Hari ini, Aireen bercadang untuk pergi ke pejabat Mikail yang terletak di hotel mewah milik Mikail. Selama Aireen tinggal bersama Mikail tidak pernah dia melihat hotel mewah itu. Aireen mengemaskan tudung dan baju yang tersarung di tubuh. Aireen memilih untuk memakai chiffon shirt blouse berlengan panjang berwarna biru dan jeans yang sempadan dengan bajunya. Tudung selendang berwarna biru cair dililit kemas.
Bunyi kasut tumit tinggi yang digunakan oleh Aireen menyebabkan kesemua pekerja di hotel tertumpu kepada pemilik kasut bertumit tinggi itu. Aireen berjalan gaya model mendekati kaunter hotel.
"Boleh saya berjumpa dengan Tuan Mikail?" Aireen menayangkan senyuman manis kepada pekerja wanita di hadapannya. Sunglasses yang dipakai Aireen dibuka.
"Cik ada buat appointment ke dengan Tuan Mikail?" Pekerja itu sopan menanyakan soalan kepada Aireen. Terkesima pekerja itu seketika kerana melihat wajah Aireen yang sungguh cantik.
"Oh, saya kena buat appointment dulu ya. Maaf saya tak tahu pulak. Kalau macam tu boleh saya minta tolong cik yang cantik ni call Tuan Mikail. Bagitau Aireen nak berjumpa dengannya." Senyuman masih lekang di bibir Aireen. Tangan kanan menongkat dagu. Berona merah pipi pekerja wanita itu.
"Ops! Satu lagi saya Puan Aireen bukan cik." Aireen memusingkan badannya dan bergerak ke sofa berdekatan menunggu Mikail.
"Encik Arman ada seseorang ingin berjumpa dengan Tuan Mikail. Katanya Aireen ingin berjumpa dengan Tuan Mikail." Pekerja wanita itu menyampaikan pesanan yang diberi Aireen. Terkejut seketika Arman mendengar nama itu namun dengan segera dia kembali fokus.
"Baik saya akan inform Tuan Mikail." Kata Arman dan dia berlalu pergi ke pejabat Mikail.
"Tuan, ada seseorang ingin berjumpa tuan." Mikail yang sedang sibuk menguruskan kerjanya menyuruh Arman memberitahu orang tersebut supaya tunggu. Arman menyambung lagi.
"Katanya Puan Aireen ingin berjumpa dengan Tuan." Terbangun Mikail dari kerusinya. Terkejut dengan nama yang disebut oleh secretarynya. Pantas Mikail berlari menuju ke lif tidak kisah dengan kerjanya yang terbengkalai.
Kelihatan Aireen sedang berbual mesra dengan pekerja-pekerja. Lelaki mahupun perempuan semua terhibur dengan Aireen. Mikail melajukan pergerakannya.
Sedar dengan kehadiran Mikail, Aireen menoleh ke arahnya. Mikail terus menarik tangan Aireen supaya mengikutinya. Pekerja-pekerja hotel terkejut dengan CEO mereka yang tidak pernah ambil peduli tentang perempuan yang ingin mendekatinya tetapi dengan selamba memegang tangan perempuan itu. Aireen melambai-lambai kepada pekerja tadi sebelum lif ditutup.
"Sayang kenapa tak bagitahu abang, sayang datang ke sini." Mikail tenang bertanya.
"Awak yang tak ajak saya ke sini." Aireen menjuihkan bibirnya tanda tidak puas hati.
Mikail kalah dan meminta maaf kepada Aireen. Pintu lif dibuka. Mikail menarik tangan Aireen dan membawanya ke sofa yang terletak di pejabatnya. Mikail meminta Aireen tunggu sebentar. Dia ingin menyambung kerja yang tertunda tadi. Aireen diam tidak berkata apa-apa. Dia faham Mikail sibuk tetapi dia terlalu teruja untuk melihat hotel mewah ini. Mata Aireen melilau melihat dekorasi pejabat Mikail. Begitu elegan. Aireen tersenyum sambil membaringkan tubuhnya di sofa. Tangan disilangkan di belakang kepala. Tak sampai beberapa minit Mikail bersuara.
"Astaghfirullah, you know what? Seeing you like this distract me even more. Jom, balik." Aireen yang dari tadi tersenyum terus mati senyumannya.
"I've done nothing." Kata Aireen dengan muka tidak bersalah. Mikail tidak boleh bersabar lagi lalu dia menyuruh Aireen mengikutnya balik.
Mikail memegang tangan Aireen erat supaya Aireen tidak melepaskan diri. Aireen masih degil ingin tangannya dilepaskan. Mikail mendukung isterinya ala bridal style. Aireen terjerit kecil. Kali ini sukar untuk Aireen melepaskan diri.
Sesudahnya, Aireen mengalah. Walaupun sedang didukung oleh Mikail, Aireen tidak lupa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan barunya. Tangan Aireen yang berpaut pada leher Mikail melambai-lambai ke arah mereka.
"Bye semua!" Senyuman terakhir Aireen berikan kepada pekerja-pekerja hotel tersebut.
"Weyh, romantiknya CEO kita ni. Bila dapat tahu yang Puan Aireen tu isteri Tuan Mikail daripada mulut Arman sendiri terus aku rasa hati aku macam kena cucuk. Tak jadilah aku nak dekat-dekat dengan Tuan Mikail. Mana boleh aku lawan dengan Puan Aireen. Dia serious lawa and charming." Kata Sarah apabila melihat pasangan suami isteri itu. Nayla pun bersetuju dengan Sarah. Syazana pula menggelengkan kepala melihat rakan sekerjanya.
Mikail meletakkan Aireen di atas katil. Tudung isterinya Mikail tanggalkan secara perlahan. Getah rambut isterinya ditanggalkan pula. Kini, rambut Aireen bebas. Rambut coklat cair isterinya dikuak ke belakang.
Cantik!
Mikail undur setapak mula menanggalkan tali leher. Tanpa segan Mikail terus membuka butang baju kemeja itu dari tubuhnya. Hanya tinggal sepasang seluar di tubuh Mikail. Membulat mata Aireen. Terselah jelas dada bidang lelaki itu. Tubuhnya yang snow skin menaikkan lagi ketampanan Mikail. Aireen tidak pernah melihat suaminya seperti ini. Lagi-lagi di siang hari. Selalunya waktu malam sahaja itu pun gelap.
Aireen tahu Mikail mempunyai badan yang sasa cuma dia tidak pernah melihatnya betul-betul di depan mata. Lantas Aireen menutup mata menggunakan tangan.
Hot betul suami aku ni. Aireen bermonolog di dalam hati.
"Sayang kenapa? Tak pernah nampak abang macam ni. Bukan sayang dah biasa ke dengan abang." Mikail merapati isterinya. Dia cuba mengalihkan tangan Aireen dari wajahnya.
"Eh, janganlah. Tak malu ke awakni. Ustaz pun gatal eh. Semua lelaki sama je." Tangan masih menutup mata.
"Ustaz ke, pencetus umah ke, imam masjid ke atau malaun mana sekali pun kalau dah halal mestilah nak." Tersengih Mikail melihat isterinya.
"Dah, alihkan tangan sayang. Tadi bukan main awak senyum-senyum depan pekerja saya. Sekarang dengan suami sendiri takkan tak nak senyum." Lembut suara Mikail sambil mengalihkan tangan Aireen. Dia merapati Aireen sekali lagi. Mikail naik ke atas katil. Kini, badannya berada di atas manakala Aireen di bawah.
"Kenapa awak dekat-dekat ni. Jangan cakap lagi sekali awak." Terhenti percakapan Aireen apabila terasa bibirnya dikucup. Perlahan. Terkejut dengan tindakan suaminya, Aireen menolak dada Mikail.
"Awak jangan macam-macam. Saya pun penat tau. Bagi saya rehat." Aireen merayu Mikail.
"Abang dah bagi sayang rehat beberapa hari. Now, it's your turn to grant my wish." Mikail masih berkeras dengan permintaannya. Melihat Aireen yang tidak berkata apa-apa bermaksud Mikail boleh meneruskan tindakannya yang terhenti seketika. Baru sahaja Mikail mahu mengucup bibir Aireen.
"Kerja awak bukan banyak lagi ke?" Aireen sedaya upaya memberi alasan untuk mengelak. Mikail mendengus halus.
"You are way more important and by the way mana panggilan sayang tu. Abang dah tak dengar dah." Tanya Mikail.
"If you want to try to get to know the real me. I'm not that flirty and saya lagi biasa panggil awak daripada sayang." Jawab Aireen.
"What? To get to know the real you. Anyway, no matter who you are I've said it before I accept it with an open heart. You will tell me eventually but for now feel my heart." Mikail membawa tangan Aireen ke dadanya yang terdedah. Tangan Aireen diletakkan di bahagian terletaknya jantung Mikail. Degup jantung Mikail berdetak kuat. Aireen memandang tangannya yang diletakkan di dada Mikail dan kembali ke wajah Mikail. Dia tidak percaya dengan apa yang dirasainya. Jantung Mikail berdegup kuat untuknya.
Setelah itu, melihat isterinya yang sudah bersedia. Dia membaca doa perlindungan daripada syaitan sekali lagi. Mikail mengucup bibir isterinya dengan penuh kasih sayang. Semoga zuriat yang bakal lahir ini merupakan zuriat yang soleh dan solehah.
Cahaya terang benderang mengena wajah Aireen. Matanya dibuka menyesuaikan keterangan cahaya matahari yang menyambar wajahnya. Kedengaran Mikail mengalunkan ayat-ayat al-quran dengan suara merdunya di bilik sebelah. Mikail sudah membersihkan diri dan tidak mengejutnya.
Aireen perlahan-lahan turun dari katil itu. Hampir sahaja dia ingin bangun tiba-tiba dia teringat akan dirinya yang tidak berbaju. Pantas Aireen membaluti tubuhnya menggunakan selimut. Terkejut dibuatnya. Aireen ingin membersihkan dirinya pula. Malangnya, apabila Aireen bergerak menuruni katil.
Gedebuk! Aireen terjatuh di atas lantai. Terperanjat Mikail mendengar bunyi tersebut dengan segera dia pergi ke bilik mereka. Terdengar pintu dibuka dan Aireen menjerit.
"Jangan masuk! Aduh!" Aireen mengeringai kesakitan. Mikail tidak kisah dengan arahan isterinya lalu bergegas masuk ke dalam bilik. Ternganga mulut Mikail melihat Aireen terlantar di atas lantai dengan selimut membaluti tubuhnya. Dia menghampiri Aireen ingin membantu Aireen berdiri.
"Kenapa awak masuk. Apa-apa jelah saya tak boleh bangun ni!" Marah Aireen geram dengan Mikail yang berbuat sebegini kepadanya. Mikail pertama kali terlebih kasar dengannya. Dia sekarang tidak dapat berdiri kerana lenguh yang teramat. Mikail mendukung Aireen dan meletaknya di atas katil semula.
"Tulah sebab abang tak nak kejut sayang. Sorry sebab tadi. Abang terlalu ikutkan perasaan. Bila sayang dah okay sikit sayang mandi wajib dan solat zohor ya. Abang dah menunaikan solat zohor tadi." Aireen mengecilkan matanya tajam seperti helang menusuk mata Mikail. Dia mengalihkan pandangannya. Mikail keluar ingin meneruskan pembacaannya.
"Aku kasar sangat ke tadi? Aduh, Mikail apa yang kau buat ni. Astaghfirullahalazim." Dia meraup wajahnya dan menutup pintu bilik itu.
Jangan lupa vote semua sebagai sokongan untuk saya meneruskan cerita ini!
Share this novel