and get into it. But this boy is the only one who passes the exam with flying colors. He got into military training before me and achieve excellent results. Finishing first place in every training. One day, I saw him holding a gun like a pro. The way he holds the gun. His position when he's about to shoot the target. Everything is different. Once the bullet is out. It went smoothly and cleanly. Everyone was mesmerized by that 18-year-old kid. From that moment, I look up to him. He was sent on several missions and was called the best Spy. But something went wrong on his last mission. His best friend was killed. He grieves for his best friend. Constantly, blaming himself. He stops and never shows himself anymore. I hear he change course." Aireen diam. Perasaan sedih menular di hatinya.
"What does that have to do with my husband?" Aireen meminta Raymond menjelaskan betul-betul kepadanya.
"How old is him now?" Aireen semakin penat dengan soalan Raymond tetapi menjawab sahaja soalan itu.
"His 30."
"So, I'm right. It's been 12 years. From the way he uses the gun. I'm sure it's him." Yakin dengan tekaannya.
"Yeah right. So, you're asking me to believe that my husband is a spy" Aireen mahu bergerak dari situ sekali lagi ditahan oleh tangan Raymond. Aireen menjeling tajam ke arahnya.
"Please, listen to me. Try to confirm it. You know I don't talk nonsense" Aireen melepaskan tangan daripada pegangan Raymond. Dia berlalu pergi meninggalkan Raymond seorang diri dengan perasaan yang tiba-tiba mencengkam hatinya. Wajah Raymond terang menunjukkan dia jujur. Pelbagai perkara sedang bermain di fikiran Aireen.
Naval Royal Military kitchen.
"You think her husband knows her real identity. She's an assassin. I heard that she needs to get the Gold Card that is placed in someone's house and that someone is her father's husband. That's why she married him." Salah seorang gadis bercerita.
"Why did she marry him in the first place for that. She can just steal it." Seorang remaja lelaki pula menyambung.
"Jerry. What the hack! You can't just steal from someone." Gadis itu memarahi remaja lelaki itu.
"It's better than hurting someone else feelings just to get what you want." Lelaki bernama Jerry itu membalas.
"Are you done talking? Now back to work and never talk about this again! Do you understand?" Perempuan bertubuh tegap itu menegur remaja yang membuat bising di dapur. Mereka terus menyambung kerja mengemas dapur semula.
Malangnya, Mikail ketika itu baru sahaja keluar dari tandas sudah pun terdengar perbualan kedua-dua remaja tadi. Dia bersandar di dinding. Mata dipejam rapat. Tangan diletakkan di hati. Hatinya renyuk mendengar perbualan tadi. Sakit!. Itu yang dirasainya sekarang.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel